tiga puluh lima

Romance Series 207117

'Aduh.. macam mana nak bagi perempuan ni ikut aku ek..?' susuk tubuh Shira di dapur bersendirian itu diperhatinya dari jauh.

Semua ahli keluarga yang lain semuanya di hadapan samada sedang makan mahupun melayan tetamu yang masih ada walaupun hari sudah berginjak ke malam hari.

Qistina masih belum pulang dengan alasan mahu meluangkan masa bersama keluarga Khalish dengan lebih lagi, terutamanya bersama Pn Rohaya.

Keadaan Shira yang berseorangan itu perlu digunakan Qistina sebaiknya kerana kata 'si dia', Qis hanya perlu bawa Shira ke tempat itu saja dan dia sudah rancang segalanya yang akan buatkan Khalish membenci Shira.

'Demi Khalish...'

Shira dirapatinya,

"Assalamualaikum.. maaf mengganggu awak.. am.. Sebenarnya..sa.. saya.." Qis memulakan strateginya.

Sememangnya Shira seorang yang cantik dan pandai bergaya. Memang tak dinafikan wanita itu dan Khalish bagai pinang dibelah dia. Secocok.

Susuk tubuh dan ketinggian yang ideal juga membuatkan segala pakaian di batang tubuh wanita itu kelihatan sesuai dan cantik.

"Waalaikumsalam.. hmm.. ade ape?" Shira hanya tayang wajah selenge. Malas mahu melayan sangat minah tak laku ni. Sakitttttt hati kita!!

"Bo.. boleh tak. Awak tolong saya? Saya betul-betul perlukan bantuan.." Qistina memegang lengan Shira dan berwajah risau.

Shira memandangnya pelik, pegangan tangan Qis cuba dirungkaikan perlahan tetapi langsung tak berjaya.

"Kau nak apa sebenarnya? Maaflah aku sibuk sekarang ni.." Shira cuba menolak secara baik tapi Qis makin meminta pula.

"Saya kene pulang sebelum pukul 10.. tapi takutlah.. rumah homestay tak jauh pun dari sini.. boleh awak temankan?" pintanya penuh pengharapan.

'Aduhhh.. budak kecik ni la..'

"Datang sini naik apa? Moto? Kereta?" setiap soalan Shira hanya dibalas dengan gelengan oleh Qistina. Polos.

"Tadi kawan hantarkan.. am.. boleh tak ni? Saya dah lambat..." Dia mencuba lagi. Alang-alang sudah terlajak, baik habiskan saja rancangannya.

"Haih.. okay la. Tunggu jap nak ambil kunci kerete." Baru saja Shira mahu berlalu ke bilik, Qistina menghentikannya lagi.

"Rumah tu dekat je.. kita jalan kaki boleh?" Tanyanya lagi. Terdesak..

"Ishhh.. kan dah malam ni. Kau ni anak dare ke ape? Jangan banyak mulut boleh tak?.. tunggu sini." Shira terus berlalu ke atas mengambil kunci kereta Hana di biliknya. Kata gadis itu, dia sudah punya kereta baru, jadi kereta lamanya boleh digunakan bila-bila masa saja.

"Wak..." Khalish menegur apabila terlihat Shira yang cemberut wajahnya melintas.

Nampak saja wajah si suami, terus senyuman lebar menghiasi wajah mendungnya tadi.

'Syurga guys.. kene senyum...'

"Ye bang.. ada apa ni? Rindu Shira ye?" tuturnya lembut, mengusik.

Khalish angkat kening dengan wajah malas, sebelum mengabaikan kata-kata Shira sebentar tadi.

"Nak ke mana?" tanyanya perlahan. Mata tak lepas dari memandang anak mata Shira buatkan si isteri tersengih memanjang. Suke la!!

"Eleh tak ngaku. Hehehe.. risaukan Shira le tuw.. Takpe takpe. Abang jangan risau okay? Oh ye. Ni.. Shira nak mintak izin abang.., nak pergi hantakan Qistina tu balik. Sian pulak die nak balik takde transport. Boleh?" Tanyanya dengan senyuman.

"Hmm..ape-ape jela. Hantar Qis nanti baik-baik." Khalish mengangguk membenarkan dan dia mula perasan senyuman Shira yang memudar.

'Dah kenapa pulak kali ni....' desis hati lelakinya. Dia tak faham betul dengan golongan bernama 'wanita' ini. Urghh...

Shira hanya mengangguk dan menayangkan senyuman nipis bagaikan terpaksa saja sebelum beredar pergi tanpa sebarang kata.

Khalish hanya menghantar pandangan susuk tubuh itu berlalu begitu saja walaupun hatinya terasa berat ingin melepaskan Shira pergi.

Sejak dari pagi tadi lagi Khalish sudah berasa tak sedap hati jika tiada Shira di depan matanya, tapi dia cuba endahkan. Sebabnya...

Dia tak pasti.

~~~~~~~~~~~~~~

"Cepatlah.. cakap kene balik sebelum pukul 10." Shira menegur seraya memerli apabila terlihat Qistina ralit berbual di telefon bagai gemuruh tentang sesuatu. Sudah lambat mungkin..

"Kejap kejap.. okay lah bye!" panggilan terus ditamatkan dan Qistina membontoti Shira ke kereta myvi putih milik Hana.

Shira memandu keluar dan mengikut telunjuk Qistina tanpa sebarang kata. Dia sakit hati... dan juga terasa dengan semuanya.

Sesekali, Qistina yang berwajah polos disebelahnya dikerling sekilas. Terimbau pertembungannya dengan Pn Rohaya selepas bertemu Khalish tadi.

"Kamu nak pergi hanta Qis kan? Bawak kereta tu elok-elok.. jangan sampai jadi apa-apa pada dia pulak.. Hanta Qis tu sampai rumah terus.. jangan melencong mana-mana.. dia tu tak biasa dengan 'orang macam kamu' ni." Pn Rohaya menasihati Shira dengan nada sinis.

"Baik." Shira malas mahu menghadap muka tua itu lama-lama, sebelum dia perang mulut dengan orang tua itu, lebih baik dia beredar. Kemudian dia pun menghantar Qistina pulang.

'Sudahla aku yang nak tolong hantarkan dia.. lepas tu, semua risaukan di je. Aku ni? Tak penting ke? Hebat sangatkah dia sehingga semua orang perlu melebih-lebihkan dia?'

Sambil Shira mengelamun memandu malas, dia memasuki suatu kawasan yang agak terpencil dengan lorong jalan berlampu yang agak bersemak samun dan sekelilingnya adalah ladang getah.

"Kau tinggal kat mana sebenarnya ni? Ada homestay ke kat dalam ni? Macam terpencil sangat je.." Shira sudah was-was, dia memandu perlahan.

"Ad..ada depan tu. Pandu straight je." Shira menoleh padanya dengan riak curiga sekali, tapi dia tak berkata apa-apa.

Tiba-tiba kelihatan sebuah motosikal dan ada seorang lelaki berhelmet di tepi jalan sunyi itu, melambai ke arah kereta mereka.

"Awak.. jomlah tolong dia. Berhentilah. sian dia.." Qistina menyuruh Shira berhentikan kereta, tapi wanita itu tak berani.

"Eh kau ni gile ke? Dah malam dah ni, Bahaye lah.."

Dia teruskan juga pemanduannya sehinggalah lelaki tadi dengan beraninya mula ke tengah jalan. Menghalang laluannya.

Brek ditekan mengejut. 'Gila ke apa mamat ni? Nak mampus sangat dah?' Shira menggeleng perlahan.

Tapi apa yang lebih mengejutkannya adalah tindakan spontan Qistina yang terus keluar dari kereta dengan membuka lock nya sendiri.

"Hoi!! Kau nak-. Ah.. baguslah. Dua-dua gile.." Shira tak mahu keluar, dia hanya bersandar ke hadapan di stereng, memerhatikan mereka berdua yang sedang berbual agak serius di luar. Sesekali Qistina akan mencuri memandangnya, Shira hanya tayang muka malas.

'Nak tolong sangat kan.. settle a sendiri..'

Tapi tiba-tiba, lelaki tadi memegang tangan Qistina kuat bagaikan memaksanya, wanita bertubuh kecil molek itu mula meronta sekuat hati dan kelihatan ketakutan.

'Bodoh betullah..'

Tak menunggu lama, Shira terus keluar dari kereta ingin membantu.

"Lepaskan akulah!" Qistina meronta dan menjerit dengan suara kecilnya.

Shira menarik jaket kulit di tubuh lelaki itu, kuat, cuba meleraikan pegangan pada Qistina dan akhirnya berjaya.

Tubuh kecil Qistina ditariknya ke belakang tubuhnya, melindungi. Tapi lain pula yang berlaku apabila ada tangan kecil dari belakang tubuhnya menolaknya kuat hingga mencium jalan tar. Perit!

Kepala terus menoleh ke belakang kembali, wajah Qistina yang kelihatan bersalah dan resah menatapnya. Takut.

"Kau..." suaranya bagai tak terkeluar akibat terkejut, bagai tak percaya dengan perkara yang berlaku kini. Otaknya mula memproses pantas keadaannya kini.

"You may go.." lelaki tadi membuka helmetnya dan mengarahkan Qistina pergi. Perempuan itu mengangguk pantas sebelum kembali ke dalam kereta yang sudah sedia hidup.

"Qistina! Kau nak ke mana? Jangan tinggalkan aku." Shira rasa bagai mahu menangis. Dia cuba bangun tanpa menghiraukan kesakitan kaki dan tangannya yang semakin teruk bercalar.

Tapi lengannya direntap kuat lelaki tadi. Sepantas kilat, Shira tertoleh ke belakang tapi wajah lelaki itu tak dapat dia lihat dek kegelapan malam dan mask hitam beserta cap yang dipakainya.

"Ja..jangan! Lepaskan aku!! Tolonglah.." sedaya upaya dia meronta sekuat hati, apabila lelaki tadi mula memeluknya dari belakang dan menariknya ke dalam semak samun ladang.

Dia menjerit dan menggelupur sekuat hati tapi segalanya bagaikan sia-sia saja. Dia diheret seperti haiwan ternakan ke tempat penyembelihan. Tak rela.

Cahaya lampu kereta Hana tadi kelihatan mula berlalu pergi meninggalkannya. Shira sudah menangis ketakutan.

"Tolonglah lepaskan aku!!.." hanya itu permintaannya. Lepaskan..

Melihatkan Shira yang tak henti meronta, tubuh langsing itu mula dicempung si dia ke atas bahu. Shira menumbuk-numbuk belakangnya geram tapi tak memberi kesan langsung.

Tak seberapa lama dia berjalan mencempung Shira yang tak henti merayu dan menangis, mereka pun tiba di suatu pondok usang kecil di tengah ladang getah itu.

Tak sabar rasanya mahu menjamah jamuan mewah di depannya. Shira dihempaskan kuat jatuh ke lantai simen.

Wanita itu sudah lencun dengan air mata sambil mengesot pantas ke sudut pondok, ketakutan.

"Aku merayu.. tolonglah jangan apa-apakan aku." Shira memohon lagi, pilu. Dia cuba menendang lelaki tadi daripada merapatinya tapi dengan sekali tarikan saja pada kakinya membuatkan dia terloros merapati tubuh si dia.

Haruman kelakian lelaki itu menusuk ke hidungnya apabila dia mula dicumbu kasar, buat pertama kalinya...

Tubuhnya habis diraba tangan kekar si dia, sakit.. tudungnya mula dibuka kasar dan rambut panjangnya turut dibuka ikatannya, meleraikan mahkota wanita itu.

Shira pasrah apabila si dia mula menguak luas kedua belah kakinya dan menghimpit dirinya. Terasa begitu jijik.

Batang leher Shira dikucupnya ganas sesekali berbisik,

"Kau milik aku.. sentiasa milik aku.." bisikan ghairahnya diiringi desahan lelaki itu menggigilkan Shira.

Baju lengan panjangnya direntap sekuat hati hingga terkoyak dari pangkal bahu ke dada. Kemudian ditarik kuat lagi hingga koyakan menjadi lebih luas memaparkan dada matangnya.

Erangan dan rayuan Shira diabaikan. 'Dia' sudah hanyut dengan dunianya sendiri. Sudah lama dia mengimpikan wanita itu, dan kini impiannya tercapai juga..

~~~~~~~~~~~~

Khalish selesai menurunkan khemah dan membantu mengemas apa yang patut bersama ahli keluarga lelaki yang lain. Dia kemudiannya mahu ke kedai dan hanya menaiki motosikal biasa saja.

Dan semasa pulang dari membeli barangnya, di jalan sunyi itu dia terlihat kelibat seorang lelaki tua, berpakaian serba putih dan berjalan seorang diri agak jauh darinya. Mirip arwah atuknya dari belakang..

Khalish tahu itu bukan manusia kerana dia sudah arif benar dengan kampung dan keluarga atuknya itu yang sememangnya mempunyai 'penjaga' yang diwarisi.

Dia hanya memandu perlahan mengikut jauh dari belakang. Entah mengapa dia muncul sekarang, Khalish tak pasti. Tapi.. mesti ada sesuatu..

Tak seberapa lama dia mengikuti perlahan, lelaki tua itu hilang dengan sekali kerdipan mata saja. Khalish sudah rasa tak enak, dia kembali memandu agak laju kerana sudah terpesong agak jauh dari jalan ke rumah.

Tapi pendengaran tajamnya menangkap suara wanita meraung, merayu meminta tolong.

Sebagai Schizo, Khalish mempunyai pendengaran yang amat sensitif dengan bunyi-bunyian berbanding dengan manusia normal.

Ditambah lagi dengan kesunyian malam dan tiada bunyi-bunyian kenderaan, suara wanita itu hanya kedengaran sayup-sayup saja.

Khalish cuba mencari arah bunyi, dia membelok ke satu simpang dan hatinya kuat terdetik untuk menoleh ke belakang.

Apabila dia menoleh, di satu lagi simpang ke jalan mati..ada satu motosikal berkuasa tinggi tersadai di tepi jalan, agak terselindung dengan dahan pokok-pokok getah yang terjuntai ke bawah.

Musykil.

Khalish berpusing semula dan menghentikan motosikalnya berdekatan. Dia cuba mencari arah bunyi yang sayup-sayup dan meredah kegelapan malam di ladang itu tanpa hala tuju.

Tapi apabila semakin hampir dan hampir, suara jeritan lelaki kedengaran pula. Khalish cuba melihat dalam kegelapan dan berjalan perlahan.

Tapi seseorang kelihatan, seorang wanita yang tak cukup pakaiannya berlari tanpa hala tuju dan kelihatan bingung ketakutan.

Dan tak semena-mena, wanita itu jatuh menyembah bumi. Khalish tak menunggu lama, merapati.

"Awak okay tak ni?" baru bahu wanita itu dipegangnya, Shira mula meronta dan menjerit ketakutan.

Dia mengesot kabut ke belakang menjauhi Khalish, dan baru saja dia bangun ingin melarikan diri. Bayangan seorang lagi lelaki agak jauh di belakangnya membuatkan kakinya lemah, dia terduduk kembali sambil menangis ketakutan.

Kepala ditekupkan pada kedua kaki sambil menggeleng bagai orang hilang kewarasan.

"Shira..." satu tangan menarik tubuhnya dari belakang dan dia kenal suara itu. Khalish...

"Ab..abang!" dengan tubuh yang bergigil hebat, badan Khalish yang bertinggung di peluknya erat. Tak mahu dilepaskan.

Khalish juga takut memikirkan apa yang sebenarnya terjadi. Dengan baju Shira yang terkoyak rabak dan tak bertudung, mesti...

Dia melihat sekeliling yang gelap sesekali sebelum kembali menenangkan Shira.

"Shhh... tak apa.. Saya ada ni. Awak tak akan apa-apa ye.. trust me. Dah shhh..." rambut panjang itu dibetulkan sambil mengucup dahi panas Shira. Wanita itu langsung tak mahu berenggang dengannya. Trauma.

"Kita balik dulu okay.. hmm sayang?" dia cuba berlembut. Shira yang masih dengan sisa esaknya hanya mengangguk mengiakan.

Baju di tubuh Shira dibuka dan dibuang ke tepi, baju t-shirt ditubuhnya dibuka dan diserlungkan pada batang tubuh si isteri yang terdedah.

"Mari pulang ye.." tubuh Shira dicempungnya mudah, dibawanya keluar dari ladang getah tak terjaga itu. Gigilan tubuh Shira dapat dia rasakan.

Sesak dada Khalish cuba mengawal emosinya. Dia tahu, dengan amarah, apapun tak mampu dia selesaikan. Bunyi motosikal dihidupkan tak jauh dari situ membuatkan Khalish teringat akan sesuatu.

Fuck.

Apabila dia keluar ke susur jalan membawa Shira, motosikal lelaki tadi sudah tak kelihatan. Khalish mengetap bibirnya menahan perasaan.

Shira diduduknya di kusyen motosikal tapi wanita itu mula merengek menangis apabila dia tak memeluk tubuh Khalish. Lelaki itu mula menenangkannya lagi, belakang tubuh diusapnya perlahan dan Shira kembali tenang. Tangan berjari runcing itu tak lepas memeluk tubuhnya yang berdiri di sisi motosikal.

Khalish mengeluarkan phonenya dan menghubungi salah seorang rakannya, menghantar kereta kerana dia tak mahu membawa Shira pulang dalam keadaan begitu ke rumah.

Talian dimatikan dan kemudian panggilan lain pula yang masuk.

Nenek.

"Hmm." Balasnya malas, dia tiada mood mahu berkata lama. Yang paling penting sekarang adalah Shira sahaja..

"Kamu kat mana sekarang ni? Balik sekarang jugak! Tengok apa yang perempuan tak guna tu buat pada Qis!" Suara Pn Rohaya kedengaran marah, menggesa Khalish pulang.

"Siapa? Kenapa dengan dia?" tanyanya pula, ingin tahu.

"Bini kamu tu la! Perempuan tu tinggalkan Qistina! Dan suruh dia balik sendiri! Memang kurang aja betul! Lepas tu dia ikut jantan mana tah! Sekarang siapa yang susah? Kan dah kemalangan Qistina tu! Apa nenek nak jawab pada umi abi dia?!" Pn Rohaya melepaskan geramnya.

Khalish mula rasakan ada sesuatu yang tak kena. Wanita di dadanya yang sudah diam itu diperhatinya lama.

Khalish yakin... bukan Shira pesalahnya. Dia kenal wanita itu. Isterinya tak akan tergamak melakukan perkara seperti itu. Mesti sesuatu telah berlaku...

"Khalish pulang sekarang." tak menunggu balasan, panggilan dimatikan.

Dahi dan ubun-ubun Shira dikucupnya lembut sebelum berbisik perlahan pada wanita yang sudah lesu itu,

"Apapun berlaku.. saya tak akan tinggalkan awak.. percayalah saya." Shira mengangguk dengan mata tertutup.

'Aku tak boleh dengar sebelah pihak saja.. aku kene siasat hal ni.'

Tak sampai beberapa minit kemudian, sebuah kereta Preve hitam mendekati. Rakan sekampungnya, Ajib menjemput dan Khalish membawa Shira yang sudah dibuai mimpi di dadanya masuk ke dalam kereta dan memandu pulang manakala Ajib menunggang motosikal Khalish mengikuti.

Pelbagai kemungkinan mula menerjah fikirannya, teringat juga akan kata-kata Shira sebelum ini yang mengatakan bahwa ada lelaki yang memberinya bunga, patung dan surat cinta.

Kawasan perumahannya juga punya aduan kereta tak dikenali selalu mengawasi dan lalu lalang di situ bagai punya agenda sendiri.

Ditambah lagi dengan peristiwa isterinya diintai ketika mandi dan juga kemunculan 'si dia' yang membawa Khalish tadi ke jalan usang itu tadi.

Shira di belakang dikerlingnya sekilas,

'Aku tahu.. bukan salah dia.. aku yakin.'

Share this novel

Aisyah
2020-07-25 21:54:15 

nasip khalish TERdgr klw x tktau la apa jdi btw sweet la stroy ni hehehe

Mimie Harmiza
2020-07-25 11:52:52 

khalish dh sbut syg wlu hnya skdr mmujuk..trsentuh rsa hti..sweetnya ..sgt sgt mlindungi wlu dingin.

Mimie Harmiza
2020-07-25 10:27:33 

yesssssss..hehehe...miss tuan buat novel ni..hahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience