“Assalamualaikum”,ucap Lea dari luar . Tiada balasan . Sekali lagi Lea memberi salam beserta ketukan di pintu . Tidak lama selepas itu , muncul Mak Ngah yang sedang tersenyum memandang Lea .
“Waalaikumsalam”,ucap Mak Ngah seraya membuka pagar bagi membenarkan Lea masuk . Lea segera menyalami mak ngahnya yang telah dianggap macam ibu sendiri .
“Ibu sihat?”soal Lea mesra .
“Alhamdulillah , sihat . Ni Lea ni , mak ngah tengok makin kurus ni . Diet ke?”soal Mak Ngah ingin tahu . Wajah Lea yang sedikit pucat juga menggusarkan hati tuanya .
“Penat sikit mak ngah . Maklumlah , dah jadi isteri orang”,Lea cuba menyembunyikan kerapuhan rumah tangganya . Dia tidak mahu sesiapa risau akannya .
“Mak ngah ,ayah ada?”ujar Lea , kembali ke tujuan asalnya iaitu mahu berjumpa dengan ayahnya . Ayahnya telah 8 tahun tinggal di rumah mak ngahnya sebaik ayahnya lumpuh kesan daripada kemalangan. Ibunya pula telah meninggal dunia ketika dia berumur 1 tahun kerana sakit kanser pancreas .
Mak Ngah mempelawa Lea masuk . Lea dibawa ke bilik yang menempatkan ayahnya . Ayahnya kelihatan sedang nyenyak tidur di atas tilam yang dibentang di atas lantai .
“Assalamualaikum , abah”,ucap Lea hormat . Pak Hasan berpisat-pisat bangun . Pak Hasan meraba-raba mencari tangan anaknya .
“Abah apa khabar , sihat?”ucap Lea sambil menyalami tangan ayahnya . Kemudian , Pak Hasan mengucup ubun-ubun kepala anaknya . Sudah lama anaknya tidak datang menjenguknya semenjak anaknya bernikah dengan anak sahabat baiknya . Bahagiakah anaknya ini?
“Abah sihat , Lea . Lea kenapa ni , Lea sedih semacam je ni?”Pak Hasan mengusap-usap pipi Lea seolah-olah memujuk .
Walaupun dia tidak dapat melihat dengan mata kasarnya , tapi dia dapat melihat dengan mata hati . Mengikut telahannya , Lea sedang mengalami tekanan perasaan . Ya allah , lindungilah anakku daripada manusia-manusia yang ingin menganiayanya .
Lea tersentak . Dia sudah agak yang ayahnya akan dapat menebak apa yang tersirat di hatinya . Takkan dia mahu menceritakan perkara yang berlaku sepanjang kehidupan rumah tangganya dengan Fakhri . Dia risau kesihatan ayahnya terganggu dek kerana risau akannya .
“Lea okey je abah . Lea cuma rindu dekat abah je . Maaf abah tak dapat jenguk abah , Abang Fakhri busy . Baru hari ni dia dapat hantar Lea”.
Banyak kali Lea memohon maaf di dalam hati kepada ayahnya kerana membohongi orang tuanya . Hakikatnya , hari itu Lea terpaksa keluar secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suaminya . Semenjak berkahwin , Fakhri langsung tidak membenarkan dia keluar ke mana-mana . Dia berani keluar pada hari itu pun kerana Fakhri outstation dan hanya akan pulang pada esok hari .
“Tak apa , abah faham . Anak abah yang cantik ni kan dah jadi isteri orang , jadi tak bolehlah Lea keluar sesuka hati lagi”,ucap Pak Hasan sambil mengusap-usap kepala anaknya . Walaupun dia telah disahkan buta 8 tahun lalu , namun dia yakin anaknya membesar menjadi seorang gadis yang cantik .
Air mata yang hampir gugur ditahan . Lea terus duduk di sebelah ayahnya sambil memeluk pinggang ayahnya , erat . Pelbagai cerita yang Lea kongsikan kepada ayahnya . Rasa rindu yang menggunung hilang serta-merta diganti dengan rasa bahagia berada di samping orang yang amat disayanginya .
Share this novel