Bab 8

Romance Completed 12178

Ruangan bilik kecil itu yang tadinya sedikit bingit perlahan-lahan sunyi. Saudara mara yang datang melawat Mikael mulai beransur pulang. Suasana janggal menyelubungi hati Nurin. Tidak pernah dia merasa sebegitu saat bersama Mikael. Apatah lagi sedari tadi Mikael hanya memandangnya tanpa bercakap walau sepatah pun. Dia pun merasa serba salah untuk menegur Mikael. Tambahan lagi, ramai sangat yang datang melawat Mikael. Agaknya Mikael marah sangat padanya.

Tengahari itu dia terlewat datang ke hospital. Dia terpaksa ke butiknya untuk memeriksa stok barang yang baru sampai awal pagi tadi. Khabar Mikael langsung tidak didengarinya. Selepas selesai memeriksa stok barang, segera dia menuju ke hospital.

"Ehemm.." Nurin tersentak. Wajah Mikael dipandang. Seketika kemudian matanya meliar ke seluruh bilik itu. Kosong! Tinggal mereka berdua saja.

"Kau siapa?" Mata Nurin membulat. Marah sangat sampai tak cam isteri sendiri. Hatinya mulai panas.

"Weyy mangkuk! Kau disampuk jembalang mana ni?" Berkerut dahi Mikael.

"Waahh sesedap mie sedaap goreng je kau mangkukkan aku eh. Aku tanya kau siapa,yang kau hangin tahap 7 keturunan jin kelaparan kenapa? Lepas tu sesuka hati,jantung dan limpa kau je mangkuk-mangkukkan aku,naga?"

"Naga?? Mangkuk tak sedar diri! Kau.."

"Wey.. Weyy korang.. Sampai kat kaunter dengar suara korang memekak. Dah tua bangka pun perangai mengalahkan oggy and the cockroaches. Aku nikahkan juga korang berdua ni baru tahu." Sam yang baru tiba lantas meleraikan perang mulut Nurin dan Mika. Tak pernah-pernah mereka bertikam lidah seperti itu.

"Nikah? Kan kitorang dah selamat nikah pun."

"What?? Nikah?? Tak hingin aku dengan naga ni."

Nurin dan Mikael menjawab serentak. Sam hanya tertawa dan menggeleng perlahan. Mencerlung mata Mikael menatap wajah Sam.

"Kau tak bagitahu aku semua ni pun, Sam!" Sam tepuk dahi.

"Alamak! Aku lupa lah, Mika. Sorry bro." Nurin terpinga-pinga. Tidak faham apa yang sedang berlaku.

"Err Mika. Untuk pengetahuan kau, Nurin yang kau katakan naga ni isteri kau. Dan err Nurin.. Sorry aku lupa nak bagitahu kau. Mikael has lost his memory. Bukan semua lah. Just a bit little memory. Dengan kata lain, Mikael menghidap amnesia."

" WHATTT???"

_______________________

Mikael memeluk tubuh melihat wanita di hadapannya. Wanita yang mengaku isterinya. Isteri apa kalau perangai sebegitu? Perangai tak ubah macam naga. Naga apa? Naga jadian kot. Dragon yang culik dan kurung Princess Fiona dalam menara tu pun tak ganas macam Nurin tahu tak. Huh!

"So, kau ni isteri aku la kan?" Nurin angguk.

"Kita tak bercinta dan nikah pun sebab terpaksa?" Nurin angguk lagi.

"Aku muda dari kau kan?" Nurin mendengus kasar. Mikael memang mencabar kesabarannya kali ini.

"Dah berapa kali aku cakap hah? Dah takde benda lain nak tanya? Kau nak tanya benda yang sama je ke? Ni dah kali ke seratus satu kali tahu tak!"Mikael membulatkan mata. Senyuman lebar tersungging di bibir merahnya.

"Kau kira ke? Hebat!" Ujarnya lalu bertepuk tangan. Wajahnya kelihatan teruja. Nurin menggigit bibir.

"Err aku tak lah bodoh sangat macam kau mangkuk! Takkan aku nak kira soalan bodoh kau tu. Duk ulang soalan sama je dari tadi. Naik bosan aku. Aku pun main hentam kromo je. Ntah-ntah tak sampai 20 pun." Tersedak air liur Mikael dibuatnya. Naga ni sengaja je nak kenakan aku.

"Ok lah kalau macam tu. Aku bukan apa. Saja nak kepastian. Mana lah tahu kau sengaja nak ambik kesempatan. Ye lah.. Aku ni kan hensem. Mesti ramai awek dok berebut nakkan aku kat luar sana kan? Tak mungkin lah aku nak sangkut dengan naga macam kau ni."

"Dah tahu ramai, yang kau sibuk kejar aku dari dulu kenapa? Naga-naga aku pun, naga ni juga yang kau kejar ke hulu ke hilir sampai sorang lelaki pun tak berani nak dekat aku." Gumam Nurin perlahan.

"Apa dia cik kak? Aku tak dengar lah. Cakap kuat sikit boleh?"

"What?? Cik kak?? Heemm takde apa-apa lah."

"Why?? Tak salah kan? Lagipun aku ni muda 3 tahun dari kau. Kau juga yang cakap kita nikah pun sebab aturan keluarga kan. Thats mean no love in our relation right? Lagipun macam tak best lah dok aku-kau je. Kau bukan bff aku pun. Ok lah aku penat ni. Nak rehat. Nanti-nanti kita bincang tentang status kita ni ok. Kalau kau keluar,tolong tutup pintu eh."

Nurin mengetap bibir. Halau aku nampak.. Mangkuk punya laki!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience