BAB 4

Other Completed 4897

"Bye, jangan lupa tampal kertas tu okey"pinta Aisyah. Salah seorang
kakak senior Amylia. Selesai berjabat tangan dia melangkah keluar dari
bilik MPP bersama-sama Farie, rakan setugasnya bagi minggu itu.

"Nak balik terus ke?"soal Amylia kepada Farie.

"Balik jelah. Far lapar ni."balas Farie sambil mengusap-usap perutnya.
Mereka hanya tertawa kecil. Dia juga sangat lapar daripada tadi. Tidak
sangka pula dia meeting hari ini sampai pukul tujuh malam. Mereka terus
jalan beriringan sehingga sampai ke kolej kediaman. Hari ini sahaja
sudah sehari suntuk mereka berada di luar menguruskan sedikit urusan
penting. Dua tiga hari ini dia sering keluar pagi dan pulang pula
tengah-tengah malam. Masuk sahaja di dalam kamar dia melihat satu
bungkusan beg di hadapan almarinya. Dari situ dia sudah dapat mengagak
bahawa beg itu empunya Irdina. Dia yakin Irdina dan dua orang lagi rakan
sebiliknya akan meninggalkannya malam ini. Seperti hari-hari cuti yang
biasa. Meninggalkan dia seorang diri di dalam bilik itu.

Sebaik sampai di bilik dibilik, dia tidak terus menanggalkan tudung yang dipakai.
Sebaliknya terus menampal poster-poster program yang dikendalikannya
dalam masa terdekat ini. Dia menampal dua kertas poster bersaiz A4
ditingkatnya terlebih dahulu sebelum naik ke tingkat seterusnya.

"Apa tu weh?"soal seseorang dari arah belakang. Ternyata itu ialah
Bella, salah seorang kawan yang bukan berasal daripada kelasnya.
Penglibatannya yang aktif dalam berpesatuan membuatkan orang-orang
sekeliling lebih mengenalinya dekat walaupun mereka bukan rakan sekelas.

"Program Eskep. Datanglah"balas Amylia ringkas. Walaupun penat tetapi
dia cuba sedaya upaya menjawabnya. Badannya terasa gemalai. Ikutkan
kudrat memang dia sudah tak daya, namun digagahinya juga.

"Ouh.... Khusus untuk bebudak part 1 kan,"katanya sekaligus memulakan
bicara.

"Ha ah. Khusus untuk part 1. Tapi dialu2kan je kalau nak datang."respon
Amylia sambil tersenyum hambar. Bella sekadar mengiakan. Masing-masing
meminta diri setelah melihat awan yang semakin bersembunyi dibalik
kegelapan malam. Dari jauh Irdina memerhati sahaja kemesraan antara
Amylia dengan Bella. Sangkanya, Bella tidak mengenali Amylia, kerana
mereka tidak sekelas. Tetapi sangkaannya meleset. Pelik juga dia mengapa
Amylia dikenali ramai orang. Bahkan kawan-kawan sekelasnya hampir
mengenali diri Amylia. Sebut sahaja nama Lia, semuanya kenal. Dia mula
curiga. Mungkin sebelum ini dia tinggal dirumah sewa. Jadi apa- apa
aktiviti di dalam UiTM ini kurang mendapat tempat dihatinya sekaligus
membuatkannya menjadi serba sedikit seperti katak di bawah tempurung.

"Auch!"Irdina mengerang kesakitan.

"Jangan manja sangat boleh tak?"Amylia menyinga. Sudahlah dia sudah
lambat untuk menunaikan kewajipan solat maghrib. Si Irdina pula bukan
main mahu mencari pasal dengannya.

"Kau ni dah langgar orang tak reti mintak maaf pulak"Perli Irdina. Dia
memang sengaja membuat perilaku begitu. Dia faham Amylia sedang
tergesa-gesa. Memang itulah saat yang dia nantikan. Nanti kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience