"Itu pun dia orang.. "beritahu Davina.
Sarah ikut pandang ke arah yang sama sebelum dia terkedu sendiri.
"Damn...Itu doktor Kaden kan? Aku tak tahu pulak Eden boleh semakin handsome? "sebut Sarah yang terkesan melihat dua lelaki yang jalan semakin menghampiri mereka.
Davina palingkan kepala ke Sarah. "Kau single lagi kan? " tanya dia.
Tanpa alihkan mata dari dua orang itu, Davina mengangguk kepala. "Hell yeah. " lafaznya. "Macam mana kau boleh tak jatuh cinta pada dua orang ni sebaliknya putera mahkota entah apa-apa kau tu? " tanya dia setelah telan air liur untuk basahkan tekak yang kering.
Davina lambai tangan ke arah dua orang itu sambil merangkul lengan Sarah. "Entah la... Mungkin sebab aku tak nampak siapa yang aku perlukan tapi sebaliknya aku nampak orang yang aku nakkan."beritahunya.
Baru la Sarah pandang Davina. Keningnya terangkat tinggi. "So sekarang kau dah buat pilihan? Love without faith kau dah berakhir? " tanya dia.
Davina pandang ke Sarah lalu tarik senyuman nipis di bibir. Nampaknya macam tu la. "Ha'ah..."
Sarah tersenyum lega lepas dengar. Niatnya mahu berkata. Tapi tak sempat.
Eden dan Kaden berdiri di depan dua orang itu tidak lama kemudian.
"Hai Sarah. So awak la orang special yang Davina sibuk katakan tu? " tegur Kaden sewaktu serahkan botol air mineral sejuk kepada Davina.
Sarah tersentak.
"Hai. Apa khabar doktor Kaden." senyum Sarah dengan senang.
Davina capai botol air mineral itu lalu cuba di pulas penutup botol itu. Dia mintak nak minum tadi. Gara-gara nak tunggu Sarah itu yang Kaden belikan. Eden pulak mungkin kena tunggu lama. Tak sangka pulak mereka datang semula pada masa yang sama.
Eden perasan akan pergelutan Davina ketika itu terus capai botol air dari tangan Davina. Tanpa di surug dia bukakan penutup botol dengan sekelip mata sebelum di sua kepada Davina.
"Nah... "serah Eden.
"Terima kasih." ucap Davina sewaktu capai botol itu lalu di teguk sedikit.
"So kita nak jalan ke mana aje ni? " tanya Sarah dengan teruja.
Kepala Eden berpaling dari memandang Davina ke Kaden lepas dengar soalan Sarah.
"Sorry... Kau orang berdua gerak sama la. Aku dah beli tiket awal nak tengok wayang dengan Davina. "cadang Eden pada Kaden.
"Oh.. Iya ke?" tanya Sarah yang agak terkejut. Sekali bila dia jeling penuh makna ke Davina, kawannya itu cepat-cepat bersembunyi di belakang Eden. Cis! Tak guna! Gatal noh nak jadi cupid dia! Nasib baik Doktor Kaden. Kalau orang lain lama dah kena high kick Davina ni.
"O-okay. Kalau macam tu aku gerak dengan Sarah la... Kau orang berdua dating la situ." balas Kaden pula. Dia buat muka ke Eden kerana menyampah, lalu ajukan tangan kepada Sarah. "Mari... Kita tengok dekat arked sana dulu. "ajaknya.
Sarah tersenyum lebar sampai naik pipinya. "Okay... "
Memerhatikan langkah dua orang itu pergi, Davina menggeleng kepala kerana lucu melihatkan lagat dua orang itu. Alah... Sarah suka punya. Lagipun Kaden dulu pernah jadi crush Sarah sewaktu bekerja di hospital lama.
"So tiket apa yang kau beli? " tanya Davina setelah Sarah dan Kaden menjauh. Dia pandang akan Eden dengan minat. Harap-harap cerita best la Kalau cerita action atau perang memang penampar la jawabnya yang Eden dapat.
Eden seluk tangan dalam poket seakan mencari sesuatu sambil buat muka. "Sekejap, aku tengok... "
Davina pun ikut pandang tangan Eden sewaktu lelaki itu sibuk seluk ke poket dalam jaket yang di pakai.
"Hah... Ni dia.. " bukannya tiket yang dikeluarkan. Sebaliknya jari yang dibentuk jadi 'heart'di tunjukkan depan muka Davina oleh Eden.
What the heck!
Davina pandang jari Eden di depan mukanya ketika itu dengan muka 'seriously' lalu naik ke muka Eden pula.
"Kau serius sekarang ni? "tanya Davina dengan kesal. Nak bergurau tak bertempat pulak. Sejak bila pandai buat benda merepek ni!?
Eden buat muka goofy.
"Hahahah.... Gurau... Aku gurau je.. Jangan pukul aku.. "ketawa Eden sebelum keluarkan tiket dari belakang poket seluarnya lalu di tunjukkan depan Davina serta merta.
Tiket tu dirampas Davina dengan kasar.
"Ingat kelakar ke! "tanya Davina mahu menyepak tulang kering kaki kanan Eden kerana kejengkelan dengan sikap annoying itu.
Eden undurkan kaki ke belakang sambil ketawa. "Hahaha...sorry la." katanya sewaktu hulur tangan mahu merangkul bahu Davina.
Davina tolak badan Eden supaya jauh dari dia. "Jangan peluk aku..."
Eden ketawa lagi.
"Hei...jangan la marah. Aku gurau je la..." sakat Eden lagi sambil tunjuk finger heart pada Davina lagi semasa jalan mengundur menghadap dia.
"Stop it! " marah Davina yang hampir hendak ketawa dengan sikap cringy Eden.
"What? Ini? " cabar Eden lagi yang mengulang semula tindakan membuat finger heart di depan Davina dengan pelbagai gaya. "Hahahaha!"
"Oh my god! Stop it! "
Geram kerana Eden saja nak buat dia ketawa, Davina gerak mengangkat tangan mahu menampar Eden.
"Sini! Nak sangat kena agaknya! " menjegil bulat mata Davina.
Tahu yang dia akan sakit, Eden ngelak secepat mungkin dan lari dari di kejar oleh Davina di situ.
"Mana kau nak pergi! Sini! "
"Tak nak! Nanti kau pukul aku! "
Pengunjung yang lalu lalang di situ sikit pun tidal hiraukan akan dua orang itu sewaktu Davina dan Eden berlari melintasi depan mereka ketika itu.
Share this novel