BR 2 Chapter 3 : A second chance?

Romantic Comedy Completed 215972

PERLAHAN Mawar membuka mata. Terasa ada seseorang memeluk erat tubuhnya dari belakang. Mata dipisat beberapa kali sebelum dia menoleh pada susuk tubuh yang memeluknya itu.

“I’m sorry,” sebaris ayat itu meluncur keluar dari mulut Aydean. Mawar tersentap. Dia kaku membeku seketika. Dadanya berdebar hebat. Entah marah atau geram. Tetapi getaran dari nada suara Aydean membuatkan Mawar sebak. Dia tahu Aydean menangis.

“I’m sorry, darling. Biy mengaku salah biy sebab tipu you.” Aydean bersuara lagi. Kali ini dengan esak tangisan yang berlagu perlahan dibibir lelaki itu. Mawar masih tidak memberi respon pada kata-kata maaf lelaki itu.

“Biy tak nak berterus terang dengan you sebab Biy tak nak you fikir bukan-bukan.” Aydean menyambung kata-katanya sambil memeluk seeratnya tubuh Mawar. Satu kucupan hangat hinggap dileher isterinya. Terpejam kejap mata Mawar saat bibir basah itu melekat dibatang lehernya.

Mata Mawar berkaca.

“Please, darling. Say something.” Pujuk Aydean dengan suara yang gemersik.

“Saya berhak cemburukan?” Soalan itu tiba-tiba sahaja keluar dari mulut Mawar.

“Of course. I’m your husband. You berhak cemburu. Biy tak nafikan perasaan you. I’m so sorry sebab tipu you,” rayu Aydean lagi.

“Saya tahu, saya tak layak untuk awak, Dean. Aurora is the best woman for you. Bagi tahu je, saya boleh undur diri,” datar sahaja nada Mawar saat ini.

Aydean tersentak. Sudah dia agak apa yang Mawar fikir dan rasakan atas apa yang berlaku. “Don’t say that.” pintas Aydean dengan tegas.

“Siapa bagi awak masuk sini? Zack?” Soal Mawar sedikit keras nadanya.

“Biy panjat balkoni,” jawab Aydean selamba. Dia tahu Mawar tidak mahu perkara itu dibahaskan lagi. Tetapi, dia harus selesaikan hal itu sehingga Mawar meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.

Mawar cebik bibir. Rangkulan Aydean cuba dileraikan. Namun, gagal. “Awak nak saya pulas tangan awak ke apa ni?” Soal Mawar.

“Youuu… Janganlah.. Nanti tangan biy sakit macam mana biy nak peluk you dengan Nadine?” Rengek Aydean dengan manja.

Setiap kali mendengar nada manja lelaki itu, pasti sahaja hati Mawar mencair. Tetapi, dia tidak mahu Aydean mengambil kesempatan dengan cara itu. Kali ini, biar dia merajuk lebih lama sedikit agar lelaki itu dapat pengajaran.

Mawar masih berusaha meleraikan tangan Aydean dari memeluk pinggangnya. Semakin dia cuba, semakin kemas dan erat lelaki itu memeluk. Jadi geram dibuatnya. Mahu dipulas, tak sampai hati. Marah marah pun tetap sayang.

“Saya nak solat Subuh ni. Lepaslah,” Mawar membentak geram

Aydean mengeluh perlahan. “You maafkan Biy tak?” Soal Aydean dengan manja. Rangkulan masih dieratkan.

“Lepaslah,” Mawar mula mencengkam lengan Aydean sedikit kuat. Dia geram.

“Youuu… Sakitlah, darlinggg…,” Semakin manja suara Aydean saat ini.  

”Faham tak orang suruh lepas, lepaslah!” Cepat-cepat Mawar melepaskan cengkamannya. Dia menyembunyikan rasa bersalah. Dia tahu cengkaman tadi memang kuat kerana dia masih geram dan sakit hati.

“Jawab dulu soalan Biy. You maafkan Biy tak?” Soal Aydean masih mendesak Mawar memaafkannya.

“Boleh tak bagi saya ruang, Dean? Awak tipu saya tau. Lepas tu jumpa dengan perempuan lain.” Mawar mengungkit. Terketap-ketap bibirnya menahan geram.

Aydean bungkam. Mahu tidak mahu, dia terpaksa meleraikan rangkulannya daripada pinggang Mawar. Tubuh ditolak bangun daripada pembaringan. Dia duduk bersila mengadap Mawar. Matanya memerhati setiap gerak geri isterinya. Wanita itu sudah pun bangun daripada katil sebaik sahaja Aydean melepaskan pelukan.

“Hari ni saya nak bawa Nadine pergi rumah mama. Saya nak bagi tahu mama perangai awak.” Sempat lagi Mawar menitip ugutan sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

Aydean tersentap.

Jumpa mama? Habis aku kena basuh dengan mama kalau macam  ni! Gerutu Aydean di dalam hati. Kepala yang tidak gatal digaru.

 

 

AYDEAN menunggu sehingga Mawar selesai menunaikan solat Subuh. Dia masih perlu berusaha memujuk isterinya itu agar segalanya boleh diselesaikan dengan baik. Lama dia merenung susuk tubuh Mawar. Dari mula wanita itu solat sehinggalah ke akhir pergerakan. Dia tahu Mawar terluka dan sakit hati. Dari raut wajah tidak ceria isterinya itu, dia dapat membaca isi hati Mawar.

Aydean mengeluh lagi. Sejak semalam entah berapa kali keluhan terlepas dari bibirnya, dia sendiri tidak tahu.

Mawar yang sudah selesai menunaikan solat duduk berteleku di sejadah sambil termenung kosong. Dia tahu, Aydean pasti mahu menyambung kembali hal permasalahan mereka.

Aydean angkat punggung dari katil saat melihat Mawar selesai menunaikan solat. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya ke sisi Mawar sambil memeluk tubuh wanita itu. Berkali-kali pipi Mawar dikucup. “Biy, minta maaf sebab tak pujuk you semalam. Biy mengaku salah biy. Janganlah merajuk dengan biy lagi, darling,” meleret manja suara Aydean memujuk Mawar. Nada yang tidak pernah berubah sejak dari sebelum mereka kahwin lagi. Itulah gaya Aydean. Manja!

Mawar bungkam. Rimas dipeluk sebegitu. Dia menolak sedikit tubuh Aydean menjauhinya. “Saya boleh maafkan awak. Tapi, awak kena bagi saya masuk tournament.” Sengaja Mawar menduga. Dia sendiri sudah lama tidak mengunjungi pusat latihan kickboxing milik Zack kerana terlalu sibuk di restoran. Hanya sekali sekala sahaja dia akan berlatih di bilik khas yang Aydean sediakan di rumah mereka.

Giliran Aydean pula terdiam. Dia meraup wajahnya. “Please, Mawar. It’s not a good deal. Biy tak nak tengok muka you bengkak sana sini kena pukul. No,” Berkerut dahi Aydean saat terkenang kembali pertandingan yang Mawar sertai sehingga menyebabkan muka wanita itu bengkak-bengkak dipukul oleh peserta lawannya.

Mawar sungging senyum sinis. Dia sudah dapat mengagak jawapan yang akan keluar daripada mulut suaminya itu. Aydean sangat tegas dan melarang dia menyertai mana-mana pertandingan. Apatah lagi latihan yang melibatkan perlawanan. Itu pun Aydean tidak izinkan.

“So, saya tak boleh maafkan awak. Full stop.” Tegas Mawar. Sengaja dia mahu mencabar kesabaran Aydean. Telekung dibuka. Lantas dia bangun daripada sejadah.

Aydean mendongak melihat pada susuk tubuh isterinya yang sudah pun berdiri tegak dihadapannya.

“Youuu…” Tubuhnya turut ditolak bangun daripada situ. Sedaya upaya Aydean cuba memujuk Mawar. Dia mengekori ke mana sahaja langkah isterinya saat ini.

“Dahlah, Dean. Pergi restoran. Saya nak cuti hari ni. Nak bawa Nadine jumpa mama,” Mawar mula rimas apabila Aydean mengekorinya dengan rapat sehingga beberapa kali dia terpijak kaki lelaki itu tanpa sengaja.

“No. Biy nak kita settle kan hal ni sekarang. Now!” Aydean mula membentak.

Terus Mawar merenung tajam pada wajah Aydean dengan pandangan dingin. Dia tidak suka dipaksa. Tetapi, dia tahu Aydean tidak akan berputus asa selagi dia tidak memaafkannya.

“Nak settle boleh. Bagi saya masuk tournament then, I forgive you. Deal?”

“No. Benda lain, biy boleh tolak ansur. Tournament, no, no and no. Full stop!” Suara Aydean sedikit tinggi dari tadi.

“Okay fine!” Balas Mawar turut membentak. Dia terus meluru ke pintu bilik untuk keluar daripada ruangan itu. Malas mahu berbalah lagi. Lebih baik dia keluar sebelum segalanya menjadi lebih buruk.

“Wife!” Aydean tidak mahu mengalah. Lengan Mawar disambar dan tubuh wanita itu ditarik masuk ke dalam pelukannya.

“Lepaslah!” Mawar meronta geram. Kalau bukan kerana Aydean suaminya, sudah lama lelaki itu di kerjakan.

“Biy nak kita settle kan benda ni sekarang!” Tubuh Mawar dipeluk seeratnya.

“Awak tahu saya boleh buat apa pada awak kan?” Rontaan terhenti. Mawar memandang muka Aydean dengan renungan tajam.

“Yes, I know. Kalau tak sayang biy, you cederakanlah biy. Biy tak kisah. Biar biy sakit, baru puas hati you kan?” Aydean mencabar. Sungguh dia sudah tidak kisah jika Mawar bertindak kasar padanya.

Dada Mawar berombak kencang. Matanya mula berkaca. Bibir terketap-ketap menahan tangis. Wajah ditunduk. Tidak mahu memandang wajah lelaki itu lagi. Sakit hati!

Aydean melepaskan keluhan kesal. “Mawar… Biy minta maaf. Biy mengaku salah biy. Biy janji perkara ni tak akan berulang lagi. Biy tak akan menipu you lagi. Biy akan jujur tentang semua benda pada you. Please… forgive me,” mendayu-dayu Aydean merayu Mawar. Dia sudah buntu dan tidak tahu bagaimana lagi untuk melembutkan hati Mawar.

“Saya tetap nak beritahu mama. Biar mama marah awak,” Tegas Mawar tetap dengan keputusannya.  Air mata yang bertakung dikelopak mata dikesat kasar.

“Youuu… Janganlah. Nanti mama basuh I teruklah. You tahukan mama sayang you lebih daripada I. I ni mama anggap macam anak pungut je,” seloroh Aydean cuba membuat Mawar tersenyum. Dia turut mengesat mata isterinya.

Namun, sedikit pun riak wajah Mawar tidak berubah. Marah benar nampaknya dengan apa yang berlaku.

“Biar mama tahu perangai awak… menipu,” Selar Mawar selamba. Tangan Aydean ditolak lembut dari wajahnya.

Perlahan tubuh Mawar dilepaskan daripada rangkulan. Aydean tersenyum nipis. “Okeylah. Kalau you nak suruh mama basuh Biy. Biy reda je lah. Janji you maafkan biy,” ujar Aydean sudah tidak mahu lagi bergurau kerana dia tahu kemarahan Mawar masih belum reda.

Mawar merenung kosong pada wajah Aydean sebelum dia menjarakkan tubuhnya dari lelaki itu. “You deserve better woman than me…” sebaris ayat itu meluncur keluar dari mulut Mawar. Nadanya kedengaran sedikit bergetar.

“Biy nak you je. Biy gilakan you sorang. Takda wanita lain yang boleh gantikan you di hati biy,” Aydean bermanis mulut cuba lagi memujuk Mawar.

Mawar sedikit terpujuk. Namun, sedaya upaya perasaan itu disembunyikan.

“Alang-alang you nak pergi rumah mama, biy ikutlah. Nak tadah telinga dengar ceramah free,” sambung Aydean lagi. Senyuman nipis yang terbit di bibir Mawar membuatkan Aydean sedikit lega.

“Siapa ajak awak?” Gumam Mawar. Riak mukanya diseriuskan.

Aydean kemam bibir menahan senyum. “Biy nak ikuttt…” meleret manja lagi suara Aydean saat ini. Bibirnya dimuncungkan bersama.

Mawar tarik nafas dalam. Selalu sahaja sikap manja Aydean membuatkan dia kalah. Wajah lelaki itu direnung sedalam-dalamnya dengan riak dingin. Bergerak-gerak anak mata Mawar melihat setiap inci wajah lelaki itu.

“Mawar sayang. Maafkan biy, okey. Please…” Wajah Aydean kembali serius. Kali ini, dia benar-benar mahu Mawar memaafkannya. Jika tidak, selagi itu dia akan terus meminta maaf. Ini kali pertama dan dia berjanji dengan dirinya sendiri bahawa ia akan menjadi kali terakhir perkara sebegini berlaku.

“No more chance after this,” mendatar kata-kata itu meluncur dari bibir Mawar.

Aydean tersenyum lebar. Dahi Mawar dikucup lama dengan mata yang terpejam kejap. Perlahan kucupan dilepaskan dan dia kembali menatap wajah si isteri. “Thank you so much,” ucap Aydean dengan nada yang gemersik.

“Benda lain, saya boleh maafkan awak. Tapi, kalau pasal perempuan… No!” Tegas Mawar seakan memberi amaran.

“Promise,” Tangan kanan diangkat selari dengan wajahnya tanda janji.

Mata mereka bertaut lagi beberapa detik sehingga Aydean bersuara kembali. “Smile pleasee…” Pinta Aydean dengan nada manja.

Mawar mencebik tidak mahu mengikut kemahuan Aydean. “Saya nak ambil Nadine.” Terus Mawar melangkah menuju ke pintu bilik dan keluar dari ruangan itu.

Aydean melepaskan keluhan kecil. Dia tahu, Mawar masih berkecil hati dengannya. Walaupun bibir memaafkan, tetapi hati kecil si isteri pasti belum pulih sepenuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience