Bab 1

Romance Completed 95749

“Betul nampak okay ke ni?” soal Mia berpusing-pusing di hadapan cermin kedainya.

Baju gaun berwarna hijau muda paras bawah lutut dikenakan. Rambutnya dihias oleh kawan baiknya, Julia dan Vivi. “Kau tak yakin dengan kitorang, Mia? Pernah ke kitorang sabotaj kau selama ni?” soal Vivi, mengikat riben putih di bahagian belakang kepala Mia.

“Hmm… Agak la,” jawab Mia, masih kelihatan gelisah dengan penampilannya. Pertemuannya dengan Rudy diaturkan di sebuah kafe tidak jauh dari kedai bunga miliknya, Mia’s Garden yang baru dibuka sebulan yang lalu. “Muka aku tak nampak bercapuk, kan?” soal Mia lagi.

Julia mengeluh panjang. “Eh, kau ni, itu la, ini la… Iye, kau nampak okay, nampak perfect.” Jawab Julia, menyusun stok bunga yang baru sampai. “Dia dah sampai ke?” soal Julia, mengambil pita pelekat di rak atas.

“Dia kata dah nak sampai,” jawab Mia, menjeling skrin telefonnya. “Aku nervous la…” keluh Mia sendiri. “Kalau dia tak berkenan? Kalau dia hina macam mana?”

“Eh? Berani dia nak hina kau? Dia ingat dia siapa nak hina-hina kawan aku?” marah Julia, membebel sambil mengasingkan bunga-bunga. “Weh, kalau dia red flag, kau call je kitorang. Nanti kitorang datang, kitorang tibai dia untuk kau.” tambah Julia lagi.

“Weh, jangan la sampai nak tibai orang dekat public. Nanti korang viral dekat Tik Tok macam mana?” gusar Mia.

Julia laju mendecit sambil tersengih. “Lagi bagus kalau viral. Barulah famous aku nanti. Lagi cepat aku dapat jodoh. Hehehe…”
Vivi dan Mia memandang satu sama lain. “Parah betul dia ni…” komen Vivi, menjeling.

Ting!

Mata Mia dan Vivi serentak memandang skrin telefon milik Mia. “Dia dah sampai,” Vivi memandang Mia.

“Kau memang tak nak aku tolong hantar kau ke? Aku tau la kedai kita tak jauh dari situ tapi…” ujar Vivi, risau. Kedua telapak tangannya disapu-sapu.

“Eh, tak payah la… Aku gerak sendiri je. Aku amanahkan kau jaga kedai tau? Tak lama kut aku pergi. Apa apa nanti mesej je aku, okay? Kalau nak call pun takpe.” Ujar Mia, laju mengumpul barangnya.

Beg tangan berwarna putih disangkut pada bahu. “Good luck, Mia!” jerit Julia melihat Mia berlari keluar kedai. Bunyi tumit kasutnya memecahkan keheningan kedai. Vivi berjalan ke kaunter melihat Mia berlari keluar. “Haih… Dah besar kawan aku rupanya…”

RUDY duduk di sebuah meja yang khas untuk dua pelanggan.

Sebuah kerusi kosong berada di hadapannya. Kaki Rudy digoncang penuh kegelisahan. Matanya memandang ke kiri dan ke kanan. Ruang kedai tak terlalu ramai dengan pelanggan tetapi tidak kosong juga. Manik-manik peluh laju dilap dengan tisu yang sedia ada di atas meja.

Tak lama kemudian, matanya memandang seorang wanita yang dikenalinya. Dia tahu itulah wanita yang ditunggunya, Mia Aleena. Tak pernah berjumpa pun tapi ibunya, Puan Afina pernah menunjukkan gambar Mia kepadanya awal-awal sewaktu perihal Mia disebut hampir sebulan yang lepas. Rudy melambai tangan ke arah Mia. Dengan langkah kecil, Mia melangkah mendekati Rudy.

“Maaf sebab saya lambat. Tadi ada masalah sikit.” Lembut Mia meminta maaf. Hendak dia duduk, Rudy cepat-cepat menarik kerusi untuk Mia duduk. “Terima kasih.”

Rudy masih tersenyum mesra. “Takpe, saya faham. Hujung minggu ni banyak kereta,” jawab Rudy, cuba untuk memahami.

Mia lekas menggeleng kepala menafikan tekaan Rudy. “Eh, takde lah… Saya datang sini tak naik kereta pun.” balas Mia. Rudy terkejut. Keningnya dinaikkan tinggi.

“Saya dari tempat kerja,”

“Tempat kerja? Tapi hari ni Ahad. Kenapa awak dari tempat kerja?” soal Rudy kembali ke kerusinya.

“Kedai bunga saya bukak everyday. Saya dari sana la tadi,” jawab Mia dengan senyuman mesra.

“Ohh…” itu sahaja jawapan Rudy. Terlalu pendek sehingga menjadi punca perbualan mereka mati begitu saja.
Kini mereka saling memandang satu sama lain, janggal. “Uhm… Awak nak order sekarang ke?” soal Rudy, jelas gelisah.

Mia mengangguk kecil. “Oh, boleh jugak…” jawab Mia.

Rudy mengangkat tangan, memanggil pelayan. Sepanjang memesan makanan mereka, Rudy dan Mia saling mencuri-curi pandang satu sama lain. Usai urusan memesan makanan, Rudy menggesel-gesel kedua ibu jarinya. Apa lagi yang hendak dibicarakan? Apa yang akan meneruskan perbualan mereka?

Mia pun apa kurangnya? Gelisah menyebabkan matanya tak duduk diam, melilau memandang kiri dan kanan. “Awak kata awak dari kedai bunga awak…? Dekat mana tu?” soal Rudy, berharap usahanya menjadi.

“Oh, tak jauh pun dari sini tujuh lot kedai dari sini je,” jawab Mia, ketawa kecil. “Awak dari mana ni?” soal Mia, cuba mengubah posisi duduknya.

“Saya dari rumah je… Ahad mana kerja, wak…” balas Rudy dengan usikan.

“Awak kerja apa?” soal Mia lagi, curiga.

Rudy bersandar pada kerusi. “Akauntan bank. Dekat Ambank tengah-tengah KL tu,” jawabnya bersahaja. “Takde la hebat mana pun…” tawanya ditambah sebagai perencah rasa perbualan mereka.

“Kerja kena hebat ke?” soal Mia, ketawa kecil sambil menutup mulutnya. “Saya rasa kerja akauntan ni bagus sebab saya rasa accounting ni susah sangat. Bagus la kalau awak buat benda yang awak minat.” senyum Mia lagi.

“Eh, taklah… Saya tak minat pun. Accounting ni untuk career je. Minat saya lain, wak.”

Kedua kening Mia diangkat sedikit. “Oh, ye ke? Awak minat apa?” soal Mia, curiga. Ada sahaja persoalan yang timbul di antara mereka.

“Saya minat wood carving…” jawab Rudy, segan silu. “Lain dengan career path saya, kan…?” soal Rudy, menggosok lehernya.

Mata Mia membulat dan senyumannya melebar. “Eh, serius la? Saya pun suka buat wood carving tapi yang kecil-kecil je la.” Cepat-cepat dia mengeluarkan telefonnya dari dalam beg tangan. Tergantung di bucu telefonnya adalah satu rantai kunci kayu berbentuk haiwan.

“Kucing ke tu?” soal Rudy, merenung rantai kunci itu.

“Bukanlah, ni musang,” jawab Mia, membelek rantai kunci pada telefonnya. “Nampak macam kucing ke?” soal Mia. Makanan yang dipesan mereka tiba di meja. Serentak mereka mengucap terima kasih sebelum pelayan yang menghantar pesanan mereka beransur pergi.

“Hidung dia nampak pendek tapi bila awak cakap tu musang, nampak la,” tawa Rudy. Mia meletakkan telefonnya semula ke dalam beg.

Mia memuncung kecil, hampir tidak kelihatan oleh Rudy. “Tapi ni saya buat dekat lima tahun lepas. First project, pun…” Mia masih cuba untuk mempertahankan dirinya. “Lama dah ke awak minat wood carving ni? Awak ukir apa?”

Mereka mula bergerak untuk menjamu makanan. “Saya kalau carving ni lebih cenderung dengan kraf. Kadang frame gambar, ada masa, bangku, tapi paling susah saya ukir seingat saya, tugu negara.”

“Yang besar ke?”

“Eh! Takde la besar. Lebih kurang dalam lima inci macam tu la, lebih kurang dua belas sentimeter.” Rudy menggeleng-geleng kepalanya, menganggar. “Awak sekarang ukir apa?”

Mia terasa teruja bila ditanya. “Saya masih ukir haiwan-haiwan. Pun tak besar mana la… Dalam saiz lebih kurang sepuluh sentimeter.”

“Kecik,” Rudy mengangguk.

“Kecik, tapi ada masa saya buat besar jugak kalau ada yang nak.” jawab Mia, menguis-nguis mee karinya. “Kiranya kalau awak, awak jual la apa yang awak ukir tu?” soal Mia, curiga. Kuah mee karinya dihirup tanpa berbunyi.

“Takde niat pun nak jual tapi sebab saya selalu letak dekat rumah mak saya, kadang kawan dia, makcik dengan pakcik, diorang suka, so diorang berminat untuk beli. Tapi kadang tu sebab diorang tahu, diorang request la. Sampai saya rasa baik berhenti jadi akauntan, jadi pengukir kayu je tapi mak saya tak bagi buat macam tu.” tawa Rudy.

Mia turut ketawa mendengar cerita Rudy. “Kiranya sekarang awak ukir sebab orang tempah je la?” Rudy mengangguk, mengunyah-ngunyah nasi ayam yang disuap ke dalam mulut. “Awak takde benda yang awak nak ukir ke? Yang awak nak, bukan tempahan orang lain,”

Rudy menelan makanan yang lunyai dikunyahnya. “Ada je,” jawabnya perlahan. Dia mencuri-curi pandang Mia yang sedang menggulung-gulung mee dengan garfu sambil menunggu jawapannya.

“Saya nak ukir nama awak dengan saya dekat hati saya.”

Segala pergerakan Mia terhenti. “Ha?” mukanya merah.

“H… Ha? Kenapa?”

“Awak nak ukir apa tadi awak cakap?” soal Mia, nyaris tergagap.

Rudy cuba untuk kedengaran tenang. “Saya kata saya nak ukir binatang, macam niche awak.” jawab Rudy. Gelabah rupanya…

Mia segan untuk bertanya lebih lanjut. Mukanya merah padam, malu. Dia yakin apa yang didengarnya tadi betul. Jelas dia mendengar apa yang dikatakan Rudy awalnya tadi.

Rudy tersenyum lebar melihat Mia yang masih terdiam malu. Tercetus satu persoalan dalam hatinya. “Mia, boleh saya tanya awak satu soalan?”

Bulat mata Mia seperti biji buah mata kucing. “Ya, saya? Boleh je, tanyalah,” kain gaunnya dipintal, gelisah.

“Masa mak awak atur this little meetup, apa perasaan awak? Awak memang nak jumpa saya ke?” soal Rudy.

Hampir saja Mia menunjukkan ekspresi wajah tergamam setelah mendengar soalan Rudy. Mia berdehem kecil. “Saya…” air liur ditelan perlahan.

“Saya sebenarnya tak kisah pun. Sebab family saya kata saya ni dah tua, tak ada sape-sape lagi.” Perit baginya untuk bercakap jujur tapi diluahkan sahaja. Malu ditolak tepi dan ditutup dengan tawa mesra.

Rudy pelik. “Umur awak baru nak masuk dua puluh lima, kan? Tua ke?” soalnya dengan penuh curiga.

“Perempuan dengan lelaki ni lain, kan? Lelaki kalau umur lebih tiga puluh pun mana ada orang pertikai awal atau lambat kalau nak kahwin.” Senyum Mia lagi.

“Jadi, awak setuju untuk jumpa ni…”

Mia mengangguk. “Saya memang tak kisah. Sebab saya tengok awak baik. Mak awak pun dah selalu mesej saya, cerita pasal awak. So, serba sikit, saya tau la pasal awak,” jawab Mia. “Tapi saya ikutkan je kalau awak sudi nak teruskan perancangan keluarga kita.”

Senyuman Rudy muncul semula. Pipinya bertukar kemerahan mendengar jawapan positif Mia.


EKOR bibir Rudy dari telinga ke telinga. Lebar senyumannya sehingga ternampak susunan giginya dari dalam mulut. Telefonnya dilekap ke telinga, menunggu panggilan dijawab.

Beep!

“Ha, kau nak apa kacau cuti aku ni?” soal Aina, kasar suaranya menjawab.

“Wei, takde niat dowh nak kacau kau tapi sebab kau kawan aku…”

“Kau mana ada kawan lain dah selain aku. Ha, kenapa?” laju Aina memotong kata-kata Rudy sambil mengeluh kecil.

“Eh, kau ni, bagi aku habiskan cerita la.” Balas Rudy, mendecit malas.

Aina menggeleng di hujung talian. “Ha, yelah… Cepat la cerita.”

Sengihan Rudy kembali mekar melebar pada wajahnya. “Weh, akhirnya aku jumpa aku punya missing puzzle! Pasangan hidup aku!”

“Hah?” sebelah kening Aina terangkat. Laju tubuhnya ditolak duduk di atas sofa di rumah. “Cuba la cerita bagi full. Ni tetibe je, apehal?” soal Aina, bingung.

“Ingat tak haritu mak aku ada cari kan sorang perempuan ni untuk aku? Weh, aku dah jumpa dia tadi. Ya Allah, indahnya ciptaan tuhan! Mak aku tau taste aku weh. Aku nak balik rumah mak aku, cium pipi dia!” sorak Rudy gembira. Stereng kereta ditepuk-tepuk teruja. Mujur hon tak berbunyi.

“Lah, kan elok camtu? Haritu kau beriya-iya taknak, taknak… Aku kan dah kata, kau jumpa dulu, mana tau suka. Nama dia apa? Perangai dia camne? Jangan cakap jenis ‘pick me’ pulak, aku anti betul orang spesis camtu.”

“Fuh! Nama dia, Mia Aleena, umur dia 25. Kerja kedai bunga kat area situ gak au. Eh, tak jauh rupanya tempat kerja dia dengan kafe kitorang jumpa tadi. Jarak tujuh kedai je, wei. Bunyi macam dekat, kan? Tapi untuk perempuan secantik dan selembut dia, tujuh kedai tu jauh gak weh. So, tadi habis makan, aku hantar la dia balik tempat kerja dia. Kesian, takut lak kaki dia sakit berjalan.”

Bila disangka Rudy sudah habis bercerita, Aina membuka mulut untuk memberi pandangannya tetapi laju Rudy menyambung cerita. “Itu pun, aku drop dia depan kedai, dia mintak maaf berkali-kali tau. Ya Allah, sopan betul bakal isteri aku.”

Pam! Pam! Pam!

Stereng kereta dipukul-pukul. “Bakal isteri terus eh?” kuat ketawa Aina melalui panggilan telefon antara mereka. “Memang dah confirm ke ni?” soal Aina, curiga, tersengih lebar.

“Uish, tak tau. Aku nak pergi menghadap ibunda dulu. Dia mintak kata putus aku face to face, beb. Nak tak nak, aku kena akur. Maklumlah, aku ni anak tersayang.” Riak jawab Rudy. Kini roda sterengnya diusap lembut setelah didera berkali-kali dalam tempoh kurang dua belas jam.

Aina ketawa, menggeleng-geleng. “Kalau aku la kan, weh, aku rasa elok sangatlah kau terima je si Mia tu. Dengar cerita kau, kalau aku ni takde dekat jalan yang benar, aku curi line.”

“Woi!”

“Eh, aku straight, okay?” jeling Aina di sebalik panggilan telefon mereka. “So, kau takyah risau ah. Kau takde saingan. Ha! Ha! Ha!”

Rudy merehatkan kepala pada buku limanya. Tangan kanan sudah bersangkut pada tingkap kereta. Angau cintanya perlahan-lahan memasuki ruang kepalanya.

Rudy tersengih sendiri, senyum seperti kerang busuk. “Hmm… Betul cakap kau, beb. Cantik gila Mia tu… Sumpah. Softcore style.” Pujian Rudy ditambah-tambah lagi.

“Ha, iyelah. Softcore ke, hardcore ke, berekor ke… Asalkan kau suka.” Sokong Aina. “Kau, kalau dah berkenan, kahwin je, Rudy... Kau ingat senang ke mak kau nak cari kan kau calon bini? Banyak effort mak kau nak cari kan kau calon bini. Maklum la, tak ramai yang nak kahwin dengan muka tenuk macam kau. Takde kut rasanya?”

Hilang sengihan Rudy. “Aih, kasar nampak? Dah tu, kau tu lawa sangat la nak cakap muka aku macam tenuk? Kau, gewe mana? Aku rasa kau ni single sejak mak kau tunang dengan ayah kau.”

“Woi, agak sikit eh? Aku ni, kalau nak…”

Ktak!

“Petik jari je dah boleh dapat, bro,” jawab Aina. Ikutkan hati, nak saja disiku si Rudy tu. Mujur sahaja lah mereka berborak dalam telefon.

Rudy memandang serong telefonnya yang disangkut pada pemegang telefonnya di dalam kereta. “Eleh, cakap je memang boleh nak kencing ah… No proof, no talk, kak.” Lidah Rudy dijelir keluar.

Beep!

Panggilan dimatikan.

Rudy terus mengelamun bahagia.

“Mia...”

Share this novel

shirafeysa
2024-03-19 12:19:48 

<a>nice</a>


NovelPlus Premium

The best ads free experience