" Ayah! " Mawar menjerit memanggil ayahnya.
Ish orang tua ni geramnya kita dengan perangai dia! Mentang mentang ibu dah takda mula dia buat perangai hentam keromo dia.
Encik Hamid yang sedang khusyuk membaca isu isu hangat tentang politik terkejut beruk. Apalah anak gadisnya itu mahu. Terjerit jerit macamlah rumahnya ini tarzan.
"Ouh kat sini rupanya ayah!" Mawar menutur bicaranya dengan nada geram.
" Kenapa kamu ni Mawar?" Soal Encik Hamid ringkas. Mawar menarik nafas sedalam dalam yang boleh. Sabar Mawar sabar!
"Kenapa ayah tanya. Apasal ayah pandai pandai letak nama saya dalam calon Puteri Wulo ni?" Marah Mawar. Encik Hamid membuat muka tiada bersalah.
"Alah apa salahnya. Betulah siapa lagi nak mewarisi mak kamu tu. Kamu jelah. Takkan Katty kucing kamu tu." Encik Hamid cuba melawak walaupun dia tahu situasi agak tegang.
Dia sudah agak mesti Mawar akan mengamuk bila dia didaftarkan sebagai ahli tersebut. Bukan dia tidak kenak anaknya yang anti politik tu.
" Ayah tahu sendiri kan orang ni tak suka bersangkut paut dengan dunia politik ni. Tengok ayah je orang dah serabut ini pula saya yang kena join. Ayah ni saja je tau nak suruh saya jadi anak derhaka." Rungut Mawar di akhir bicaranya. Dia tidak mahu melawan tapi dia juga tidak mahu terjebak dengan apa apa isu politik yang memeningkan.
Encik Hamid hanya melihat anak gadisnya itu memasamkan muka. Kesian pula dia melihatnya. Dia ni pun satu terlalu mendesak sangat. Tak fikir pun tentang perasaan si anak.
"Kalau macam tu nanti ayah batalkanlah keahlian kamu tu. Yelah ayah sayang kamu Mawar. Mungkin terlampau ikut sangat emosi tua ni." Encik Hamid menutur kata. Mawar tersenyum dan terus memeluk ayahnya.
"Hehe. Mawar pun sayang ayah sangat-sangat. Terima kasih sebab faham Mawar."
Petang itu Mawar melepak ditaman bunga mininya. Bukan tak mahu tengok telivisyen. Tapi ayahnya dah rembat dulu nak tengok isu politik yang sedang hangat. Bolehlah di kategorikan sebagai 'Pakcik bawang'.
Sedang dia mengelamun bunyi notification masuk. Muncul nama 'Budin sayang' sudah tentulah si buah hati pujaan dinda.
' Awak free ke esok pagi? ' - Budin sayang
' Free rasanya. Ayah pun takda suruh saya pergi mana-mana. ' -Ara cinta
'Kalau macam itu esok kita keluarlah ye. Lama tak jumpa rindu dengan cinta kanda ni.'- Budin sayang.
'Bolehlah tu. Rindu bukan mahram tu berdosa. Saya chaw dulu ye.' -Ara cinta
Terus data di matikan. Malas nak layan si Budin ni sebenarnya. Tapi itulah keluarga si Budin dah hantar merisik. Dia masih lagi fikir sama ada perlu setuju atau tak. Ini kerana ayahnya agak tidak berkenan dengan si Budin tu.
Bukannya Budin tak bekerjaya. Tapi alasannya cuma satu, keluarga Budin tak sokong parti kegemaran ayahnya. Sebab itulah dia tak berani nak bagi kata putus pada keluarga Budin. Sebab ini jugalah dia malas nak fikir pasal jodoh. Tapi dah Budin berani sangat nak risik dia. Bukan dia tak ingat soalan apa yang muncul dari mulut ayahnya semasa bertemu keluarga Budin.
3 bulan lalu...
"Kami datang ni nak merisik anak dara kau Encik Hamid" Ujar Encik Jaafar. Budin di sebelah hanya tersenyum. Mawar hanya membalas senyum tawar.
" Boleh tu boleh cuma satu sahaja aku nak tanya. Kamu ni penyokong parti Wulo tak? Aku bukan apa. Taknak lah nanti bila kita berborak pasal politik mulalah bercanggah pendapat." Terang Encik Hamid.
Melihat air muka Encik Jaafar berubah terus Mawar jadi gusar. Ayahnya ini memanglah. Rasa nak belasah je mendengar soalannya.
"Macam ni lah pakcik, makcik dan Budin. Kalian balik dulu nanti saya dan ayah akan bincang lebih lanjut. Bagi kami masa. Pasal soalan ayah tu abaikan jelah ye pakcik." Mawar cuba menenangkan keadaan yang hampir keruh. Panas hatinya.
Selepas Budin balik puas juga dia kena marah. Namun dia punya malu lagilah sebakul. Apalah pandangan si Budin pada dia nanti. Nasib baik ayahnya itu tidak begitu keras kepala.
Sekarang....
Suara deheman mengejutkan lamunannya. Siapa lagi Encik Hamidlah.
"Esok ayah nak kamu teman ayah pergi pasar." Tutur Encik Hamid. Mata Mawar terbeliak. Tapi dia dah berjanji dengan si Budin.
"Tapi yah orang nak keluar dengan kawan." Mawar berdalih.
" Mana ada cafe buka pukul 7 pagi. Mesti nak keluar dengan budak Budin tu kan? Ayah tak berkenan langsung lah dengan dia tu. " Bicara Encik Hamid pula. Mawar mememekkan mukanya. Alah ayah tu alasan.
"Cakap jelah ayah tak suka dia sebab keluarga dia tak sokong parti kegemaran ayah tu." tuturnya dengan perlahan.
"Apa kamu kata?" Encik Hamid kurang jelas mendengar apa yang dituturkan.
"Mawar cakap yelah esok Mawar teman ayah." Balasnya malas.
Bukan dia tak kenal ayah sendiri. Pergi pasar pukul 7 balik pukul 9. Lepas tu pergi sarapan dah sampai pukul 10. Lepastu mesti dia kena memasak di rumah. Bila masanya dia nak keluar dengan si Budin. Alahai Ayah!
Share this novel