Aku ke sini sebab mimpi.
Dalam mimoi ku itu aku didatangi seorang lelaki tua yang memintaku datang menemui Kau.”
Alamak! Ya Tuhan! Jadi benarlah bahawa doakau dimakbulkan? Sejujurnya aku mahu Tuhan mengutuskan aku lelaki kacak, tinggi lampai dan kulit putih melepak macam bintang KPop! Bukan orang sepertinya.
Tapi aku juga tak boleh ego dan memasang angan terlalu tinggi.
Siapalah aku ni kan? Aku hanya seoran gadis biasa yang tidak sempurna mana.
“Ikutkan hati aku memang tak percaya.
Sebab tu aku datang jumpa kau takut
Subhanallah, Begitu risaunya dia terhadapku.
Baik sungguh hatimu Alan.
Betapa beruntungnya aku punya teman sepertimu walaupun hakikatnya aku tak pernah pedulikan tentang kau.
Tapi kau ikhlas menjadi dan menganggap aku ini sahabatmu.
“Jom balik aku hantar kau ya, hari dah nak senja tak elok anak dara seorang diri di tempat sunyi seperti ini” pelawanya
“Baiklah,” jawabku ringkas.
Betapa aku sedar yang aku ini sudah dibutakan oleh duniawi.
Nafsu meronta meminta aku mengejar sesuatu yang sempurna walhal ia salah.
Kerana pada dasarnya manusia itu sudah dicipta Allah sempurna dan unik pada caaranya tersendiri.
Aku yang duduk di bahagia belakang , menikmati perjalan yang begitu lenggang di senja hari.
Share this novel