BAB 3

Romance Completed 129968

Buku tebal itu dibawa ke rak. Satu persatu di susun dengan teliti. Nayla hanya bekerja dengan tenang. Harini hari minggu, jadi boleh lah dia bekerja dengan gembira. Matanya memandang ke arah luar kedai. Masih ramai rupanya yang mencari buku sekarang. Ingatkan zaman serba canggih, buku-buku bakal ditinggalkan rupanya tidak.

Senyuman bangga dipamerkan. Akhirnya dia berjaya membuka sebuah kedai buku. Biarpun tidak selalu dia dapat datang, namun dia gembira. Dia suka dengan bau-bau buku.

"Hai!!" Sergah seseorang dari belakang.

Nayla menoleh. Seorang lelaki asing sudah berdiri tepat dibelakangnya. Itu Adrean, kawan baiknya yang sering mengunjungi kedai bukunya. Awal pula Adrean harini.?

"I thought you might not coming? So, you're free today? Let's go shopping?" Ajak Adrean.

Gadis itu ketawa. Dia meletakkan buku terakhir di dalam rak.

"Shopping? Bosanlah. Bukannya saya ada apa yang perlu di beli. Semuanya dah cukup. Awak tak kerja harini?" Tanya Nayla.

"Sis, it's Sunday! Saya cuti harini. Tak ada buat kelas tambahan." Jelas Adrean sambil tersenyum.

"Ohhh patutlah. Habistu? Keluarlah dating dengan girlfriend!"

"I don't have a girlfriend. I only have you,"

Mereka ketawa serentak. Nayla mengajak lelaki itu duduk di sudut belakang kedai. Ada ruangan untuk membaca. Sengaja dia ciptakan kelainan. Kedai buku yang mempunyai sudut untuk membaca. Unik bukan?

Adrean hanya menurut. Dia duduk di kerusi. Beg galas di tolak dari bahu. Itulah rutin hari minggu. Melepak di kedai buku milik Nayla. Gadis yang berjaya mencuri hatinya semenjak kali pertama mereka bertemu.

"Awak free harini? Let's go outing.? Oh come on, Nayla! Are you still waiting for him? He will never come back!" Tegas Adrean.

Nayla hanya menompang dagu. Memandang ke luar kedai yang mulai hujan.

"You never know him. Apa saja orang cakap, saya akan tunggu dia. Sebab saya dah janji." Luah Nayla sambil tersenyum kelat.

"Walaupun awak dengan dia tak saling mencintai? Ini paksaan. Bukan rela. You deserve someone better. You're beautiful and you have everything. Carilah pengganti dia. Bukannya awak cintakan dia pun kan?" Adrean masih menggesa.

Gadis itu nampak tenang. Merenung hujan di luar. Adrean hanya diam. Dia tahu, walaupun dia bertegas, Nayla tidak akan menerima dirinya. Gadis itu seorang yang menepati janji. Bahkan bertahun, dia masih bertahan dengan janji itu. Terkadang dia hairan, lelaki mana yang berjaya buatkan Nayla langsung tidak memandang orang lain?

"Besok kedai saya ada buat promosi. Sekali dengan hiburan sikit. Kami ada jemput anak-anak yatim. Bawaklah anak-anak murid awak sekali!" Beritahu Nayla.

"Baik, I will. Esok saya datang tolong awak."

Mereka berbual mesra. Sesekali Nayla memandang ke luar. Seakan berharap yang lelaki itu akan datang dan menjelaskan semuanya. Tetapi, dia hanya berangan-angan. Mana mungkin lelaki itu masih ingat padanya? Sudah terlalu lama. Cincin yang masih utuh di jari sekalipun tidak pernah dia tanggalkan.

Dia akan datang ke?

"Nayla. Have you ever thought about it? About what I told you last week? I love you and I wanna marry you. Can you please let me know what you think of me?" Nada suara Adrean bertukar romantis.

Aduh, mat saleh ni. Tak give up lagi rupanya.

"Kita dah bincang pasal ni. I can't love you, Adrean. Susah untuk saya bukak hati dan terima awak. I'm sorry." Jawab Nayla dengan penuh yakin.

"Kenapa? Apa yang susahnya? I'm a man too. I'm handsome. I'm rich and I can make you happy. Apa yang tak cukup?" Tanya Adrean dengan nada tidak puas hati.

"Sebab bukan awak yang saya perlu. Not you. You're not him." Tegas Nayla lagi.

Dia bangun dari kerusi. Kalau dibiarkan melebih, Adrean suka menyentuh dirinya sesuka hati. Dan dia sebenarnya tidak suka. Walaupun mereka berkawan baik, ada sisi gelap Adrean yang buatkan dia tawar hati sejak dahulu.

"Nayla, wait! I love you! Saya boleh bahagia kan awak!" Tegas Adrean sambil mengejar dari belakang.

Nayla hanya berhenti. Dia mengangkat beberapa buku yang sudah terjatuh. Laju saja tangannya menyusun kembali. Orang ramai sudah memandang ke arah mereka. Dia tidak mahu berlama. Lebih baik dia pulang. Ya!

"Nayla! Please. Tolong fikirkan saya yang dah bertahun tunggu cinta awak! Please!" Adrean sudah mencengkam bahu gadis itu.

"Adrean, stop it!" Nayla menolak kasar.

Dia berpusing dengan pantas. Baru dia hendak melangkah, mukanya terlanggar tubuh seseorang. Seorang lelaki yang sudah basah kuyup. Nayla mendongak. Bibir pucat itu ditatap. Wajah yang tersembunyi disebalik topi dipandang tanpa kelip. Seakan tidak percaya. Dia menatap lagi.

"Hi honey, I'm back!" Ujar lelaki itu sambil menyentuh lembut pipinya.

Jemari yang sejuk terasa di pipi. Wajah pucat itu ditatap tanpa kelip. Senyuman nakal yang sering saja menyakat dirinya ternyata masih juga sama. Ya. Itulah lelaki yang dia tunggu. Kenapa dia di sini?

"Gibs?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience