Rate

5

Romance Series 2170

Parkson Shopping Mall~~

5:45pm

"Ni?"

Sofia memandang malas ke arah dress labuh paras buku lali warna biru pekat yang ditunjukkan oleh Jj.

"Aku malas dah nak komen apa². Semua yang aku cakap cantik,kau tak berminat. "keluh Sofia.

Jj rolling her eyes...

"Haaa...buat lah mata macam tu. Hope that you'll find your brain back there". Perli Sofia.

"Come on lah,Fiaaaaa..please dont insult me...."rengek Jj.

Sofia hanya mengeluh.

8:56pm

Mengeluh...mengeluh...mengeluh....dan mengeluh.

Sudah berjam-jam mereka hanya berada di bahagian baju wanita. Masih juga Jj tak puas hati.

Lenguh sudah kaki Sofia dibuatnya. Sudah tidak tahan,Sofia selamba berjalan ke arah yang bertentangan dengan arah yang diambil oleh Jj.

Dream Catcher yang bergantungan di kedai itu menarik hati Sofia.

"Mahu apa moi?"soal pekedai itu. Sofia hanya tayang senyum.

Matanya ralit memandang ke atas,melihat Dream Catcher yang berbagai jenis serta warna.

Tanpa dia sedari,seorang pemuda juga turut berbuat demikian.

"Amoi...jaga..."tidak sempat aunty yang jaga kedai itu memberitahu,perlanggaran antara mereka sudah pun berlaku.

"Aduhhh..."Sofia mengaduh. Dia menunduk memandang dua Dream Catcher yang sudah pun baring di lantai. Satu berwarna merah jambu,manakala satu lagi berwarna biru muda.

"Aunty,sorry haa...dua ni jatuh. "pohon Sofia dengan rasa bersalah. Walhal,bukan dia pun yang tinggi sangat sampai boleh buatkan benda tu jatuh.

"No...let me."satu suara garau menyampuk.

"Saya beli sekali lah Aunty..."sambung suara itu.

Pantas Sofia menoleh.

Ian hanya tersenyum pada nya.

"Ya lah...mungkin takdir kamu berdua lah...dua sekali jatuh...hahaaha"seloroh Aunty itu.

Sofia hanya tayang senyum kelat.

"Saya kasi diskaun lah oooo..."aunty itu bermurah hati.

Ian apa lagi..angguk jer.

Mereka berdua keluar daripada kedai itu.

Sofia teragak agak mengambil huluran plastik daripada Ian. Ianya merupakan Dream Catcher yang berwarna biru muda tadi.

"Ambil lah...satu dah cukup untuk aku..."dingin suara itu. Berbeza sungguh dengan nadanya ketika berbual dengan aunty tadi.

Plastik itu bertukar tangan.

"See you..."Ian memandang wajah Sofia. Pandangan yang sukar ditafsirkan...

".....tomorrow"sambung lelaki itu sambil membuat tabik dengan dua jari sahaja. Poyo jer lagak nyer...

Sofia mengeluh. Hailah..berapa kali sudah mengeluh ni?

"Eiiiiiiii.... Fia...please la kau ni. Kalau tak buat aku sakit jantung boleh tak?!". Tiba² Jj sudah berada di depan Sofia.

Wajah sahabat nya yang murung itu dipandang tajam. Ni..pahal pulak ni?!

"Yang murung macam tak diberi makan setahun ni,kenapa?". Soal Jj kasar.

"Kau...memang tak bagi aku makan. Bukan setahun,tapi 2 jam...."rengek Sofia.

Dihilangkan rasa pelik semasa berjumpa dengan Ian tadi.

"Eii..jom lah. Aku spon Sushi King..."

"Tak nak..dah lah sikit,mahal pulak tu..."bantah Sofia.

"Habis tu?"

Sofia tersenyum....

Kael'Gen Restaurant

"Haaaa...sini"ujar Sofia. Dia tinggalkan Jj duduk di salah sebuah meja disitu. Kemudian,dia berlalu ke dapur.

Jj hanya menunggu. Sambil menunggu,dia sempat berws dengan seseorang.

30 minit kemudian,Sofia datang dengan troli makanan.

Satu persatu makanan diletakkan di atas meja bulat itu.

Ada enam jenis lauk kesemua nya. Dua pinggan nasi diletakkan di tempat masing². Akhir sekali...minuman keras..lah sangat..

Campuran Coca Cola dengan aiskrim vanilla + choco yang diblend bersama.

Sofia tersenyum puas hati. Manakala,Jj melopong.

'Mak aih...banyak bebenor..'

"Sila lah...sila makan"ajak Sofia setelah menghantar troli itu pergi.

Tiada suara yang keluar daripada mulut masing².

Tiba²....satu suara menyampuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience