Chapter 16

Romance Series 4829

Seperti yang dijanjikan, Isha dan Nia keluar pada hujung minggu untuk beriadah bersama seperti yang dirancang. “Kau bawak tak roller blade? Ke tinggal kat rumah?” Isha menyoal Nia sejurus sahaja rakannya itu masuk ke dalam keretanya. Dia menjemput Nia di rumahnya memandangkan kereta rakannya itu dihantar ke bengkel untuk diservis. “Bawaklah. Tinggal kat rumah siapa nak main? Nenek aku?” Nia berseloroh. Isha ketawa besar mendengar jawapan itu. Sampai sahaja di Tasik Cendana, mereka memulakan aktiviti yang dirancang. Hampir sejam Isha menghabiskan masa mengajar Nia cara bermain. Aktiviti itu mungkin agak rumit bagi orang yang tidak biasa bermain kerana memerlukan imbangan badan yang betul. “Kau ni! Jalan slow-slow lah! Laju-laju nak pergi mana? Karang terjun dalam tasik tu, aku tak tolong! Aku tak pandai berenang!” Isha mengomel melihat gaya rakannya yang teruja setelah pandai bermain kasut roda itu. “Aku tahu lah! Kalau aku terjun dalam tasik tu pun, aku tak nak kau yang selamatkan aku! Aku tunggu jejaka handsome datang selamatkan aku! Bukan kau!” bidas Nia. “Tu pun kalau dia nak selamatkan kau!” balas Isha. Mereka menghabiskan masa di situ sehingga jam 12.30 tengah hari. Setelah puas melakukan aktiviti itu, mereka berjalan ke arah sebuah restoran yang berdekatan di tepi tasik itu untuk makan tengah hari. “Beb! Aku nak beritahu something kat kau. Tapi kau jangan terperanjat tau!” Isha memulakan perbualan. “Kenapa nak terperanjat? Cerita hantu ke?” balas Nia selamba sambil ketawa kecil. Dia kelihatan seronok mengenakan rakan baiknya itu. “Ish! Bukanlah! Er.. Aku dengan Akmal dah setuju nak buat wedding kitorang at the end of this year.” Isha menjelaskan perkara yang terbuku di hatinya itu. Dia tidak mahu rakan baiknya mengetahui perkara itu daripada orang lain. Sebaiknya biar dia sendiri yang memaklumkannya. “Really? Kau nak kahwin dah? Alhamdulillah!” ucap Nia yang teruja mendengar perkara itu. “Aku yang bertunang dulu, tapi kau yang kahwin dulu. Aku lagi tua dari kau, sepatutnya aku yang kahwin dulu! Kau ni langkah bedul tau tak!”gurau Nia yang tua beberapa bulan dari Isha. Tersembul ketawa Isha yang duduk di hadapannya. “Kau jangan nak merepek! Kita ni sama umur je. Takde maknanya nak langkah bendul!” jelas Isha dalam tawanya. “Tapi seriously! Tak sangka kau dah nak kahwin. You guys kahwin hujung tahun ni, majlis tunang bulan berapa?” soal Nia ingin tahu. Isha menggelengkan kepalanya. “Kitorang tak buat majlis tunang. Terus nikah je. My parent malas nak buat kenduri dua tiga kali. Tapi masa nikah tu Akmal tetap bagi cincin tunang. Kira kitorang bertunang untuk beberapa minit je lah. Then terus akad nikah. Kelakar kan?” jelas Isha sambil tersenyum lebar. “Aah! Tapi okeylah idea your parent! Save budget!” balas Nia. Isha hanya membalas kata-kata Nia dengan senyuman. “Aku yang dah tunang ni tak tahu bila nak kahwin! Nak tunggu Zaril propose, alamatnya tunggu kucing bertanduk lah!” seloroh Nia. “Relaks la beb! Kalau ada jodoh tak kemana!” jawab Isha ringkas.
Hanya tinggal dua bulan lagi majlis perkahwinan Isha. Hampir lapan puluh peratus persiapan perkahwinannya telah selesai. Cuma tinggal beberapa perkara lagi yang belum diuruskan. “Bila Akmal nak settlekan khemah dengan katering? Dah jumpa dengan owner dia?” Encik Faizul menyoal tentang persiapan perkahwinan anaknya itu. “Belum lagi. Akmal busy. So nak tak nak, Isha lah yang kena pergi jumpa orang tu. Tu pun kena ambik cuti sebab kedai dia tutup hujung minggu. Kena pergi hari biasa lah.” jelas Isha. Dia terpaksa menguruskan perkara itu memandangkan Akmal agak sibuk sejak kebelakangan ini. Dia sendiri tidak faham situasi Akmal yang sering sibuk itu. Setahu dia bos tidak lah sesibuk itu. Bagaimanapun dia cuba meredakan perasaan curiganya pada Akmal. Tambahan pula mereka akan diijab kabulkan dalam tempoh dua bulan itu. “Kalau macam tu ajak Izza sekali. Jangan pergi sorang. Minggu depan Izza cuti seminggu. Nak pergi mana-mana, ajak dia teman. Dia bukan buat apa pun kat rumah ni.” Encik Faizul mencadangkan. Dia seboleh mungkin tidak membenarkan anaknya keluar bersendirian memandangkan anaknya itu perempuan. Memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar, mereka sudah maklum dengan kes jenayah yang sering berlaku. “Okey ayah! Isha pergi dulu, nanti tutup pulak butik tu!” Isha terus keluar setelah bersalaman dengan ayahnya. “Yelah! Bawak kereta elok-elok!” pesan Encik Faizul padanya. Isha mengangkat tiga jarinya menunjukkan isyarat ‘ok’ pada ayahnya. Dia memandu keretanya menuju ke Jalan Perdana 5 untuk menjemput Nia di rumahnya. Nia menawarkan dirinya untuk menemani Isha mencuba baju pengantin dan menguruskan kad kahwinnya yang masih belum selesai. “Wey! Aku pelik betullah korang ni. Akmal tu yang sepatutnya keluar dengan kau tau! Bukan aku! Dia pergi mana sampai takde masa nak settle semua ni dengan kau?” Nia menyoal tegas. “Dah lah. Kau tak payah nak membebel dalam kereta aku pasal benda ni semua. Aku tengah serabut ni. Akmal tu busy memanjang. Dia kata banyak meeting la, nak jumpa client la, nak settle projek baru la, itu la, ini la! Tengok, aku pun dah berjangkit penyakit bebel dari kau!” jelas Isha panjang lebar. “Beb! Aku sebenarnya tak nak cakap benda ni dengan kau but in the same time, aku tak boleh nak sorok benda ni dari kau!” Nia cuba memberitahu sesuatu. “Alang-alang kau dah start, bagi tahu jelah! Apa dia?” Isha yang mula curiga meminta rakannya untuk berterus-terang. “Hari tu, aku ada nampak Akmal dengan sorang perempuan. Tapi aku tak sure la who was that woman sebab jauh kan!” jelas Nia berhati-hati. “Kau nampak dia kat mana? Bila?” soal Isha bertubi-tubi. “Dekat IOI City Mall. Ahad minggu lepas kalau tak silap.” balas Nia sambil memandang wajah rakannya yang sedang memandu itu. “Kawan dia kot. Dia memang banyak kawan perempuan. Dia sendiri cakap kat aku!” Isha menjelaskan. “Yelah! Aku tahu yang tu. Aku ni pun kawan dia, tapi takde lah sampai nak keluar jalan dengan dia dekat mall bagai! Kau tak kisah?” Nia menyoal setelah mendengar jawapan rakannya yang seakan-akan tidak terkejut mendengar perkara itu. “Aku bukan tak kisah, tapi aku tak nak ada perasaan curiga or tak percaya dekat dia.” Isha membalas selamba. “Beruntung Akmal dapat bakal isteri macam kau ni! Baik gila kot! Kalau aku nampak Zairi tu keluar dengan mana-mana perempuan yang aku tak kenal, dah lama aku soal siasat dia! Tapi kalau Akmal tu sia-siakan kau, aku tak tahu nak cakap apa! Seriously! Dia akan jadi orang yang paling bodoh sebab buat macam tu dekat kau!” Nia menyatakan pendapatnya pada Isha. “Dah lah wey! Yang penting sekarang ni aku dah nak kahwin! And aku tak nak perasaan syak or curiga tu ada dalam hati aku! Kau tak payah la risau, aku dengan dia okey je!” Isha membalas. Dia cuba meyakinkan Nia yang agak curiga tentang Akmal. Sampai sahaja di butik itu, Isha mengambil pakaian pengantinnya. “Kau tak ambik baju Akmal terus ke? Nanti tak payah susah-susah dia datang sini dah. Terus ambik dekat kau je!” Nia memberikan cadangan. “Aku dah cakap kat dia, tapi dia kata tak payah. Biar dia ambik sendiri. Lagipun dua tiga minggu ni kitorang susah nak jumpa. Dia busy!” jelas Isha.
Mereka menuju ke lokasi seterusnya iaitu Jelita bagi menempah kad kahwinnya. Isha agak kelam kabut kerana dia perlu pulang awal untuk membereskan kerja-kerja rumahnya memandangkan ibu dan ayahnya pulang ke kampung pagi tadi untuk menjenguk neneknya yang kurang sihat. Ibu dan ayahnya tergesa-gesa meningggalkan rumah dalam keadaan yang belum beres dan memaklumkan hal itu pada Isha melalui telefon. Mujurlah dia cuti pada hari itu. “Aku tengok kau pun aku dah penat tau tak! Nak settle khemah lagi, katering lagi! Baju Lagi! Nasib baik yang lain dah settle tau! Kesian kat kau! Akmal tu tak patut biar kau sorang uruskan semua ni! Yang nak kahwin tu korang berdua! Bukan kau sorang! Ni tak, main lepas tangan je!” Nia sudah mula mengomel sikap rakannya yang dikenali sejak di sekolah menengah itu. “Aduh! Boleh tak kau tinggal hobi membebel kau tu kat rumah? Aku yang baru nak relaks ni jadi pening balik tau! Kan aku dah cakap, kau tak payah risau! Aku tak kisah pun buat semua ni sorang! Lagipun aku faham keadaan dia. Biasalah, bila ada projek baru memang busy.” Isha cuba menenangkan rakannya yang kelihatan bimbang itu. “Kalau kau ada nak mintak tolong aku apa-apa, kau call je aku tau! Nanti kalau kau nak settlekan khemah dengan katering tu, ajak lah aku! Aku bukan buat apa pun hari cuti!” Nia sekali lagi menawarkan dirinya untuk menemani Isha. “Takpe lah beb! Kau dah banyak tolong aku. Kau ikut aku keluar ni pun dah cukup bagus! Thanks sangat-sangat! Aku dah tak nak susahkan kau, nanti aku ajak adik aku je teman aku! Kau tak payah risau okey!” jelas Isha panjang lebar. Baginya Nia sudah banyak membantunya dari segi persiapan perkahwinannya. Setelah selesai urusan pada hari itu, mereka pulang ke rumah sebelum matahari melabuhkan tirainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience