CHAPTER 27

Action Series 136594

Wajahnya yang sudah siap di solek di pandangnya melalui cermin yang terdapat di depannya tanpa sedikit pun mengedipkan mata. Walaupun hanya mengenakan solekan yang simple tapi wajahnya kelihatan sangat berbeza. Semua yang brada di situ juga turut terpegun dengan kecantikan Thea Hazel di tambah pula dengan hasil sentuhan jurusolek terkenal itu.

"Wah.. Cantiknya Kak Thea. Kak Thea nampak lain la. Mesti abang tak berkelip tengok Kak Thea nanti." Puji Eshal sambil tersenyum.

Tiba-tiba sahaja dia berasa bangga kerana perempuan cantik di hadapannya itu bakal menjadi kakak iparnya.

"Mengarut je lah Eshal ni. Ini semua sebab make up. Kalau akak tak pakai make up, mesti macam Kak Limah. Tapi cantik akak sikit dari Kak Limah." Ujar Thea sambil tergelak kecil.

Hijabstyle yang sedang membetulkan tudung Thea juga turut tergelak sama. Manakala Eshal mula mencebik bibirnya. Geram dengan wanita di hadapannya itu. Terlalu merendah diri.

"Akak ni suka kenakan Eshal. Sama macam along. Memang padan la akak dengan along." Bibir yang tadinya mencebik terus bertukar menjadi senyuman nakal.

"Erk.. Maaf. Cik Eshal, Puan Sri panggil sedang tunggu cik dekat Ballroom." Tegur salah satu pekerja Alongnya selaku pengawal dekat situ.

Dengar sahaja nama mummynya, Eshal terus menepuk dahinya kuat. Lupa tujuan utama dia di suruh naik ke bilik Thea. Ini semua gara-gara terpegun dengan kecantikan bakal Kakak Iparnya.

"Eshal lupa, mummy suruh Eshal naik tengok akak dah siap ke belum. Kalau dah siap, bila-bila masa boleh turun sebab tok kadi dah sampai."

"Okay done!" Fatin yang selaku sebagai Hijabstyle itu memandang dengan hati yang puas melihat hasil yang dikenakan oleh Thea itu.

"Great! Perfecto! Everyone standby ya. Eshal turun dulu. Good Luck kak Thea. Kita jumpa dekt bawah tau. Bye." Eshal terus berlalu dari situ sekaligus meninggalkan Thea dalam keadaan yang mendebarkan.

Mereka sekeluarga menginap di The Grand Hayyes's Hotel sejak semalam lagi. Dan hari ini merupakan hari yang penuh bermakna untuk mereka semua terutamanya bagi Thea Hazel dan Luthfan Emeer.

Dua buah keluarga bakal bersatu. Dan orang yang paling gembira sejak semalam adalah Puan Khayla dan juga Eshal. Dari majlis Khatam Quran, Berinai, Majlis akad nikah dan juga sanding semuanya di uruskan sendiri oleh Puan Khayla.

Dia langsung tidak benarkan Thea dan sekeluarga masuk campur kerana baginya, pengorbanan Thea bersetuju untuk berkahwin dengan anaknya yang heartless itu sudah cukup besar.

"Cantik berseri anak ibu seorang ni." Tutur Puan Thalia perlahan sebaik sahaja mendekati anaknya.

Dari tadi dia hanya memerhati wajah Thea di solek dan di dandankan dari jauh. Dia takut sekiranya dia tidak mampu untuk menahan sebak.

Thea tersenyum serentak menarik ibunya terus ke dalam pelukan. Dia cuba untuk menahan daripada mengeluarkan airmata.

"I love you, ibu.." Bisik Thea.

Puan Thalia tersenyum. Manja. Tangannya mengusap lembut belakang tubuh Thea, cuba menenangkannya.

"I love you too, sweetpie. Dah jom. Tak nak sedih-sedih. Semua orang tengak tunggu kita dekat bawah tu."

Beberapa orang yang berada di dalam bilik itu tersenyum melihat kerenah dua beranak itu. Beberapa orang pengawal sudah bersedia di muka pintu untuk mengiringin mereka berdua hingga ke bawah.

Thea dan Puan Thaia mula melangkah keluar dari bilik itu sambil di ekori beberapa orang bridesmaid dari belakang.

Tiada seorang pun wakil dari keluarga Doktor Hafiez yang hadir. Baginya Doktor hafiez adalah sebatang kara manakala hanya kluarga terdekat Puan Thalia sahaja yang hadir ke majlis Thea itu.

Tangan Thea yang di genggam erat oleh Puan Thalia itu mula terasa sejuk. Hand bouquet yang di tangan kanannya itu turut di genggam kuat oleh Thea.

Apabila kakinya melangkah keluar dari pintu lift, dadanya bagaikan berdengup kencang. Seolah-olah baru sahaja lepas berlari pecut. Wajah ibu d sebelahnya di pandang seakan mahu meminta pertolongan.

Puan Thalia yang faham dengan tindak tanduk anaknya yang kelihatan gelisah itu terus berpaling. Tangan di dalam genggamannya di tepuk beberapa kali.

"Selawat banyak-banyak. Tenangkan hati. In Shaa Allah, semuanya berjalan dengn lancar."

Thea mengganguk.

"Baik ibu."

Kaki mereka mengikut langkah pengawal di hadapannya. Dahi Thea mula berkerut apabila menyedari yang mereka brada di tingkat paling bawah The Grand Hayyes's Hotel. Setahunya majlis akad nikah akan di adakan di dalam Ballroom dimana tempat yang sama majlis bersanding akan berlangsung.

"Wait. Kita nak pergi mana ni? Bukan ke majlis nikah dekat Ballroom juga kan?" Tanya Thea cemas.

Ketika itu mereka sudah pun berhenti di depan muka pintu yang agak besar. Beberapa pekerja hotel dan pengawal juga berada di situ. Kiri dan kanannya di penuhi dengan bunga ros putih.

"Last minute Emeer tukar rancangan. And now, we are here. Tarik nafas."

Walaupun masih tidak faham dengan apa yang cuba ibunya sampaikan, namun Thea tetap menurut arahan ibunya. Nafas di tarik lalu di hembuskan perlahan sambil hati mula berselawat. Cuba menenangkan hatinya.

Sebaik sahaja hatinya mula terasa sedikit tenang, kelopak matanya terus di buka dan sekaligus matanya terpandang apa yang terbentang di hadapannya. Pintu yang tadi tertutup kini terbuka luas.

Matanya terus membulat. Laju sahaja dia memandang ke arah ibunya. Puan Thalia mengangguk kecil sambil berkata. "Tema Garden. Your dreams come true, My dear. Come, everyone waiting for us."

Teringat akan kata-katanya beberapa bulan yang lalu dimana dia pernah menyatakan untuk sekirannya dia ingin berkahwin, dia mahukan majlis perkahwinannya bertemakan Garden di mana pelamin tersegam indah di taman yang berlatar belakangkan tasik yang luas dan tidak sangka semua itu betul-betul tercapai.

Thea tersenyum. Dengan lafaz bismillah, kakinya perlahan menuruni beberapa anak tangan lalu dengan iringan Puan Thalia, Thea berjalan perlahan di atas carpet yang berwarna putih itu.

Setiap mata tidak lepas dari memandang ke arahnya. Kagum dengan kecantikan si pengatin. Dia hanya beriak selamba. Pelamin yang cantik tersengam indah di depan mata buat senyumannya makin lebar. Meja nikah di letakkan di tengah-tengah laluan manakala kerusi tetamu di letakkan di bahagian kiri dan kanan laluan itu.

Walaupun hati penuh dengn debaran, dia tetap juga mengukir senyum kepada keluarga terdekat bagi kedua belah pihak.

Thea melabuhkan punggungnya di atas pelamin di tengah-tengah taman yang tersegam indah itu ditemani oleh Ouan Thalia. Nasib baik majlis akad nikah mereka diadakan secra tertutup, tidak terlalu ramai tetamu yang hadir.

Tidak lama kemudian, Emeer mula melangkah masuk ke dalam taman itu. Baju melayu moden brwarna putih yang tersarung lengkap di tubuh tegap itu buat si pemakai kelihatan sangat segak sekali.

Tanpa sedar Thea seakan terpaku dengan penampilan lelaki itu. Emeer tersenyum kecil bila melihat reaksi bakal isterinya itu. Dia bersalam dengan tok kadi dan beberapa orang saksi yang berada di meja nikah itu.

"Sudah bersedia? Kalau dah bersedia, kita teruskan sekarang ya." Ujar tok kadi sebaik sahaja Emeer melabuhkan punggung di hadapannya.

Emeer mengangguk.

Apabila semuanya sudah bersedia, tok kadi menyerahkan urusan seterusnya kepada Doktor Hafiez kerana dia sendiri akan mengahwinkan anak perempuannya.

"Bismillah.. Aku nikahkan dikau dengan anakku, Thea Hazel binti Tengku Hafiez dengan mas kahwin sebanyak lima ratus ringgit, tunai." Genggaman tangan Emeer serentak di goncang oleh Dotor Hafiez.

"Aku terima nikahnya Thea Hazel binti Tengku Hafiez dengan mas kahwin sebanyak lima eatus ringgi, tunai." Balas Emeer dengan tenang.

"Sah."

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah.."

Semua yang berada di situ mengucap syukur semuanya berjalan lancar. Masing-masing mengukir senyum. Serentak itu juga tok kadi mengetuai bacaan doa dan pada masa yang sama juga, Emeer menoleh sekilas ke arah Thea yang kini sudah sah menjadi isterinya. Mata Thea kelihatan sedikit kemerahan akibat menangis sebaik sahaja papanya sendiri mengahwinkannya.

Selesai membaca lafaz taklik, Emeer bangun dari duduknya dah bersalam dengan tok kadi, saksi dan daddynya. Ethan memeluk erat tubuh anaknya.

"Be a good husband and father. Take care her. Can you, son?" Ethan bersuara sambil memegang erat kedua belah lengan anaknya.

"I will. Don't worry daddy. You can count on me." Emeer tersenyum kecil.

Ethan mengangguk lalu melepaskan pegangannya. Kemudian Emeer mula beralih ke arah Doktor Hafiez yang kini sudah menjadi bapa mentuanya. Tangan di hulurkan lalu tangan tua itu di cium.

"Terima kasih sebab terima anak papa. Papa harap Emeer boleh jaga anak papa dengan baik dan penuh kasih sayang seperti mana papa dan ibu menjaganya sejak kecil lagi. Kalau dia ada buat salah, tegur dia dengan cara baik. Papa harap Emeer faham maksud papa kan?" Suara Doktor Hafiez kedengaran mula sebak tapi di tahannya.

"Don't worry papa. In Shaa Allah Emeer akan jaga anak papa sepenuh hati saya." Emeer terus menarik tubuh tua itu ke dalam pelukannya.

Thea yang masih lagi berada di atas pelamin itu memandang tepat ke arah dua figura di depannya. Dia tahu apa yang papanya tutur kepada Emeer. Dia cuba menahan sebak yang mula kembali bertandang.

Menyedari Emeer mula melangkah mendekatinya, dia segera menstabilkan nafasnya. Kepala segera di tundukkan ke lantai.

"Ibu, Emeer minta izin nak jumpa isteri Emeer kejap ya." Tutur Emeer lembut sebaik sahaja dia selesai bersalam dengan ibu mentuanya.

Puan Thalia tersenyum lalu mengangguk.

"Silakan. Dia dah jadi hak kamu kan." Puan Thalis bangun dan memberi laluan kepada menantunya untuk duduk di sebelah Thea.

Emeer melabuhkan punggung di sebelah Thea Hazel yang kini juga merupakan isterinya. Bibirnya mengukir senyuman nakal tanpa sedar. Lucu apabila melihat keadaan isterinya yang kelihatan sangat gugup itu.

"Assalamualaikum, my wife Thea Hazel. Miss me?" Automatik sahaja kepala itu mendongak melihat ke arah lelaki yang kini sudah bergelar suaminya.

Matanya sedikit terbutang apabila hanya beberapa inci sahaja jarak antara mereka. Tidak sedara akan kedudukan Emeer yang sengaja memecahkan jarak antara mereka.

Thea Hazel menggigit bibirnya.

"Waalaikummusalam.." Jawab Thea perlahan.

Emeer mengangkat sebelah keningnya tanpa bersuara. Mata dark hazelnya tepat memandang tajam ke arah Thea. Melihat reaksi Emeer, dahi Thea mula mengeruhkan dahi sebelum dia memandang sekeliling. Cuba mencari kelibat ibunya.

"Thea, hulur tangan tu. Emeer nak sarungkan cincin." Faham maksud pandangan Thea, Puan Khayla bersuara.

Wajahnya mula bertukar merah. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia jadi blurr bila berdepan dengan lelaki di hadapannya itu.

Malu.

Tanpa sedar Emeer tergelak kecil.

"You are too cute, Tesoro. And beautiful." Bisik Emeer serentak cincin emas putih yang bertaktahkan berlian bentuk empat segi itu di sarungkan ke jari manis Thea.

Dan automatik Thea tunduk mencium tangan suaminya walaupun jantungnya berdetak laju. Emeer pula terus menaruk kepala Thea ke arahnya lalu dahi itu di kucup lembut.

"You are mine now, Sweetheart. Welcome to my world."

Done!

Yeayy.. Dah kawen.
AND NOW, WELCOME TO EMEER'S WORLD MRS. EMEER HAYYES
(Smirk)

Maaf terlalu lama ambil masa utk update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience