3

Romance Completed 26877

~~

Lamunanku terhenti apabila makcik Ja memanggilku berkali-kali. Entah kenapa aku dapat rasakan air mataku bergelinang dan beberapa titisan air mataku jatuh membasahi pipi.

"Puan Lulu", menghulurkan tisu kepadaku.

"Terima kasih makcik", balasku sambil mengelap pipiku.

"Jauh sangat termenung tu. Lama dah makcik tak tengok air mata Puan. kalau ada masalah jangan segan nak kongsi dengan makcik. Boleh kita gerak sebelum bos Li mengamuk".

"Sorry makcik. Baik makcik, saya dah sedia", balasku memandang cermin cuba melihat penampilanku sebelum keluar.

Berus bedak dimeja solek dicapai. Aku cuba menutup kesan air mataku tadi agar lebih sempurna sebelum keluar. Aku memandang cermin untuk kali terakhir sebelum keluar agar solekanku sempurna bersama pakaian di badanku. Aku benar-benar puas hati dengan cara kerja makcik Ja dari dulu hingga sekarang menyiapkan aku. Dia benar-benar memahami citarasa aku dan tak pernah salah pilihannya selama 11tahun bersamaku. Aku terus melangkah keluar dari bilik bersama pengawalku dan makcik Ja.

Laluanku di kawal ketat oleh orang suruhan Li Wei dari mula aku melangkah keluar bilik suite hinggalah menuju ke kereta. Aku dengan yakin masuk ke dalam kereta itu apabila pintu dibuka untukku. Terbongkok-bongkok lelaki itu mengangkat kain gaun aku yang berbaki di luar kereta di masukkan ke dalam sebelum menutup pintu.

Li Wei meletakkan tangannya di pahaku dan menepuk sebanyak dua kali tanpa suara. Isyarat itu cukup buat aku faham apa yang ingin di sampaikan padaku dari diketahui pemandunya. Sejak berada di sisinya isyarat itu menandakan aku bakal bertemu rakan kongsinya dan aku perlu mainkan perananku sebaik mungkin.

"Tips?".

"You selesaikan dulu. Ada habuan nanti".

"Your son?".

"Dia tunggu barang di tempat lain. Jangan risau".

Terasa lapang otakku apabila mendengar anak Li tiada kali ini apabila aku berurusan. Bagiku bukan satu benda yang mudah jika anak Li ada nanti dan mengganggu urusan perniagaan.

"Why you still simpan dia kalau betul dia bukan anak kandung you?".

"Sweet tak perlu tahu. Ada sebab I simpan dia sama seperti I simpan you dulu".

"What ever. Remember trust me", balasku menolak tangannya di pahaku.

Li Wei tersengih serta memicit pipiku sedikit kuat dan memalingkan wajahku ke arah mukanya. Matanya memandang setiap inci di wajahku dan diakhiri dengan senyuman mesra.

"I trust you sweet. kalau tak, kenapa I sanggup kahwin dengan you. I nak you layan I sorang bukan orang lain".

"Alasan. I rasa you buat kehidupan I seperti buah catur yang akan you gerakkan bila perĺu. Kenapa bagi lagi orang minum dengan I?".

"You drink with them not just you and them right. Pengawal I ada bersama you, right?".

"Still same, I tetap kena denda walaupun bukan salah i. Ikutkan hati nak ja I patahkan jari dia tapi dia rakan niaga you".

Hanya ketawa besar muncul selepas aku merungut pada Li Wei. Aku benar-benar tidak mengerti apa yang ada di dalam kepala Li. Aku kurang berminat campur urusan perniagaan haramnya. Li banyak mengambil satu langkah di hadapan pesaingnya dan aku dapat rasakan dari dulu lagi aku menjadi salah satu strategi perniagaannya.

Mana tidaknya, lelaki ini merahsiakan perkahwinan aku dengannya tapi masih menggunakan aku untuk menggoda semua rakan niaga baik di casino, kelab mahupun di kapal persiaran miliknya. Pada masa sama dia tidak benarkan mereka menyentuhku dan menyakitiku.

Aku melangkah masuk ke dalam ruang casino bersama beberapa orang pengawal peribadi Li Wei. Lengan Li aku pegang kemas dan berjalan bersamanya dengan lenggok gaya yang menggoda.

"Hello Cik Lulu, my hot girl. Hello Mr Li".

Li Wei duduk dan aku serta yang lain berdiri berhampirannya. Urusan niaga bermula dan aku menjadi mulut Li Wei berurusan dengan rakannya itu. Apabila mereka mengeluarkan barang dan duit di meja, aku menghampiri dan memeriksa barang itu. Aku dapat rasakan kakiku di sentuh rakan niaga Li Wei menggunakan kakinya. Sedikit pun aku tidak mengendahkannya, aku hanya biarkan dan minta pengawal Li angkat setelah selesai memeriksa. Hanya di sebabkan lelaki berjaket kulit biru gelap ini suka menyentuhku setiap kali berurus niaga, Li mengurung aku selama tiga hari. Ikutkan hati nak di terajang lelaki itu biar sampai patah riuk setimpal dengan kesakitan yang aku alami selama tiga hari.

"You nak I ke?, Sorry bro, harga I lain dari barang-barang tadi", balasku tersenyum manja cuba menggoda lelaki itu dan beralih sebelah Li Wei.

Li Wei menyentuh jari jemariku dan perlahan tangannya beralih menepuk punggungku agar selesaikan urusan dengan lebih cepat. Aku berjalan ke arah lelaki bertubuh sederhana, berkulit cerah dan bermata kecil itu dengan langkah nakal.

"Cik Lulu memang meletup. Li bila lagi nak bagi aku rasa Cik Lulu ni. Bergetah tu, berapa kau nak tolak pada aku dia ni?".

"Dia dah kata harga dia lain, itu kau kena deal dengan dia bukan aku".

Lelaki itu memandangku dengan mengetap bibir bawahnya dan apa yang pasti dia sudah tergoda dengan tubuhku. Li Wei bangun diikuti lelaki itu bersamaku kali ini pertukaran tempat di mana hanya aku, Li Wei dan rakan niaganya masuk ke bilik yang di sediakan. Pintu bilik aku tutup dan mendekati rakan niaga Li di depannya.

"Wow, seriously you bagi dia pada aku Li?. Berapa kau nak tolak dia pada aku?", soalnya apabila aku duduk di sebelahnya.

Li tidak menjawab dan hanya memandang lelaki itu duduk bersamaku. Sengaja aku bangun, berdiri membelakangkan lelaki itu dan tunduk membuka tin minuman di meja.

"What the... Wowoo... apa ni.... Mr Li aku minta maaf sangat dengan kau dan Cik Lulu", ucapnya dengan nada terketar-ketar dan berdiri di belakangku serta sedikit menggelabah.

Aku bangun dan menghulurkan tin minuman ke lelaki itu dengan senyuman manja dan menggoda namun dia tunduk serta merta berlutut di kakiku tidak berani menatap wajahku lagi seperti sebelumnya.

"Sory, sorry.. Aku tak tahu Cik Lulu kau punya bro. Aku salah usik dia selama ni. Aku tak tahu dia ada tattoo kau bro", berkali-kali tunduk ke lantai di hujung kakiku.

Senyuman sinis terukir di wajahku sekarang kerana aku ada peluang menyakitinya. Aku memijak jari tangannya berada dilantai tanpa belas. Saat yang dinantikan, aku menarik rambutnya hingga lelaki itu terdongak memandangku. Li Wei bangun menghampiri lelaki itu dan tanpa berlengah mengeluarkan pistol serta mengacukan pistol ke arah lelaki itu di depanku. Bukan satu das tembakan tapi lebih dari tiga kali hingga lelaki itu mati.

"Game over. See I buat seperti yang I janjikan. Parut di leher you tu, cilaka ni buat, Betul?".

Aku mengangguk sebaik disoalnya dan melangkah mayat lelaki itu mendekati Li Wei. Li merangkul pinggangku kemas dan satu ciuman dihadiahkan ke dahiku sebelum membawa aku keluar dari bilik itu dengan ketawa besar.

"Time to get your tips sweet B", ucapnya ke padaku bersulam ketawa berdekah-dekah keluar dari kawasan itu menuju ke kereta.


Tiba di Miami, aku dibawa menuju ke kapal persiaran miliknya. Hanya makcik Ja dan tiga pengawalnya dan dua darinya pengawal baru menemani aku dan Li naik ke kapal. Aku melihat wajah seorang demi seorang pengawal Li. Boleh dikatakan semua lelaki bersamanya mempunyai wajah yang agak kacak, segak dan bergaya.

"I will be back later sweet", ucapnya mengusap rambutku dan satu ciuman hangat darinya sebelum beredar.

Aku memandang Li masuk ke dalam meninggalkan makcik Ja dan dua pengawal bersamaku berdiri di luar. Aku menanggalkan kasutku dan berjalan berkaki ayam ke hujung bot menikmati keindahan laut sedang bergerak ke tengah laut.

Angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa buatkan aku teruja dan menikmati angin malam yang mendamaikan sendirian ditemani dua pengawal. Tiupan angin laut menyebabkan aku sedikit menggeletar hingga aku memeluk tubuh serta membuang pandanganku ke langit yang terbentang luas sementara menanti Li selesaikan tugasnya.

Aku melangkah palang besi menuju betul-betul hujung bot itu. Aku duduk sendirian dengan hati yang cukup merindui Aki dan mama. Angin laut buatkan aku rindu zaman kecil berjalan bersama Aki menaiki bot memancing waktu malam.

"Sampai hati Aki gadaikan zaman kanak-kanak dan remaja aku. Aki buat aku jadi bukan diriku yang sebenar. Aki tahu tak, aku hidup di pentas yang penuh dengan duri-duri dosa hingga aku sendiri keliru mana betul dan salah", rungutku di dalam hati bermain dengan perasaan sendiri.

Tubuhku menggeletar kesejukan saat ini. Aku terasa seseorang menghampiri dan menyelimutkan bahuku dengan selimut tebal di bahuku dan diakhiri dengan pelukan hangat. Tubuhnya yang besar cukup untuk aku rasa selesa dan nyaman. Agak lama aku dalam pelukkannya dan bila aku tersedar aku meleraikan tangan di pinggangku.

"Kenapa tunggu di luar?. Sini sejuk".

"Saja, mengimbau kenangan ada orang nak campak I ke laut", balasku menolak tubuh lelaki itu dan menuju ke palang.

Entah kenapa aku dapat rasakan seperti terkena petir apabila melihat Li muncul bersama makcik Ja dan pengawal peribadinya dari dalam keluar mendekatiku sedang terduduk di palang itu. Aku menoleh ke belakang siapa gerangan memelukku tadi.

"Sial kau!", tengkingku dengan nada marah.

Aku terus menghampiri pengawal baru sedang berdiri tidak jauh dariku dan menarik pistol di pinggangnya. Cepat pistol tu aku acukan di kepala lelaki itu dan meyepak kakinya agar berlutut di depanku.

Aku perasan pengawal Li sudah pantas menembak mati lelaki yang memelukku sebentar tadi. Tubuh lelaki itu jatuh ke dalam laut.

"Kau pakat dengan dia kenakan aku tadi", tengkingku mula hilang sabar terus menghayun pistol itu ke kepala lelaki itu.

Aku menolak kepalanya hingga ke lantai bot dan memijak kepala pengawal itu. Laju aku mengacukan pistol ke kepalanya.

"Cukup Sweet. Dia tak salah pun. Jek sorang yang salah, tambah lagi dia dah mati pun".

Aku memandang Li dengan perasaan sedikit takut. Takut dia melihat pegawal yang mati tadi memelukku. Terjungkit keningku merenung wajah Li Wei di depanku.

"Betul tu Puan, pengawal baru ni yang maklumkan pada bos waktu Jek peluk Puan. Bos Li dah tengok dari jauh apa yang berlaku tadi lagipun dah lama makcik Ja bagitahu bos Jek suka ganggu Puan".

Kepala lelaki yang berada di kaki sengaja aku sepak melepaskan geram serta pistol di tangan aku campak ke kepalanya. Makcik Ja menghampiri aku dan menghulurkan gelas kepadaku agar tenang. Selesai sahaja aku meneguk air di gelas itu, aku terus menghayun gelas itu ke arah muka pengawal baru hingga pecah gelas itu di kepalanya.

"Prangg".

Bersepai serpihan gelas itu jatuh berserta suara latarku sedikit mengejek lelaki itu.

"Ups, sorry sengaja. Tak sakitkan",ucapku spontan namun pada masa sama aku lihat ada darah menitis.

Aku terus beredar dari situ meninggalkan pengawal itu dan sempat meraba dada Li sebelum melintasinya.

"Ggrr.. you buat I boleh mati free tadi di tangan you. Nasib you di pihak I. Thanks. Untung budak baru tu you selamatkan dia. Nyaris lunyai I kerjakan tadi sangka dia komplot dengan Jek. I tunggu you di spa, special service I bagi. Just you and me", usikku dan terus beredar tanpa kasut bersama makcik Ja.

Saat aku melangkah Li gelak besar dan mengarahkan pengawalnya masuk rawat lukanya.

"Makcik Ja, terima kasih selamatkan saya. Saya tak sangka Jek teringin saya sepanjang dia dengan saya".

"Makcik dah perasan lama Puan. Banyak kali dia cuba sebenarnya tapi kantoi dengan makcik. Sebenarnya denda yang bos bagi haritu untuk lihat dia juga".

Aku mengukir senyuman senget, berhenti melangkah dan memandang makcik Ja.

"Kenapa tak bagitahu saya, boleh saya buat dia gula-gula dulu", usikku ke makcik dan ketawa masuk ke bilik.

"Berani ke Puan?".

"Cakap berani la, tahu bos makcik tu bukan setakat saya dengan makcik Ja sekali terkurung lagi", balasku membuka baju dan menyarung tuala baju mandi dan duduk di sofa putih.

Aku merebahkan tubuhku di sofa melepaskan lelah dan akhirnya aku tertidur di situ selama mana pun aku tidak ingat. Apabila terjaga aku lihat tubuhku berada di katil bersama Li. Terkelip-kelip memandang wajah lelaki tua ini, wajah di mana satu ketika dulu pernah aku benci dan marah padahya.

Demi selamatkan mama, aku terpaksa menggodanya. Setahun aku hidup bersamanya tanpa hubungan yang sah. Li ambil langkah selamat berkahwin denganku selepas beberapa rakan niaganya cuba menodai aku dan segalanya berubah serta merta. Aku hidup di dunia berbeza di mana dunia yang haram dan dosa merupakan kehidupanku sekarang hingga aku mati. Dari cara hidup, nampak aku mewah bergaya tapi sebenarnya kotor dan hina.

"Sorry, lupa pula janji I pada you tadi", bisikku menyentuh wajah Li sedang nyenyak tidur menggunakan jari jemariku.


Selesai bersarapan, aku dan Li Wei turun dari kapal persiaran dan di sambut kumpulan pengawalnya dan beberapa perempuan seksi.

"Ayam baru ke?", bisikku ke telinga Li dengan suara menggoda.

"Yes, mereka ni untuk tetamu kita malam ni".

Aku mematikan langkahku dan menghampiri perempuan itu seorang demi seorang. Tangan Li Wei masih aku pegang kemas dan sebelah lagi tangan kananku membelai pipi mereka sengaja dan turun ke dada mereka menguji. Salah seorang dari mereka meludah ke mukaku apabila aku mengujinya.

"Wow, wow, wow. Nice. I like you", ucapku merentap rambut perempuan itu kuat.

"Sweet".

Aku memandang wajah Li sudah berang apabila perempuan di depanku mula meludahku. Sebelum sempat dia menampar perempuan itu, aku melepaskan tangan Li cuba halang dan membuat muka padanya memujuk. Aku berdiri di antara Li dan perempuan itu.

"You nak buat apa dengan dia?", tegas nada orang tua ini memarahi aku dengan muka bengis di awal pagi.

"I nak buat cekedis. Boleh?".

"Okay fine cekedis.... Ja, Puan tak boleh handle betina ni. You settlekan terus".

"Baik bos".

Aku tersenyum dan pada masa sama menarik perempuan itu. Tubuh perempuan itu aku lemparkan ke pengawal baru semalam. Aku terus memaut lengan Li Wei dan melentukkan kepalaku di bahunya melangkah bersamanya. Li terus menggosok kepalaku dan mencubit bibirku sengaja mencuri ayam barunya.

"Nak buat apa dengan dia?".

"Adalah".

"Suka you lah sweet. Sekarang dia tu you punya".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience