BAB 4

Romance Completed 4317

Sepantas kilat dia mengalihkan pandangan. Jantung berdegup laju mengepam darah ke seluruh tubuhnya.

“Lia, aku rasa aku nampak someonelah.” Rohani berbisik tiba-tiba. Dahlia diam tidak menjawab, pura-pura khusyuk dengan mesyuarat yang baru saja bermula.

Melihat reaksi Dahlia, Rohani pun malas nak komen lebih. Mesyuarat diteruskan seperti biasa. Dahlia mengambil langkah untuk berdiam diri dan menerima apa saja cadangan yang diutarakan. Mujurlah ada Rohani yang boleh tolong cover line.

Macam manalah nak fokus kalau ada mata yang asyik merenung dari tadi? Kalaulah diberi izin, sudah lama Dahlia angkat kaki keluar dari bilik itu. Tamat saja mesyuarat, Dahlia antara orang pertama yang keluar.

Fail-fail yang digunakan tadi diserahkan kepada Rohani untuk dibawa pulang ke tempatnya. Langkah diatur pantas menuju ke arah tandas. Di depan cermin, Dahlia merenung wajah sendiri.

Ya Allah... betul ke dia? Betul ke? Tapi, kenapa mesti dia? Kenapa mesti sekarang, pada waktu aku dah berjaya hapuskan bayangan dia dari hati aku? Kenapa?

Dahlia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri sendiri. Yakin dia sudah makin bertenang, barulah dia menapak keluar dari tandas. Langsung dia tidak menyangka yang lelaki itu sedang menunggunya di luar.

Mungkin tadi lelaki itu nampak dia masuk ke tandas dan sengaja mencari ruang supaya mereka dapat bercakap berdua.

“Hai,” Yusra menyapa. Senyuman diukirkan untuk Dahlia. Dahlia membalas hambar. Pandangannya dikalihkan ke arah lain.

Sesungguhnya dia masih belum bersedia untuk berdepan dengan Yusra. Setelah bertahun-tahun berlalu, bukan sekarang masanya.

“Zulaikha Binti Abdullah...” Yusra menyebut perlahan nama itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience