BAB 4

Family Completed 6948

“Keputusan awak ni dah muktamad ke?” tanya Haikal.

Sara tersenyum.

“Ya, saya dah fikir masak-masak.”ujar Sara tenang.

“Tapi lima tahun tu…lama.” ujar Haikal.

“Kenapa, awak tak percayakan saya ke?’ tanya Sara.

“Bukan, bukan saya tak percaya tapi bercinta jauh-jauh ni susah.” ujar Haikal risau.

“Kalau panjang jodoh kita, tak kemana.” balas Sara.

“Jadi macamana dengan rumah anak yatim tu?” tanya Haikal.

“Saya dah beritahu kak Siti tapi saya tak beritahu budak-budak kat situ. Saya tak nak dorang sedih pulak.” jawab Sara.

“Hmm, kalau awak dah buat keputusan, saya pun tak naklah masuk campur. Saya cuma harap kita tak lost contact nanti.” ujar Haikal.

“Tak mungkinlah. Saya…saya sebenarnya nak ambil peluang selama saya kat sana untuk pastikan apa perasaan saya dekat awak. Saya tak nak keliru.” ujar Sara jujur.

“Haha, when you mention about that, saya pun terfikir juga. I think this is the best way.” balas Haikal.

“Tapi, tak kisahlah apa pun yang terjadi nanti, saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak.” Sara berkata lalu tersenyum.

Haikal membals senyuman Sara.

“Me too.” balas Haikal.

*************************************

“Ma, pa.” tegur Haikal sebaik sahaja masuk ke ruang tamu.

“Hmm, Haikal, macamana dengan kawan kamu tu?” tanya Dato’ Firdaus sebelum menghirup air kopinya.

“Malam ni dah naik flight dah.” ujar Haikal lalu duduk di sebelah mamanya.

“Muka tu kenapa?” tanya Datin Dahliah.

“Penat ma.” bohong Haikal.

“Papa sebenarnya hairan dengan korang ni, kata kawan je tapi rapat semacam je.” duga papanya.

“Kawan je la pa.” Haikal tidak pernah memberitahu hubungan sebenarnya dengan Sara kepada papa dan mamanya. Bila difikir-fikirkan kembali, dia pun keliru dengan hubungannya dengan Sara.

“Papa ni, ada ke tanya macam tu. Hah, Haikal. Sebenarnya mama ada benda nak cakap ni.” ujar mamanya.

“Apa ma??” tanya Haikal.

“Macam ni…sebenarnya mama dengan papa nak ambil nak ambil anak angkat!” jawan mamanya.

Haikal yang mendengar, terkejut dan terkedu. Dia melihat papanya lalu mamanya. Biar betul!

“Apa ma?!” Anak angkat??” tanya Haikal.

“Ye, mama bukan apa. Haikal kan satu-satunya anak mama. Nanti bila Haikal dah sambung belajar, takdelah yang nak temankan mama dengan papa. Jadi kami ingat nak ambil seorang anak angkat, bolehlah teman kami waktu Haikal takde.” mamanya berkata jujur.

Haikal menarik nafasnya. Benar apa yang dikatakan oleh mamanya itu.

“Jadi Haikal setuju ke?” tanya papanya.

“Papa dengan mama dah ada calonnya?” tanya Haikal.

“Dah ada dah. Kami pun dah bincang dengan rumah anak yatim tu.” ujar papanya.

“Jadi buat apa mama papa tanya Haikal lagi kalau dah urus semuanya? Haikal tak nak ada masalah sebab Haikal.” ujar Haikal, kadangkala berasa lucu dengan mama dan papanya.

“Kami tak nak Haikal marah nanti.” ujar mamanya.

“Ma, Haikal tak marahlah. Haikal pun nak jugak ada adik.” ujar Haikal.

“Jadi Haikal setujulah ni?!” mamanya berasa gembira dan teruja.

Haikal mengangguk lalu tersenyum.

“Sayang Haikal!” mamanya memeluknya erat.

“Hmm, sorang pergi, sorang datang.” ujar Haikal dalam hatinya.

********************************************

“Fitri, aku harap kita akan berjumpa lagi.” ujar Adam lalu memeluk sahabatnya itu.

“Alah, dunia ni bukannya besar mana pun!” pujuk Fitri. Adam melepaskan Fitri.

“Tapi aku sedih sebab aku dah tak boleh jumpa kak Sara. Kalaulah aku tahu hal ini awal-awal…” Adam sedih.

“Kau ni kan, lagi-lagi kak Sara, kak Sara, kak Sara, kak Sara!” bebel Fitri.

“Kau mana faham…” ujar Adam sedih.

“Dah, dah, dah! Jom keluar. Lama dah dorang tunggu tu.”arah Fitri.

Adam mengeluh sebelum membawa begnya keluar. Seperti yang dikatakan oleh Fitri, kelihatan dua orang yang asing baginya sedang duduk bersembang dengan kak Siti. Menyedari kehadirannya, mereka berhenti bersembang.

“Adam.” kak Siti menegurnya. Adam tersenyum walaupun dia sedih.

“Assalammualaikum pak cik, mak cik.” Adam menyalam tangan mereka.

“Walaikumsalam Adam…” balas Datin Dahliah.

“Adam, kalau dah siap bolehlah ikut Dato’ dan Datin.” ujar kak Siti.

Adam mengangguk lalu memeluk kak Siti. Beberapa saat kemudian dia menangis. Kak Siti juga turut menangis. Perlahan-lahan Adam melepaskan pelukannya. Dia mengesat air matanya. Dato’ Firdaus dan Datin Dahliah hanya memerhati.

“Kak Siti jaga diri ya…” ujar Adam. Kak Siti mengangguk lalu tersenyum.

“Dato’, Datin, saya ni tak minta banyak…saya cuma harap Adam berjaya….berjaya dalam hidup dia. Itulah impian saya bagi penghuni kat sini.” ujar kak Siti.

Dato’ Firdaus dan Datin Dahliah tersenyum lalu mengangguk.

“Siti tak payah risau pasal tu. Kami akan pastikan dia dapat pendidikan yang secukupnya dan capai cita-citanya. Itu janji kami, Siti boleh pegang janji tu.” balas Dato’ Firdaus.

Kak Siti tersenyum tanda percaya kata-kata insan dihadapannya itu. Dia tahu dia boleh meletakkan kepercayaan dan harapan terhadap mereka dan keputusannya untuk menjadikan mereka keluarga angkat Adam adalah keputusan yang terbaik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience