VS29

Drama Completed 85759

“You jumpa i because of Daim Akli right?”

Eva membetulkan duduknya. Debaran makin terasa saat bertentang mata dengan Lukas.
Dia sanggup ketepikan malunya demi Daim.

Mansor pernah memberitahu, bahawa Lukas antara peguam yang mampu uruskan kes Daim.
Peguam Lee sendiri teragak-agak untuk meneruskan pembelaan keatas Daim kerana takut nasib tidak menyebelahi kepadanya.

Clara melarang Eva menemui Lukas, kerana terfikirkan peguam itu mempunyai agenda lain jika dia terima untuk membantu Daim.

Lukas pernah sakiti Eva, tak mustahil lelaki itu akan cuba menyakiti adik iparnya sekali lagi.

Namun Eva menyakinkan kakak iparnya, tiada apa yang akan berlaku pada dirinya.

Sampai di bangunan Firma guaman milik Dato Jambi, Eva meminta Clara menunggunya di lobi, sementara dia naik keatas berjumpa Lukas.

Clara menurut walhal hatinya masih bebelah.

Sebelum kedatangannya kesini, Eva sempat menelefon Lukas untuk berjumpa. Mujur Lukas setuju, dan mengarahkan wanita itu menemuinya di firma milik papanya.

“I know you tahu everything about this case Lukas”

“Yes.. i know everything”
Lukas senyum senget memandang Eva dihadapanya, belakang badan disandar ke kerusi dan kedua tangan disilang kedada.

“Lukas... tolong Daim...”

“Finally you cari i jugak Eva.. Time you bahagia ada you ingat i?”

Air liur kelat diteguk Eva.
“I admit apa yang i dah buat pada you, But i don’t want to say sorry because you sendiri tahu perasaan i pada Daim.”

Lukas menarik nafas dalam sebelum menghembus pendek.
Duduknya kembali ditegak kan.
“So what do you want me to do?”

“I nak shift you untuk ambil ahli kes my husband. I can pay what you want Lukas. I tahu hanya you yang boleh selamatkan Daim.”

Lukas mengangguk berkali-kali.
“I memang follow that case. Wow! hebat kan, lelaki yang you sanjung tinggi rupanya seorang yang kejam. Sanggup membunuh.”

“Lukas...”

“What? Everyone know. Husband of Eva Natasha membunuh PA isterinya kerana tak puas hati.”
Sengaja Lukas pangkah ayat wanita dihadapannya.
Eva yang dikenali sebelum ni berlainan sekali. Tiada wajah jernih yang terbit. Hanya mata yang lebam dan raut yang agak pucat.
Kalau kau dengan aku, kau tentu bahagia Eva..

“You sendiri tahu kan Daim tak salah?”
Keluhan cuba dilepas Eva menolak kembali aksinya

“Semua bukti dah jelas Eva, tak guna you nak fight lagi.”

Kali ni Eva ketap bibir, dia tahu Lukas masih marah. Siapa pun di tempat Lukas mungkin akan lakukan perkara yang sama.

“Melainkan you dapat gantikan diri you”

“What do you means Lukas?”
Dahi Eva berkerut.

Lukas kembali menyilang kedua tangan didadanya.
“I can fight for Daim with one condition, you divorce with him and marry me.”

Senyum keras Daim dipandang jelek oleh Eva. Dadanya sesak, jantung seakan berhenti menarik oksigen.

“I don’t need your money Eva.. but i can save Daim if you follow my rules..”

Sekali lagi air liur cuba ditelan, namun payah.
Dan akhirnya Eva mengeluh panjang.
Demi Daim dia perlu lakukan sesuatu.
“If you can save my husband, i akan ikut cakap you Lukas.. i akan kahwin dengan you.. but you sendiri tahu perasaan i pada Daim.. eventought you dapat tubuh i tapi you takkan dapat miliki hati i Lukas.”

“Sampai macam ni sekali you sanggup lakukan demi Daim?”
Rahang Lukas bergerak keatas menyamai bibirnya yang bersuara garau.

Eva mengangguk.
“I sanggup lakukan apa sahaja demi suami i..”

Lukas raup wajahnya sekali.. belakang badan kembali disandar ke kerusi.
“Okay... I akan ambil kes ni,and i akan sediakan divorce contract untuk you and Daim sign”

Eva mengangguk lagi. Jantungnya benar-benar ingin mati. Namun dikuatkan demi Daim.
“I akan sign divorce paper after Daim keluar dari penjara.”

Lukas turut mengangguk.
Hati kau keras Eva...

Berjalan keluar dari firma guaman Dato Jambi, seolah berjalan diatas iceberg yang rapuh di permukaan laut..
Jika salah langkah Eva akan tengelam ke dasar tanpa sempat diselamatkan...

Kata putus dah dipersetujui antara Eva dan Lukas.
Lukas akan ambil ahli membela Daim dan jika pertuduhan suaminya dapat digugurkan, Eva akan bercerai dengan Daim dan mengahwini Lukas.

Ah! Sungguh perit perjanjian itu. Namun apa lagi yang Eva harus lakukan?

Peguam Lee awal-awal lagi mahu menarik diri kerana dia pasti tak mungkin dapat membela Daim atas bukti-bukti yang sah menunjukan lelaki itu bersalah.

Tiada peguam yang sehebat Lukas, yang mampu berlawan untuk kes jenayah.
Eva terpaksa.. walau hati tak merela..

Sepanjang perjalanan pulang, Eva hanya mendiamkan diri.
Hanya satu perkataan sahaja diberitahu kepada Clara, bahawa Lukas setuju untuk ambil alih kes Daim, yang selebihnya Eva simpan sebagai rahsia..

*****

Sebelum perbicaraan di mahkamah. Eva sekali lagi menemui suaminya dipenjara.

Seperti biasa, belum sempat warden penjara membuka gari dilengan Daim, Eva dah kedepan. Gangang telefon diangkat dan diletakan di telinga.

“Eva...”

Aahhh... rindunya suara garau maskulin Daim..

“Kau sihat? Kenapa aku tengok kau pucat? Kau sakit ke Eva?”

Im.. sepatutnya aku yang tanya soalan tu pada kau.. kau makin kurus.
Kepala pun dah licin dibotakan.
Aku tak tahu apa yang terjadi kat kau didalam penjara Im.. aku pun tak sanggup nak ambik tahu apa yang kau lalui kat dalam sana.. aku sedih..
“Aku okay Im...”

Sepatah jawapan Eva membuatkan bibir Daim melebar senyum, walau hatinya membuak untuk keluar dari cermin tebal dihadapan mereka dan memeluk erat tubuh isterinya.

“Im...kes kau dah disebut ke mahkamah semula.”

Daim angguk kepala.
“Aku tahu.. Lukas datang jumpa aku.”

Kerongkong Eva bergerak kebawah menelan liur.. hujung bibir digigit kuat. Dia berharap Lukas tak bocorkan perjanjian mereka.

“Eva.. kau cakap betul-betul dengan aku.. kenapa Lukas nak bantu aku?”

Jantung Eva mula berlari tak sekata, namun kesah hati cuba ditutup.
“Lukas terima sebab aku hulur bayaran sekali ganda untuk dia settle kan kes ni. “

“Eva... kau jangan tipu, aku tahu kau sorokan sesuatu. Lukas takkan mudah setuju kalau takde perkara lain yang diharapkan.”

“Im... kau kena percaya aku, aku buat semua ni untuk kau..”
Hati Eva.. tolong jangan menangis..

“Aku percayakan kau Eva.. tapi aku tak percaya kan Lukas..”
Terdengar keluhan halus dihujung ayat Daim.

“Kalau kau percaya aku, aku taknak kau tanya lagi soalan ni.. just ikut apa yang Lukas mahu. Kau kena yakin Lukas akan selamatkan kau.”

“Tapi aku taknak terhutang budi Eva.. lagi-lagi dengan Lukas.”

Jemari kiri Eva yang berada di atas peha dimain resah. Tak tahu apa lagi jawapan yang harus diberi kepada Daim. Lelaki itu seolah-olah mengesyaki sesuatu.
“Kau tak perlu nak terhutang budi dengan Lukas, aku dah bayar untuk dia fight kes ni.”

Sekali lagi Daim angguk kepala.
“Aku cuma taknak terjadi apa-apa pada kau disebabkan aku. Eva..”

“Im.. i’m okay.. trust me..”
Jemari kiri yang dimainkan tadi kini membentuk penumbuk.
Hati Eva sakit!

“Eva.. kau tunggu aku keluar ye.. aku nak hidup dengan kau.. aku nak bina family dengan kau seperti janji aku di pulau ari tu.”

Kali ni Eva turut mengangguk kepalanya.. tubir yang mula bergenang ditahan agar airmatanya tidak gugur.

Daim... masih ada peluang kah untuk kita bina keluarga, setelah kau keluar nanti?

Surat penceraian antara kita sudah disediakan oleh Lukas.
Janji sudah dimeterai. Aku bukan milik kau lagi setelah kau dibebaska Daim..

Seusai bertemu dengan Daim bagi menghilangkan rasa rindu, Eva yang turut ditemani oleh Dahlia menuju keluar dari penjara dan memasuki kereta.

Didalam kereta, airmata yang ditahan tadi mula gugur tanpa sempat diseka..

Dahlia cuba memujuk.
Namun makin dipujuk, makin lebat sendu Eva hingga kedua-dua bahunya terhenjut-henjut.

“Eva... cuba cerita dengan mama, kenapa Lukas setuju untuk ambik kes Daim, sedangkan sebelum ni papa dah pujuk dia, tapi Lukas berkeras untuk taknak menerima.”

Eva tak menjawab soalan mamanya. Kedua tapak tangan terus menerkup wajah.

“Eva.. mama pasti ada sesuatu antara kau dan Lukas yang kau sorok dari mama.”

Kedua tapak tangan Eva dilarikan dari wajahnya.
Wajah Dahlia dipandang sayu.. kepala Eva berat bila terpaksa menanggung seorang.
Dan akhirnya dia menceritakan segalanya pada Dahlia tentang perjanjian dia dan Lukas.

Apa lagi mengamuk lah Dahlia hingga memaksa Eva untuk berhenti dari mengikut kata Lukas.

“Mama... Eva sanggup lakukan apa sahaja demi Im..”

“Eva.. mama tak larang kau nak lakukan apa sahaja demi Daim, tapi kau tahu tak cara kau ni boleh buat kau merana..”

“Mama...”
Eva menyentuh lembut peha mamanya disebelah.
“Eva makin merana kalau Eva tak keluarkan Im dari penjara, jika Im betul-betul disahkan membunuh Zizie. Dia akan digantung mama. Mama nak biarkan Eva hidup dalam bayang Im? Tolong mama... Eva Cuma nak suami Eva selamat.. Apa sahaja yang Eva lakukan ni demi kebahagian Eva dan Im.. Please mama.. untuk kali ni Eva merayu.. jangan bagi tahu pada papa atau Im juga Kak Clay.. Ini je pengobanan yang Eva dapat lakukan sebagai isteri Im..”

Dahlia memeluk tubuh anaknya.. sesuai wanita itu bersuara diselang bunyi sendu.
Dia tak tahu nak buat apa lagi?
Dahlia tak salah Eva. Jika dia ditempat Eva tentu Dahlia akan lakukan perkara yang sama.

Rahsia Eva dan Lukas disimpan ketat walaupun ketika bertemu Lukas di mahkamah, Dahlia rasa seperti mahu menumbuk lelaki itu.
Kurang ajar! Sanggup Lukas pertaruhkan Eva demi nafsu jantan itu!

*****

Empat minggu berlalu..

Seperti sebelum ni.. Eva hanya berkurung didalam bilik Daim.
Hari-hari yang berikutnya pun sama..
Setiap hari Eva akan keluar untuk melawat Daim di penjara, dan kembali semula berkurung didalam bilik.

Kes suaminya sudah didengarkan di Mahkamah. Lukas berhujah dahulu untuk membela anak guamnya.

Namun untuk permulaan, juri masih menyangkal pembelaan dari Lukas..

Perbicaraan tetap diteruskan dan menurut Lukas. Kes ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama sebab terlalu rumit.

Keterangan dari Eva entah berapa kali diambil kerana hanya Eva saksi utama ditempat kejadian.

Namun semua kenyataan Eva dibalas oleh peguam lantikan yang menegaskan apa yang Eva nyatakan bercanggah dengan bahan bukti yang dijumpai oleh pihak polis di tempat kejadian.

Keluhan demi keluhan dilepaskan oleh Eva kerana sejak 3 minggu perbicaraan dijalankan. Tiada satu pun yang masih menyebelahi suaminya.

Eva tak salah kan Lukas. Dia tahu Lukas sedaya upaya memenangi kes ini walhal dia sendiri tahu, kesungguhan Lukas adalah demi mendapatkan dirinya.

Biarlah apa sahaja yang difikirkan oleh peguam itu asalkan suaminya dibebaskan..

Tengah dahi dipicit kuat. Sejak akhir-akhirnya Eva kerap pening-pening.
Kadang-kala perutnya memulas sehingga makanan yang masuk dimuntahkan semula.

Pandangannya juga agak kabur.

Perlahan tubuh dibaringkan keatas bantal.
Baju T-shirt Daim yang masih mempunyai bau suaminya, dihidu kuat sebelum dipeluk erat.
Dengan cara ini sahaja, sakitnya akan hilang.
Eva rindukan Daim...

Tok! Tok! Tok!

Wajah Eva mendongak ke pintu. Clara masuk selepas ketukan ketiga.

“Eva.. Farina datang..”

Eva bulat mata mendengar kata-kata Clara.
Belakang wanita itu dipandang dan ternampak susuk Farina yang sedikit membonjol perutnya mula masuk dan menghampirinya.

Eva kembali mendudukan tubuh sebelum air matanya mula mencurah.

Makin laju langkah Farina mendekati temannya lantas tubuh itu dirangkul ketika Eva masih diatas katil.

Tangisan kedua rakan itu dibiarkan oleh Clara. Dia melangkah keluar menuju ke biliknya. Tak mahu terus berada dalam suasana duka.

“Eva maafkan aku.. aku baru balik dari England sebab ikut Hairul settle kan project kat sana. Aku betul-betul tak sangka apa yang berlaku pada kau dan Daim. Aku mintak maaf sebab lambat jumpa kau Eva.”

Eva meleraikan pelukan Farina. Kepala digeleng laju.
“Takpe Rina.. kau dah datang ni pun aku dah rasa bersemangat.”

“Kita kawan dah lama Eva..aku percaya Im takkan lakukan perkara sekejam ni..”
Farina menilik wajah Eva agak berisi tapi pucat. Keadan wanita itu juga kurang terurus. Ditangan kiri Eva mengepit baju T-shirt berwarna hitam yang dia agak milik Daim.
Makin hebat rasa kasihan Farina terhadap rakanya.

Waktu di England dia dah terdengar berita berkenaan Eva dan Daim, namun kerana desakan kerja suaminya, Farina pulang agak lewat. Sesampainya di tanah air, Farina terus mengarahkan Hairul untuk menghantarnya kerumah Eva.

Namun Dahlia menyatakan Eva tinggal dibilik Daim kerana terlalu rindukan suaminya.

Farina sedar kuatnya cinta Eva pada Daim dan nyata tak pernah berubah sejak dulu.

“Aku tak tahu nak buat apa lagi Rina.. setiap kali aku tengok Daim kat penjara, hati aku benar-benar sedih. Daim tak salah, dia tak tahu apa-apa pun. Kenapa dunia ni kejam sangat pada aku dan Daim, Rina!”

Farina mengosok lembut belakang rakannya.
“Sabar Eva.. aku yakin Daim akan selamat. Dia tak salah.. pasti tuhan akan bantu dia.”

“Aku bagi keterangan tapi aku tengok sorang juri pun tak percaya dengan apa yang aku katakan. Aku takut keputusan mahkamah tak menyebelahi Daim.”
Suara Eva diselang sendu.

“Aku faham perasaan kau Eva.. kalau aku kat tempat kau pun tak mungkin aku akan kuat.”

Eva angguk kepala..
Tengah dahi dipicit lagi. Pedih!
Dada berombak kencang. Perutnya kembali memulas.

Farina yang perasan wajah Eva berkerut menahan sakit. Sekali lagi mengosok belakang bahu wanita itu.
“Kau okay Eva? Muka kau pucat ni.”

Eva geleng kepala, rasa mual mula menerjah kerongkongnya lantas tubuhnya diturunkan dari katil menuju ke bilik air.

Didalam kamar mandi, Eva keluarkan semua yang dimakannya sebentar tadi. Hingga tekak terasa perit baru lah dia berhenti muntah.

Farina turut turun dari katil dan menuju ke bilik air.
Sekali lagi belakang Eva digosok lembut.
“Eva kau okay ke? Jom aku hantar kau ke klinik?”

Laju Eva menggelengkan kepalanya.
“Aku gastrik je Rina. Mungkin makan aku tak menentu”

Air yang keluar di pili sinki ditadah dengan kedua tangan sebelum menyapu kemuka.
Kemudian tangan Eva mencapai tuala kecil dan ditekapkan ke wajah basahnya.

“Kau jangan macam ni Eva.. Aku tahu kau risau pasal Daim, tapi kesihatan kau jugak kena jaga Eva..”

Eva tak berbunyi, kakinya kembali memanjat katil lantas membaringkan tubuh.
Sungguh kepalanya berpusing-pusing saat ni.
“Aku masih kuat Rina.. apa yang perlu aku lakukan sekarang, adalah menyelamatkan suami aku.”

Farina turut melabuhkan punggung di sebelah baringan Eva.
Dahi wanita itu ditekap dengan belakang tapak tangan.
Terasa panas.
“Kau demam ni Eva.. aku bagi tahu Kak Clay ye.. dia hantar kau ke klinik.”

Eva terus menggelengkan kepalanya.
“Aku okay Rina. Kau jangan cakap ngan Kak Clay, aku tahu Kak Clay pun tengah bersedih seperti aku. Aku taknak di bimbang lagi.”

Kali ni Farina angguk kepala.
Selimut dikaki Eva ditarik dan menutupi sehingga bahagian dada wanita itu.
“Kau rehat la ye..aku pun nak balik ni.”

Pandangan Eva dilirikan kepada rakanya.
“Aku minta maaf sebab tak boleh hantar kau keluar.”

Sekali lagi Farina mengangguk kepalanya.
“Aku faham.. kau rehat la ye..”
Dahi Eva dicium sebelum Farina menuruni katil dan keluar dari bilik.

Eva hanya memandang lesu, mentelahlah kepalanya masih terasa berat..

Eva Natasha, kau kena kuat. Kau tak boleh sakit. Daim tengah tunggu kau...

****

Selesai penghujahan kes pembunuhan yang disyaki dilakukan oleh Daim, selesai. Eva mengikuti Lukas ke pejabat lelaki itu.

Hati Lukas sedikit pijar, bila hujahannya ditentang kuat oleh pihak lawan.
Manakala Hakim pun banyak setuju untuk menolak hujahan Lukas.

Nampaknya kes pembunuhan Zizie agak sukar dilawan, sebab tu la Peguam Lee awal-awal undur diri.

Namun pada Lukas, dia takkan mengalah. Dia akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan Daim.
Kerana jauh di sudut hati Lukas, Daim tak bersalah dan lelaki itu sebenarnya teraniaya.

Lukas pandang wajah Eva yang melabuhkan punggung berhadapanya.
Raut wanita itu agak pucat.
Ulas bibir sedikit kering menandakan Eva dehidrasi.
“Are you okay Eva?”

Eva mengangguk lesu.
“So you ada cadangan lain untuk fight this case Lukas?”

Lukas menyandarkan belakangnya dikerusi, hingga kerusi hitam dan besar itu bergerak sedikit menampung beban badan.
“Buat masa ni I masih belum dapatkan bukti lain untuk membawa Daim keluar.”

“Please Lukas, selamatkan Daim.”

Lukas angguk kepala. Suara lembut Eva boleh meruntunkan nafsunya seperti dulu.
Duduk ditegakan sebelum mata memandang tepat kepada Eva.
“Eva... i nak you ceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku pada 10 tahun dulu hingga membawa dendam kepada Zizie sampai sekarang”

Eva menarik nafas panjang, dia sendiri pun tak tahu perkara sebenarnya. Hanya mendengar cerita dari Farina, namun Eva pasti apa yang diceritakan oleh Farina adalah perkara yang benar.

Duduk Eva dibetulkan..
Kepala yang terus rasa pedih ditahan.
Satu-persatu kisah 10 tahun lalu dibongkar oleh Eva. Dia tak peduli apa saja pandangan Lukas terhadapnya.
Yang Eva tahu, pertanyaan Lukas itu adalah bersebab bagi mengali bahan bukti yang pasti ada.

Kening Lukas bercantum saat mendengar penghabisan cerita dari Eva.
Satu persatu nama yang disebut Eva diingatinya.
“So Akilah memang rapat lah dengan Zizie?”

“I’m not sure Lukas.. tapi apa yang i tahu, Zizie rapat dengan Akilah sebab dendamnya. Itu yang Zizie ceritakan kat i dan Daim waktu i diculik di pulau.”

Lukas angguk kepala.
“I takut Akilah juga terlibat dalam kes ni”

Eva bulat mulut, mata Lukas dipandang tajam.
“No.. tak mungkin Akilah terlibat Lukas. Yes. Dia pun dendam dengan Daim, but i pasti, dia takkan tergamak untuk melakukan semua ni. Lagipun apa motif dia nak bunuh Zizie?”

Lukas diam sebentar.
Sebelum menyambut ayat.
“Selain Akilah, you rasa ada sesiapa lagi yang rapat dengan Zizie? Coz Zizie don’t have family. Ikut record, his mom meninggal masa lahirkan dia, 14 years then his father mati sebab gantung diri di penjara. So i tak boleh nak jejak waris dia yang lain. Waktu umur Zizie 18 tahun dia dah lakukan plastic surgery hampir 90 percent untuk ubah fizikal body nya di Thailand. Mungkin sebab tu Daim tak perasan bila dia jadi PA you.”

Eva hanya mampu mendengar tanpa sebarang jawapan.

“I rasa, i perlu jumpa Akilah. Maybe i need something yang boleh i kaitkan tentang kewujudan Zizie.”

“Kewujudan Zizie?”
Dahi Eva berkerut, kening nipisnya bercantum rapat.
“What do you means Lukas?”

“I tak rasa Zizie mati.”

Wajah Eva kejung. Mulut membulat ‘O’

“Jika benar wujudnya lelaki nelayan yang you ceritakan bersubahat dengan Zizie untuk menculik you, tetapi mati akibat dibunuh Zizie. I think mayat yang dibakar adalah mayat lelaki tu. That’s why tulang mayat itu dibuang ke laut bagi menghilangkan bukti DNA. Berkenaan lengan Zizie yang dijumpai tak jauh dari tempat kejadian, memang kepunyaan Zizie.”

“Err tapi takkan Zizie sanggup potong lengan dia?”

Good Question!
Kepala Lukas diangguk lagi.
Jari telunjuk mengetuk-ngetuk tengah dagu.
“That’s why i rasa Zizie tak buat kerja ni seorang, ada yang membantu dia atau ada yang mengarah dia untuk create high profil killer dan menjadi Daim sebagai pembunuh sebenar. I think you bukan target dia yang sebenar, tapi Daim. So kita kena cari siapa yang mempunyai hubungan dengan Zizie dan sama-sama berdendam pada Daim Akli”

“So you fikir Akilah yang membantu Zizie?

“Yes.”
Sekali lagi Lukas angguk kepala.

Eva menyandarkan tubuh di kerusi. Kepalanya semakin berpusing memikirkan perkara yang bakal berlaku.
Sekejap-sekejap pandangannya menjadi kabur.
Ulu hati mula terasa pedih.

“I nak you bawa i untuk jumpa Akilah.”

“No Lukas”
Pantas Eva memangkah ayat Lukas, ketika mendengar nama Akilah disebut.
“I masih tak percaya yang Akilah terlibat. Bagi peluang i jumpa dengan Akilah sendiri untuk bertanya.”

“No Eva! If Akilah memang involved this case. She very dangerous person. Kalau dia tahu you jumpa dia untuk menyiasat tentang Zizie, nyawa you akan terancam Eva. Bagi i settle kan perkara ni, lagipun i tahu how to psiko Akilah untuk bagi tahu hal sebenar.”

Eva picit tengah dahi.
Kepalanya makin berat.
“Please Lukas.. hati i kuat menyatakan yang Akilah tak salah. Biar i jumpa dia dulu. I akan bawa kawan i sekali. I taknak you jumpa dia. Seolah-olah you tuduh dia yang buat semua ni. She only girl yang membesar tanpa kasih sayang. I taknak dia depress.”

Panjang nafas Lukas dihela tika Eva menutur ayatnya.
Dalam hati masih teragak-agak membenarkan tindakan Eva kerana sekarang hanya Akilah suspek utama untuk meleraikan kes ini.
“Okay.. you boleh jumpa dia dulu. Anything you just inform me”

Kepala Eva diangguk lagi.
“I balik dulu Lukas. I rasa tak sedap badan.”
Eva pegang kedua ‘handle’ kerusinya untuk menolak tubuh supaya berdiri.

Melihat keadaan Eva. Lukas turut bangun.
“Are you okay Eva?”

Anggukan terus dijawab oleh Eva walhal apa yang dilihat didepan mata seolah-olah berpusing 360 darjah.
Eva sendiri tak dapat merasakan kakinya berpijak di lantai.
Pandangan makin kabur.
Dan lama kelamaan semua menjadi gelap.

“Evaaa!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience