Chapter 19

Romance Completed 11798

BAB 19

“NINA, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”

Terdengarkan nama ini diseru, aku angkat muka – memandang wajah si dia yang masam mencuka. Amboi, masam gila muka. Mengalahkan asid hidroklorik masamnya. Bibir mengukir senyuman. Plastik. “Err.. Encik Noah cakap apa tadi?”

“Itulah kau, aku cakap bukan reti nak pay attention. Berangan aje semedang. Panggil nama Nina, boleh tersedar pulak? Mmm.. pelik. Ke kau memang nak aku panggil kau Nina sebenarnya, Bik?” Selamba sahaja Noah menyindir. Menyampah pula aku mendengarnya. Meluat. Sakit hati berganda-ganda.

Apa dia fikir aku ni kemaruk sangat ke nak dipanggil dengan nama? Huh.. tolonglah sikit. Dia fikir, dia siapa? Model termahal di dunia? Lelaki terkacak di global? Playboy kelas satu antarabangsa? Ke.. Megat Rayyan yang aku cinta? Oh My God, pleaselah. Minta baldi tiga empat buah. Loya tekak ni rasanya! “Encik Noah cakap apa sebenarnya tadi?” Aku tetap berdegil dengan pertanyaan tadi. Malas pula nak membalas serangan biadab lelaki itu. Erm, biarlah dia nak melaser ke apa. Biarlah. Dah memang mulut dia puaka macam tu, nak buat macam mana?

Noah kembali melabuhkan punggungnya. Wajahnya juga kembali serius. Macam awal tadi. “Begini, Nina sayang. Kawan lama abang nak lunch kat vila ni tengah hari nanti. So, abang nak Nina sayang jalankan tanggungjawab sebaik-baiknya sebagai bibik. Kemas rumah, masak dan segala-galanya lah. Yang penting, abang tak nak ada sekelumit habuk pun kat rumah ni. Plus, abang nak sayang pikat perut dia macam mana sayang pikat perut abang dulu. Faham, sayang?”

Sayang? Abang? Pikat perut? Apa benda semua ni? Tercengang aku mendengar kata-kata Noah itu. Terpinga-pinga. Mulut sudah luas menganga. Terkejut beruk lagaknya. “Oh ya, sayang, one more. Mulut tu tak payah nak nganga besar sangat ya. Karang lalat masuk, ada juga yang kena call ambulans.” sindirnya. Spontan saja dagu aku ditolaknya. Terus terkatup mulut yang ternganga tadi. Aku tergamam sendiri. Terkejut. Merah padam wajah ini dibuatnya.

Kelihatan Noah sudah mengambil langkah ke anak tangga. Baru saja anak tangga kedua didaki, dia kembali berpaling. Memandang aku. Tajam mata hazel itu memandang aku. Gaya macam ada makna. Tak keruan aku dibuatnya. Gugup. “And one more thing, Nina..”

Kali ini, dia mula menghampiriku, mendekatiku. Dan.. merapatiku. Haruman Dior Homme mula menusuk ke lubang hidungku. Bapak wangi gila bau dia. Bau yang cukup maskulin dan menggoda. Sungguh, bau minyak wangi dia aje dah boleh mengocak naluri kewanitaan aku. Belum lagi pandang muka dia yang kacak maut tu. Boleh maut ditenggelami nafsu agaknya, bebelku sendiri dalam hati.

Terlihatkan jarak antara kami yang boleh tahan rapat itu, tubuh aku pegun. Kaku. Noah nampaknya mula menundukkan wajah – memandang aku yang jauh lebih rendah daripadanya. Paras bahu aje, bayangkan. Aku pula sudah tunduk – memandang lantai. Tak sanggup pula nak membalas pandangan lelaki itu. Takut sekiranya aku tertunduk dan terbuai dengan godaan syaitan. Almaklumlah, Noah bukan calang-calang punya orang. Playboy kelas satu. Sudah berapa ramai wanita yang kalah dan tunduk padanya? Pasti saja tak boleh dihitung dek jari.

Beberapa detik kemudian, tangan sasanya mula merayap pada bahu aku. Bahu aku dipegangnya kuat sehinggakan aku dapat merasai cengkamannya. Alamak, dia nak buat apa ni? Apasal dia pegang bahu aku ni? Ya Allah.. kau selamatkanlah aku. Kau lindungilah aku daripada buaya ni.. Jauh-jauhkanlah aku daripada malapetaka yang dibawanya, doaku dalam hati. Takut!

Debaran menguasai diri. Dapat aku perhatikan renungan Noah yang begitu tajam pada tubuh aku. Dapat juga aku tangkap halkumnya yang bergerak-gerak. Okey, dia teguk liur. Ya, dia teguk liur. Aku pasti. Hmm.. apa maknanya? Maknanya.. oh tidak! Fikiran sudah menerawang jauh. Berbagai-bagai kemungkinan sudah bermain di minda. Menggeletar tubuh aku. Bibir pula tak lekang-lekang menguntum doa – memohon perlindungan daripada-Nya.

“Lain kali jangan pakai macam ni. Pergi tukar baju.” Serius Noah bersuara. Terus dijauhkan jarak antara kami. Aku terpempan sendiri. Masih kaget. Pada masa yang sama, mata sempat menilik pakaian sendiri. Apa baju aku pendek sangat ke? Hmm nak kata pendek, ada lengan. Then, takkan nipis sangat kot? Sekali lagi aku menilik baju aku. Masih tertanya.

“Pakai baju yang labuh sikit. Tak nipis. Tak sendat. Tak terdedah.” jerit Noah dari tingkat atas. Selamba gila. Bengang aku dibuatnya. Malu.

Sekali lagi aku menilik diri sebelum menapak pergi. Teruk sangat ke pakaian aku selama ni? Erm entahlah. Selama ni, Rayyan okey aje. Tak pernah pula dia complain, omelku sendiri. Namun, dalam diam, aku bersyukur.

***

“KAU masak apa weh?” tegur Noah yang baru saja muncul.

Aku berpaling, memandangnya. “Nasi beriani,” jawabku pendek. Malas nak melayan. Lengan baju kurung aku senseng sampai ke siku. Gara-gara teguran Noah pagi tadi, terus aku sambar baju kurung tiga tahun lepas. Haha! Takut? Mestilah. Siapa je yang tak takut dengan perangai miang Noah yang mengalahkan ulat bulu tu?

Noah mengangguk. Sekali sekala mata hazelnya memandang aku. “Ada pun baju kurung. Ingatkan miskin sangat sampai tak mampu nak beli.” Selamba badak air aje Noah mengutuk aku. Nasib baik dah tak berbekas di hati. Dah biasa. Tapi rasanya lebih baik dia mengutuk daripada memuji.

“Lain kali aku nak kau pakai baju kurung aje kat rumah ni. Kalau boleh, pakai tudung sekali sementara Nenda tak ada ni. Dan kalau terlebih boleh, pakai perfume lelaki. Aku tak suka lah bau perfume kau ni. Meremang.” Sampai macam tu sekali Noah menegur aku. Ya Allah, mamat ni.. Takkan macam tu sekali nafsu dia kat aku? Sampaikan perfume pun ditegurnya. Tergeleng-geleng kepala aku akan gelagat Noah itu. Teruk noh.

“Saya bukannya pakai perfume mahal pun. Enchanteur Paris aje kot..” Haah. Aku bukannya pakai perfume Contradiction keluaran Calvin Klein pun. Takkan dengan perfume murah pun iman dia boleh tergugat? Naluri kelelakian dia boleh mengocak? Noah pandang aku. “Entah. Bau badan kau memang wangi kot. Arghhh.. pokoknya, kau kena dengar cakap aku sebelum apa-apa terjadi kat kau. Tolonglah, aku tak boleh tahan. Alah. Faham?” Tegas Noah bersuara.

Aku mencebik. Menyampah. “Dasar bernafsu. Dengan bibik sendiri pun tak boleh tahan ke? Err.. low taste.”

“Kau jangan nak cari pasal dengan aku eh, Nina. Mood aku tengah baik ni. Beruntung tau aku warning kau awal-awal. Kalau aku tak warning? Memang kau dah kena ngap lah dengan aku.” ucapnya sebelum mengangkat kaki. Wajah aku dijeling sekilas. Amboi, marah nampak?

“Masak cepat sikit. Jangan asyik nak berangan aje,” perlinya.

Mata aku julingkan ke atas seraya mencebik. Err.. meluat!

***

TERPANDANGKAN sebuah kereta yang menyusul di halaman, hati terasa hambar. Mana tak hambar, aku masak punyalah banyak. Gaya dah macam nak buat kenduri. Tapi yang datang? Satu kereta aje. Itupun entah berapa orang. Kalau seorang?

Haih. Hambar kuasa dua. Membazir makanan, membazir tenaga. Memang membazir.

“Nina, tetamu dah datang. Bawa air keluar.” arah Noah dari pintu utama. Tetamunya belum nampak bayang lagi. Entah ramai entah tidak. Jadi, bagi menjamin keselamatan, enam buah gelas aku capai. Almaklumlah, Ford Mustang tu cuma muat lima orang aje. Lagi satu gelas untuk Noah. Hehe..

“Masuklah beb.. Lama tak jumpa!” Kedengaran suara Noah sedang eksaited menyambut tetamu. Gembira betul. Dah lama sangat tak jumpa agaknya.

Pantas aku mencapai dulang sebelum menatangnya ke depan. Perlahan-lahan kaki menapak ke ruang tamu bersertakan dulang dan gelas di tangan. Sekali sekala mata mencuri pandang kaki-kaki yang berada di depan pintu utama. Hmm.. ada empat batang kaki aje termasuk kaki Noah. Maknanya, tetamu yang hadir cuma seorang. Haa.. kan aku dah agak! Membazir betul.

Terpandangkan si tetamu yang mula menyerbu ke dalam rumah, aku membungkam. Pegun. Kaku tubuh ini untuk seketika. Beku. Dan.. tatkala mata aku bertentangan dengan mata si dia, nafas seakan-akan terhenti. Darah seolah-olah tersekat. Jantung dan paru-paru bagaikan dah tak berfungsi lagi. Sistem badan bagaikan dah tak berguna. Otak gagal mengawal pergerakan sehinggalah..

Prang!

Tak semena-mena dulang dan gelas yang ditatang terlepas daripada pegangan. Terkejut. Tergamam. Terkedu. Sesak nafasku kini. Rasa macam nak mati. Mata pula masih tak berganjak sedari tadi. Masih tak berkelip. Masih lagi kaget.

“Oh My God, what have you done, Nina?!” Suara lantang Noah menyedarkan aku. Pantas aku menjatuhkan mata, memandang kepingan-kepingan kaca yang berterabur. Peluh mula memercik dahi. Rasa macam nak pitam aje sekarang ni, namun digagahkan jua. Perlahan-lahan kepingan itu aku kutip.

“It’s okay, Noah. Dear, let me help.” Merasakan sentuhan daripada kulitnya, tubuh bagaikan menggigil, menggeletar. At the same time, kepala terasa berdesing. Berpinar-pinar. Pening. Tak sangka kuat sebegini sekali penangannya. Penangan cinta.

Untuk seketika, pandanganku bertukar kabur. Gelap. Hitam, sehinggalah.. aku tidak sedarkan diri lagi. Hanya suara-suara cemas yang bergema di telinga.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience