"Allahuakhbar..Allahuakhbar.."
Kedengaran suara Azhar sedang melaungkan azan di telinga kanan anak kembar lelaki pertamanya itu. Azhar memegang lembut tubuh kecil anaknya yg masih melalui fasa pramatang. Satu perasaan sebak mula dirasainya. Satu perasaan sudah bergelar bapa. Usai sahaja selesai azankan anak pertama, kini giliran anak keduanya pula. Tubuh anak keduanya ini sedikit besar berbanding anak pertama tadi. Bibir Azhar terus mengukirkan senyuman gembira. Melihat wajah anak kembarnya buat kali pertama sudah membuatkan hatinya rasa tenang dan bahagia. Mereka berdua lahir dalam keadaan sihat dan sempurna sahaja. Azhar menyerahkan semula anak keduanya itu kepada jururawat. Mereka berdua masih lagi dalam pemantauan kerana takut ada gejala penyakit kuning pada usia pramatang ini. Setelah selesai menjalankan tangungjawab itu, Azhar berjalan mendekati Munirah semula. Perlahan-lahan Azhar menyentuh dan mengenggam erat pergelangan tangan Munirah. Satu kucupan lembut dilepaskan pada tangan Munirah.
Sayang..abang sudah tengok anak kembar kita. Alhamdulilah..syukur sihat dan sempurna saja mereka berdua. Wajah mereka tak tumpah seperti sayang. My handsome boys lah lepas ni. Papa dia dah ada kawan. Sayang, Abang tahu..sayang kuat orangnya. Sudah pelbagai ujian dan dugaan sayang telah lalui selama ini. Sayang tetap berdiri teguh dan berjuang demi meneruskan hidup ini. Abang tahu, pada masa yg sama sayang penat..sayang letih dan hati sayang terlalu lelah dengan semua ini. Sayang..abang cuma mahu sayang tahu yg abang akan sentiasa berada di sisi sayang selamanya. Kita tempuhi semua ini bersama. Sayang tidak akan keseorangan lagi. Cukuplah cuma sayang saja sanggup berkorban segalanya terhadap abang. Selepas ini, abang pula yg akan berkorban segalanya untuk sayang..Bangun sayang..Adam dan Aidan perlukan sayang..Mereka belum merasai setitis susu mama mereka lagi..Abang tahu, sayang kuat orangnya..bangun sayang..Cakap Azhar sendiri di samping Munirah yg masih belum sedarkan diri lagi. Air mata Azhar sudah lama mencurah laju mengalir di pipinya. Azhar tidak dapat menahan sebaknya apabila melihat keadaan Munirah seperti ini. Paip pernafasan oksigen penuh di rongga mulutnya manakala di dadanya terlihat penuh dengan wayar dengupan jantung. Sudah masuk 2 beg darah di tambah semula ke dalam badan Munirah. Keadaannya masih belum menunjuk tindak balas lagi. Kepala Azhar terus terpikir tentang perkara yg di sampingkan oleh Dr Wahida kepadanya tadi. Satu khabar gembira dan diikuti dengan satu khabar sedih juga.
"En Azhar...Puan Munirah..dan kedua bayi kembarnya selamat di lakukan pembedahan. Syukur alhamdulilah bayi kembar seiras lelaki yee..Sihat tubuh badan dan cukup sempurna sahaja sifatnya. Beritahu Dr Wahida kepada mereka semua yg berada di situ. Satu senyuman keikhlasan yg dapat ia tampilkan kepada mereka semua."
"Alhamdulilah..terima kasih Ya Allah..Terima kasih Dr..Ujar Azhar lalu menghembus nafas lega di situ. Hilang segala keresahan dan ketakutannya sejak dari tadi lagi. Satu perasan gembira yg dia sendiri tidak dapat ungkapkan di situ. Tambah pula mengetahui bayi kembar seiras adalah lelaki. Sebelum ini Azhar dan Munirah tidak mahu tahu tentang jantina itu kerana mereka mahu mengetahuinya bila sudah tiba masanya nanti. Sekarang, baru Azhar tahu yg mereka dikurniakan anak kembar lelaki. Azhar terus memeluk tubuh Walid yg berada di tepinya. Bibirnya tidak lepas dari mengukirkan senyuman girang."
"En Shukri Melepaskan satu helaian nafas lega. Mendapat satu khabar gembira ini juga membuatkan dirinya rasa tenang. Puan Ruziah turut mengucap selamat dengan perkhabaran ini. Tenang sahaja hatinya rasa selepas mendengar semua ini. Munirah sudah selamat menjalani pembedahan bersama anak kembarnya itu. Tiada ungkapan apa yg perlu ia luahkan sekarang. Satu perasaan syukur kepada tuhan kerna sudah memudahkan segala urusan berat ini. Hajah Fazilah memeluk tubuh Wirda. Berkongsi rasa gembira selepas mendengar khabar ini. Dr Wahida menundukkan pandanganya ke bawah sahaja. Melihat keadaan gembira mereka semua selepas mendengar semua ini. Hatinya turut rasa perkara yg sama juga cuma..satu lagi khabar yg kurang baik perlu ia sampaikan juga kepada mereka semua sekarang. "
"Ada satu perkara lagi yg perlu saya sampaikan.. Pembedahan ini berjalan dengan lancar..cuma keadaan Puan Munirah mengalami tumpah darah yg agak banyak. Biasanya keadaan ini normal sahaja bagi ibu yg menjalani pembedahan pada usia kandungan dalam pramatang. Tetapi, bagi keadaan tubuh kecil Puan Munirah mengambil masa yg agak lama untuk dia pulih semula. Puan Munirah masih lagi dalam pemantauan kami. Saya harap En Azhar dan semua orang di sini banyak bersabar dan berdoa keadaan Puan Munirah akan pulih dalam tempuh terdekat ini. Saya minta diri dulu..terima kasih. Beritahu Dr Wahida tentang keadaan Munirah kepada mereka semua. Dirinya rasa serba salah sahaja menukarkan detik gembira tadi kembali suram seperti ini. Walid turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Wahida sebelum dia beransur pergi dari situ."
"Jantung Azhar seakan berhenti berdetar buat sejenak waktu selepas mendengar semua itu keluar dari mulut Dr Wahida sendiri. Badannya hampir jatuh terjelopak ke lantai tetapi sempat di sambut oleh Azfar. Segera Azfar membantu Azhar untuk duduk dahulu. Air mata Azhar mula tumpah ke pipinya. Bukan ini yg dia harap akan berlaku. Azhar menangis sepuasnya di situ. Azfar dan walid cuba tenangkan keadaannya dahulu. Puan Ruziah kembali dipeluk erat oleh tubuh En Shukri. Perasaan sebaknya tidak dapat di tahan lagi selepas mendapat tahu tentang keadaan Munirah. Sebagai seorang ibu, semestinya dia lebih risaukan tentang keadaan satu-satunya anak perempuan yg ia miliki. En Shukri turut tidak dapat menahan sedihnya. Mereka berdua tidak sanggup kehilangan Munirah lagi. Wirda juga cuba tenangkan keadaan Bonda di dalam dakapannya. Tersedu-sedan bonda menahan tangisannya itu. Bonda rasa kasihan dengan keadaan Munirah sekarang. Miskipun pembedahan ini berjalan dengan lancarnya tetapi nyawa Munirah masih lagi diambang risiko. Masing-masing dibelegu rasa sedih selepaw mendengar khabar ini. Dari jauh Kyra, Mikhail dan Huzair turut merasai perkara yg sama. Mereka baru sahaja sampai ke sini tetapi sudah dikhabarkan tentang berita seperti ini."
................................................................................
En Amar Asyraf..ada pelawat yg ingin berjumpa dengan En..Beritahu seorang pegawai polis itu kepada Amar. Amar terus bangun dari pembaringannya di atas lantai yg tidak disediakan alas lapik langsung. Layanannya di sini tidak ubah seperti banduan lain sahaja. Miskipun bapanya seorang ahli politik, darjatnya di sini sudah tiada nilai lagi. Perlahan-lahan Amar berjalan mendekati pintu selnya itu. Tangan Amar mula digari dari arah depan. Pegawai polis itu terus membawa Amar menuju ruang pelawat. Dari kejauhan Amar dapat kenali orang yg dapat melawatnya itu. Lantas sahaja kakinya berhenti daripada terus berjalan menuju ke meja itu.
En Amar Asyraf..teruskan berjalan sekarang. Tegas sahaja suara pegawai polis itu kepada Amar selepas melihat Amar bertindak seperti ini. Perlahan-lahan Amar terus melangkah kakinya pergi jua mendekati susuk tubuh seseorang yg mahu berjumpa dengannya sekarang. Amar di suruh duduk di atas kerusi itu. Lemah sahaja pandangan Amar melihat wajah orang yg berada di hadapannya sekarang. Wajah seseorang yg masih mahu berjumpa dengannya setelah apa yg telah dia lakukan selama ini.
Amar..angkat telefon itu..Bersuara Munirah masih menunggu panggilan itu dijawab oleh Amar. Mereka berdua dipisahkan dengan cermin tebal antara pelawat dan banduan. Jika ini mereka mahu berbual kena gunakan telefon yg telah disediakan itu. Satu senyuman manis terus diberikan kepada Amar. Sedikit pun Munirah tidak rasa marah dan kecewa dengannya. Munirah rasa kasihan melihat keadaan Amar selekeh dan serabut seperti ini. Pasti sudah banyak ujian yg dilaluinya sepanjang berada di sini. Amar dibantu oleh pegawai polis itu untuk menjawab panggilan Munirah. Dirinya masih kaku dan tidak dapat memejamkan matanya daripada terus memandang Munirah.
Amar apa khabar?? Sihat?? Tanya Munirah mahu memukan perbualan ini dahulu. Bibirnya tidak pudar dari melenturkan satu senyuman kepada Amar.
Sii..sihat..macam mana keadaan Irah?? Semuanya baik-baik sahajakan?? anak-anak irah..Jawab Amar sudah mula rasa selesa sedikit untuk berbual dengan Munirah semula. Amar dapat melihat tubuh Munirah sudah kecil seperti biasa. Pasti dia sudah selamat melahirkan anaknya. Tenang sahaja Amar melihat keadaan Munirah sekarang. Sudah tentu dia akan hidup bahagia selepas ini.
Ermm..semuanya baik-baik saja. Maksud Amar..Adam dan Aidan? Itu nama anak-anak kembar Irah. Amar, Irah sudah maafkan semua kesalahan Amar terhadap Irah selama ini. Sedikit pun tidak terlintas dekat fikiran Irah untuk berdendam dan membenci Amar. Setiap orang pasti sudah melalui ujian yg berat sepanjang hidupnya selama ini. Dari kecil lagi Amar telah diuji dengan satu ujian yg berat. Apa yg Irah nak katakan adalah..Amar seorang yg sangat bertuah dan seorang yg sangat kuat. Masih ada waktu dan peluang untuk Amar berubah. Irah percaya Amar boleh berubah sepanjang berada di sini. Gunakanlah masa yg ada di sini Amar..Sampai bila Amar mahu salahkan Papa dan Mama Amar? Jangan gunakan alasan mereka Amar berubah seperti ini. Carilah jalan keredhaan dari Allah swt. Jangan terus siksa jiwa Amar sendiri. Sudah tiba masanya Amar faham tentang diri Amar sendiri. Faham apa yg hatil kecil Amar rasakan. Buka hati Amar..lapangkan dada Amar..Inshallah, Allah swt akan memudahkan segala urusan Amar sepanjang berada di sini. Irah sudah tarik kes tuduhan ini. Mereka akan membicarakan kes Amar semula. Mungkin tuduhan ini akan diringankan sedikit. Irah minta diri dulu..Jaga diri baik-baik..Assalamualaikum. Nasihat Munirah sedikit banyak kepada Amar. Air mata sudah mana ditahan di kelopak matanya.
Munirah tidak gamak melihat Amar tersedu-sedan menangis di depannya sekarang. Keadaan ini tidak ubah seperti waktu pertama kali Amar menangis seperti ini di depannya. Bukan hatinya sahaja yg tersakiti. Amar juga telah melalui perkara yg sama sepertinya. Disebabkan itu, Munirah tidak dapat memarahi dan berdendam dengan Amar. Biarlah dia mendapat keampunan sendiri daripada Penciptanya. Bukan dari Munirah dia memohon keampunan. Amar tidak menyangka hati budi Munirah masih sama seperti dahulu walaupun dia sudah banyak menyakiti hidup Munirah. Sesungguhnya Munirah adalah seorang wanita yg suci dari melakukan dosa. Satu perkataan Maaf yg keluar dari mulutnya telah membuatkan hati Amar ingin berubah ke jalan yg benar. Amar berjanji tidak akan melakukan kesalahan yg lepas lagi. Dia akan berubah dan memohon keampunan daripada yg maha Esa.
...............................................................................
Abang...perlu ke kita naik pelamin juga nanti? Irah malulah..mama anak dua pun still nak naik pelamin. Kata Munirah apabila melihat Azhar sudah segak bergaya mengenakan baju melayu songket berwarna putih berada di depannya. Munirah pula masih lagi didandan oleh Wirda yg sedang memakaikan tudung di kepalanya. Penampilan Munirah tidak tumpah seperti seorang puteri kayangan yg sesat di bumi. Songket sutera berwarna putih kemasan sangat sesuai dengannya. Azhar hanya memberikan senyuman manis kepada Munirah sahaja. Dibiarkan Munirah membebel seorang diri di situ. Azhar sibuk melayan Adam dan Aidan yg sedang tidur di atas katil. Kedua anak kembarnya ini baru berumur 8 bulan. Comel saja gelagat mereka mahu meminta Azhar mengangkat dan mendukung tubuh kecil ini.
Okey...Done!! Arghh..cantiknya..Bersuara Wirda apabila melihat penampilan Munirah dari bawah sehinga ke atas. Berseri sahaja penganti lama ini mahu naik pelamin untuk pertama kalinya. Tersimpul malu Munirah apabila Wirda memujinya melambung seperti ini.
hehehe..Sentuhan ajaib akak jugakan..Alah beshe-beshe(biasa-biasa) jeww..Nanti pengantin baru yg akan menyerlah lagi. Jawab Munirah tidak yakin dengan apa yg Wirda katakan kepadanya sekarang. Mengigil badannya seolah buat pertama kali saja akan melalui fasa pernikahan nanti. Padahal sudah masuk 3 tahun usia pernikahannya dengan Azhar. Ada hati mahu merasai detik awal pernikahan seperti Iman dan Azman saja.
Oklah..akak keluar dulu..jangan lama-lama tau dekat dalam ni..kejap lagi majlis akan bermula. Jumm biy dukung Aidan..biar Maklong dukung Adam!! Ujar Wirda terus mendukung Adam manakala Azfar pula mendukung Aidan. Wirda baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan anak perempuan mereka secara normal dan sihat sahaja. Anaknya itu sedang dijaga oleh bonda di bawah sahaja kerana dirinya sibuk menguruskan majlis untuk Munirah dan Azhar hari ini.
Okey broo...jaga anak aku tu baik-baik..Terima kasih korang berdua. Ucap Azhar sebelum mereka berdua keluar dari bilik ini. Usai sahaja mereka keluar Azhar terus datang mendekati Munirah yg masih melihat dirinya di depan cermin. Tangan Azhar terus merangkul pinggang Munirah. Kini terlihat mereka berdua berada di depan cermin sekarang.
Abang..perlu ke kita teruskan semua ini? Kitakan sudah lama menikah. Irah..tak yakinlah..Bersuara Munirah lalu menundukkan pandangannya ke bawah. Badannya sejak dari tadi lagi mengigil dan hatinya mula rasa tidak duduk senang dengan keadaan ini. Tangan Azhar mengeratkan sedikit pelukan itu. Azhar mengucup lembut pipi Munirah.
Napa..sayang masih tidak yakin lagi dengan semua ini? Sayang masih dibelegu perasaan takut? Tanya Azhar masih memandang tepat ke arah anak mata Munirah melalui pantulan cermin itu. Perlahan-lahan Munirah mula menganggukkan kepalanya. Tekaan Azhar memang tepat sekali. Munirah masih lagi takut dengan keadaan ini. Dirinya takut orang ramai masih belum menerimanya lagi. Perasaan takut untuk berhadapan dengan semua orang. Azhar mengukirkan senyuman kepada Munirah. Dia terus memusingkan badan Munirah menghadap dirinya. Sekarang pandangan mereka berdua terus bertaup rapat. Azhar mengangkat dagu Munirah memandang dalam anak matanya.
"Munirah Safiyah". Selembut nama dan maksudnya. Setulus hati dan jiwanya. Usah sayang takut lagi dengan bayang-bayang sendiri. Sayang berjalan di hadapan dan bukannya bayang-bayang yg berada di depan sayang. Percaya pada diri sayang. Rasa degupan pada jantung abang? Dengupan ini tidak akan pernah berhenti daripada terus berdegup kencang bila bersama sayang. Macam mana abang percayakan diri abang. Begitulah sayang kena percayakan diri sayang. Abang buat semua ini sebab awak percaya naluri seorang perempuan mahukan semua ini. Setiap perempuan mahu rasa detik terindah ini bersama orang yg dia cinta dan sayangi. Mungkin abang tidak pandai luahkan kata-kata cinta kepada Irah setiap hari. Mungkin abang bukanlah cinta hati Irah sebelum ini. Namun, setiap detik dan waktu abang bersama Irah. Semua rasa sempurna dan lengkap saja. Tulus hati ini mencintai dan menyayangi Munirah Safiyah. Abang cintakan Irah bukan kerna rupa Irah, apa yg Irah miliki. Abang cintakan Irah kerna ketulusan Irah hidup bersama abang selama ini. Pengorbanan Irah melahirkan zuriat kita. Irah seorang wanita yg kuat tempuhi segala ujian yg berat selama ini. Sekarang, izinkan Abang menjadi pendamping dan pelindung hidup Irah selamanya. Bersama-sama kita lalui jalan hidup ini. Inilah kita cinta Azhar dan Munirah. Luah Azhar segalanya kepada Munirah. Pantas saja tangannya menepis sisa air mata yg sudah turun di pipinya. Azhar betul-betul maksudkan semua ini. Tergamam Munirah selepas mendengar semua ini. Kata-kata Azhar ini sentiasa menyentuh ruang hatinya. Bibirnya terus mengukirkan satu senyuman kepada Azhar. Munirah terus mengambil kedua belah tangan Azhar dan menciumnya. Buat pertama kali dia mencium lama tangan Azhar. Sebelah lagi tangan Azhar diletakkan ke atas kepala Munirah. Hanya mereka berdua melalui detik yg terindah seperti ini. Azhar terus memimpin tangan Munirah untuk keluar bersamanya.
Orang ramai mula bersorak riuh-rendah selepas pasangan sejoli Iman dan Azman naik ke atas pelamin dahulu. Selepas itu diikuti pula Azhar dan Munirah. Masing-masing terpegun melihat mereka berempat. Dari jauh Munirah dapat melihat Adam di dalam dukungan Walid manakala Aidan pula berada bersama Abahnya. Masing-masing seronok bermain dengan cucu kembar itu. Bonda pula sibuk mengibaskan anak kecil Wirda yg masih tidur di dalam dakapannya. Puan Ruziah tidak lepas dari menyaksikan putrinya itu sudah naik ke atas pelamin. Segak dan berseri saja wajah Munirah hari ini. Huzair pula sibuk berbual dengan Kyra. Nampak gayanya sudah mendapat seorang penganti yg baik untuk dirinya. Mikhail tidak ubah saja dirinya seperti dahulu sahaja. Melihat ke kebahagian Munirah, dia juga tumpang bahagia sekali. Amri sibuk memujuk isterinya Farah yg sedang sarat mengandung itu. Tidak lama lagi bolehlah si kembar ini berkawan. Iqbal dan Mira turut berada di sini. Mira dikhabarkan sedang mengandung 4 bulan. Comel saja Eisya sudah mahu jadi kakak tidak lama lagi. Perkara yg lepas usahlah di kenang lagi. Sekarang mereka semua mahu mengeratkan hubungan silaturrahim semasa persaudaraan islam semula. Tersenyum Munirah dapat melihat suasana gembira seperti ini lagi. Sekarang dirinya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini.
"Abang, Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana selalu berada di samping Irah. Terima kasih menjaga Irah selama ini. Tiada kiriman tuhan yg lebih indah buat Irah iaitu seorang suami yg sangat mencintai dan menyayangi diri Irah selama ini. Peganglah tangan Irah..pimpinan hidup Irah. Mari kita sama-sama melalui jalan ini lagi. Kali ini, bersama dengan Adam Saifwan dan juga Aidan Safwan. Cahaya mata yg paling bermakna buat Irah dan juga abang. Walaupun umur kita berbeza 13 tahun. Ini bukan penghalang untuk kita terus menjalani hubungan cinta ini. Cikgu Azhar cintakan anak muridnya, Munirah Safiyah. Ini bukanlah cinta pandang pertama. Ini bukan jodoh antara keluarga tetapi jalan cerita kita sangat unik berbanding dengan orang lain. Irah akan terus mencintai abang buat selamanya. Irah akan bahagia bila bersama dengan abang seorang saja. Cinta hati Munirah hanya buat Cikgu Azhar. Sang pujaan Hatiku selamanya. Terima kasih untuk jalan cerita kisah cinta kita ini."
Share this novel