BAB 10

Horror & Thriller Completed 175

“Baguss…Sekarang semua masuk ke pondok” Arah lelaki itu sebaik
ketiga-tiga gadis itu muncul di pintu pondoknya.

Ketiga-tiga mereka meluru ke arah Iffah.

Lutfya sempat merasa nadi kawannya itu.

“Dia ok. Cuma pengsan” jawabnya apabila ditanya Amira.

“Arghhhhhh…….” Amira menjerit sekuat hati apabila terlihat kepala yang
tersimpan di dalam balang tidak jauh dari mereka. Wajah yang begitu
menyeramkan dengan rambut menutupi sebahagian muka dan mulut yang ternganga.

Jeritannya bersambung oleh Hanna dan Lutfya. Kesemua mereka ketakutan
melihat kepala manusia di dalam balang itu disamping puluhan kepala
haiwan yang tersimpan rapi. Orang tua itu segera masuk ke pondok untuk
melihat apa yang berlaku. Tawanya tidak berkesudahan sebaik mengetahui
sebab jeritan mereka.

“Kawan sendiri pun boleh lupa!!!!..ha..ha…Laila dah boleh reunion
dengan kawan-kawan..” Riang sahaja rentak tawa lelaki tua itu.

Barulah mereka perasan yang kepala manusia berambut panjang itu adalah
sebahagian dari jasad Laila, Rakan mereka yang hilang di pulau itu
sepuluh tahun lalu.

“Kenapa kau bunuh dia ha..?” Lutfya yang tidak mampu melawan perasaan
bertanya. Nada suaranya sedih dan terkejut. Hanna dan Amira sudah
menitiskan air mata.

“Takkan aku nak bunuh anak sendiri!!!!”

Semua yang ada terkejut dengan kenyataan orang tua itu...

“Kau tipu. Laila mana ada ayah!!!” Pantas sahaja Lutfya menjawab.

“Semua orang aku adalah anak-anak aku!!!”

“Pakcik ni ketua orang asli sini kan!!” Tanya Hanna. “Mana yang
lain.Takkan hidup seorang diri sahaja di sini..!!”

“ Kampungku bukan di sini. Aku hanya berburu dan berniaga di sini. Orang
panggil aku Aki Lawi… Kawan kamu itu telah buat kaum aku hampir-hampir
pupus..kerana bertahun-tahun lari dari sumpahan itu..Orang-orang aku
pula yang menanggungnya akibat dosanya seorang demi seorang..”

“ Sumpahan apa? ” Amira pula yang ingin tahu.

“ Sumpahan untuk dijadikan korban..Setiap sepuluh tahun Nyai Roro Kidul
mahukan korban dari kaum kami. Dan si mati ini dibawa lari oleh ibunya
hingga ke sini..” Aki Lawi bercerita dengan suara garaunya. Renungan dan
bunyi suaranya yang besar itu pun sudah menakutkan.

“Bila korban lari..kami ditimpa bencana dan hampir separuh dari kami
telah mati !!!!” Tegas lelaki tua itu dengan nada yang amarah sekali.Tubuh Iffah yang masih pengsan disandarkan ke dinding. Pondok buluh
lelaki tua itu hanya diterangi oleh cahaya lilin. Dia menambah bilangan
lilin sebaik mendengar bunyi tapak kaki yang mengekor dari belakang
tadi. Bunyi angin dan hujan kedengaran jelas dari dalam pondok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience