BR 07

Romance Series 4386

Rumah sewa yang berpagarkan pintu jerigi penuh berwarna putih itu didiami oleh sekumpulan perempuan pelajar universiti. Suasana malam itu agak sunyi apabila tiada hilai tawa daripada mereka berlima. Ditambah pula dengan cuaca yang dingin disebabkan hujan lebat setelah maghrib tadi.

Tap Tap Tap

Hanya kedengaran bunyi papan kekunci komputer riba sahaja yang berlaga-laga tanda jari jemari mereka tidak henti menaip sesuatu. Buat apa lagi kalau bukan mereka sedang berperang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka. Masing-masing asyik dengan kerja mereka dengan gaya tersendiri.

Mia dan Bella berbaringan di katil mereka manakala Kaira, Syahira dan Humaira duduk di meja makan. Terangguk-angguk kepala Humaira yang melayan lenggok lagu 'Lily' dendangan Alan Walker, K-391 dan Emelie Hollow yang didengarnya melalui earphone . Mulutnya turut terkumat-kamit menyanyikan lagu tersebut.

Lily was a little girl
Afraid of the big, wide world
She grew up within her castle walls
Now and then she tried to run
And then on the night with the setting sun
She went in the woods away
So afraid, all alone

They warned her, don't go there
There's creatures who are hiding in the dark
Then something came creeping
It told her, don't you worry just

Follow everywhere I go
Top of all the mountains or valley low
Give you everything you've been dreaming of
Just let me in, ooh
Everything you want in gold, I'll be the magic story you've been told
And you'll be safe under my control
Just let me in, ooh
Just let me in, ooh

She knew she was hypnotized
And walking on cold thin ice
Then it broke, and she awoke again
Then she ran faster and
Start screaming, is there someone out there?
Please help me
Come get me
Behind her, she can hear it say

Follow everywhere I go
Top of all the mountains or valley low
Give you everything you've been dreaming of
Just let me in, ooh
Everything you want in gold, I'll be the magic story you've been told
And you'll be safe under my control
Just let me in, ooh
Just let me in, ooh

Everything you want in gold, I'll be the magic story you've been told
And you'll be safe under my control
Just let me in, ooh

Follow everywhere I go
Top of all the mountains or valley low
Give you everything you've been dreaming of
Just let me in, ooh
Then she ran faster and
Start screaming, is there someone out there?
Please help me
Just let me in, ooh

Tiba-tiba suasana yang tenang itu terganggu apabila rengekkan Syahira memecah gegendang telinga mereka.

"Warghhhhhh!!! Asal pulak laptop ni nak buat hal time saat-saat genting macam nih. Tadi okey aje. Janganlah kerja aku dah nak siap dah ni. Kau jangan..." marah Syahira membebelkan laptop-nya yang tidak bernyawa itu. Syahira cuba menggerak-gerakkan tetikusnya tetapi tiada respon. Malah cubaan menaip pun tidak dilayannya. Okey tiada respon juga. Syahira tiada pilihan...

"Mia, Mia! Tolong aku. Matilah aku!" terkocoh-kocoh Syahira berlari ke arah Mia yang sedang berbaringan di katilnya sambil membawa komputer ribanya.

"Ya Allah, terkejut aku. Asal ni?" tergelak Mia melihat gelagat Syahira yang seakan mahu menangis.

"Mia assignment aku......Warghhh!"

"Eh, eh. Janganlah meraung. Aku tanya je, bukan suruh kau meraung, memekak kat sini. Cuba cakap kenapa dengan assignment kau." mata Mia menoleh melihat skrin laptop Syahira yang normal. Okey aje aku tengok.

"Ish Mia, tengok ni mouse dia tak nak gerak. Laptop aku hang. Aku tak save lagi kerja aku."

"Habislah kau. Besok nak hantar kat Dr. Ana." Bella cuba menakutkan Syahira. Masih sempat dia menyakat rakannya itu apabila kerjanya juga hampir sampai ke penyudah.

"Janganlah Bell. Penat aku buat ni. Lima page kot. Takkan nak buat semula." kemerahan muka Syahira menahan gelora di hatinya. Tak larat ooo nak karang ayat balik. Memikirkan dia perlu menaip semula hasil kerjanya tadi membuatkan Syahira seriua. Erk! Tak sanggup rasanya untuk memerah otak sekali lagi setelah segala idea telah habis dicurahkan.

"Lahai, meh sini aku tengok." Laju sahaja Mia menarik laptop Syahira ke hadapannya. Jari jemarinya pula lincah menekan papan kekunci.

Entah apa yang dibuatnya. Namun, Syahira tidak peduli asal assignment-nya dapat diselamatkan. Di sisi Mia dia memanjatkan doa agar assignmentnya selamat. Amin!

Tidak sampai beberapa minit.

"Nah, selamat je assignment kau. Skrin freeze sekejap tadi. Aku dah save-kan sekali. Cepat siapkan dan print."

"Yeah! Hebatlah kau. Macam mana kau buat Mia. Aku tekan macam-macam takde pape pun yang jadi."

"Tah, aku try je." balas Mia yang tersengih.

"Satu lagi laptop kau berat sangat ni. Banyak cerita sangat sebab itu dia hang tetiba bila kau buat kerja lama guna laptop kau. Simpanlah dalam external semua cerita tu."

"Mana ada external."

"Belilah cerdik."

"Hehe, nantilah."

"Eh, settle dah masalah." sampuk Bella yang menjadi permerhati di katilnya.

"Haah. Harapkan kau apa pun tarak." cebik Syahira sebelum berlalu ke meja makan.

•••

Semua berpusu-berpusu menghantar tugasan Dr. Ana ke meja hadapan.

"Semua sudah hantar. Saya tidak akan terima tugasan selain yang ada di sini sahaja. Mana yang ada niat nak bagi kemudian tidak akan dilayan."

Semua pelajar dihadapannya seakan burung belatuk kerana mengiakan kata-katanya.

"Baiklah, kita mulakan lab kita hari ini. Saya harap semua sudah baca nota yang saya upload semalam. Saya akan terangkan apa yang kita akan buat hari ini. Apa-apa yang tidak faham boleh tanya."

"Baik." sahut pelajarnya.

"So kita kena list-kan semua benda alah ini ajekan." Kaira bersuara.

"Cik kak, fungsi, cara penggunaan dan kesan jangan lupa. Tak baca lab manual-lah tu," Mia membetulkan pemahaman Kaira.

"Haah kejap lagi kena explain dekat depan." sokong Syahira.

Para penghuni Makmal Kimia Analisis itu tekun meneliti radas yang ada di hadapan mereka. Ada yang sibuk melayari laman sesawang mencari maklumat. Inilah antara kelebihan pelajar zaman sekarang, mereka tidak perlu lagi membawa buku nota yang tebal sekiranya memerlukan maklumat tetapi hanya boleh mencarinya di laman sesawang. Kata orang semuanya di hujung jari.

"Baru saya perasan, korang ni suka duduk dengan muka yang sama. Cubalah tukar-tukar geng sikit. Tak bosan ke ngadap muka yang sama?" suara Dr. Ana memecahkan perhatian pelajarnya.

Masing-masing memandang sesama sendiri. Tersengih kerana memang mereka berkumpulan dengan yang sekepala.

"Aloh dokter bukan selalu." balas Azirul yang cuba membela diri.

"Saya nak buat group-lah. Next week saya nak tengok korang semua dengan group yang saya bagi." Dr. Ana tersenyum penuh makna.

Mulalah masing-masing berpandangan membayangkan ahli kumpulan baru mereka. Mana tidaknya, kalau dapat geng yang rajin dan pandai buat kerja tahanlah. Tapi kalau dapat yang pemalas, susahlah mereka hendak lakukan apa-apa tugas bersama.

"Takyah tunggu minggu depanlah lambat, kita buat sekarang." kaget para pelajar dengan perangai tak dijangka Dr. Ana. Biasalah pensyarah muda memang sentiasa optimis dan aktif dalam melakukan sesuatu perkara.

"Semua keluar ke hadapan dengan barang korang. Cepat. Sekarang." arahan telah dikeluarkan. Mahu tidak mahu mereka menurut dan berdiri di hadapan.

"Baiklah, kamu pergi ke meja yang saya suruh."

Satu persatu pelajar mula bergerak ke arah meja yang ditunjukkan. Ada yang tertawa. Ada yang bersahaja. Ada yang janggal. Mungkin sebab jarang berbual.

"Mia, kamu meja sana." Jari Dr. Ana menunjukkan meja yang berkedudukan di sebelah kanan kedua. Mia hanya menurut.

Setelah selesai mengatur.

"Okey ini group lab kamu dan selamat maju jaya." Ringkas dan padat.

Kelas bermula semula selepas agenda mengatur semula ahli kumpulan. Sesi mengenali muka ahli kumpulan pun bermula. Walhal, mereka telah mengenali antara satu sama lain.

"Eh, Emir. Dapat jugak satu group dengan awak." Emir hanya tersenyum mendengar sapaan Azura.

"Ya, selamat berkumpulan."

"Wow, kau tahu berbahasa Melayu eh Emir." sampuk Maleeq.

"Yup but not too fluent." Emir berbasa-basi.

"Kalau nak fluent, I can teach you." kata-kata Azura disambut dengan reaksi jelik dari Maleeq dan Huzir.

"Erk, geli aku dengar. Jom, Mia kita buat kerja." Malas nak melayan drama Azura. Huzir lebih selesa bekerja dengan Mia kerana Mia bukan jenis menggedik dengan lelaki.

"Alah, aku cakap je la. Ye buat kerja." bengang Azura dengan sikap Maleeq dan Huzir. Baru nak try Emir.

Sudahnya mereka terus menyiapkan kerja. Mata Mia sesekali mengerling ke arah Emir yang sedang tekun. Emir pula lebih banyak berbicara dengan Maleeq dan Huzir tentang apa yang ingin mereka tulis dalam laporan. Mia dan Azura hanya menambah serba sedikit bagi penambahbaikkan laporan mereka. Kerja mereka agak mudah untuk minggu pertama makmal bermula kerana ini hanyalah sesi berkenalan dengan peralatan makmal. Jadi laporan boleh disiapkan sebelum waktu makmal tamat dan sedikit pembentangan.

Menantikan detik waktu makmal tamat amat menyeksakan bagi Mia kerana matanya acapkali mencari wajah Emir.

Kenapa macam ada magnet nih? Mia harap ini tidak berterusan untuk hari-hari dan minggu-minggu seterusnya. Susahnya. Jaga mata please!

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience