Bab 9

Romance Series 8464

seperti yang dinyatakan Aida pagi itu dia sudah tercegat di depan rumah Fahd.

"Assalamualaikum.." laung Aida dengan lantang. selang beberapa saat Hanim muncul di muka pintu, melihat susuk tubuh tua itu Hanim menghadiahkan senyuman.

"Waalaikumsalam.. Hanim.. masuk lah" ujar Hanim seraya dengan pantas membuka daun pintu seluasnya menyambut tetamu yang tiba itu.

mendengar ajakan dari Hanim, Aida dengan sopan melangkah masuk kedalam rumah itu. digapai tangan wanita itu kemudian dicium mesra.

"Lama Aida tak jenguk makcik.. sibuk ke?" soal Hanim sambil mengusap kepala Aida yang sedang menyalami tangannya.

"Aida sibuk kerja." jawabnya ringkas.

"jemput duduk.. Aida datang sini nak jumpa Qawi?" soal Hanim

"ye.. Aida datang ni pun nak tengok-tengokkan makcik juga dah lama tak datang sini." terang Hanim.

"kalau Aida nak jumpa Qawi marilah masuk kebilik.. Qawi kakinya kan luka jadi susah nak berjalan." kata Hanim sambil mempelawa Aida menuju ke bilik keberadaan Nur Qawi.
"Assalamualaikum " Aida memberi salam pada Nur Qawi. tapi salamnya tidak di balas, Nur Qawi dilihat hanya merenung keluar jesayu wajahnya mempamerkan penderitaan.

"dari semalam makcik tak dengar suara dia... kecuali waktu meracau dalam tidur malam tadi" Hanim mencelah, dalam nada risau. Aida mula mendekati Nur Qawi.

"Qawi macam mana hari ni? sihat?" tanya Aida. Namun masih sepi..

"Nur Qawi dengarkan apa saya cakap? Qawi tak perlu takut. saya ada, Qawi boleh percayakan saya." pujuk Aida lagi. Air mata Nur Qawi kembali membasahi pipi tapi tiada lagi tangisan kuat seperti semalam.
lambat-lambat dia mula menceritakan kejadian ngeri yang dilaluinya malam.

**********

"Dia hampir jadi mangsa rogol" ujar Aida. Fahd agak terkejut dengan apa yang dikatakan rakannya itu. dia hanya mengeluh tubuhnya terkulai menyandarkan diri pada dinding.

Hanim, Aida dan Fahd kini berada di ruang tamu rumah. Hanim hanya menjadi penonton dan pendengar sahaja, sambil menuangkan air sirap sejuk kedalam gelas.

"aku rasa dia kenal sangat dengan pelaku.. sebab dia mati-mati tak nak buat laporan polis." sambung Aida lagi.

"tak apa lah.. biar dia ambil masa.. mana tahu lambat-laun terbuka juga hati dia buat laporan polis" sampuk Hanim.

"tapi mak.. ni bukan hal kecik! hampir dirogol! kenapa tak nak buat laporan polis? dah kena baru nak buat? lagi mudah polis nak tangkap pelaku sebab Qawi kenal orang tu!" ujar Fahd dengan lantang.

"betul juga cakap mak awak Fahd bagi dia masa. kita pun tak tahu apa alasan Qawi sampai dia tak nak buat laporan polis. tapi jangan pula kita memaksa." Aida menyokong kata-katanya Hanim.

Fahd akur, ada betul apa yang dikatakan mereka. dia tidak boleh terlalu memaksa tambahan keadaan Nur Qawi masih belum baik.

******************

sudah dua hari berlalu, Nur Qawi masih berada di rumah Fahd, kini dia kembali seperti sediakala. luka pada kakinya mula sembuh dan dia kembali boleh menapak walaupun agak sakit, masih digagahkan juga.

"Fahd nak pergi mana?"soal Nur Qawi usai melihat kelibat Fahd bersiap mahu keluar dari rumah.

"pekan.. beli lauk " jawab Fahd sambil menayangkan giginya.

"nak ikut.." ujar Nur Qawi perlahan.

"eh.. Qawi kan tak sihat lagi.. jangan lah ikut.. nanti sakit ke jatuh ke kan susah.." larang Fahd lembut.

"bawak aje lah.. kesian mak tengok dia terkurung je." arah Hanim tiba-tiba mencelah.

mendengar apa yang dikatakan Hanim itu hati Nur Qawi melonjak gembira. dengan terhenjut-henjut dia berjalan mendekati Fahd.

"nanti jatuh bangun sendiri. jalan pulak peluk orang." gurau Fahd lalu ketawa. seperti mahu tercabut jantungnya dek gurauan Fahd. lantas kejadian malam Fahd menjemputnya tempoh hari bermain di fikirannya.

wajah Nur Qawi membahang, pipinya kemerahan menahan debar di dada hatinya mengutuk-ngutuk marahkan diri sendiri. sedar akan perubahan wajah Nur Qawi, lantas Fahd melulu keluar dari rumah. ketika menuruni tangga, entah bagai mana dia sudah terjelepok ke tanah. pinggannya agar terasa perit.

bergema tawa Nur Qawi dan Hanim melihat apa yang menimpa Fahd. Untuk mangwal rasa malunya Fahd terus berdiri seperti lelaki gagah. perit di badan tidak di endahkan.

"ha! itu lah itu lah kata pada orang tapi dia yang kena" tokok Hanim sambil ketawa. kemudian bersama-sama Nur Qawi mendekati anak bujangnya itu.

"sakit?" soal Hanim lagi.

"tak" kata Fahd dengan angkuh. tapi hanya sesaat terus diadukan pada emaknya badannya sakit-sakit. sekali lagi mereka ketawa serentak.

*********

Kamarul ke hulu ke hilir duduknya tidak tenang. kehilangan Nur Qawi membuat hidupnya tidak keruan. ada rasa sesal di hatinya. mahu lepaskan amarah tidak tahu pada siapa dan apa alasannya.

andai Nur Qawi masih belum dijumpai, apa harus dia katakan pada keluarganya juga keluar Nur Qawi? satu keluhan berat dilepaskan. ditumbuk-tumbuk dinding bilik itu. fikirannya bercelaru.

"Kamarul! budak kita dah jumpa perempuan tu!" kata Izat yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

seperti melepaskan beban yang berat dirasainya. hatinya lega! akhirnya wanita dicarinya dijumpai juga. tapi di mana?

"Dia orang jumpa dia dekat satu pekan. dengan seorang lelaki. " ujar Izat seperti dapat membaca apa yang ada di benak Kamarul.

"bawa aku ke sana!" kata Kamarul lantas melangkah keluar dari bilik dengan keadaan terburu-buru. Izat hanya mengiakan kemudian mengikuti langkah Kamarul menuju ke kereta.

***********

Fahd membawa Nur Qawi bersiar-siar di kawasan pekan berhampiran dengan tempat dia tinggal. riak wajah Nur Qawi menandakan dia gembira membuatkan hati Fahd senang.

tapi ia hanya seketika. Fahd kembali cemas apabila menyedari mereka diekori sebuah kereta sport mewah berwarna hitam dari cermin pandang belakang kereta nya. belum pernah Fahd melihat kereta mewah seperti itu masuk ke kawasan pekan kecil itu.

"kita balik erk?" ujar Fahd. Nur Qawi hanya mengangguk kepala setuju.

mereka sudah tidak dak jauh dari kawasan rumah. namun kereta mewah tadi masih lihat terus mengekori mereka. jantung Fahd mula berdebar dia risau!

"Qawi! cepat masuk rumah!"lantang suara Fahd mengarah Nur Qawi setiba mereka sampai di depan rumah.tanpa banyak soal Nur Qawi pantas meluru keluar dari kereta dan masuk kedalam rumah.

Fahd keluar dari kereta apa yang diduganya benar. kereta mewah itu memang mengekori mereka dari tadi. kereta itu berhenti betul-betul di hadapan Fahd.

Kamarul keluar dari kereta lantas mendekati lelaki yang berdiri dihadapan kereta dipandunya. melihat pemakaian lelaki itu Kamarul membuat anggaran dia hanya budak kampung hingusan.

"Aku tak nak cari gaduh.. yang pasti aku tahu Qawi ada dengan kau" kata Kamarul lagak angkuh.

"memang dia ada tapi kalau kau sikap tak sopan macam ni nak jemput dia aku tak kan izinkan dia keluar dari rumah!" Balas Fahd terasa dirinya tercabar.

Kamarul membuat isyarat menggunakan tangannya. serta-merta Izat dan 2 orang kawannya yang lain juga turut keluar dari perut kereta.

"Fahd!" laung Nur Qawi yang muncul tiba-tiba di halaman rumah. Hanim masih damuka pintu ketakutan. dengan kekuatan yang ada Nur Qawi mendekati Kamarul.

"Qawi ikut abang.." ujar Nur Qawi perlahan. ketakutan mula menguasainya namun di lawannya!

"tapi Qawi.." belum sempat Fahd menghabiskan kata-katanya. Nur Qawi pantas menyampuk.

" tak apa saya okey.. abang janji yang abang tak akan apa-apakan dia orang?" kata Nur Qawi berunding dengan Kamarul. seraya setuju dengan permintaan Nur Qawi, kamarul kembali masuk kedalam kereta bersama yang lain.

"betul awak nak pergi?" soal Fahd risau.

"awak jangan risau.. nanti saya hubungi awak.. terima kasih" ucap Nur Qawi. walaupun keberkatan Nur Qawi tetap juga masuk kedalam kereta Kamarul. dengan pantas kereta itu keluar dari perkarangan rumah itu. Nur Qawi tidak lepas pandang hinggalah kelibat rumah itu sudah tidak kelihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience