BAB 8

Horror & Thriller Completed 4375

Ada satu unit (saya tak pasti tingkat berapa)..terbakar…saya pernah lalu di unit tersebut..

memang unit tersebut masih ade kesan kebakaran…banyak juga kes bunuh diri dan macam-macam kes kematian di bangunan tersebut…

Lima bulan saya menginap di bangunan tersebut, macam-macam kisah saya dengar…ada yang kata ternampak pontianak di kawasan swiming pool. Kejadian tersebut berulang kali berlaku dan bahagian management terima banyak aduan berkenaan, kawasan tersebut terpaksa ditutup pada pukul 10 malam..

Cerita berkenaan Pontianak di bangunan tersebut, saya sendiri pernah hadapi situasi tersebut ketika itu pukul 4pagi.

Saya terima panggilan dari majikan saya supaya buka pintu belakang kelas, sebab anaknya mahu ambil beg untuk jemaah umrah. Saya kejutkan anak bongsunya perempuan untuk temani saya tapi dia tak mahu!!..

Saya tak dapat bayangkan pukul 4 pagi nak saya pergi buka pintu belakang bangunan. Dengan berat hati saya terus turun tingkat satu.

Sedang saya tunggu lift tetiba sayup-sayup saya terdengar dengan jelas suara tangisan seorang perempuan.

“Kenapa kau tinggalkan aku…kenapa kau buat aku macam ni..”

Mulanya saya ingat saya mamai tapi suara tangisan itu masih lagi terngiang dan semakin lama semakin kuat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience