Bab 8

Fantasy Completed 13895

Kai memerhati gadis yang berada di atas katilnya. Budak lembik..

Lelaki itu berjalan keluar dari biliknya untuk ke dapur. Matanya sempat menjeling ke arah jam di dinding bilik. Masih ada satu jam lagi sebelum waktu persekolahan habis.

Tangannya membuka plastik berisi daging segar yang masih berdarah. Erk.. Laparnya.. Kai memegang perutnya. Ngap.. Darah dari daging segar itu mengalir laju ke dalam tekaknya.
Nikmatnya..

Gelojoh lelaki itu melahap daging mentah di tangannya. Sudah tiga hari dia menahan lapar. Semuanya gara gara dia terlalu sibuk memikirkan tentang serigala bertatu segi tiga itu.

Usai makan..kai melangkah naik ke atas. Dia berjalan mendekati jane yang masih terbaring.
Kai.. Makanan sudah depan mata... Tunggu apa lagi.. Satu suara halus berbisik di telinganya. Kai menggeleng laju sambil  menutup telinganya. Manusia bukan makanan aku! Sial!

Lelaki itu terduduk lemah di tepi katil. Suara tu.. Suara tu masih ada.. Perlahan-lahan dia menutup matanya.
_______________

Jane di atas katil mula tersedar.  Laju badannya ditegakkan sambil matanya memandang sekeliling. Aku masih kat rumah ni ke?!  Serigala?! Kai?! Jane mula panik dan melilau mencari kelibat kai.

Sebaik sahaja matanya terpandang susuk tubuh lelaki yang dikenalinya itu berada di tepi katil. Gadis itu menghela nafas lega.

"kai?" jane turun dari katil dan duduk di tepi lelaki itu. Kai tidur ke? Jane mengambil kesempatan menatap wajah kai lama. Hensemnya... Dari alis mata hingga ke bibir semuanya terletak elok.

Sedang asyik jane menatap wajah kai. Serentak itu mata lelaki itu terbuka. Terkejut beruk jane jadinya.

"a.. Awak dah bangun?"

Kai memegang kepalanya yang sedikit sakit. Matanya terpandang rambut jane yang tidak rata. "kau duduk atas kerusi tu" dia menunjuk ke arah kerusi yang berada di hadapan cermin di biliknya.

"tapi kenapa?.. Kai.. Apa yang jadi sebenarnya? Kita masih dalam rumah ni ke? Kita tak boleh keluar ke? Kai.. Tadi saya nampak.."

"dah jane! Kau ni bising lah." potong kai. Dia menarik tangan gadis itu dan menolak perlahan bahu jane hingga gadis itu terduduk di atas kerusi.

"apa awak nak bu.."

"diam" tangannya mencapai gunting dan mula memotong rambut jane.

"kai awak buat apa ni?" jerit jane terus berdiri dan berpusing memandang lelaki di belakangnya.

"aku kata diam" ujar kai sambil matanya merenung mata gadis di hadapannya.
"duduk"

Jane yang seakan terpukau hanya menurut arahan.

Ligat tangan kai memotong rambut gadis itu.
Wajah jane mula tampak berlainan. Wajah yang selama ini disembunyikan di sebalik rambut mula kelihatan.

Lawa juga perempuan lembik ni. Puji kai di dalam hatinya. Rupanya selama ini dia sembunyikan muka sebenar dia.
"dah okay ni."

Kai memetik jarinya di hadapan jane. Serentak itu jane seperti tersedar. Gadis itu terkebil kebil dan memandang cermin yang berada di hadapannya.

"kai.. Ni.. Saya ke?" jane terlopong.

"takkan aku pula.."

Jane memegang rambutnya. Lawanya dia.. Ececeh puji diri sendiri.

"awak potong rambut saya ke?" soalnya lagi.

"nah ambik ni.." kai menghulurkan satu bekas kecil yang berisi bedak.

"nak buat apa?"

"Pakailah.. dah sekarang jom keluar.. Dah nak pukul empat ni " ujar kai. Dia menarik tangan jane dan membawa gadis itu keluar dari kawasan rumah usang.

"aku pergi dulu" ujar Kai lalu melepaskan tangan jane dan berlalu masuk ke dalam hutan.

"kai.. Nanti dulu!" Panggil jane. Cepatnya hilang, matanya tercari cari kelibat lelaki itu di sebalik hutan tebal. Kenapa dia masuk hutan? Rumah dia kat dalam ke? Takpela.

Jane melangkahkan kakinya untuk pulang ke rumah. Tangannya memegang erat bedak pemberian kai. Sambil berjalan dia mengelus rambut barunya. Jane! Kau dah cantik!
__________

Malam itu jane mengeluarkan segala alat soleknya yang disimpan di bawah katil.
"esok aku akan jadi jane yang baru" gadis itu tersenyum sendiri. Dia memandang lama bedak yang diberi oleh kai.

"jane?" panggil puan erika sambil membuka pintu bilik anaknya.

"ye mak?"

"nak buat apa dengan alat solek tu?" soal wanita itu sambil mendekati anaknya.

"emm.. Jane.. Nak.. Pakai" balas jane perlahan.

Puan erika tersenyum. "pakailah.. Lagipun mak tengok kamu dah cantik.. Kamu potong rambut kat mana sayang?"

Jane terdiam. "hah? aaa dekat rumah kawan baru jane mak"

"yela.. Mak keluar dulu.. Jangan tidur lewat"
Ujar puan erika. Dia mencium dahi anak gadisnya dan terus berlalu keluar.

Jane tersenyum. Aku akan pastikan esok semua ternganga.

Tunggu lah korang!
_________________

Esok pagi.

Awal awal lagi jane sudah bangun untuk bersiap pergi ke sekolah. Dia mahu mempunyai masa yang cukup untuk bersolek.

Bedak kai ni macam magik la.. Jane melihat wajahnya di cermin. Wajahnya seperti segar dan lembut.

Jane tersenyum setelah berpuas hati dengan penampilannya. "mak?" jane mencari kelibat emaknya di ruang tamu.

"jap jane"

Puan erika yang baru keluar dari biliknya terpaku memandang wajah anaknya.
"lawanya anak mak"

"yeke mak?"

"ye.. Tak ada dah jane yang hodoh sekarang jane dah cantik" Puan erika tersenyum memandang anaknya. Tak dinafikan anaknya memang mempunyai rupa.. Mungkin ikut bapanya tapi dek kerana rambutnya panjangnya anaknya.. Semua itu tidak kelihatan.

"jane pergi dulu ya mak" ujar jane lalu mencium pipi emaknya dan berlalu keluar.

"jaga diri"
________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience