BAB 1

Drama Completed 83037

Kemunculan gadis bertubuh lampai dengan rambut ikal hitam pekat paras punggung mencuit perhatian beberapa pasang mata teruna yang ada di situ. Suasana lobi di lapangan terbang Kota Kinabalu bingar dan kelihatan sedikit sesak. Maklumlah, sebuah kapal terbang baru memuntahkan isi perut.

"Pewittt, cewek bebeh!! Nak ke mana tu? Abang boleh tumpangkan.."

Gadis itu terus melangkah tanpa mempedulikan usikan pemuda-pemuda yang sedang duduk di lobi, entahkan menunggu seseorang atau pun menunggu flight..ke saja melepak di situ? Yelaa di situ kan lebih sejuk dan selesa berbanding di luar. Bagasi besar di belakang ditarik menuju ke luar. Dia mahu dapatkan teksi untuk balik ke rumah kerana yang pasti, tiada siapa yang akan menjemputnya. Whatsapp henfon berbunyi.. hurm, macam boleh agak je siapa penghantarnya!

"Bulat, now you're back..let's proceed with our divorce!"

Gadis itu tersenyum kelat usai membaca mesej berkenaan..Yup! Itu suaminya!! Nama yang diberi itu juga hasil kekreatifan otak pembuli suaminya..

"Teksi?"

Gadis itu tersentak bila disapa mesra oleh seorang pemandu teksi.

"Pakcik, saya nak ke Tanjung Aru boleh?"

Pakcik teksi tu angguk pantas. Ke mana saja dia sanggup, yang penting duit mari, tak gitu hehe..

Ketika dalam perjalanan,. gadis itu membalas mesej suaminya.

"Ok, I'll wait at the beach house!"

Seketika kemudian, mesejnya dibalas.

"I don't have time, Bulat! I'll fax all the documents later. That beach house will be yours, you know that right?"

Gadis itu bersandar lemas di penyandar. Akhirnya, selepas empat tahun usia perkahwinan mereka, mungkinkah ini pengakhirannya? Dia redha kalau itu ketentuannya..

"Anak, dah sampai..itu ke rumahnya?"

Gadis itu menjungkit kepala untuk melihat ke luar jendela, lalu dia angguk.

"Iya pakcik, ini tambangnya. Terima kasih ya."

Pakcik teksi menawarkan diri untuk menolong gadis itu mengangkat bagasi besarnya hingga ke pintu rumah. Itu adalah kebiasaan bagi masyarakat di situ, sifat suka membantu sudah sebati di dalam diri. Selepas pakcik itu pergi, gadis itu menekan kod pengunci pintu. Dia sendiri tidak pasti adakah kod masih sama seperti empat tahun yang lalu atau sudah ditukar oleh suaminya.

Krak!

Lock pintu terbuka! Oh, masih sama rupanya..Ternyata suaminya tidak menukar kod, masih seperti dulu..kod sempena tarikh perkahwinan mereka..1212! Dia melangkah masuk sambil menarik bagasinya. Punggung dilabuhkan di sofa. Lemas seluruh badan, jet lag barangkali! Kepala disandarkan dan mata dikatup rapat-rapat. Jemari diletak di dahi, lalu dia urut perlahan tulang pelipis yang terasa berdenyut-denyut. Henfon di dalam beg tangan tiba-tiba berbunyi. Dia bingkas bangun lalu menyeluk ke dalam beg.

"Violet Arianna!! Welcome home!!"

"Uits! Cam tau-tau je kau aku dah ada kat sini ya!"

"Ahahahaa..I miss you Ari! Hey, kerja dengan produksi aku ok? Aku takde pengacara ni. I'll wait for you tomorrow tau, promise you'll come!"

"Kau tak bagi aku rehat langsung ke? Aku baru je graduate Darlia Aleeya.."

"Aah, fresh graduate from University of Exeter ni tak payah rehat lama-lama, nanti berkarat balik otak kau tu."

"Kau ni kan, aku kena settlekan hal peribadi aku dulu.."

"Hal peribadi apanya? Kau dengan Haqq? Dia dah tak sabar nak ceraikan kau dan bersama dengan betina jalang tu ke?"

Violet Arianna tergelak kelat. Ada kebenaran pada kata-kata Darlia Aleeya, cuma dia sudah malas mahu memikirkannya. Mereka bukan seperti pasangan yang bahagia memadu kasih selepas berkahwin.

"Aku dan Haqq memang dalam proses penceraian, Lia."

"Hah tulaa pasal, lebih baik kau terus kerja daripada sesakkan fikiran dengan lelaki tak guna macam Caleeb Haqqan tu. Dah, aku tak kira..kau mesti datang lapor diri kat Bayu Kinabalu Produksi esok, k bai!!"

Violet Arianna tercengang-cengang bila Darlia Aleeya terus memutuskan panggilan. Bersungguh-sungguh Lia ni tau, langsung tak bagi peluang! Violet Arianna melangkah menuju ke bilik yang terletak di tingkat atas sambil menarik bagasinya. Masuk ke dalam bilik, dia benar-benar rasa asing. Mungkin kerana sudah lama dia tidak menjejak kaki di situ, mungkin juga kerana bilik itu benar-benar sepi dan suram. Hiasan dan susun atur perabot masih sama, tiada yang berubah..Dinding juga kosong, tanpa ada sekepingpun gambar perkahwinan mereka, seperti kebiasaan dalam bilik pasangan lain.

Violet Arianna tersenyum kelat, penat dan bosan mengenang kisah lalu. Dia bergegas menuju ke bilik mandi, mahu menyegarkan badan yang terasa benar-benar lesu.


*******************

Seawal jam sembilan pagi, Violet Arianna sudah terpacak di hadapan bangunan gah mencakar langit yang terletak di tengah-tengah pusat bandar. Bayu Kinabalu, syarikat milik sepenuhnya keluarga Darlia Aleeya, bukan calang-calang hebatnya. Mengikat kontrak bersama Astro dalam satu saluran yang memaparkan tempat-tempat menarik serta unik di Sabah, pernah bekerjasama dengan National Geographic meneroka Maliau Basin, yang mendapat jolokan the lost world oleh Unesco dan banyak lagi kejayaan demi kejayaan yang digapai menjadikan ianya sebuah syarikat yang terkenal dan dikagumi.

Langkah Violet Arianna terhenti sebentar tepat di muka pintu. Dia menarik keluar henfon dari dalam beg tangan, mahu menelefon Darlia Aleeya dan bagitau yang dia sudah sampai. Sedang mencari nombor Darlia, tubuhnya dirempuh kuat dari arah hadapan. Henfon di tangan terpelanting dan berkecai bila terhempas di atas lantai marmar. Membulat mata Violet Arianna. Pantas saja dia memusing badan. Kurang ajar betul! Lelaki yang merempuhnya boleh selamba badak berlalu pergi tanpa meminta maaf???

"Excuse me?!!! Hoiiii!!!" Kurang asam betul! Lelaki itu langsung tidak mengendahkan dia?

"Maaf..Maaf cik!! Bos aku tu kena angin kus-kus sekarang, mood tak baik. Ini kad aku, cik boleh call untuk bayaran ganti rugi ok..Maaf sekali lagi ya!"

Seorang lelaki tergesa-gesa menghampiri lalu menghulur sekeping kad. Violet Arianna mengecilkan mata sambil mengetap bibir penuh geram.

"Botak!!! Cepat!!!"

Jeritan kasar yang tiba-tiba bergema membuatkan Violet Arianna dan lelaki di sampingnya serentak menoleh. Violet Arianna terpempam, mulut hampir melopong!!

Itu..bukankah lelaki itu Caleeb Haqqan..Suami yang tidak lama lagi bakal jadi ex suami dia?

Bola mata mereka bertembung. Violet Arianna panik seketika. Oh, dia terlupa bertapa kacaknya Caleeb Haqqan! Bertapa sempurna ukiran wajah dan tubuh badan suaminya! Terpanah seketika menghayati kesempurnaan lelaki itu. Tak guna! Hampir bercerai, masih sempat memuja!

Lama bola mata Haqq dipaku pada Violet Arianna, tajam menikam..menusuk sampai ke dasar hati, lalu menghadirkan getar di jiwa Arianna. Demm!!

"Demm Botak! I don't have time for this! just give her the card and let's leave, faster!!"

Arianna ternganga dengan mata terbuntang luas! Haqq sudah berpaling dan bergegas menuju ke keretanya...tak kenal isteri sendiri? Seriously?!! Memanglah dia banyak berubah, tapi...how is it possible?

"Ambil kad ni cik, aku kena pergi sekarang. Kang menggila bos aku hehe..by the way, nama aku Hakim Danial, boss tu je yang panggil aku Botak sebab aku suka dan selesa dengan fesyen botak ni hihi..K baii!" Untung ler setakat botak, dia sampai sekarang Haqq panggil Bulat gara-gara dulu dia agak chubby.

Sampai kelibat Haqq dan Hakim hilang dari pandangan, Violet Arianna masih terpacak kaku di situ. Sukar dipercayai apa yang baru dilaluinya. Jauh sangatke perubahannya sampai suami sendiri tak cam? Hurm..Tak mustahil sebenarnya, Caleeb Haqqan tak pernah pandang dia pun sebelum ni. Malah masa kahwin pun, Haqq suruh tutup wajah guna veil, langsung tak dibukanya sampai peristiwa sedih yang berlaku di tengah-tengah majlis perkahwinan mereka berlangsung.

"Ari!!! Kau dah sampai rupanya!! Napa aku call tak dapat?" Darlia Aleeya yang tetiba muncul entah dari mana datang mendekati.

Violet Arianna memuncungkan bibir ke arah telefonnya yang pecah berderai di atas lantai.

"Oh myy! What happened?"

"Pasal Haqq tu laa! Apasal dia ada kat sini?"

"Oh, dia dapat anugerah tokoh usahawan termuda paling berjaya. Dia akan datang esok untuk ditemuramah. And my dear, I already assigned you as the host, no excuse ya! Anggap je cabaran hari pertama kau hihi..." Darlia tunduk mengambil henfon Arianna di atas lantai.

"Haqq ke yang hancurkan fon kau Ari? Pasal apa? Dia kedapatan kau bergayut dengan lelaki lain ke tu..hahaha!"

Arianna tarik wajah. Amboi, sampai ke situ pulak! Dia masih tahu batas seorang isteri, walaupun cuma seorang isteri yang tak didendangkan.

"Kau ni kan, Haqq langgar aku lah! Tapi kan Lia, yang bikin hairan..Haqq...dia langsung tak cam aku!"

Darlia Aleeya merenung tidak percaya pada Arianna.

"Serius aah?!! Eii..bangang punya Haqq! Tapi kan Ari, kau memang jauh berubah..serius tau! Masa kita kat Stamford High School kau gemuk, rambut kau mengerbang dan kau suka biarkan rambut tu tutup wajah kau hahaha..aku.. masih ingat tau macamana teruk Haqq buli kau time tu. Masa kau kahwin pun kau chubby. Sekarang..fulamak!! bebeh beb!! Kau makan daun maple je ke kat Exeter?"

Violet Arianna terkekek-kekek mendengar omelan Darlia Aleeya.

"Kau tahu bertapa aku takut tunjuk muka depan Haqq time tu kan?"

"Eya laa, tapi ternyata jodoh korang kuat.. terkahwin jua akhirnya hahaha.."

Bukan kemahuan dan pintanya, malah tidak pernah terlintas di minda bahawa dia akan mengakhiri zaman bujangnya dengan lelaki keji dan pembuli nombor 1 di dunia, Caleeb Haqqan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience