BAB 1

Mystery & Detective Completed 36681

'Bagilah lego friends kakak tu bella! Bella kan dah ada patung little pony mummy beli buat apa nak kacau mainan kakak pula,' marah Abil pada adiknya Bella.

Suasana petang yang tadinya aman damai mula bertukar wajah.

'Bella bukan nak bagi rosakkan pun, nak tengok je,' jawab Bella acuh tak acuh sambil terus menggengam patung lego friends.

'Bella bukan setakat nak tengok, tengok guna mata bukan ambil dan cabut dari rak mainan kakak

Tu mencuri namanya, bak balik mainan kakak! Bak balik!'

Abil cuba merampas mainan tersebut dari genggaman Bella, kalau selama ni dia diamkan diri tapi tidak untuk kali ini. Dia dah berusaha siapkan lego friends dan The Simpsons yang maksu dan paksunya belikan selama tiga hari dua malam seorang diri, well 80% dia siapkan sendiri 20% dibantu oleh ayahnya yang teruja nak tolong siapkan. Paling penting dia tak nak koleksi mainannya rosak seperti mana patung Elsa yang kakinya dipatahkan oleh Bella.

Bella Berjaya meloloskan diri dari Abil, segera dicapainya Little Pony yang jatuh dari genggamannya lalu dimasukkan mainan kakaknya tadi dalam poket dan segera lari menyelamatkan diri ke belakang rumah, dia tahu mana untuk sembunyikan diri.

Abil mula hilang sabar, dia menjerit memanggil Bella kali ini lebih kuat naik ke tiga oktaf. Teriakan Abil cukup buat Benjy terkejut dan segera berhenti dari tugas pentingnya itu. Baru sebentar tadi dia tinggalkan dua orang anak perempuannya itu bermain di laman rumah mereka. Abil dengan buku lukisan dan warnanya, gemar mereka baju setiap masa jadi tidak hairanlah kalau anaknyaa yang berusia sembilan tahun itu memasang cita-cita untuk menjadi pereka fesyen dan Bella, si trouble maker berusia lima tahun dalam family leka menjamah biskut oreo cicah susu, jadi kali terakhir dia periksa , semuanya memang terkawal.

Dia bingkas bangun memeriksa keadaan di luar, sunyi sepi. Benjy tak sedap hati.

Abil tahu di mana adiknya itu menyorok, langkahnya terus menuju ke stor belakang. Stor tiga bilik yang menempatkan barangan lama dan koleksi-koleksi ukiran kayu kerja tangan ayahnya itu adalah antara tempat favourite mereka dua beradik bermain Dan dia pasti adiknya itu sedang menyorok di timbunan kotak-kotak baju lama mereka. Memang itu saja tempat kegemaran Bella setiap kali mereka main sorok-sorok.

Bagaikan dirasuk, Abil mencapai kayu hoki milik ayahnya dan dia mula menjerit memanggil Bella sambal menangis. Apa nak jadi, jadilah!

‘Kakak cakap keluar! Bella keluar sekarang! Kakak kira sampai tiga tak keluar juga tahulah apa jadi,’ jerit Abil sambil menghentak-hentak kayu hoki cuba menggertak Bella.

Bella cuba menyorok di dalam kotak pakaian, badannya yang kecil memang muat untuk masuk ke dalam kotak itu. Sedang dia cuba memuatkan badannya ke dalam kotak, tidak semena-mena kotak yang dah lusuh itu koyak dan menyebabkan Bella hilang kawalan dan terjelepuk di lantai. Bunyi itu cukup kuat dan Abil segera lari menuju ke bilik stor pakaian di bahagian belakang.

Dipulasnya tombol pintu bilik itu perlahan-lahan, matanya yang masih deras mengalirkan air mata itu kini merah membara, marahnya seperti sudah sampai penghujung, pintu bilik itu perlahan terbuka. Bella pula menggigil ketakutan sehingga terkencing. Seakan tak percaya yang berada di hadapannya adalah kakaknya yang penyayang dan sering saja bersabar dengan kerenahnya. Dia mula nampak kelibat kakaknya.

‘Okay, Bella pulangkan balik mainan kakak, Bella tak nak dah, Bella tak suka dah mainan ni, Pony pun tak suka dah kat Andrea (nama salah satu karekter lego Friends) ni, ambillah balik,’ Bella campak mainan Abil dan jatuh tepat-tepat ke kaki Abil.

‘Kau dah terlambat! Kenapa kau tak bagi masa aku minta tadi ha! Bagus kau tak payah lahir di dunia, sejak kau ada semuanya jadi huru hara, aku tak pernah kacau kau tapi kau selalu kacau aku kan! Aku benci kau dan semua tentang kau,’ Abil hempas mainan di kakinya dengan kayu hoki di tangannya, langkahnya semakin hampir menuju ke arah Bella yang menggeleng-geleng menangis minta dilepaskan.

‘Bella sayang kakak Abil, maafkan Bella kali ni…’

Entah syaitan mana yang merasuk Abil, dihayunnya kayu hoki, dipejamnya mata namun dia tahu arah yang ditujunya itu akan mengena tepat pada kepala Bella. Abil mula menjerit tanda bersedia dan Bella pula membalas dengan jeritan tangisan.

Debukkkkk!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience