Lima

Other Completed 44787

Sebulan Cinta masih sama. Lena tanpa ada tanda untuk membuka matanya.

Thariq dan Hilal mulai sibuk. Hilal mula bersekolah semula. Manakala Thariq mula bertugas selepas cuti selama tiga minggu.

"Pagi Thariq." Kata Panglima Ghaffar.

"Pagi Panglima." Sama Thariq dengan tabik hormat.

"Bagaimana keadaan adik kamu?" Tanyanya.

"Masih macam tu Panglima, tiada tanda untuk membuka matanya." Kata Thariq sebak.

"Sabarlah. Banyakkan berdoa." Kata Panglima Ghaffar lagi.

"Baik Panglima." Balas Thariq.

"Petang ni saya nak lawat adik awak." Kata Panglima lagi.

"Baik Panglima." Kata Thariq.

Hari ni adalah giliran HyQarl offday. Dia bersiap hendak keluar.

Phonenya bergetar menandakan ada pesanan masuk. Dia mengambil phonenya dan melihat pesanan.

"AKU TAK DAPAT JUMPA KAU PETANG NI
PANGLIMA NAK MELAWAT CINTA DEKAT HOSPITAL." Thariq memberitahu.

"OK NO HAL. KITA JUMPA LEPAS KAU JUMPA ADIK KAU NANTI." Balas HyQarl.

HyQarl mengambil kunci motor Ducatinya dan keluar dari biliknya.

Sampai disisi motornya dia menunggang dengan kecepatan sederhana menuju ke hospital dimana Cinta berada.

"Selamat Pagi." Kata HyQarl mesra pada jururawat itu.

"Pagi. Boleh saya bantu." Kata Jururawat itu.

"Saya HyQarl. Nak bertemu dengan pesakit bernama Cinta Jasmin." Kata HyQarl.

"Ooo Encik HyQarl naik ketingkat atas vilik VIP block melur." Kata Jururawat itu lagi.

"Terima kasih." Kata HyQarl.

HyQarl berlalu dan menuju ke ruangan yang diberitahu tadi. Sampai dipintu block Melur, HyQarl membuka perlahan pintu bilik dan melihat gadis yang lena diatas katil.

"Assalammualaikum." Sapa HyQarl.

HyQarl duduk dikerusi yang disediakan. Dia merenung wajah gadis itu.

"Kau ke yang selamatkan aku 2 tahun lepas. Kalau betul itu kau, Aku nak kau bangun bercakap dengan aku. Please aku mohon." Kata HyQarl.

"Aku nak bercakap dengan kau. Aku dah buat solat istikharah. Lepas tu hanya wajah kau yang aku nampak. Betul ke kau yang selamatkan aku dulu." Tanya HyQarl lagi.

"Aku taknak tertanya-tanya. Andai itu benar kau. Please buka mata. Puas aku mencari pemilik sapu tangan ni." HyQarl mengeluarkan saputangan itu.

Jemari Cinta bergerak. Cinta tersedar dari lena yang panjang. menarik nafas secara mengejut, mengejutkan HyQarl yang duduk disamping.

"Awak. Awak. Nurse!!! Doktor!!!" Teriak HyQarl.

Doktor berlari menuju keruagan Cinta. Mereka memeriksa Cinta.

"Saya kat mana ni?" Tanya Cinta perlahan.

"Awak dekat hospital. Awak kenal siapa diri awak?" Tanya doktor itu.

Cinta menganggukkan kepalanya.

"Tell me whats you name?" Tanya Doktor itu.

"Cinta Jasmin Binti Farouk." Kata Cinta.

"Thanks God." Kata Doktor itu lagi.

"Mana Hilal? Abang Thariq?" Tanya Cinta.

Dia cuba bangjn dari baringgannya.

"No Cinta. Awak tak boleh banyak bergerak. Tenaga awak sekarang kurang." Kata Dokfor tadi.

Hampir setengah jam Cinta diperiksa, Akhirnya Doktor tersebut keluar bersama Jururawat yang membawa keluar semua mesin yang ada didalam ruangan Cinta.

"Bagaimana dengan Cinta doktor." Tanya HyQarl.

"Thanks God, Tuhan mendengarkan doa kalian." Kata Doktor India itu.

"Alhamdulillah." Kata HyQarl.

"Sebaiknya you bagitahu Abangnya atas kesedaran Pesakit." Kata Doktor itu lagi.

"Baik doktor. Terima kasih." Kata HyQarl.

Doktor berlalu meninggalkan HyQarl. Dia berlalu masuk semula keruangan Vip dimana Cinta berada.

"Assalammualaikum." Sapa HyQarl.

"Waalaikumsalam." Balas Cinta lemah dan serak suaranya.

"Awak nak minum?" Tanya HyQarl.

Cinta menganggukkan kepalanya.

HyQarl menuangkan air suam kedalam gelas, dan membantu Cinta untuk minum.

"Perlahan." Kata HyQarl yang membantu memapah tubuh Cinta.

"Terima kasih." Kata Cinta.

"Sama-sama." Kata HyQarl.

HyQarl cuba menghubungi Thariq melalui panggilan Video. Deringan ketiga Thariq menjawab panggilan video itu.

"Apa mimpi kau Video Call aku ni Qarl?" Tanya Thariq.

"Aku ada suprise nak tunjuk dekat kau Thariq." Kata HyQarl.

"Apa dia?" Tanya Thariq.

"Kau tunggu kejap." HyQarl menutup Kamera phonenya dan membantu Cinta menegakkan separuh dari katil yang digunakan Cinta agar Cinta berada dalam posisi duduk.

HyQarl membuka semula kamera phonenya. Dia menghalakan pada Cinta.

Jelas terlihat Abangnya sedang sibuk menaip sesuatu didalam komputer didepannya.

"Assalammualaikum. Abang Thariq?" Panggil Cinta.

Seperti terkena renjatan elektrik Thariq menoleh segera melihat wajah didalam Video Call.

"Cinta. Haha Betul Cinta Abang Thariq?" Tanya Thariq dengan genangan airmata dikelopak mata.

"Ni Cinta Jasmin. Cinta Hati Abang Thariq dan Hilal." Kata Cinta.

"Ya Allah. Kau kabulkan doa kami Ya Allah." Thariq menadah tangan mengucap syukur pada Illahi diatas kesedaran Cinta.

Namun dia terhenti seketika.

"Now tell me. Kenapa awak ada disana Qarl?" Tanya Thariq.

"Aku boring kat Kauters jadi aku datanglah teman adik kau." Kata HyQarl.

"Thanks Qarl. Kau ada disaat aku sedang sibuk. Kau ada disaat Cinta buka mata." Kata Thariq.

Thariq menamatkan panggilannya bersama HyQarl dan Cinta.

"Saya nak tanya awak sikit?" Tanya HyQarl serius.

"Tanya apa tu?" Kata Cinta.

"Dua tahun lepas awak ada oergi ke satu pameran lukisan tak?" Tanya HyQarl.

Cinta berfikir memerah otaknya.

"Ada. Masa tu lukisan Bunga yang Cinta lukis terpilih untuk wakil sekolah Cinta." kata Cinta perlahan.

HyQarl berdiri dari duduknya dan mengambkl sebiji buah Epal lalu membantu mengupasnya dan menyuci sebelum menyerahkan pada Cinta.

"Selepas tu awak ada ingat apa-apa tak?" Tanya HyQarl lagi.

"Cinta ada tolong seorang abang ni terluka didada sebab seseorang menikam curi semasa dia sedang melihat lukisan Cinta." Kata Cinta.

"Jadi?" Jantung HyQarl brdebar menunggu apa yang Cinta akan katakan.

"Cinta bantu dia bawak ke Hospital. Masa tu Doktor bagitahu, tikaman tu hampai mengenai jantung abang tu dan dia kekurangan Darah. Nasib masa tu, Darah Cinta dengan darahnya Sama jenis O." Kata Cinta lagi.

"Jadi betullah awak yang bantu saya masa tu?" Tanya HyQarl lagi.

Cinta memerhatikan wajah disampingnya.

"Cinta tak ingat." Kata Cinta.

"Tapi awak akan ingat ni bukan." HyQarl membuka dua butang baju kemejanya dan melihatkan kesan tikaman yang meninggalkan parut didada kirinya.

Cinta terkejut melihat bekas tikaman. Namun dia masih tak percaya.

"Cinta ada tinggalkan sesuatu padanya masa tu." Kata Cinta.

"Ini?" HyQarl menunjukkan saputangan sulam kepada Cinta.

Cinta senyum dan mengiyakan.

"Jadi awak abang yang saya tolong masa tu." Kata Cinta.

Cinta memegang kepalanya yang terasa pening.

"Kenapa awak pening?" Tanya HyQarl.

"Sikit. Berdenyut." Kata Cinta.

"Terima kasih. Abang terhutang nyawa dengan awak." Kata HyQarl sambil membantu Cinta baring semula.

"Takpe. Lagipun masa tu kebetulan Cinta ada kat sana nak bagi penerangan tentang hasil seni Cinta tu." Kata Cinta.

"Awak suka bunga?" Tanya HyQarl.

"Suka. Tak tahu kenapa. Namapun ada sangkut paut dengan sejenis bunga." Kata Cinta lagi.

HyQarl berada disisi Cinta, Menyuapkannya makan tengahari hingga dia terlelap semula petang tu. HyQarl tetap ada disana menemaninya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience