Bab 8

Short Story Completed 6180

Setelah siap air teh itu, dia bawa ke ruang tamu.

"Mak, minumlah air teh ni." - Fatihah

"Ha, Tihah letak tepi dulu. Mak nak main dengan cucu mak ni. Pandai dia ni, kan? Hihihi..." - Puan Khadijah

Fatihah senyum bahagia melihat ibunya begitu rapat dengan anaknya. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam.

"Siapa tu, Tihah?" Puan Khadijah

"Jap, Tihah buka pintu." - Fatihah

Apabila pintu dibuka, kelihatan Wahida di luar rumah. Fatihah menjemputnya masuk. Wahida sebenarnya rindu untuk bermain dengan Diah Hadirah.

Di rumah Shazril, Shazril melihat swafoto yang dipost di instagram Fatihah. Kelihatan Diah Hadirah, Fatihah dan Puan Khadijah di dalam gambar siap dengan caption 'family is my priority'. Shazril tersenyum apabila melihat gambar anaknya itu. Datin Suraya juga curi-curi tengok gambar itu.

"Ril, Ril tengok gambar apa tu?" - Datin Suraya

"Mama. Hmm, Ril tengah tengok gambar Tihah dengan keluarga dia ni." - Shazril

"Meh sini, mama nak tengok." - Datin Suraya

Lalu Shazril memberi telefon pintarnya kepada ibunya.

"Ni cucu mama ke? Ya Allah, comelnya!" - Datin Suraya

"Yes, ma. Tu cucu mama, anak Ril." - Shazril

"Ril, boleh mama tanya sesuatu?" - Datin Suraya

"Bolehlah, ma. Apa nak tanya pun kena minta izin ke?" - Shazril

"Ril sayangkan Fatihah?" - Datin Suraya

"Sayang tu memanglah sayang, ma. Lagi-lagi bila tengok anak Ril tu." - Shazril

"Kalau Ril tak kisah, mama boleh pinang dia untuk Ril." - Datin Suraya

"Betul ke, ma?" - Shazril

Datin Suraya angguk dan senyum. Shazril juga kelihatan ceria apabila mendengar kata-kata ibunya.

Di rumah Fatihah, kelihatan Wahida seronok bermain dengan Diah Hadirah. Fatihah senyum melihat mereka bermain. Setelah bermain, Wahida mendekati Fatihah untuk berkata sesuatu.

"Fatihah, akak nak minta maaf." - Wahida

"Minta maaf? Buat apa nak minta maaf? Akak tak ada buat salah pun. Tihah yang patut minta maaf dengan akak sebab selama ni Tihah menyusahkan akak." - Fatihah

"Tihah... Sebenarnya akak jaga Tihah ada sebab. Akak fikir bila akak jaga Tihah akak dapat bersama dengan arwah Abang Aiman. Tapi, sekarang baru akak sedar yang Abang Aiman bukan jodoh akak." - Wahida

"Ala, akak ni. Benda macam tu pun nak minta maaf. Tapi, kalaulah abang ada lagi, akak memang layak pun dengan dia. Akak baik, solehah. Tapi, nak buat macam mana? Takdir mengatasi segalanya." - Fatihah

Wahida hanya tersenyum.

"Hmm, Tihah akak balik dulu, ya? Ada benda yang nak dibuat kat rumah tu." - Wahida

"Ha, yalah. Hati-hati kak jalan." - Fatihah

"Insha Allah. Akak minta diri dulu, ya? Assalamualaikum." - Wahida

"Waalaikumussalam." - Fatihah

Setelah Wahida pergi, tiba-tiba kereta berjenama Alphard datang ke rumah Fatihah. Dua orang lelaki dan seorang wanita keluar dari kereta itu. Rupa-rupanya mereka adalah Shazril dan ibu bapanya.

"Apa dia orang buat kat sini? Ya Allah, janganlah sampai Shazril nak ambil anak aku." - Fatihah

Shazril dan ibu bapanya pergi menuju ke arah pintu utama rumah Fatihah .

"Mak, ada orang datang ni." - Fatihah
"Ha, jemput dia orang masuk. Mak nak pakai tudung kejap." - Puan Khadijah

"Assalamualaikum." Shazril, Datin Suraya dan Datuk Hamdan

"Waalaikumussalam." - Fatihah
Datin Suraya menuju ke arah Fatihah.
Mereka bersalaman dan Datin Suraya terus memeluk Fatihah. Fatihah mula berasa pelik dengan tindakan Datin Suraya.

"Fatihah apa khabar?" - Datin Suraya

"Saya sihat, alhamdulillah. Datin buat apa datang sini?" - Fatihah

Belum sempat Datin Suraya menjawab persoalan Fatihah, Puan Khadijah pula datang mencelah.

"Siapa yang datang, dik?" - Puan Khadijah

Puan Khadijah terkejut apabila melihat kehadiran Shazril, Datin Suraya dan Datuk Hamdan. Walaupun Shazril pernah buat silap dahulu, Puan Khadijah tetap melayan mereka sekeluarga dengan baik kerana mereka ialah tetamu Puan Khadijah.

"Eh, jemputlah masuk Shazril, Datuk, Datin." - Puan Khadijah

Shazril dan ibu bapanya pun masuk ke dalam rumah Puan Khadijah. Shazril tersenyum melihat Diah Hadirah yang bermain dengan mainannya di atas tilam kecil. Shazril terus mendukung bayi tersebut dan menciumnya. Kelihatan Shazril begitu sayang dengan Diah Hadirah.

"Datuk, Datin, Shazril jemput duduk. Maaflah rumah kami ni tak ada apa." - Puan Khadijah

"Eh, tak apa kak. Maaflah, kami pun datang mengejut je." - Datin Suraya.

"Tihah, siapa nama baby ni?" - Shazril

"Perlu ke awak tahu?" - Fatihah

"Tihah... Kan Shazril tanya siapa nama anak kamu." - Puan Khadijah

"Mak, adik buat air teh baru. Air teh ni dah sejuk, tak sedap nanti. Kita pun nak bagi tetamu terhormat minum." - Fatihah

"Fatihah... Ha, Shazril, nama baby tu Diah Hadirah." - Puan Khadijah

"Diah Hadirah... Pandai Fatihah pilih nama." - Shazril

Puan Khadijah senyum melihat Shazril yang rapat dengan Diah Hadirah. Fatihah terus mengambil dulang di mana terletak teko dan beberapa gelas di atasnya dan bawa ke dapur. Shazril yang masih mendukung Diah Hadirah duduk di atas sofa sambil bermain dengan bayi itu.

"Datin, saya minta maaf fasal kelakuan Fatihah, ya?" - Puan Khadijah

"Akak, tak apa. Saya faham apa yang dia rasa." - Datin Suraya

"Hmm, Datin dan sekeluarga sebenarnya datang sini untuk apa." - Puan Khadijah

"Kami sebenarnya datang nak minta maaf atas apa yang dah berlaku sebelum ni." Datin Suraya

"Saya dah lama maafkan orang yang pernah buat salah dengan saya. Tapi, saya tak tahu bagi Fatihah. Saya minta maaf ya kalau perilaku Fatihah buat semua tak senang." - Puan Khadijah

"Tak apa, mak cik. Saya faham apa yang dia rasa. Semua ni salah saya." - Shazril

Tiba-tiba Fatihah datang dengan bawa air teh panas yang baru dibuatnya tadi.

"Jemput minum, Datuk, Datin, Ril." - Fatihah

"Terima kasih, Fatihah. Buat susah-susah je." - Datin Suraya

"Tak susah pun. Lagipun tu je yang keluarga saya boleh hidangkan. Kami ni orang miskin. Tak mampu hidangkan macam-macam." - Fatihah

Apabila Fatihah melihat Shazril bermain dengan anaknya, dia terus cuba mengambil anaknya.

"Mari sini, anak saya. Dia tak layak disentuh orang kaya macam awak. Awak pun bukan nak mengaku ayah dia, kan?" - Fatihah

"Fatihah... Tak apa lah, saya nak main dengan dia kejap." - Shazril

"Fatihah... Meh duduk sebelah mak sini." - Puan Khadijah

Fatihah terus duduk di sebelah ibunya. Dia kelihatan tidak puas hati melihat Shazril yang bermanja-manja dengan anaknya.

"Akak... Sebenarnya kami datang ni ada hajat." Datin Suraya

"Apa hajatnya tu, datin?" - Puan Khadijah

"Kami sebenarnya nak masuk meminang Fatihah untuk Shazril." - Datin Suraya

Fatihah dan Puan Khadijah terkejut mendengar kata-kata itu. Datin Suraya terus menunjukkan cincin kepada Puan Khadijah. Fatihah berasa menyampah melihat cincin itu. Mana taknya, selepas apa yang sudah jadi sebelum ini, dia dituduh buat fitnah, tiba-tiba nak berbaik dengan terus masuk meminang.

"Jadi, akak setuju tak?" - Datin Suraya

"Saya sebenarnya tak ada hak untuk setuju ke tak. Kita kena tanya tuan punya badan. Fatihah, Tihah setuju tak?" - Puan Khadijah

"Tak!" - Fatihah

Sebulat suara Fatihah menjawab tanpa memikirkan apa-apa. Shazril dan ibu bapanya terkejut mendengar jawapan itu.

"Fatihah, kenapa ni?" - Puan Khadijah

Fatihah terus bangun daripada tempat duduknya.

"Mak, lepas apa yang dia orang dah buat dekat Tihah, mak ingat senang ke Tihah nak terima dia orang." - Fatihah

"Tihah..." Shazril

"Kau! Kau dulu tak nak mengaku Diah Hadirah ni anak kau, kenapa tiba-tiba kau nak jumpa dia? Dulu bukan main kau kata aku buat fitnahlah apa lah." - Fatihah

"Fatihah, kami..." - Datin Suraya

"Datin pun sama! Datin ingat senang-senang ke saya nak lupa apa yang Datin dah buat kat saya. Datin tolak saya macam sampah!" - Fatihah

"Tihah, tak baik Tihah cakap macam tu nak. Walau macam mana sekalipun, Diah Hadirah tetap anak Shazril." - Puan Khadijah

"Tihah tahu mak. Tapi, dia yang dulu tak nak mengaku dia ni ayah Diah. Tiba-tiba hari ni nak mengaku dia ni ayah Diah. Apa ni mak?" - Fatihah

Shazril menghulurkan Diah Hadirah kepada ibunya yang duduk disebelahnya. Dia pergi menuju ke arah Fatihah.

"Tihah, saya minta maaf. Saya tahu saya dah buat kesilapan yang besar. Tapi, demi Allah. Saya nak jaga awak, Diah Hadirah dengan mak cik. Saya nak Diah bersama dengan saya." - Shazril

Tanpa disedari, air mata Fatihah jatuh ke pipi.

"Sebab kau, hidup aku musnah! Sebab kau, mak aku benci dekat aku. Sebab kau, Abang Aiman susah. Sebab kau, ayah aku mati!" - Fatihah

"Tihah... Apa awak cakap ni?" - Shazril

"Kau tak payah nak berpura-pura lah! Kau ingat aku tak tahu, kau sebab abang aku pinjam duit kat samseng! Dan disebabkan dia tak dapat bayar, nyawa ayah aku melayang! Dan mak aku benci kat aku sebab kau! Kau dah rogol aku, lepas tu senang-senang kau nak lepas tangan! Aku yang tanggung susah!" - Fatihah

"Tihah, saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Saya tahu saya dah buat silap paling besar dalam hidup saya. Tolonglah maafkan saya." - Shazril

"Kau pergilah! Aku tak nak tengok muka kau! Kau jangan risau, aku dah maafkan kau. Tapi, aku nak kau pergi dari hidup aku!" - Fatihah
Fatihah terus ke dalam bilik. Shazril sedih dengan sikap Fatihah yang sedemikian.

"Mama, papa jom kita balik. Fatihah pun mesti tak suka kalau kita ada kat sini." - Shazril

"Shazril... Mak cik..." - Puan Khadijah

"Mak cik, saya minta maaf. Semua yang Tihah cakap tu betul mak cik." - Shazril

"Akak, kami pulang dulu, ya?" - Datin Suraya

Lalu Shazril dan ibu bapanya beredar dari rumah Puan Khadijah. Puan Khadijah terus pergi ke depan pintu bilik Fatihah sambil mendukung Diah Hadirah. Dia menasihati Fatihah yang sedang menangis di dalam bilik.

"Tihah... Kenapa Tihah macam ni, sayang? Tihah macam mana pun, Diah Hadirah masih anak kepada Shazril. Tihah tak boleh pisahkan mereka. Mak rasa dia dah betul-betul insaf dengan semua yang dia dah lakukan dulu. Tihah, ingat pesan mak, dalam dunia ni, tak ada manusia yang sempurna." - Puan Khadijah

Fatihah tidak mampu berkata apa-apa. Hanya air mata mengalir membasahi pipinya.

Setelah beberapa minggu meninggalkan Fatihah, Shazril seakan orang yang tidak siuman. Datin Suraya sedih melihat keadaan Shazril yang sedemikian. Shazril melihat gambar Fatihah dan Diah Hadirah di dalam telefon pintarnya. Air matanya mengalir kerana terlalu rindu akan kepada anaknya. Datin Suraya dan Datuk Hamdan tengok sahaja Shazril yang berkelakuan seperti itu. Mereka sedih melihat keadaan Shazril sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience