BAB 12

Romance Completed 9878

“DANISH, you tunggu apa lagi ni?” Thalia sengaja memaut lengan Danish. Berjaya juga dia memaksa lelaki itu mengikutnya pulang ke Switzerland. Apabila mereka tiba di sana nanti, pandai-pandailah dia mencari idea bagaimana mahu membuatkan Danish kembali ke pangkuannya. Buat masa ini, dia hanya perlu membawa Danish pulang ke sana. Itu yang penting!

“Thalia, boleh tak you lepaskan tangan I? Rimaslah!” Danish cuba meleraikan pautan Thalia. Dia bersetuju pulang ke Switzerland pun bersebab. Bukan kerana dia mahu berbaik semula dengan Thalia. Matanya sekali lagi membaca mesej yang dihantar oleh Puan Ruzila.

“Why not? We are the perfect couple, kan? Semua orang cemburu dengan kita.” Thalia masih berdegil tidak mahu melepaskan pegangannya.

“Correction! We were once a couple! But not anymore!” Tegas Danish.

“Alah, you ni… Kalau dulu kita boleh couple, I yakin selepas ni, you akan balik semula pada I. I know everthing about you, Danish. What you like, dislike… the way you think, I know it all!”

“I think you’re mistaken, Thalia. Kalau empat tahun yang lepas you datang pujuk I, mungkin kita akan berbaik semula. Sekarang, semuanya dah terlambat. You sendiri tahu kenapa I ikut you balik ke Swiss, kan? Jangan lupa janji kita.”

“Danish,” rengek Thalia sebelum menyambung, “I’ll once again make you mine! Itu janji I! You’ll see!”

“Dan aku akan pastikan Danish tak menjadi milik kau, perempuan gedik!” Celah Izyan Hasna yang tiba-tiba sahaja muncul di belakang mereka.

“Izyan!” Danish kelihatan terkejut. Sesaat kemudian, dia menyambung, “I was waiting for… errr… that thing!” Dia menuding ke arah bungkusan yang dibawa oleh Izyan Hasna. Nyaris-nyaris dia menyebut nama gadis itu.

“Awak, saya ada hal penting nak bercakap dengan awak.” Izyan Hasna segera menarik tangan Danish.

Danish yang masih terperanjat, menonong seperti lembu dicucuk hidung. “Okey, apa Izyan nak cakap?” Tanya Danish setelah mereka berada jauh dari Thalia.

“Saya nak minta maaf,” ujar Izyan perlahan.

“Untuk?”

“Sebab saya dah membuatkan hati awak tersinggung.”

“Okey. Lagi?”

“Awak, janganlah macam ni. Saya betul-betul nak minta maaf ni. Serius! Saya rasa bersalah sangat. Sebenarnya, saya tak berniat langsung nak cakap macam tu.”

“Tapi, Izyan cakap juga, kan?” Sindir Danish.

“Ya, saya tahu. Saya yang salah. Tapi, tolong jangan pergi. Tolong jangan berbaik semula dengan perempuan gedik tu sebab perkara ni. Please, Danish.”

Danish tersenyum sinis. “Apa yang abang dapat kalau abang terus tinggal di sini? Hati abang, Izyan dah curi. Kerja abang, Izyan dan Thalia dah rampas. Apa yang tinggal untuk abang di sini? Lebih baik abang balik ke Swiss, tinggal dengan ayah abang.”

“Kalau abang balik ke sana, Mak Cik Jijah macam mana? Eh, kejap, kejap! Apa maksud abang, kerja abang Izyan dan Thalia dah rampas?” Tanpa disedari, Izyan Hasna telah menyebut ‘abang’.

Danish tersenyum lebar mendengarnya tetapi, dia berpura-pura tidak perasan. “Yalah, disebabkan Thalia dan Izyan bergaduh di hotel tempat abang bekerja, abang dah kena pecat. Jadi, rasa bersalah tak?”

“Takkan sebab itu saja abang dah…?” Tiba-tiba Izyan Hasna menekup mulut. Baru dia sedar.

“Yalah. Bos abang tu cerewet tau! Jadi, akibatnya, abang dah menjadi penanam anggur yang berjaya. Credit to both of you.”

“Awak, janganlah cakap macam tu. Buat saya makin rasa bersalah.” Izyan Hasna menunduk. Terasa dirinya kerdil sahaja ketika itu. Semuanya berpunca daripadanya.

“Aik? Dah tukar panggilan? Memang. Memang abang sengaja bercakap begitu sebab abang nak Izyan rasa bersalah. Jadi, sila bertanggungjawab!”

“Bertanggungjawab? Macam mana? Awak nak saya tolong carikan kerja untuk awak?” Izyan Hasna melangut. Pandangan mereka bertemu.

“Taklah. Be my one and only chocolat au lait.”

“Hah?” Izyan Hasna terlopong. Dia tidak mengerti.

“Be my wife,” ujar Danish. Dia menarik keluar sesuatu dari bungkusan yang dipegang oleh gadis itu lalu dibawa ke hadapan mata Izyan Hasna.

Izyan Hasna terkebil-kebil melihat cincin yang berkilau di depannya. Matanya berselang-seli memandang wajah Danish dan cincin tersebut. “Apa ni?” Soalnya.

“Hai, dah tak kenal apa itu cincin ke?”

“Bukan. Apa maksud semua ni?”

“Maksudnya, Cik Senah tertipu!” Celah satu suara.

Mereka sama-sama berpaling. Kelihatan Puan Ruzila dan Puan Azizah sedang memegang kedua-dua belah tangan Thalia bagi menghalang gadis itu daripada mengganggu perbualan mereka.

“Apa ni, aunty? Lepaskan Thalia!” Thalia menjerit-jerit.

“Apa ni?” Sekali lagi Izyan Hasna mengulang soalannya. Dia masih tidak memahami apa yang berlaku ketika itu.

“Sebenarnya, mama dan Mak Cik Jijah tetap akan meneruskan rancangan kami walaupun Izyan tak setuju. Selepas Danish pulang dari Swiss menghantar perempuan banyak masalah ni, kami akan langsungkan majlis pertunangan Danish dan Izyan. Dan setelah Izyan tamat belajar, kamu berdua kena nikah.” Jelas Puan Ruzila sambil tersengih.

“Tapi, kalau Izyan nak kahwin dengan abang cepat-cepat pun abang tak kisah. Anytime. Cakap saja bila,” tambah Danish sambil mengangkat-angkat keningnya.

“Apa semua ni? Seriously, Izyan masih tak faham!”

“Bukan tadi abang dah cakap Izyan kena bertanggungjawab ke?”

“Ya, tapi, kenapa tiba-tiba cakap fasal kahwin ni?”

“Yalah, kan Izyan dah curi hati abang. Jadi, untuk abang terus hidup, Izyan kena kahwin dengan abang. Atau Izyan sanggup tengok abang terlantar di katil hospital sepanjang hayat?”

“Hah? What the…?” Izyan Hasna menepuk kuat dahinya. Dia berpaling untuk melarikan diri. Pening kepalanya dengan situasi ketika itu.

“Eh, nanti! Sebelum nak melarikan diri, ambil ni dulu!” Danish terlebih dahulu memaut lengan gadis itu. Dia meletakkan cincin tadi dan satu bar coklat ke atas tapak tangan Izyan Hasna.

Izyan Hasna terkebil-kebil. Chocolat au lait tertulis pada kertas pembalut coklat tersebut.

“Tunggu abang balik tau!”

SETAHUN kemudian,

“Sayang, tetiba abang rasa nak chocolat au lait Cik Senah,” ucap Danish sambil bermalas-malas di sofa.

Izyan Hasna di sebelah mencebik. “Tak habis-habis dengan Cik Senah. Kalau dah suka sangat dengan nama Cik Senah tu, kenapa abang tak kahwin saja dengan perempuan bernama Cik Senah?”

“Buat apa abang nak cari perempuan lain sedangkan isteri abang ni sendiri bernama Cik Senah?” Usik Danish. Tangannya meramas-ramas lembut tangan isterinya.

“Alah, bencilah dengan abang ni.” Izyan Hasna berpura-pura merajuk. Dia berpaling ke tepi sambil memeluk tubuh.

“Sayang, chocolat au lait Cik Senah satu, please.” Danish tersengih sambil memeluk tubuh isterinya dari belakang. Rambut isterinya dikucup lembut.

Izyan Hasna meloloskan diri dari pelukan suaminya lalu bingkas bangun. Dia berkata, “Okey. Izyan pergi ambilkan untuk abang. Itupun sebab Izyan ni isteri yang mendengar kata, bukan sebab Izyan suka abang panggil Izyan Cik Senah.”

Danish tergelak. “Okey, Cik Senah.”

“Abang!”

“Ya, sayang.”

“Jangan panggil Cik Senah!”

“Okey, Cik Senah.” Danish ketawa lagi.

Izyan Hasna mendengus kuat. Sambil menghentak-hentak kaki dengan kuat sebagai tanda protes, dia menghilang ke dapur. Seketika kemudian, dia datang membawa satu bar coklat lalu dihulurkan kepada suaminya.

“Nah!” Ujarnya.

“Apa ni?” Dahi Danish berkerut-kerut memandang coklat yang dihulurkan oleh isterinya.

“Abang cakap tadi nak chocolat au lait.”

“Bukan yang inilah, sayang. Abang nak chocolat au lait Cik Senah!”

“Ini chocolat au lait, kan?” Giliran Izyan Hasna pula mengerut dahi.

“Bukan. Chocolat au lait Cik Senah tu sejenis minuman. Dalam bahasa Inggeris, hot chocolate!”

“Abang! Tadi kata nak chocolat au lait. Sekarang, nak chocolat chaud pulak!”

“Eh, sayang tak tahu ke?”

“Tahu apa?”

“Chocolat au lait Cik Senah tu sama maksud dengan chocolat chaud!” Danish gelak kuat kerana dapat mengenakan isterinya. Teringat peristiwa pertama kali mereka keluar minum bersama. Kenangan yang membuatkan dia tersenyum meleret sepanjang hari sehingga ditegur oleh rakan-rakan sekerja dan ibunya.

“Abang! Abang perli Izyan lagi, ya?”

“Taklah. Abang sayang sangat pada Izyan, pada Cik Senah. Terima kasih kerana sudi menjadi chocolat au lait di hati abang.”

“Abang pun. Terima kasih sebab tak berbaik semula dengan Thalia.”

“Kalau abang berbaik semula dengan Thalia macam mana?”

“Izyan boikot chocolat au lait seumur hidup!”

Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancang dan berlaku pada masa yang tepat. Tiada kata yang dapat menggambarkan kebahagiaannya saat ini. Kalau difikirkan semula, adalah satu keputusan yang tepat bila dia bersetuju dengan temujanji yang diaturkan dulu, mujur dia kuatkan hati jika tidak melepas! Siapa sangka pertemuan itu menjadi destinasi perhentian buat mereka kerana akhirnya masing-masing bertemu dengan Mr. and Mrs. Right!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience