HAKEEM terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang mengintai ditingkap rumahnya. Niatnya ingin mengejutkan budak itu kerana berani memasuki rumah mereka tanpa kebenaran. Dia perlahan-lahan mendekati budak tersebut.
"Ehem!"
"Ehem!"
Budak perempuan itu mengalih pandang melihat Hakeem yang sedang berdiri disebelahnya.
"Who are you? What are you doing here?"
Tegur Hakeem hairan dengan kelakuan budak itu.
"Err i err no. Thank you. Bye."
Budak perempuan tadi lari meninggalkan Hakeem. Dia mendapatkan kawannya yang bersembunyi dibelakang pokok.
"Farah.. Larii.. Ada monster orang putih.."
Kedengaran suara budak perempuan itu menjerit. Hakeem menggelengkan kepalanya.
"Gila.."
Hanya itu sahaja yang dapat menggambarkan keadaan budak perempuan itu bagi Hakeem. Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Datin Marissa iaitu mamanya tiba-tiba menegur.
"Hakeem. Kenapa tadi tu? Sape yang jerit?"
"Entah la ma ada dua orang budak. Budak kampung ni kot."
"Oh. Hurm takpalah. Hakeem okay ke kat sini? Dah boleh sesuaikan diri kat sekolah baru?"
"Okay jer mama. Boleh la. Kan Hakeem baru lagi. Mungkin kalau lama sikit ok kot."
"Takpa Hakeem, lagi 2 tahun jer kamu kat sekolah menengah, nanti kamu bagitau mama dan papa nak sambung study kat mana k."
"Hakeem rasa Hakeem nak sambung study kat Malaysia jer lah. Senang lah boleh temankan mama.."
"Anak mama sorang ni takut rindukan mama yer nanti.."
Datin Merissa memeluk satu-satunya anak tunggal yang dia ada. Hakeem betul-betul memahami perasaannya. Selepas Datin Merissa disahkan mengalami ketumbuhan pada rahim yang menyebabkan rahimnya dibuang, dia tidak lagi boleh mengandung. Hakeem sajalah tempatnya mengadu kerana Datuk Malik terlalu sibuk bekerja.
"Mama, Hakeem tetap ada kat sisi mama yer. Jangan risau.."
"Thank you sayang mama ni.."
Pelukan dilepaskan, mereka berjalan ke dapur, Mak Siti merenung Hakeem dengan penuh kasih sayang. Dia yang menjaga Hakeem sehingga Hakeem meningkat remaja. Dia sudah mengganggap Hakeem sebagai anaknya sendiri.
"Mak Siti, petang ni masak apa?"
Sapa Datin Merissa setelah masuk ke dalam dapur. Hakeem melanyakkan punggungnya diatas kerusi.
"Mak Siti ingat nak buat rendang, makan dengan nasi impit. Hakeem suka kan?"
"Mestilah suka mak Siti, rindunya masakan mak Siti. Apa saja mak Siti masak, semua saya suka.."
"Kalau rindu makan banyak-banyak tau.."
"Yer mak Siti. Saya makan sampai habis licin. Haha."
Mereka berbalas senyuman. Selepas Datuk Malik dan Datin Merissa berpindah ke kampung itu, mak Siti pulang ke kampungnya di Kelantan dan baru-baru ini Datin Merissa menawarkan mak Siti untuk bekerja semula dengan mereka tetapi mak Siti perlu tinggal bersama mereka. Itu syarat yang Datin Merissa telah tetapkan. Mak Siti setuju dengan syarat tersebut kerana gaji yang ditawarkan datuk dan datin sangat lumayan.
Petang itu selepas pulang daripada sekolah, Hakeem ternampak Haura sedang mengintai dekat pagar dirumahnya sekali lagi. Kakinya terjengket-jengket sambil tangannya memegang pagar.
"Hoi. Kau buat apa?"
Kepala Haura terteleng melihat kelibat orang yang menegurnya.
"Eh. Err err..haura tengok jer.."
"Kau ni memang suka usha rumah aku kan? Ke kau sebenarnya suka kat aku?"
"Eh kenapa pulak kita nak suka kat abang, abang tu dah tua lah. Kita kecik lagi.."
Haura tiba-tiba mencabut kasutnya dan berlari meninggalkan Hakeem yang terpinga-pinga.
"Hoi kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi nih..!"
Haura berlari memasuki kawasan sawah bendang dan dikejar oleh Hakeem. Penduduk kampung yang sedang menabur baja hanya mampu melihat mereka yang saling berkejaran.
"Hoi..stop. Hoi.."
"Kenapa nak kejar kita, kita tak buat salah pun.."
"I said stop!"
Haura menjelirkan lidahnya, Hakeem mengetap gigi. Geram melihat perangai Haura. Ada kalanya Hakeem lupa yang Haura itu masih seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun, sedangkan dia sudah mencecah 15 tahun.
"Pakcik, Haura nak lalu ni. Tepilah.."
Tangannya melambai-lambai menyuruh orang kampung yang digelar sebagai pakcik itu ke tepi. Tanpa amaran lagi, Haura terus melanggar pakcik itu membuatkan dia terjatuh ke dalam sawah bendang.
"Arrrggghh"
Pakcik tadi menjerit setelah terjatuh kedalam bendang diselangi dengan bunyi percikan air.
"Haura kan dah suruh ke tepi tadi, tengok tu dah jatuh. Isk isk kesian pakcik.."
"Budak bertuah ni, habis kotor baju aku.."
Hakeem mendekati pakcik yang jatuh itu.
"Pakcik okay ke? Meh saya tolong."
Matanya tajam memandang Haura. Haura buat tak endah.
"Bukan salah Haura. Pakcik tu yang salah. Siapa suruh tak hati-hati, kan dah jatuh. Habis kotor baju. Kesiannya.."
Haura mencekak pinggang sambil menggelengkan kepalanya.
"Tu la, Haura dah pesan, kan dah jatuh. Degil la pakcik ni.."
Dia pula yang marahkan pakcik tadi. Hakeem dan pakcik itu saling memandang.
"Aduhai.."
Terdengar pakcik tadi mengeluh. Hakeem mengangkat pakcik itu dan memimpinnya ke tepi batas.
"Pakcik ada terseliuh kat mana-mana tak?"
Tanya Hakeem apabila melihat pakcik itu memegang kakinya.
"Tak sakit kat mana-mana. Terima kasih yer nak.."
"Budak ni kan, nakal sangat lah. Anak siapa ni? Pakcik kenal yer?"
"Si Haura tu, ayah dia drebar Datuk kat hujung kampung tu.."
"Oh yer ker. Anak pakcik Rostam lah ni."
"Anak Rostam dengan Maimunah."
"Nakal budak ni, bagitau jer lah kat mak bapak dia.."
"Takpa-takpa, pakcik okay jer ni. Sikit jer. Biar la dia. Mungkin dia bosan takda kawan. Tu yang dia ajak kamu bermain tu.."
"Err main? Hurm saya mana bermain.. Takpalah, jom pakcik saya hantar pakcik balik."
"Takpa-takpa, pakcik datang dengan motor, tu kat sana tu. Kamu pergilah temankan dia tu. Kesian dia sorang2."
"Ok lah kalau cam tu. Saya pergi dulu yer.."
"Terima kasih yer nak.."
Hakeem berlalu meninggalkan pakcik itu sendirian. Dia berlari mendekati Haura.
"Hoi.."
"Apa hoi hoi. Kita ada nama la. Nama kita Haura Aisya."
"Err ha Aisya. Kenapa kau tak mintak maaf kat pakcik tu? Kesian dia tau tak? Kau pergi mintak maaf sekarang."
Haura menggelengkan kepalanya.
"Bukan salah kita. Pakcik tu yang taknak tepi. Kan Haura dah pesan suruh tepi tapi pakcik tu degil."
"Kau tu budak lagi, patutnya kau yang mintak maaf. Memang terang-terang kau yang salah kan.."
"Abang la yang salah sebab abang kejar-kejar Haura. Abang la yang kena mintak maaf."
"Isk kau ni kan. Degil la.."
"Biarlah.."
Mata Hakeem dan Haura bertemu. Kemarahan yang membuak-buak tadi semakin reda apabila mata Hakeem memandang tepat ke wajah comel Haura.
'Comel jugak budak ni'. Bisik Hakeem dalam hati. Gelengan Hakeem menarik perhatian Haura.
"Abang dah kenapa geleng-geleng kepala? Abang cacat ek?"
"Kau ni kan. Ada yang nak kena cepuk dengan aku karang.."
Haura ketawa terbahak-bahak dan berlari meninggalkan Hakeem yang dalam keadaan marah.
"Hoi..hoi budak. Sini kau.."
"Wekk..tak dapat tangkap Haura..ahahaha."
Hakeem hanya mampu melihat Haura yang berlari meninggalkan dia sendirian ditengah sawah. Hakeem senyum dalam diam.
Hopefully korang enjoy Bab 2 ni. Jangan lupa rate dan comments yer. Thank you dah baca karya Ayla ^-^
Share this novel