Bab 17

Romance Series 12449

Dia memarkir keretanya ditempat VIP. Semua kawannya sedang menunggu disitu.

Dia keluar dari kereta dan menuju kearah Nik Aira. Dia menepuk perlahan bahu Nik Aira dari belakang.

Tersentak Nik Aira menerima tepukan dari arah belakang. Dia menoleh ketepi dan melihat Ku Syaf Ariana sedang berdiri disebelahnya.

"Kenapa korang semua duduk sini?  Asal tak masuk dalam? " soal Ku Syaf Ariana datar.

Terhenti perbualan manusia yang berkumpul disitu. Iman Nadhirah dan Tengku Farah Adlina serta abang mereka menoleh kearah Ku Syaf Ariana.

"Wassup Syaf, kitaorang saja duduk sini nak tunggu korang. Nanti senang semua sekali masuk tak adalah nanti pecah belah" kata abang Iman, Danial Aqasha.

Ku Syaf Ariana menggangguk. Matanya melihat satu persatu wajah itu sebelum dia tersenyum nipis.

"Asslammualaikum, abang Haris, abang Kimi dan abang Dani" kata Ku Syaf Ariana ikhlas.

Ketiga-tiga mereka membalas salam Ku Syaf Ariana. Kornea matanya tidak lepas melilau baru dia perasan ada tertinggal lagi dua orang.

"Mana Ika dengan Abg Ir? " soalnya pelik. Dia memandang jam pada pergelangan tangannya.

Mereka semua menjongketkan bahu. Tanda tidak tahu.

"Mungkin dorang tak-" kata kata Tengku Farah Adlina terhenti apabila melihat sebuah kereta datang kearah mereka dengan laju sekali.

Semua mata aspuri termasuk abang mereka melihat kearah porsche berwarna putih itu.

Didalam kereta Tengku Syafiqah sudah tersenyum sinis manakala Tengku Syakir pula sudah bersandar penuh pada seat kereta.

Tengku Syafiqah menekan kuat pedal minyak menambahkan lagi kelajuan sehingga dihadapan parkir dia membuat aksi drift. Terbuntang mata Tengku Syakir melihat kerja gila adik dia.

Mata-mata abang aspuri tidak lepas melihat kearah kereta tersebut. Namun hati mereka sedikit hampa sebab tidak dapat melihat pemandu yang membawanya. Kereta itu menggunakan tinted cermin gelap.

Selepas sahaja membuat tiga drift Tengku Syafiqah memarkir porsche tersebut. Dia mematikan enjin dan keluar dari kereta dengan muka yang selamba.

Dia menutup pintu dan menuju kearah aspuri tanpa mengedahkan abangnya didalam.

"Hai semua dan hai buat abg Haris, abang Dani dan abang Kimi" ucapnya dingin. Mereka semua mengganguk.

Pap!

Terkejut mereka semua apabila mendengar hempasan yang kuat.
Mereka memerhati Tengku Syakir.

Tengku Syakir menuju kearah Tengku Syafiqah dan merenungnya dengan tajam. Yang lain hanya diam tanpa ingin masuk campur hal adik beradik itu.

"Huh balik ni biar abang yang pandu. Kalau suruh adik lagi nanti memang jalan tu buat hak adik sendiri lah. Nasib lah tak terbabas tadi" kata Syakir dengan suara yang tertahan marah.

Tengku Syafiqah hanya beriak selamba sahaja apa yang abangnya cakap hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia menuju kearah aspuri.

"Ok guys jom kita masuk" ajaknya terus sahaja dia berjalan masuk kedalam ikuti yang lain.

Tengku Syakir dibelakang mengerus kasar melihat adiknya. Danial Aqasha menepuk bahu sahabatnya untuk mengurangkan marah.

"Bersabar jelah bro dapat adik macam tu " ucapnya dengan suara yang jelas tak jelas sahaja kerana terlalu banyak gelak.

Yang lain mengikut gelak. Tengku Syakir menjeling tajam kearah kawan-kawannya.

"Hauch tajamnya jeling cik abang" kata Tengku Faris Hakimi dengan sisa ketawa.

"Malas aku layan korang. Baik aku layan adik aku" terus sahaja Tengku Syakir meninggalkan mereka bertiga masuk kedalam.

Terhenti gelak mereka. Mereka memandang sesama sendiri sebelum lari masuk kedalam mendapatkan adik-adik mereka.

"We tunggu lah" jerit Nik Ikhwan Haris. Pandangan orang sekeliling hanya dihiraukan. Apa ingat mereka kisah ke.

"Weyh Syaf abang kau mana?" tanya Tengku Syafiqah sambil berjalan memasuki pintu utama mall itu.

"Entah lah weyh dah lama dia tak contact aku sepatutnye sekarang tengah cuti sem" balas Ku Syaf Ariana. Teringat kembali membuat dia mengeluh kecil.

"Korang aku nak pergi beli pakaian dengan kasut lah korang nak ikut tak?" soal Tengku Farah Adlina.

"Ermm boleh jugak tapi apakata kita makan dulu aku lapar lah" kata Iman Nadhirah. Perutnya dari tadi berdendang.

"Boleh jugak jom lah pergi makan dulu" balas Nik Aira sambil berfikir hendak makan dimana. Tengku Farah Adlina terus berpaling ke belakang melihat abang aspuri.

"Abang-abang sekalian nak makan dekat mana? "soal Tengku Farah Adlina. Matanya memerhati wajah-wajah tampan itu.

"Abang tak kisah mana-mana pon boleh" balas Nik Ikhwan Haris.

"Apakata kita makan mcd abang teringin lah nak makan" balas  Danial Aqasha.

"Haah lah Dani aku pun tengah craving mcd ni" kata Tengku Syakir.

"Okay kalau macam tu jomlah kita gerak ke mcd" tutur Tengku Syafiqah. Mereka semua membuka langkah dan bergerak ke mcd.

Setibanya di mcd...

"Korang nak makan apa biar abang Kimi orderkan? " dengan rela hatinya Tengku Faris Hakimi mahu menolong.

"Syaf dengan Ika nak makan prosperity ayam dengan air coke" order Ku Syaf Ariana untuk dirinya serta Tengku Syafiqah yang semestinya itu adalah favourite burger mereka.

"Aira nak burger GCB dan air Aira nak pepsi" order  Nik Aira pula.

"Farah dengan Iman pun nak yang sama lah tapi air nak coke 1 dan pepsi 1" kata Tengku Farah Adlina mewakili Iman Nadhirah.

"Korang yang lelaki ni pulak nak makan apa?" tanya Tengku Faris Hakimi. Matanya melihat 3 jejaka ditepinya.

"Of course macam biasa bro ayam mcd 2× spicy tapi aku nak tambah prosperity daging 1" kata Ikhwan Haris sambil membuat simbol peace. Hilang sudah dinginnya.

"Okay aku pergi order jap, Dani dengan Haris jom teman aku nanti nak tolong angkat makanan" ajak Tengku Faris Hakimi.

"Woi takkan ajak Dani dengan Haris jer kot aku tak nak pulak ajak. Ishh tak nak aku duduk dengan singa-singa ni semua tak pasal-pasal sebelum aku makan dah kena ngap" Kata Tengku Syakir sambil membuat muka cemberut. Aspuri yang lain hanya memasang muka yang dingin namun paling ketara adalah Tengku Syafiqah.

Yok Syakir kau dah wat adik kau marah.

"Yelah jom arh cepat mengada-ngada jer dia ni. Korang yang lain pergi cari tempat dulu" arah Ikhwan Haris.

"Okay" jawab mereka serentak.

Ku Syaf Ariana melihat sekeliling restoran tersebut untuk mencari tempat tapi malangnya semua penuh kecuali satu tempat yang agak tersorok mejanya boleh memuatkan 10 orang tetapi malangnya terdapat satu figura lelaki duduk disitu.

"Arkk nak ke tak nak duduk situ Macam mana kalau dia tengah tunggu kawan dia? Ishh belum tanya belum tau baik aku pergi tanya" desis hati Ku Syaf Ariana.

Aspuri yang lain melihat Ku Syaf Ariana melangkah ke arah suatu sudut  terus mengikuti langkah Ku Syaf Ariana dari belakang. Mereka dapat melihat susuk tubuh figura itu.

Dia yang sudah sampai ke arah figura yang membelakanginya hanya memerhati sahaja. Lelaki itu kusyuk makan tanpa menghiraukan orang yang berada sikitarnya.

"Hi Sir! Can I sit here?" soal ku Syaf Ariana. Dalam hati berharap lelaki itu membenarkan tapi tengok bentuk badan dia dari belakang macam seseorang yang dia kenal lah.

"Sure, you can sit" balas lelaki itu lalu dia berpaling dan mengangkat muka. Alangkah terkejutnya apabila melihat figura yang berada di hadapannya. Ku Syaf Ariana juga terkedu.

"Angah!"

"Along!"

Jerit mereka serentak lalu memandang satu sama lain selama beberapa saat, aspuri yang lain tercengang.

"Along what are you doing here?bukan sepatutnya along dekat overseas ke? Ummi papa tahu tak along dekat Malaysia?" soal Ku Syaf Ariana bertubi-tubi.

"Tanyalah satu-satu ingat along ni ada banyak mulut ke nak jawab huh? kalau ya pun nak tanya banyak-banyak duduk lah dulu ni tak main sergah jer" kata Ku Syazril Arif dengan nada yang dibuat marah. Saja nak acah garang dekat depan adik sendiri.

Ku Syaf Ariana akur dengan arahan abangnya dan duduk berhadapan Ku Syazril Arif. Aspuri yang lain turut duduk disitu. Mereka hanya berdiam sahaja untuk memberikan ruang kepada adik beradik itu.

"Okay we can start to hear an explanation? " tanya Ku Syaf Ariana. Aura dingin dia dah keluar. Ku Syazril Arif yang melihat aura adik dia hanya beriak selamba.

"Okay firstly, along dekat sini sebab dah cuti sem. Ummi dengan papa tak tahu sebab along ingat nak buat suprise tapi tak sangka pula along yang dapat suprisenya " menjeling tajam Ku Syazril Arif kearah adiknya yang seperti ice itu.

"Ouhh, along cuti sem sampai bila?" soal Ku Syaf Ariana.

"Pertengahan bulan depan along balik sana balik" jawab Ku Syazril Arif sambil menjamah makanannya.

"Angah dengan yang lain buat apa dekat sini?" tanya Ku Syazril Arif sambil melirik mata ke arah aspuri yang berhadapan dengannya dan sambung makan kembali.

"Kitaorang dekat sini nak beli barang kem. Lagi 2 hari gerak" jawab Ku Syaf Ariana.

15 minit kemudian, abang aspuri datang ke meja sambil membawa dulang yang berisi makanan dan minuman yang telah diorder oleh mereka.

Semasa mereka melangkah hendak menuju kearah aspuri semua dipenuhi dengan tanda tanya melihat susuk tubuh seorang lelaki.

"Weyh siapa lak mamat yang duduk dengan dorang uh?" tanya Tengku Syakir.

"Entah maybe dia tumpang meja kut" balas Danial Aqasha untuk menyedapkan hati kawannya. Terkedu mereka semua apabila melihat figura tersebut. Terus sahaja mereka menuju kearah adik-adik mereka.

"Ku Syazril rights? " soal Tengku Syakir datar. Ku Syazril Arif mengangguk kepala.

"Wassup bro sampai hati kau balik sini tak bagitau aku" mata Tengku Syakir sambil membuat muka monyok.

Tengku Syafiqah sudah menjeling tajam kearah abangnya. Dasar drama king!

"Buruk nau muka kau sebiji cam jebon" ujar Tengku Faris HaKimi selamba.

"Eee muka tu memang tak boleh huduh lagi eh" ujar Ku Syazril Arif sambil mengangkat kening sebelah kanan.

"Ishh tanak kawan dengan abang-abang semua" Tengku Syakir berloyar buruk juga.

"Hahahaha sudah-sudah bawak bersabar ye teman semua" kata Ikhwan Haris.

"Erm korang lepasni boleh tak kalau aku nak keluar dua dengan Syaf? Aku bukan apa dah lama sangat tak balik sini nak jugak spend time dengan dia" Ku Syazril Arif meminta kebenaran aspuri dan yang lain.

"Boleh jer apa yang tak bolehnya. Kitaorang pun ingat nak jalan berdua dengan abang terchenta ni huh" balas Tengku Syafiqah sambil memandang sekilas Tengku Syakir yang sedang melahap.

"Ok thanks "ujar Ku Syazril Arif.

"Angah dah siap makan ke belum?" tanya Ku Syazril Arif.

"Dah" jawab Ku Syaf Ariana sambil mengelap mulutnya yang comot itu.

"Kalau camtu jomlah gerak, geng aku cau dulu insyaallah bila-bila kita boleh keluar sama-sama" Ku Syazril Arif meminta izin untuk beredar.

Kami berdua melangkah keluar dari premis itu. Kami jalan berpegangan tangan lagaknya seperti kekasih yang sedang bercinta.

"Aria nak beli baju dekat mana?" soal Ku Syazril Arif sambil mereka berjalan disekitar mall.

"Aria ingat nak pergi beli pakaian dan kasut dekat kedai al-ikhsan" balas Ku Syaf Ariana sambil memerhati sekeliling dia terasa seperti diekori.

Aku terus menuju ke kedai Al-ikhsan diikuti oleh abangku. Aku terpaksa beli pakaian baru sebab yang sebelum ni semua dah tak muat. (tak bermaksud aku gemok ok??).

Setelah hampir 30 minit di dalam kedai itu aku membeli sepasang kasut sport berjenama adidas berwarna hitam, 4 helai baju dan 4 helai seluar cukuplah kan untuk kem nanti.

Usai membayar kesemua barangan tadi aku terus menuju ke baskin robin abangnya yang ajak sebab dia memang penggemar aiskrim.

"Aria nak flavor apa?" tanya Ku Syazril Arif.

"Erm macam biasa" balas Ku Syaf Ariana. Ku Syazril Arif mengangguk sekilas.

"Ermm miss I want love potion with cotton candy 3 scoops and jamaco almond with chocolate chip 3 scoops" usai membayar Ku Syazril Arif terus menuju ke arah adiknya yang tengah bermain telefon pintar.

"Aria nah" Ku Syazril Arif menghulurkan aiskrim itu ke Ku Syaf Ariana.

"Huwaa syedap nye yummy yummy" ujar Ku Syaf Ariana riang.

"Cayang boleh tak nak rasa aiskrim awak I nak cayang suap tau" ujar Ku Syaf Ariana manja ambil membuat puppy face.

"Ish dia ni mengada betul nak suap-suap bagai nasib sayang tau" kata Ku Syazril Arif sambil mencuit hidung adiknya.

Jauh dari pandangan mereka terdapat satu figura yang sedang memerhatikan kemesraan mereka sambil merekam moment itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience