Hempasan ombak di pantai amat mengasyikkan dan menenangkan. Laut yang berwarna biru berserta hijau emerald memukaukan sesiapa yang melihatnya. Dibalik pantai yang luas terlihat seorang wanita sedang berdiri berseorangan dengan kakinya dibiarkan digigit oleh ombak. Terlihat wajah yang muram menggenang nasibnya.
"Hi. Seorang sahaja?" Sapa seorang jejaka.
Azizah tidak menyahut. Pandangannya masih kosong memandang belahan lautan. Si jejaka mengetapkan bibir apabila tegurannya tidak dibalas. Si jejaka mencari buah fikiran untuk menarik perhatian wanita di sebelahnya ini.
"Jangan ditenung lautan itu. Orang kata lama-lama kita tenung nanti kena telan dengan lautan itu." Si jejaka itu bersuara lagi.
"Biarlah. Lagi bagus laut tu telan saya. Hidup saya pun dah tak ada gunanya lagi." Akhirnya Azizah bersuara dengan matanya kelihatan sangat layu.
Si jejaka cuba memahami bait kata Azizah.
"Jangan putus asa dalam kehidupan ini. Tengok macam pantai ni. Sentiasa dipukul oleh ombak tapi dia setia mengharungi hari-harinya tanpa berputus asa."
Azizah yang mendengar ungkapan itu terus berpaling memandang jejaka di sebelahnya. Mencari isi tersirat di balik ayat yang diperkatakan. Si Jejaka itu tersenyum apabila Azizah memandang dirinya.
"Saya Radzi. Awak Azizahkan. Anak pemilik Resort Perindu." Radzi memperkenalkan dirinya.
"Macam mana awak tahu saya anak pemilik Resort Perindu?" Tanya Azizah musykil.
"Pulau ni kecil je wak. Walau saya baru sahaja beberapa hari di sini saya dah kenal orang-orang kat sini." jelas Radzi.
"Oh." Pendek sahaja balasan Azizah.
"Awak ok ke ni?" tanya Radzi.
Azizah tidak membalas. Pandangannya jatuh semula ke arah laut yang terbentang luas. Radzi mengaru kepalanya.
"Sorry saya bukan nak jadi penyebuk. Tapi saya nampak tadi awak kena pukul dengan Bonda Rosiah."
Bonda Rosiah adalah panggilan untuk pemilik Resort Perindu iaitu Ibu kandung Azizah.
"Hmm."
Azizah tidak heran jika tetamu atau orang luar melihat dia dipukul oleh ibu kandungnya sendiri. Dirinya sudah lali dengan situasi begitu. Bonda Rosiah memang sering memarahi dan memukulnya di khayalak ramai tanpa ada rasa malu dan bersalah. Bonda Rosiah sering mengatakan bahawa dirinya adalah anak sial.
"Awak kalau awak ada masalah awak boleh share dengan saya. Tak elok dipendam boleh jadi nanar nanti."
"Terima kasih. Tapi siapalah saya untuk awak mendengar semua luahan hati saya ini." Jawab Azizah dengan tersenyum hambar.
"Saya sudi awak." Kata Radzi jujur.
Azizah tersentak. Perasaannya terharu apabila ada yang sudi mendengar luahan hatinya. Selama dia hidup di pulau itu dia diibarat bagai orang halimunan sahaja. Tiada siapa yang mendengar rintihannya.
Tanpa dia sedar satu ukiran senyuman terpamer dibibirnya. Radzi terkesima dengan senyuman yang sangat manis itu.
"Azizah! Mana kau Zizah?" Pekik seseorang dari jauh mencari dirinya.
Azizah yang kalut mendengar namanya dipanggil terus berlari laju meninggalkan Radzi seorang diri. Habislah dirinya apabila mendengar pekikkan tersebut.
"Wati. Ada apa?" Tanya Azizah setelah menemui gerangan yang mencari dirinya.
"Ish..Kau kemana hah? Puas aku terpekik terlolong lalak baru kau muncul." Herdik Wati kepada Azizah.
Wati atau nama penuhnya Puspawati adalah adik kepada Azizah. Mereka berdua hanya berjarak umur 2 tahun sahaja dan Wati merupakan anak kesayangan Bonda Rosiah.
"Ni baju yang aku suruh kau iron mana? Aku nak keluar kejap lagi nak pergi tanah besar sana." Kata Wati dengan cukup angkuh. Langsung tidak menghormati Azizah sebagai kakaknya.
"Zizah lupa nak iron dik." Jawab Azizah tergagap-gagap.
Wati yang mendengar terus naik angin.
"Apa kau lupa!? Hey! Aku dah pesan dari semalam petangkan. Aku nak pakai baju tu sekarang aku nak pergi tanah besar nak dating dengan orang kaya lagi muda handsome bergaya. Bukan macam kau akan kahwin dengan orang tua." Wati sudah memiat telinga Azizah.
Azizah menyeringai kesakitan. Radzi yang melihat dari jauh situasi terbabit terus berlari untuk menghalang Wati dari terus mengapa-apakan Azizah.
"Ish! Sudah lah tu! Azizah nikan kakak awak patut awak hormat dia sebagai kakak. Bukan buli dia macam ni." Tegur Radzi terhadap perilakuan Wati itu.
Wati berkerut dahi.
"Eh! kau siapa nak kacau urusan keluarga aku. Suka hati aku lah nak buat apa kat dia ni. Kalau kau nak tahu dia ni pembawa sial dalam keluarga aku." Jerkah Wati.
"Saya bukan nak masuk campur urusan keluarga awak tapi cara awak ni salah. Tak boleh ke awak cakap elok sikit dengan kakak awak ni." Radzi membela Azizah.
Azizah terjeda. Selama ini tiada pun yang membela nasibnya selepas arwah ayahnya meninggal dunia. Tiada sesiapa yang berani.
"Oh! Dah ada superhero ye. Patutlah sejak akhir ni aku tengok kau selalu menghilangkan diri rupanya mengadu kat mamat poyo ni."
"Bu...Bukan..." Tergagap Azizah cuba menerangkan hal yang sebenar.
"kau siap kau. Aku report pada Bonda yang kau curi tulang pergi berdating dengan mamat ni." Ugut Wati terus melangkah laju untuk bertemu dengan Bonda Rosiah.
"Nanti Wati. Dengar dulu perjelasan aku." Jerit Azizah cuba menghalang.
Namun Wati tidak menghiraukan panggilan Azizah. Dia dengan pantas menghalakan langkahnya ke arah Resort Perindu. Azizah sudah ketakutan membayangkan nasibnya sebentar nanti.
"Awak..." Radzi menyentuh lengan Azizah. Azizah menepis.
"Awak tolong jangan masuk campur pasal hal saya boleh. Tengok apa yang awak buat. Saya juga yang kena nanti." Azizah marah dengan masuk campur Radzi tadi. Matanya sudah memerah.
"Niat saya nak bantu awak sahaja."
"Sekarang awak langsung tak membantu saya." dengus Azizah lalu terus meninggalkan Radzi seorang diri.
* * *
"Ni apa ni bersepah-sepah dengan pasir ni!? Ni lobi ke lori sampah!" pekik Bonda Rosiah kepada pekerja ni Resortnya yang membiarkan sisa pasir tidak di sapu dilantai lobinya.
Kelam-kabut pekerjanya mengambil penyapu untuk membersikan kotoran yang dikatakan. Jika tidak dibuat dengan segera memang akan mendengar leteran yang panjang daripada majikannya yang cukup dikenali dengan ketegasannya.
"Ni ni apa ni? Aku bayar gaji kau orang bukan untuk bersenang lenang. Pemalas semuanya. Aku potong gaji kamu semua baru ada akal. Bodoh semua nak di cakap baru berjalan." Bebel Bonda Rosiah sambil menguis-guis pasir ni lantai menggunakan kaki.
"Bonda!" sayup-sayup Bonda Rosiah mendengar suara anak kesayangannya.
"Ye Wati sayang. Kenapa?" Lembut sahaja Bonda Rosiah menyahut. Hilang sudah suara petirnya sebentar tadi.
"Bonda nak tahu tak?" termengah-mengah Wati mendapatkan Bonda Rosiah.
"Tahu apa?" Tanya Bonda Rosiah dengan tangan kanannya sedang mengipas wajahnya dengan kipas lipat yang sering dibawanya kemana-mana.
"Azizah, Bonda."
"Hah, Kenapa dengan budak sial tu?"
"Dia berdating dengan guest kita Bonda kat teluk sana. Wah, kemain mesra siap berpeluk-peluk. Malu Wati tengok." Adu Wati menambah perisa yang tidak betul.
"Apa!?" Tinggi nada suara Bonda Rosiah mendengar laporan tidak bertauliah Wati.
"Betul Bonda. Wati nampak dengan kepala mata Wati sendiri. Sebab tu sejak akhir ni dia selalu MIA sampai Wati suruh dia iron baju Wati dia tak buat pun Bonda. Dahlah Wati nak jumpa Kamal anak orang kaya dari tanah besar sana tu."
Terus laju kipasnya mengipas wajahnya yang tiba-tiba terasa bahang.
"Mana budak tu!? Nak kena dengan aku ni!" Pekik Bonda Rasiah.
Hatinya panas darahnya mengelegak.
Dari jauh kelihatan Azizah sedang berlari-lari anak ke arah Bonda Rosiah dan Wati. Kepalanya ditundukkan tidak berani menentang mata dengan Bonda dan adiknya itu. Dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya kerana itulah makanannya setiap masa dan hari.
"Kau ke mana tadi!?"Jerkah Bonda Rosiah dengan matanya yang terbeliak cukup bulat.
Bergegar badan Azizah apabila menerima jerkahan itu.
"Kau pergi datingkan. Oh! sekarang dah pandai ya." Tambah Bonda Rosiah lagi.
Azizah mengeleng dengan takut-takut.
"T...Tak Bon...."
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi kanan Azizah. Azizah dengan pantas memegang pipi kanannya itu.Terasa pedih dan berbirat. Tamparan Bonda Rosiah memang padu sepadu pendayung sampan. Menitis air mata Azizah dek kerana tamparan itu.
"Kau tu tak habis-habis menyusahkan aku. Sekarang kau nak malukan aku dengan buat perangai sundal kau tu." Ditunjal-tunjal kepala Azizah. Wati di sebelah bondanya hanya menyeringai suka melihat kakaknya diperlakukan seperti kain buruk itu.
Kesemua pekerja dan tetamu yang berada di situ hanya menjadi pemerhati. Ada beberapa tetamu ingin menghalang perbuatan yang memalukan itu namun dihalang oleh pekerja disitu. Mereka sudah sedia maklum bahana yang akan diterimanya jika membela Azizah.
"Tak Bonda." Serak basah suara Azizah. Hampir dengar tidak dengar suaranya.
"Kau jangan nak bohong aku. Kau tu patut dari dalam perut lagi dah matilah. Hidup menyusahkan aku sahaja." Bonda Rosiah terus menolak tubuh kecil molek Azizah. Terdorong badan Azizah sehingga melutut dihadapan Bonda Rosiah.
Bonda Rosiah memusingkan tubuhnya beberapa kali mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk memukul Azizah. Dirampasnya penyapu yang berada di tangan pekerjanya lalu dilayangkan ke arah Azizah.
"Arghhhh! Ampun bonda! Zizah minta ampun bonda!" Raung Azizah apabila batang penyapu mengenai tubuh genitnya. Digosok-gosok kedua tapak tangannya meminta ampun namun tidak diendahkan oleh Bonda Rosiah. Terlampau benci Bonda Rosiah kepada Azizah darah dagingnya sendiri.
Bonda Rosiah membantai Azizah seperti tiada hari esok. Dia membelasah sepuas-puasnya. Sudah puas dilemparkan penyapu itu ke lantai.
"Jangan harap kau dapat makan hari ini. Beras aku habis untuk kau sahaja tapi apa pun kau tak boleh buat. Eh, kalau bukan sebab bapa kau beria-ria nakkan kau dah lama kau mati tau." Herdik Bonda Rosiah lalu terus meninggalkan Azizah seorang diri. Wati membuntuti Bondanya. Satu jeliran diberikan kepada Azizah. Puas hatinya melihat Azizah dibedal oleh Bondanya.
Azizah merantapi nasibnya. Dengan perlahan Azizah bangun dan menapak sedikit demi sedikit. Dia sudah tidak menghiraukan pandangan orang terhadap dirinya. Air mata yang laju membasahi pipi diseka dengan kasar.
* * *
Azizah merantapi nasibnya dengan berteleku di gigi air. Hanya laut yang mendengar segala rintihannya. Diseka air matanya yang mula jatuh lagi. Radzi yang dari jauh melihat Azizah seorang diri di pantai itu mendekatinya lalu dilabuhkan punggungnya di sebelah Azizah. Azizah hanya membiarkan sahaja.
"Maafkan saya sebab saya teruk awak dibelasah." Perlahan sahaja Radzi membuka bicara.
Azizah tidak membalas. Pandangannya dibuang kearah lautan yang terbentang luas. Suasana kembali sepi. Hanya hempasan ombak sahaja yang kedengaran.
"Saya sudi menjadi pendengar dan bahu awak kalau awak nak. Setiap orang ada waktu susahnya. Macam saya juga dulu. Hidup saya dulu pun macam awak tapi lebih teruk. Awak sekurang-kurangnya ada family ada tempat berteduh. Saya tak ada semua tu. Saya gelandangan sahaja. Semua orang jijik dan pandang serong pada saya. Saya dulu pun rasa tak ada harapan untuk hidup. Baik mati je senang." Radzi mula bercerita pengalaman hidupnya.
"Tapi satu hari ada sinar harapan yang diberikan oleh saya. Seseorang yang mengubah saya menjadi saya yang sekarang. Dia memberikan kepercayaan kepada saya walaupun dulu semua orang mengecop saya sebagai penyagak. Jadi sekarang ni saya pula nak berikan sinaran tu pada awak boleh kan?" ungkap Radzi dengan cukup lembut. Radzi mempamerkan senyuman yang cukup ikhlas di mata Azizah.
Azizah memandang ke dalam mata Radzi. Dia ingin bertanya bagaimana Radzi ingin memberi sinaran kepada dirinya namun soalan itu hanya tersekat dikerongkongnya sahaja. Radzi yang seperti memahami dengan pandangan Azizah hanya tersenyum.
"Tak ada apa boleh saya bantu awak tapi saya akan cari jalan macam mana nak bantu awak. Saya tak nak janji tu sebab saya tak nak awak berharap. Tapi awak kena ingat pasti ada orang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan awak dan mengharapkan awak hidup dalam kebahagian. Jadi awak kena teruskan kehidupan awak. Awak kena yakin yang satu hari nanti awak akan terlepas dari seksaan sekarang. Buat masa ini awak menangis sepuas-puasnya. Jangan pendam. Menangis sehingga awak penat. Menangis memang nampak lemah tapi dengan menangis boleh melegakan."
Kata-kata Radzi itu telah menjentik tangkai hati Azizah yang membuatkan Azizah menangis sepuas-puasnya. Radzi hanya membiarkan sahaja Azizah meraung. Nasib baik keadaan pantai pada waktu itu tidak ada orang kalau tak mesti orang sudah membelasahnya kerana buat anak dara orang menangis.
Tangisan Azizah makin mereda. Hatinya yang gundah tadi sedikit lapang. Radzi menghulurkan tisu kepada Azizah. Azizah ambil lalu dihembuskan hinggus yang sedang berkumpul dirongga hidungnya.
"Terima kasih." Ucap Azizah perlahan. Radzi hanya tersenyum.
"Tak ada yang saya bantu pun untuk terima kasih tu."
Azizah tersenyum hambar.
"Awak dekat sini buat apa?" Akhirnya Azizah mula ingin berbual dengan Radzi.
"Sudah tentulah bercuti buat apa lagi." Jawab Radzi bersahaja.
"Bercuti awak seorang sahaja? Awak jangan nak tipu saya. Orang yang datang kesini hanya 2 sahaja. 1 untuk meraikan sesuatu yang istimewa dan yang ke 2 nya untuk lari dari masalah. Dan awak saya tengok jenis yang ke 2." teka Azizah dengn cukup yakin.
Radzi tersenyum hambar.
"Pandai awak tekakan."
Azizah mengangkat keningnya sebelah.
"Jadi betul tekaan saya?"
Radzi hanya mengangguk lemah.
"Saya mencari ketenangan di sini. Macam yang saya kata hidup saya macam awak juga. Bila sudah ada sinaran saya mula abaikan sehingga saya hilang segala-galanya."
"Awak tak nak share dengan saya?" Azizah bertanya.
Tersengih Radzi mendengar pertanyaan itu.
"Awak sendiri ada masalah nak tambah lagi dengan masalah saya ke?"
"Kalau macam tu awak nangislah macam awak kata pada saya tadi. Tak baik pendam baik luahkan dengan menangis." Azizah memulangkan paku buah keras kepada Radzi.
Radzi terus ketawa melekek geli hati.
"Saya dah puas menangis awak sampai kering air mata ni." Azizah mencebikkan bibirnya mendengar tawa Radzi.
"Boleh awak ceritakan pasal sinaran yang awak cakap tadi." Azizah tertarik dengan cerita Radzi tadi.
"Dia sebenarnya bukan sinaran tapi lebih kepada peluang." Jelas Radzi.
Azizah mengaru kepalanya tidak faham. Sekejap tadi sinaran sekarang peluang pula.
Radzi yang melihat Azizah termangu tersenyum.
"Peluang yang diberikan kepada saya itulah sinaran sebenarnya."
Azizah terus mengangguk. Dia membetulkan posisi duduknya menghadap Radzi ingin fokus pada cerita Radzi. Radzi pula tidak berganjak dari duduknya. Dia setia memandang lautan.
"Boss saya adalah orang yang pertama yang memberikan saya peluang dalam hidup saya. Jika orang lain menghina dan mencaci saya namun boss saya menghulurkan tangannya kepada saya. Dia kata pertolongan yang diberikan kepada saya adalah peluang yang pertama dan terakhir. Saya mula-mula tak faham juga peluang yang pertama dan juga terakhir. Rupanya ada maksud tersirat. Kata-kata boss saya tulah yang membuatkan saya terus-terusan untuk memajukan diri saya sehingga saya menjadi seperti sekarang."
"Apa maksud boss awak tu sebenarnya?"
"Maksudnya peluang yang datang hanya sekali sahaja. Jangan kita sia-siakan. Kalau kita sia-siakan peluang tu akan hilang begitu sahaja. Sebab tu boss saya kata peluang yang pertama dan terakhir dia tak nak kita mensia-siakan peluang itu. Senang cerita dia brain wash kami dengan kata-kata dia macam tu. Kalau kita buat silap dia akan kata tiada maaf bagimu then your are fired. Tu yang membuatkan kami sebagai pekerja berdedikasi dalam bekerja." Jelas Radzi.
Azizah mengangguk faham. Tidak lama satu keluhan dilepaskan.
"Mesti boss awak garang orangnya. Macam Bonda saya."tebak Azizah.
Radzi dengan pantas menyangkal kata-kata Azizah.
"Tak. Boss saya langsung tak garang cuma dia tegas. Yang paling penting dia prihatin dengan pekerjanya. Buktinya percutian saya semua dia yang tanggung. Bukan 3 ke 4 hari tapi sebulan dia bagi saya cuti di sini."
Ternganga mulut Azizah dengan apa yang didengarinya itu. Ada ke boss sebaik tu fikirnya.
Melihat mulut tercenggang Azizah membuatkan Radzi bertambah geli hati. Melihat wajah Azizah sedikit banyak menenangkan jiwanya yang kacau-bilau itu.
"Mesti awak tak percayakan. Tapi itulah hakikatnya. Boss saya berikan percutian ni katanya nak tebus kesalahan dia pada saya. Padahal bukan salah dia salah saya sendiri sebenarnya."
Radzi menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Beberapa bulan yang lepas saya kehilangan isteri dan anak sulung saya yang masih di dalam kandungan. Semuanya gara-gara saya sendiri yang meninggalkan isteri saya yang sedang sarat kerja di luar negeri. Padahal boss saya dah halang tapi saya degil waktu tu. Saya pergi juga ketika isteri saya amat memerlukan diri saya." tanpa sedar Radzi meluahkan apa yang selama ini dipendamnya. Diraup kasar wajahnya.
"Maafkan saya buat awak teringatkan kenangan lalu." Azizah terasa sebak mendengar cerita Radzi yang lebih tragis darinya.
"Eh, Apa pula cerita masalah saya ni. Bukan tadi saya nak tolong awak settlekan masalah awak." Celah Radzi cuba menyemarakkan semula suasana yang mula suram itu. Azizah tersenyum hambar.
Azizah kagum dengan jejak di hadapannya. Walaupun pelbagai dugaan yang melanda Radzi tetap kuat menghadapinya.
"Awak... Awak rasa saya ada tak peluang yang macam awak cerita tu?" Tanya Azizah kepada Radzi.
Radzi terus bangun dari duduknya. Azizah mendongak untuk memandang Radzi.
"Mestilah ada. Setiap orang ada peluang masing-masing. Cuma cepat atau lambat sahaja peluang tu datang. Kita hanya perlu bersabar dan teruskan berdoa. Macam sekarang saya hulurkan tangan saya untuk bantu awak untuk beri awak peluang yang pertama dan terakhir." Kata Radzi sambil menghulurkan tangannya kepada Azizah.
Azizah yang pada mulanya teragak untuk menyambut tangan Radzi. Namun bila melihat wajah Radzi yang mempamerkan keikhlasan dia terus menyambut salam tersebut.
* * *
Sebulan sudah perkenalan antara Azizah dan Radzi. Walaupun kehidupan Azizah tidak banyak berubah namun hatinya mula senang dengan kehadiran Radzi yang sentiasa mendengar dan menyuntik semangat kepadanya.
Sedang Azizah membersihkan meja makan yang ditinggalkan oleh Bonda Rosiah dan wati tiba-tiba tekaknya terasa mual.
"Uwekk!"
Bonda Rosiah dan Wati mendengar Azizah muntah terus laju mendapatkannya.
"Kau apahal!?" jerkah Bonda Rosiah dibelakang Azizah.
Azizah yang sedang memuntahkan isi perutnya tersentak dengan jerkahan itu.
"Tak tahu,bonda. Zizah rasa tak sihat badan." Adu Azizah dengan lemah.
Bonda Rosiah mencerlung memandang kearah Azizah. Matanya merenung tajam.
"Kau mengandung ke?" tanya Bonda Rosiah dengan nada ditekankan.
Wati yang turut berada di situ menekup mulutnya tidak percaya.
Azizah laju mengelengkan kepalanya.
"Tak Bonda. Zizah tak mengandung." Azizah mencantas soalan Bondanya itu.
"Kau jangan nak tipu aku. Aku lebih makan garam dari kau. Kau mengandung anak haram mana ni? Siapa bapak dia !?" Bonda Rosiah sudah meninggikan suara.
Azizah seboleh-boleh menafikan. Bonda Rosiah sudah naik gila. Direntap rambut Azizah lalu digoyang-goyangkan kepala Azizah ke kiri dan kanan. Azizah memegang tangan Bonda Rosiah.
"Baik kau cakap siapa bapak budak yang kau kandungkan tu!?" Satu rumah sudah terdengar suara lantang Bonda Rosiah.
"Bonda, Wati rasa wati tahu siapa bapaknya." Wati yang dari tadi hanya menjadi pemerhati terus bersuara.
"Siapa!?"
"Alah, Radzi guest paling lama kita tu. Kan dia orang berdua selalu bermadu asmara." kata Wati tanpa usul periksa.
"Mana budak tu sekarang!? Kau ni hidup dah lah menyusahkan aku. Sekarang kau nak conteng arang kat muka aku ni. Kau ni memang anak sial. Puih!" Bonda Rosiah meludah ke muka Azizah. Bukan setakat ludah, penampar Bonda Rosiah berkali-kali singgah ke dua belah pipi Azizah sehingga berdarah bibirnya.
"Bukan...Bonda.." Azizah terus-terusan merayu.
"Bonda, baik bonda cepat sebab budak Radzi tu check out hari ini." ujar Wati lagi.
"Wah! kau dah sedap dengan budak ni dah buntingkan dia macam tu je dia nak lari. Tak boleh jadi ni. Jom Wati!"
Bonda Rosiah menarik rambut Azizah. Sudah seperti lembu Azizah diperlakukankan.
Di lobi Resort Perindu, Radzi terlihat sedang menguruskan urusan keluar bilik. Hari ini adalah hari terakhirnya berada di penginapan itu. Terdengar dari jauh kekecohan yang sedang berlaku.
"Mana budak tu!? Siapa Radzi!?" Bagai halilintar suara Bonda Rosiah.
"Saya Puan." aku Radzi. Wajahnya berkerut tidak faham apa yang sedang berlaku.
"Oh! kau. Kau dah buat onar lepastu nak lari macam tu je." Perli Bonda Rosiah.
"Apa maksud puan ni? Saya tak faham." Radzi hairan tiba-tiba dia diserang tanpa sebab. Dilihat Azizah sedang teresak menangis. Wajahnya juga terlihat lebam akibat dipukul.
"Ni kau ambil dia ni." tercampak Azizah apabila Bonda Rosiah menolak secara paksa ke arah Radzi. Nasib baik Radzi sempat menyambut Azizah jika tidak pasti Azizah sudah jatuh terjelepuk.
"Kat sini sebelum kau nak pergi tinggalkan tempat aku ni hanya dibenarkan tinggal satu benda sahaja. Tapak kaki kau sahaja. Kau jangan nak tinggalkan benda lain terutama benih kau dalam perut dia tu." Sinis sekali Bonda Rosiah berkata.
Terbeliak mata Radzi apabila mendengar tuduhan tidak berasas Bonda Rosiah.
"Puan, puan dah salah faham ni. Saya dengan Azizah hanya berkawan tak lebih dari itu." Radzi cuba menjelaskan perkara yang sebenar.
"Ah! Aku tak nak dengar semua tu. Memang kau orangnya tak ada orang lain lagi. Orang kat pulau ni siapa yang pandang budak sial ni. Cuma kau seorang sahaja."
Radzi memandang tepat ke arah Azizah meminta kepastian. Namun hanya esakan sahaja yang dengar dari Azizah.
"Puan sabar dulu. Kita bincang dulu." Dengan Lembut Radzi berkata.
"Tak ada benda boleh bincang lagi. Kau dengan budak sial ni boleh berambus dari sini!" pekik Bonda Rosiah.
Wati yang baru sampai dengan beg baju yang dipenuhi dengan pakaian Azizah dilemparkan kearah kaki Azizah.
"Nah! ni baju-baju kau ambil sana. Buat malu orang sahaja perangai kau ni. Dahlah muka buruk perangai pun buruk."Herdik Wati kepada Azizah.
Azizah terus melutut dihadapan Bonda Rosiah lalu memeluk kaki Bondanya.
"Bonda, ampunkan Zizah. Zizah tak buat semua tu bonda. Bukan salah zizah,Bonda!" Raung Azizah meminta ampun.
Bonda Rosiah menendang Azizah.
"Aku tak nak tengok muka kau kat sini. kau berdua jangan berani jejak lagi kaki kamu ke sini. Aku haramkan!" Bonda Rosiah memberi amaran lalu terus meninggalkan Azizah dan Radzi di situ. Azizah meraung-raung memanggil Bondanya. Namun panggilannya tidak diendahkan.
Kejadia itu menjadi tantapan orang ramai yang berada di lobi itu. Radzi yang perasan beberapa orang mula berbisik dan memandangnya sangat sinis. Di ambil beg Azizah itu lalu dibangunkan Azizah dengan perlahan.
"Sudahlah. Jom." bisik Radzi dengan lembut.
Azizah tiada pilihan. Dia akur.
* * *
Sudah sejam berlalu sejak mereka berdua keluar dari pulau itu. Azizah masih seperti mula-mula dia sampai di jeti Tanah Besar. Termenung dan menangis sambil memandang ke arah pulau tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Pilu hatinya apabila mengenangkan nasibnya.
"Awak... Saya janji pada awak, saya akan jaga dan lindungi awak. Anak yang awak kandungkan itu saya akan bertanggungjawab sebab saya sukakan awak." Luah Radzi.
Azizah memandang dengan mata layunya. Satu pelukkan diberikan. Tanggisannya pecah kembali didalam dakapan hangat Radzi.
20 tahun kemudian.
P/s : saya takkn mentioned nama tempt utk story ni.. Klo ada sy mention itu adalah rekaan semata-mata. Pls enjoy my story.
Share this novel
Prolognya cantik
next....tq