BAB 2

Romance Completed 18608

“Habis kenapa tak nak tengok muka aku pun? Cakap dengan aku tapi mata kat tempat lain. Apesal?” Sekali lagi aku buat muka Adib memerah malah menjadi semakin merah.

“Hoi! Kenapa? Jawab aku!” Aku sudah memegang bahunya dengan kasar lalu menggoncangnya kasar. Spontan, dia berpaling. Lama kami bertentang mata sebelum matanya bergerak ke bawah. Bermula dari leher aku hingga ke kaki kemudian dari kaki ke wajah aku semula.

“Kau.. Hmm… Seksi.” Itu sahaja yang mampu dia katakan sambil menutup mata. Merah menyala mukanya.

“Hah?” Aku pelik. Laju mataku memandang badan aku dari atas hingga ke bawah.

“Aarghh!!!” Aku menjerit sekuat hati bila tersedar yang aku hanya memakai seluar pendek paras paha dan baby T yang sangatlah terdedah di bahagian dada hingga menampakkan ‘lurah’nya.

PANG!

Tanpa amaran, terus aku menampar pipi Adib. Adib terkedu. Aku terkejut.

“Kau tampar aku Wana? Tapi.. kenapa?” Dengan linangan air mata Adib menyoal aku. Aku hanya mampu terdiam. Ini tindakan refleks. Aku terkejut sangat dengan pakaian yang dipakai oleh aku dan aku rasa sangat marah bila teringat bagaimana Adib merenung aku dari atas sampai bawah tadi. Ahh, malunya!

“Sampai hati Wana. Apa salah aku?” Teresak-esak Adib menangis sambil memegang pipinya yang perit itu. Meleleh-leleh air matanya jatuh ke pipi macam air terjun. Alahai.. Adib dah menangis.

“Aku tak sengaja. Sorry!” Berlari aku masuk ke dalam rumah. Malu dengan keadaan aku yang tersangatlah seksi hingga Adib nampak semuanya. Sebenarnya ini semua salah aku tapi kenapa aku salahkan Adib pula. Tak memasal pelempang baik punya hinggap dipipi Adib. Maaf, Adib..

*****

“Tolong jaga rumah. Jangan nak merayap aje kerja tu.” Pesan mama padaku.

Aku mengangguk dan menyalami tangan mama. Mama akan ke kampung bersama ayah untuk menyelesaikan hal tanah yang ingin dijual oleh ayah di sana. Aku pula sememangnya tak dapat nak ikut sebab aku M.A.L.A.S. Lagipun, aku nak gunakan masa dihujung minggu ini untuk berehat memandang sudah berminggu-minggu aku sibuk bekerja di pejabat.

“Yahoo! Rumah sudah kosong, hati aku riang~” Aku menyanyi-nyanyi sambil melompat-lompat. Kemudian aku menuju ke dapur.

“Tengahari nanti aku kenalah masak nampak gayanya. Hmm.. nak masak apa ek? Aku bukannya reti sangat memasak.” Celoteh mulut aku sebelum telefon aku berbunyi.

“Hello. Ye sayang?” Dengan senyuman aku menjawab panggilan dari Amir Raziq, kekasih hati aku.

“Tak bolehlah awak. Hari ini saya kena jaga rumah. Mama dan ayah balik kampung.” Aku menolak bila Amir mengajak aku dating.

“Ehh, buat apa nak datang rumah? Tak payahlah. Lagipun hari ini saya nak rehat je, penatlah.” Kali ini aku merengek pula.

“Alaa.. janganlah merajuk. Saya pun rindu awak. Sabarlah. Lusa kita jumpa eh sebab hari ni dan esok saya kena jaga rumah. Hmm.. yelah. I love you too.” Segera aku mematikan talian.

*****

Bunyi ketukan pintu yang berbunyi itu buat aku terdiam. Hilang sudah gelak ketawa aku ketika menonton Maharajalawak Mega di TV. Siapa pula yang datang waktu-waktu macam ini? Dah dekat pukul 11 malam ni.

“Amir? Apa awak buat kat sini?” Terkejut bukan kepalang bila terjengul muka Amir di sebalik pintu.

“Hai sayang. Saya datang sini sebab saya rindukan awak.” Amir tersenyum menggoda. Aku mengerutkan kening.

“Kalau rindu kenapa tak telefon aje?”

“Tak apalah, saya memang datang sini sebab nak tengok muka awak.”

“Agak-agaklah sayang oi. Tengoklah sekarang dah pukul berapa kalau nak datang pun. Esok, lusa kita jumpalah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience