BAB 33

Romance Completed 67139

          IQBAL mengusutkan rambutnya, kakinya tak henti berjalan ke sana ke sini pada tempat yang sama. Kepalanya kini serabut apabila mengetahui dia menjadi buruan polis. Bukan sahaja di dalam negaranya tetapi turut di luar negara. Dia tiada jalan lain selain menyerahkan diri.

“Sial!” Tempik Iqbal sudah tak tahan. Meja bilik hotelnya menjadi mangsa amukan amarahnya pada ketika itu. Habis seluruh barangnya diselerakkan ke seluruh tempat.

Rambutnya yang kini semakin panjang diraup ke belakang dengan perasan bengang. Ekor matanya merenung ke arah Ray yang berada di hujung bilik. Kelihatan kumis tebal mula tumbuh di bahagian wajahnya. Keadaannya jelas tak terurus sejak kebelakangan ini.

“Mana King? Takkan aku sorang yang kena buru dengan polis? Bodoh Aiden, dah mati pun menyusahkan aku!” Iqbal duduk dengan mata yang dipejamkan. Rahang diketap geram.

Belum sempat Ray mengatakan apa-apa, ketukan di pintu bilik mereka kedengaran. Membuatkan Iqbal memalingkan wajah ke arah pintu. Dia menjeling ke arah Ray.

“Tunggu apa? Bukaklah!” Marah Iqbal ke arah Ray yang masih berdiri tercegat di tempatnya. Ray merengus geram. Kakinya diatur menuju ke pintu.

“Dasar bodoh.” Gumam Ray perlahan. Bibirnya mengukir senyuman senget sebelum beredar meninggalkan Iqbal sendirian di dalam bilik tersebut.

“Siapa datang?” Soal Iqbal dari tempatnya, kepala menoleh ke arah pintu yang kini sudah tiada kelibat Ray tadi. Hanya tinggal pintu yang terbuka.

“Damn it.” Iqbal bangun dari duduknya mencari beg berisi wang tunai yang dibawa bersama. Matanya melilau mencari beg kulit hitam yang kini sudah hilang bersama Ray.

“Shit!” Iqbal menumbuk dinding kerana rasa geram. Dia duduk bersandar pada dinding. Kepala ditundukkan dengan kedua belah kakinya dilunjurkan. Rasa kesal mula bertandang di dalam diri apabila melihat keadaannya sekarang.

Bibir mengukir senyuman sinis apabila mengenangkan Ray yang sudah lari bersama duitnya. Dia melepaskan tawa halus apabila menyedari karma yang berlaku pada dirinya kini menghukumnya atas segala perbuatan dia selama ini.

Menyesal? Dah terlambat.

Tak semena-mena, biliknya diceroboh oleh sekumpulan skuad polis yang melakukan serangan hendap.  Tubuhnya diarahkan meniarap di atas lantai bilik. Beberapa muncung pistol diacukan ke arahnya.

“Jangan bergerak!” Arah salah seorang pegawai polis dengan tegas. Serentak dengan itu, kedua-dua belah tangan Iqbal diangkat ke udara. Dengan perlahan-lahan, tubuhnya meniarap ke lantai dengan tangan diletakkan di belakang badan.

“Finally, long time no see huh.” Dayyan datang berjalan mendekati Iqbal. Dia membongkokkan badan mahu menyamai kedudukan dia dengan Iqbal. Tangannya yang diseluk ke dalam seluar slack biru gelap yang dipakai dikeluarkan.

“Macam mana? Puas dah hati kau bunuh Aiden?” Sinis sahaja nada Dayyan bertanya. Tangannya mencengkam wajah Iqbal supaya mendongak. Sebilah pisau belati diletakkan di bawah dagu Iqbal. Betul-betul pada bahagian urat arteri lelaki itu.

“Bunuh aku.” Arah Iqbal menikam tepat ke dalam anak mata Dayyan. Tak sanggup menanggung perasaan bersalah yang membelenggu dirinya apabila membunuh Aiden di hadapan Adara.

Aris yang turut berada di situ memandang Dayyan. Mahu mengetahui apa langkah lelaki itu yang seterusnya. Mereka berdua tidak dapat arahan daripada Aiden untuk membunuh Iqbal.

“Bunuh kau? Lepas apa yang kau dah buat, itu yang kau fikir untuk selesaikan masalah ke?” Dayyan menarik kolar baju Iqbal dengan kasar. Geram dengan sikap pengecut Iqbal di hadapannya sekarang.

Jauh berbeza dengan Iqbal Danial yang dikenali suatu masa dahulu. Lelaki itu yang dulunya pernah menjadi orang kanan penting Aiden dahulu langsung tak dijangka menjadi pengkhianat dalam sekelip mata.

“Selain mati, apa yang aku boleh buat hah? Kau tak nak aku mati lepas apa yang aku dah buat dekat Aiden? Kau nak maafkan aku? Hah? Jawab, Dayyan! Jawab! Bukan semua orang nak aku mati? Bukan itu, yang kau nak?!” Iqbal menekan pisau belati pada lehernya sendiri membuatkan kulitnya tersiat mengeluarkan darah.

“Aku tak nak bunuh kau! Sebab Aiden tak mati, faham tak!” Dayyan menolak tubuh Iqbal pada dinding dengan kuat. Iqbal jatuh terduduk. Dia tersentak dengan apa yang keluar dari mulut Dayyan.

“Aiden... Tak mati?” Soal Iqbal dengan riak muka tak percaya. Dayyan tak menjawab. Dia memalingkan wajah ke arah lain. Tangannya meraup kasar wajahnya sendiri.

“Itu tak penting, sekarang ni siapa King?” Dayyan menukar topik. Tujuannya menangkap Iqbal adalah untuk mengetahui identiti King.

“Jawab soalan Dayyan, Iqbal. Aku tahu kau kenal dia. Selain aku, kau seorang yang kenal siapa King sebenarnya.” Aris mendekati Iqbal dengan pistol yang diacukan pada kepala Iqbal.

Iqbal masih terdiam. Terkejut apabila mengetahui Aiden yang masih hidup. Entah kenapa rasa bersalahnya terasa berkurang apabila mengetahui kebenaran itu.

“Gari dia. Bawak pergi balai.” Arah Dayyan pada pegawai polis yang ditugaskan dibawahnya. Mahu Iqbal digari dan ditahan di balai polis untuk disoal siasat oleh dia nanti.

“Aris, cau.” Panggil Dayyan kepada Aris Hazryn. Aris segera menjauhkan muncung pistolnya daripada kepala Iqbal. Matanya menjeling Iqbal sekilas sebelum mengikuti langkah Dayyan.

“Tunggu.” Iqbal membuka mulut. Pergelangan tangannya kini sudah digari. Perlahan-lahan, dia bangun daripada duduknya. Dayyan memberhentikan langkah.

“Apa?” Mendatar sahaja nada Dayyan. Riak wajahnya dingin menunggu bicara Iqbal. Aris sekadar menjadi pemerhati. Tangannya sudah bersedia dengan dua pucuk revolver yang terselit di bahagian pinggang.

“Aku boleh bagitahu kau siapa King.”

Dayyan dan Aris saling berpandangan sesama sendiri untuk seketika sebelum kembali memandang Iqbal. Dayyan melepaskan keluhan kecil.

“Tapi,”

“Tapi apa?” Dayyan mengerutkan muka, tahu ada sesuatu yang bermain di dalam fikiran Iqbal. Iqbal merenung lantai sebelum mengangkat muka menyambung kembali kata-katanya.

“Aku nak jumpa Aiden dengan Adara.”

???????•°?°•?? ??????

        ADARA membentangkan tikar yang dibawa ke atas tanah rumput yang menghijau. Cuaca yang tak terlalu panas pada hari itu memberikan dia kesempatan untuk berkelah di situ bersama Aiden. Adara terlebih dahulu mengambil tempat.

Pokok rendang yang redup bersama angin sejuk yang meniup lembut membuatkan dia tersenyum. Adara melirik pada Aiden yang datang bersama sebakul makanan yang disediakan oleh mereka berdua dalam perjalanan ke sini. Adara melambaikan tangan pada suaminya.

“Abang, cepatlah sini!” Panggil Adara, dia menepuk lembut tempat disebelahnya. Aiden mengangguk kecil dari jauh. Dia mempercepatkan langkah. Sebelah tangannya memegang bakul makanan. Manakala, sebelah lagi memegang iphone miliknya.

Tubuhnya dikenakan sehelai t-shirt hitam berlengan pendek bersama jaket denim. Kaki panjangnya dibaluti dengan seluar slack hitam. Rambut hitam perangnya tak digayakan ke belakang seperti selalu. Tetapi, dibiarkan jatuh menutupi dahinya yang licin.

“Here you go, princess.” Aiden menghulurkan bakul makanan tersebut kepada Adara. Adara tersengih kerang.

“Kenapa lambat sangat?” Tanya Adara ingin tahu kepada Aiden yang mengambil tempat disebelahnya. Pinggangnya secara automatik ditarik Aiden supaya mendekat pada tubuh suaminya.

“Mama call.” Aiden menunjukkan log panggilannya pada Adara sebelum berbaring di atas riba isterinya. Adara mengangguk kecil. Mulutnya membentuk huruf O.

“Mama cakap apa?” Tanya Adara lagi. Tangannya bermain pada rambut Aiden yang terasa lembut pada tangannya. Aiden menutup mata menikmati sentuhan Adara yang selalu berjaya membuatkan dia terasa tenang.

“Pasal papa. He wants to meet us, love.” Jawab Aiden dengan nada yang perlahan. Tak suka bercakap tentang Tuan Malik. Tetapi, dia tak mahu berahsia dengan Adara.

Adara menghentikan perbuatannya. Membuatkan Aiden membuka mata serta-merta. Tangannya mengenggam tangan isterinya.

“Bukan papa tak suka sayang ke?” Soal Adara pelik. Aiden bangun. Kedua-dua belah tangannya menarik lembut wajah Adara supaya memandang wajahnya.

“I know. And I hate him too. Don't bother him. Focus on us. That's all matter now.” Pujuk Aiden tak mahu Adara memikirkan sangat tentang bapanya Tuan Malik.

Dia sendiri tak tahu entah apa yang merasuk Tuan Malik yang secara tiba-tiba mahu berjumpa dengan mereka berdua. Tetapi yang pasti, ada sesuatu yang tak kena. Dia perlu bertanyakan perkara ini pada Dayyan dan Irsyad nanti.

Buat masa ini, dia hanya mahu fokus pada hubungannya dengan Adara sahaja. Mereka berdua layak mempunyai masa ini untuk diluangkan bersama-sama. Lebih-lebih lagi gadis kesayangannya, Adara.

“Okay, nak makan tak?” Adara tidak lagi bertanya apa-apa walaupun dia sendiri masih tertanya-tanya. Biarlah Aiden sahaja yang uruskan. Dia tak mahu masuk campur urusan anak beranak itu.

“Sayang, makanlah dulu.” Aiden memeluk tubuh kecil Adara daripada belakang. Dagunya disangkut pada bahu Adara. Tangannya dilingkarkan pada pinggang isterinya.

Manakala, kedua belah kakinya dilunjurkan. Badan Adara disandarkan pada dadanya. Kaki mereka berdua bertindih antara satu sama lain.

“Nganga.” Arah Adara lembut, tangannya menyuakan roti sandwich pada mulut Aiden. Aiden hanya menurut. Dia mengunyah perlahan roti yang disuap Adara.

“Sedap kan?” Adara tersenyum kecil. Roti tersebut dimakan oleh dirinya pula. Aiden mengambil sebotol air untuk diminum. Dia menyuakan pula pada Adara.

“Abang tak nak dah ke?” Adara yang sedang sibuk makan sandwich bertanya. Aiden mengeleng. Masih kenyang dengan sarapan pagi tadi.

“Makan banyak-banyak. Nanti tak ada tenaga.” Adara menyuap lagi roti sandwich pada mulut Aiden. Aiden yang masih terkejut apabila disuap dengan begitu banyak sekali hanya mengunyah sebelum menelan.

“Sayang, stop. Abang dah kenyang. Lagipun siapa kata abang tak ada tenaga?” Aiden menahan tangan Adara yang cuba menyuap dirinya lagi. Dia mengambil roti di tangan Adara sebelum disuap pada mulut Adara pula.

“Tak adalah. Sikit sangat abang makan. Nanti kurus sangat dah tak handsome. Ha, nak sayang cari lain?” Adara cuba mengumpan Aiden. Keningnya digerakkan dengan sengaja. Mulutnya mengigit roti yang berada di tangan Aiden dengan senyuman.

Aiden mengangkat kening apabila mendengar kata-kata Adara. Berani betul eh ugut nak cari lain?

“Cari lain? You're sure you want to find someone else when you have this?” Aiden menarik tangan Adara sebelum di bawa masuk ke dalam bajunya. Adara meneguk air liur yang terasa kesat apabila merasakan lekuk-lekuk otot milik suaminya.

“Now, tell me. Still want someone else when I'm yours?” Aiden elus lembut dagu Adara. Jarinya bermain di bawah dagu Adara. Adara geleng perlahan. Aiden senyum lebar.

“Good, sayang abang punya. Faham?” Dalam dan berat suara Aiden kali ini. Menandakan dia betul-betul memaksudkan kata-katanya itu.

“I love you insanely.” Aiden mengucup lembut pipi Adara membuatkan pipi isterinya kini hangat dengan rasa malu. Adara memukul dada Aiden sesekali.

Suka sangat buat orang malu!

???????•°?°•?? ??????

“ABANG, pass kan kejap baju.” Panggil Adara yang sedang menjengulkan kepala ke luar bilik air. Tangannya menahan tuala yang hampir terlucut. Rambutnya yang basah menitikkan air pada lantai bilik air.

“Sini, keluarlah ambik sendiri.” Selamba saja nada Aiden yang sedang duduk berehat di atas katil mereka berdua. Dia meletakkan iphone miliknya di atas nightstand. Tangannya menyuakan sehelai baju t-shirt miliknya kepada Adara.

Adara mencebik. Dengan berhati-hati, dia melangkah keluar dari bilik air dengan hanya sehelai tuala dililit pada tubuhnya yang separas peha terdedah pada tatapan Aiden. Aiden mengerling sekilas Adara atas bawah dengan sekali pandang.

Terpamer riak wajah yang tidak puas hati pada wajah suaminya membuatkan Adara pelik.

“That towel is too short. I don't like it.”

Serta-merta, Adara merenung sekilas tuala yang dililitkan pada tubuhnya. Memang pendek. Pendek sangat sebenarnya.

Lagipun dia nak cepat tadi. Nak mandi wajib. Takut dia terlepas solat. Itu yang tak perasan.

“Come here. Pakai baju.” Aiden memanggil Adara. Adara lantas mengorak langkah ke arah Aiden. Dia duduk di hadapan Aiden mahu mengambil baju daripada suaminya.

Sebelum itu, tubuhnya dibalut dengan sehelai lagi tuala yang lebih besar dan panjang oleh Aiden. Rambutnya dilap oleh Aiden sehingga kering.

“Sayang pakai tuala abang. Memanglah pendek.” Aiden pakaikan baju dia untuk Adara. Rambut Adara yang dah hampir kering diselak ke bahu. Aiden capai sikat yang berada pada hujung nightstand. Adara duduk diatas riba Aiden sambil rambut dia disikat oleh suaminya.

“You look better in my shirt than my towel.” Aiden senyum. Tangannya menyelit rambut Adara yang menutupi wajah isterinya daripada pandangannya ke belakang telinga.

Usai itu, Aiden tak berbuat apa. Dia hanya memandang wajah Adara seperti tak mahu memandang ke arah lain. Adara menutup mata Aiden. Tak suka dipandang sebegitu.

“Kenapa tengok macam tu?” Adara memalingkan wajah ke arah lain. Tetapi ditahan oleh Aiden. Kedua-dua belah tangan suaminya memegang pinggang Adara supaya kekal berada diatas riba.

“Nothing, just admiring my beautiful wife here. My precious.” Adara terdiam apabila perlahan-lahan badannya ditolak ke atas katil. Tubuh Aiden kini menghempap badan Adara.

“My beautiful, beautiful wife.” Aiden menyembamkan wajah pada ceruk leher Adara. Bau wangian mandian yang dipakai Adara menusuk ke dalam rongga hidungnya. Nafas hangat Aiden pula membuatkan tubuh Adara mengigil sesekali.

Aiden mengangkat wajah. Bibir bawahnya digigit lembut menahan tawa apabila melihat wajah merah Adara yang seperti udang kena bakar. Kelopak mata Adara yang terpejam itu dicium lembut.

“You're so cute, sayang.” Bisik Aiden perlahan pada telinga Adara. Dia mengesel lembut batang hidungnya yang mancung pada bahagian tepi rahang Adara.

“And so perfect under me, my angel.” Sambung Aiden lagi berbisik pada telinga isterinya. Bahagian tepi badan Adara diurut lembut oleh Aiden. Secara tiba-tiba, tubuh Adara tidak lagi merasakan kehangatan tubuh Aiden.

Kelopak matanya dibuka. Dia cuba duduk menongkat siku melihat tindakan Aiden yang sedang menanggalkan baju. Anak mata Adara mula bergerak-gerak kerana rasa panik.

“Abang nak buat apa ni?” Tanya Adara yang cuba menyembunyikan rasa takutnya. Padahal, muka dah pucat seperti tak berdarah.

"What are you thinking I'm doing right now, honey?” Aiden mendekati Adara semula. Membuatkan Adara terbaring. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Aiden mengelus lembut pipi gebu Adara sebelum jarinya bermain pada leher jinjang milik isterinya.

Satu ciuman dihadiahkan pada collarbone Adara yang terdedah kerana leher baju Aiden yang besar.

“Tapi-- Is it hot in here? Are you hot? I mean you are hot.” Adara menutup mulut menahan malu apabila mula merepek. Kepala digelengkan cuba menyedarkan dirinya sendiri.

“God, I'm so in love with you, sayang.” Aiden melepaskan tawa kecil melihat kecuaian Adara yang dirasakan comel pada pandangan matanya. Bibirnya mengucup sekilas bahagian tepi bibir Adara sebelum bangun.

“Abang nak pergi mana?” Adara mula takut. Dia ada buat salah ke? Ha, itulah kau merepek lagi!

Aiden mengeleng perlahan. Bibirnya tersungging senyuman senget yang menghiasi wajah tampannya. Rambutnya diraup ke belakang.

“I'm in the shower if you need me. Feel free to join, babygirl.”

Aiden mengorak langkah ke dalam bilik air. Sebuah kenyitan mata sempat diberikan pada Adara sebelum dia pergi. Adara menekup muka dengan bantal.

Did, did... He just wink?

“Ya Allah, kuatkan hati hamba-Mu. Hati aku tak kuat terima semua ini.” Adara menumbuk bantal dengan geram. Argh!

Aiden cuba goda dia ke tadi?

Sebab jawapannya ya.

Ya, dia tergoda!

???????•°?°•?? ??????

ADARA menyorok dalam selimut dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir. Menunggu Aiden habis membersihkan diri. Tak boleh tidur kalau tak ada Aiden.

“Mana Aiden ni?” Gumam Adara sendiri yang sudah bosan berseorangan di atas katilnya. Matanya langsung tak lepas memandang pintu bilik air.

“Aiden, Aiden, Aiden.... Abang... Cepatlah keluar.” Panggil Adara manja. Tangan mengetuk pintu bilik air. Mata dah berat mahu tidur. Rasa mengantuk makin lama makin menguasai diri. Ada jugak yang tidur depan pintu bilik air ni nanti.

“I'm coming.” Aiden muncul disebalik pintu dengan tubuh yang sedikit basah daripada air pancuran. Rambutnya yang basah dilap dengan tuala yang disangkut pada bahu.

“Can't sleep? Without me huh?” Tanya Aiden dengan nada cuba mengusik Adara. Dia mengenakan sehelai short sweatpants kelabu untuk dibawa tidur. Adara sudah baring menunggu Aiden berbaring disebelahnya.

“Cepatlah, sini abang. Nak tidur.” Adara menenyeh mata cuba menahan ngantuk. Aiden segera mengambil tempat di sebelah Adara.

“Jangan tenyeh mata. Nak juling ke?” Adara menumbuk perlahan dada Aiden mendengar kata suaminya.

“Kalau juling pun, abang dah tak sayang eh? Tak apa, tak apa. Biarlah juling.” Adara menenyeh mata. Mulut dimuncungkan sedepa. Aiden lantas menghentikan tindakan.

“Of course, I love you no matter how imperfect you are. Your imperfections makes you perfect. And I love you even more.” Aiden mencium seluruh wajah Adara. Membuatkan Adara tersenyum lebar.

“You're mine, darling. All mine. Sei mio, mia bella.”

          

Updated! Hehehe mat malam<3 Tidur awal, kesayangan's Stay tune ( ˘ ³˘)♥

Share this novel

norsila
2022-03-24 21:00:51 

hehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience