Chapter 2 Perempuan

Drama Completed 32729

"Awak.. betul ke awak nak saya ikut awak pergi KL?" Raihana meminta kepastian. Taufiq mengangkat sebelah keningnya lalu menjawab, "Yep! Awak WAJIB ikut saya pergi sana. Nanti boleh kita cuci- cuci mata." Raihana menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kalau saya taknak ikut boleh? Saya rasa semacamlah. Lagipun, saya takpernah pergi sana." tergelak Taufiq mendengar jawapan Raihana. Alahaii.. itu ke yang dia risaukan? "Awak jangan risau ya? Saya sentiasa ada untuk jaga awak." janjinya. +

Pandangannya dilemparkan ke arah pantai. Entahlah, dia sendiri taktahu kenapa sejak akhir- akhir ni, dia selalu rasa taksedap hati. Fikiran negatifnya segera disingkirkan. "Iyalah.. Saya ikut awak jer." ujarnya. "Ikut keputusan saya eh? Kalau gitu jom pergi jumpa tok kadi. Kita kahwin sekarang nak?" usik Taufiq. Keningnya diangkat- angkat bagi menyakat tunangnya itu. Raihana memukul bahu Taufiq dengan menggunakan beg tangannya. Nak pukul pakai tangan takboleh, sebab diorangkan belum nikah lagi.

Taufiq menggosok lengannya. "Sakitlah.. Takmahulah kawan dengan awak." rajuknya. Bibirnya dimuncungkan dan pandangannya dihalakan ke arah lain. Raihana tersenyum melihat tunangnya itu. "Awak merajuk ya? Takpelah, saya balik naik teksi." belum sempat Raihana bangun dari duduknya, Taufiq lebih pantas bersuara. "Jangan! Membazir duit jer. Ingat duit tu petik dari pokok ke? Dah.., jom balik" balasnya lalu terus mengatur langkah mendahului Raihana. Satu keluhan kecil dilepaskan. Apalah nasib dia dapat tunang sweet tapi kedekut duit ni.
*** 5
Raihana mengunci pintu rumahnya. Langkahnya diatur ke bilik. Penat! Sehari suntuk menemani Taufiq tapi last- last, boleh pula mamat tu merajuk. Pantang cakap sikit pasal duit, mesti dia nak membebel. Macamlah Raihana minta duit dekat dia. Tudungnya ditanggalkan dan diletakkan di dalam bakul. Tualanya diambil. "Mandi lagi baik dari fikir pasal awak!" ujarnya sendirian lalu terus membersihkan diri di bilik mandi. Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah keluar dari bilik mandi, telefonnya terus berdering. Nama di skrin dipandang sekilas sebelum dia menjawab panggilan itu. 1

"Assalamualaikum. Awak nak apa?"

"Walaikumussalam.. Raihana.. saya minta maaf ya? Saya tak sengaja marahkan awak."

"Tak apalah.. Saya faham."

"Yeke ni? Thanks sayang..!"

"Iyaa iyaa... Taufiq, saya nak tidurlah.. saya mengantuk sangat ni."

"Okk sayang. Sebelum tidur jangan lupa cuci kaki tau? Mimpi saya ok? Bye sayang. I love you."

Butang endcall ditekan. Bibirnya mengukirkan senyuman. Suka betul dia bila Taufiq panggil dia sayang. Tubuhnya direbahkan ke atas katil. Bingkai gambar dia dan Taufiq sewaktu masih di zaman sekolah dipandang lama. "Saya pun sayangkan awak juga, Taufiq.." ucapnya ikhlas. Bingkai itu diambil dan dipeluk. Matanya dipejamkan, dia tertidur.

Tangan Amy mula mengurut bahu Adam, kemudian leher lelaki itu dibelai lembut. "Babe.., we are still in office." ujar Adam namun takpula dia menghalang tindakan Amy itu. Pandangannya masih pada skrin komputer di hadapannya. "Tapi sekarangkan dah lepas office hour.. Takkan takboleh kott? I miss you so damn much! Don't you miss me too?" soal Amy manja. Kerusi Adam dipusingkan menghadapnya. Dia menundukkan wajahnya agar dekat dengan wajah Adam. Jemarinya bermain- main dengan butang kemeja lelaki itu manakala sebelah lagi tangannya men 'shutdown' kan komputer Adam. 11

Di dalam hati, Adam menyumpah gadis di hadapannya itu. Selamba badak dia jer matikan komputer orang! Amy duduk di atas riba Adam. Leher lelaki itu dipeluk erat. "Baby, I'm asking you. Don't you miss me? Hurmm?" soalnya lagi. Adam tersenyum memandang gadis itu. "Gilalah kalau I takrindu you. I miss everything about you, babe. Your smile, your body, your... everything! I miss you in every second of my life." balasnya. Bibir gadis itu dicium sekejap. Amy tersenyum, dia bangga kerana dapat mendampingi Adam. Walaupun pada hakikatnya, dia hanyalah tempat untuk jejaka itu memuaskan nafsu. 11

"Baby.. balik jom? Macam dahlama jer I takpergi rumah you.." pintanya manja. Pipi Adam dibelai lembut, mengharapkan agar lelaki itu setuju dengan permintaannya. Tangan Adam mula meliar di setiap inci tubuh gadis itu. Amy pula hanya membiarkan, seakan rela dengan perbuatan Adam. Malahan, dia juga turut melakukan hal yang sama. "Balik dengan I. Now!" arahnya. Orang dah serah diri, takkan dia nak tolakkan? Tubuh Amy ditolak perlahan. Kotnya yang tergantung di kerusi dipakai.
***
Sedang dia asyik menyikat rambutnya di hadapan cermin, seseorang datang dan memeluknya dari belakang. "Kenapa you bangun awal sangat?" soal gadis itu mamai. 'Tak semenggah punya perempuan. Kot iya pun nak bercakap dengan aku, pergilah basuh muka dengan mulut tu dulu.' ucap hatinya sinis namun wajahnya masih tersenyum manis. Dia pusing menghadap gadis itu. "Babe, I dah letak duit you dekat atas meja sana. Nanti you ambil dan balik naik teksi ya? I need to go. I have something to do." ujarnya sambik membelai pipi Amy. 5

Gadis itu mencebik. Pinggang Adam dipegang erat. "Nanti kita date lagi ya? You takpayahlah pandang perempuan laintu. I sorang jer dahcukup kan untuk you?" hati Adam ketawa jahat apabila mendengar kata- kata gadis itu. 'Nak setia dengan kau? Memang taklah! Kalau setakat perempuan murah macam kau ni, dekat ChowKit pon bersepah.' ejek hatinya. 3

Ya ampun, hipokrit sungguh lelaki yang bernama Adam Mikhail ini. Dahi Amy dicium lama, kemudian ciumannya beralih ke kedua pipi dan akhirnya beralih di bibir gadis itu. "Pergi mandi ya? I'll call you if I need you." sebaik sahaja ayatnya selesai, dia terus melangkah pergi. Lantaklah perempuan tu nak blah ke tak. Lagipun malam ni dia takrasa nak balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience