TS Zaidi menatap ketiga-tiga katil wad yang diduduki anak-anaknya tanpa jemu. Hujung baju diramas sendiri. Dia merasa aneh. Perasaan tatkala isterinya mahu meninggal dahulu datang bertandang di hati. Sekuat mana dia usir, perasaan itu bukan makin kurang malah bercambah. Kini sudah hari ketiga dia di wad. Menemani setia. TS Zaidi mendekati seorang demi seorang lalu kepala mereka diusap. Itulah rutinnya di hospital ini.
Menghadiahkan senyuman paling manis walau dia tahu anak-anaknya tak mampu melihat.
_____
1 MINGGU KEMUDIAN...
Rayyan bangun berjalan terhuyung hayang. Matanya mencerlung tajam kala melihat orang yang berbaring lesu di katil sebelah. Tangan bergerak mahu memainkan peranan.
"Abang.."
Rayyan terhenti. Dia menoleh. Wajah polos gadis yang sedang merenungnya dipandang.
"Kau.. aku dah bunuh kau. Kenapa kau still hidup!?" dia mendengus geram.
"Khalis..."
Lemah suara itu kedengaran. Rayyan tersentak. Kepala yang berdenyut di pegang. Dia menyeringai sakit. Lututnya bergetaran. Dia jatuh terduduk.
Bayangan dirinya sedang tersenyum merenung diam-diam ke arah seorang gadis kecil yang sedang membina rumah pasir kelihatan. Rayyan pening. Bayangan di tepi pantai bersilih ganti dengan situasi realiti di hospital.
"Abang Khalis marilah join kami buat rumah ni."
Rayyan menggeleng-geleng. Dia bergerak sedikit ke belakang.
"Rayyan!" suara jeritan memanggilnya pula kedengaran.
"Come here Khalis." kelihatan seorang budak lelaki melambai-lambai tangan ke arahnya sambil tersenyum. Rayyan bangun menghampiri perlahan-lahan.
"Ad... Adam." baru sahaja bibir mengucap sepatah kata, terasa ada mencucuk-cucuk kepalanya. Rayyan melawan. Bayangan itu masih melambai-lambai ke arahnya. Jelas sekali kelihatan. Tangan naik mahu mencapai tangan kecil itu..
Langkahnya terhenti. Tiada lagi pokok-pokok kelapa, kini terganti dengan dinding putih. Rayyan terkebil-kebil. Dinding kosong itu diraba-raba. Cuba mencari kelibat budak kecil itu. Terasa tangannya ditarik ke belakang. Menjauh dari dinding itu.
"Ya Allah Abang Rayyan, sedarlah." suara halus begitu dekat dengan cuping telinganya.
Khalis Rayyan menoleh. Seraut wajah itu dipegang. Cuba mengamati. Dia merasakan wajah itu tidak asing baginya. Kenapa wajah itu amat serasi dengan wajah gadis kecil yang mengajak dia bermain tadi?
Stttt.. Rayyan meringis. Bahunya terasa dicucuk. Pandangannya mula kabur sebelum menjadi hitam pekat.
Chaca masih terkelu. Sentuhan lembut tadi berjaya merangsangkannya. Tatapan redup itu.. sudah lama tidak dia dapat dari Khalis. Dikala kecil, memang itulah tatapan yang menjadi igauannya. Hujung bibir digigit lembut. Namun entah kenapa bila mereka semakin besar, Khalis seperti mencipta tembok antara mereka berdua. Cukup membuat hatinya terasa. Tapi luka kecil itu sembuh dengan kasih sayang yang diberi Adam Harris. Chaca kembali berbaring di katil. Tanpa sedar senyuman kecil terlakar di bibir.
Selamat menyambut Hari Raya Eid Adha. Sorry, Lana jarang update sebab kluarga Lana terkena buatan orang. Serabut kepala Lana. Doakan terbaik buat keluarga kami ya. Love uolls muuuaaahh. ^.^
Share this novel