44

Romance Series 93217

Ezmal sengaja mengambil cuti pada hari ini demi menjaga Ramona di hospital. Kebelakangan ini dia dan Aayra sering bergilir - gilir menjaga Ramona di hospital memandangkan kesihatan Ramona sudah semakin merosot. Keadaan Ramona saat ini sangat memerlukan waris sentiasa berada di sisinya. Memandangkan Ramona tidak mempunyai keluarga lain, makanya Ezmal dengan rela hati ingin menjaganya di hospital. Jika keadaannya tidak mengizinkan, Ezmal pasti akan menghubungi Aayra untuk menggantikan dirinya.

Seawal jam 7 pagi Ezmal sudah terpacak di hadapan katil Ramona. Awal - awal lagi dia sudah mengarahkan Aayra untuk pulang ke rumah memandangkan wanita itu masih punya suami dan anak - anak yang perlu diuruskan. Wajah Ramona ditatap sepintas lalu sebelum tangannya sibuk menghidangkan sarapan buat wanita itu. Bukan apa, kelak apabila Ramona terjaga dari tidurnya semua hidangan sudah tersedia untuk dinikmati. Jadi tidak perlulah Ramona menunggu lama.

Bau perfume 1 in million dari Paco Rabanne itu begitu menusuk - nusuk hidung Ramona sehinggakan memaksa dirinya membuka mata. Ramona menoleh ke sisi. Kelihatan Ezmal sedang berdiri di tepi katil sambil menyediakan sarapan pagi buatnya. Bibirnya menguntum senyum. Aroma wangian yang digunakan Ezmal benar - benar memukau deria baunya. Sebetulnya dia sudah dapat mengagak dari awal lagi bahawa bauan itu datangnya dari Ezmal kerana perfume itu merupakan perfume kegemaran Ezmal.

“Good morning, princess!!" Sapa Ezmal sebaik Ramona membuka matanya.

“Good morning, Ezmal! Awal you sampai hari ni? Aayra mana?" Soal Ramona.

“She’s going back already. By the way, you nak mandi tak? I panggilkan nurse untuk you ok? Lepas tu kita dah boleh breakfast sama - sama." Cadang Ezmal.

Ramona mengangguk setuju. Tidak menunggu lama, Ezmal segera mendapatkan bantuan daripada jururawat - jururawat yang bertugas. Sudah menjadi kebiasaan buat Ezmal sementara menanti Ramona dimandikan, dia akan menanti di luar pintu dengan penuh sabar. Sesekali dia membelek telefon bimbitnya. Tiba - tiba fikirannya mula memikirkan sesuatu. Sehingga kini dia masih belum mengetahui siapakah bapa kepada bayi yang dikandung Ramona. Malah Aayra dan Harraz juga tidak pernah menceritkan apa - apa kepadanya. Terdetik di hati Ezmal untuk bertanya, namun dia bimbang jika soalannya itu bisa merubah emosi Ramona.

“Encik dah boleh masuk ye. Pesakit dah kami siapkan." Ujar seorang jururawat lalu pergi meninggalkan Ezmal sendirian di situ.

Ezmal kembali mendapatkan Ramona yang sudah sedia menantinya di dalam. Senyuman manis terukir di bibir wanita itu. Sementara tangannya pula mengusap - usap perutnya yang semakin memboyot. Melihatkan situasi itu, Ezmal dihantui perasaan sayu. Entah bagaimanalah nasib bayi itu nanti? Mengikut kata doktor, bayi di dalam kandungan Ramona itu kini membesar dengan baik walaupun pada awal dahulu berlaku sedikit komplikasi kepadanya. Namun begitu, bayi itu tidak akan terkecuali untuk mewarisi penyakit ibunya.

“You tak kerja ke hari ni, Ezmal?" Soal Ramona sekaligus mematikan lamunan panjang Ezmal.

“Tak. I ambil cuti. Just wanna spent times with you. Lagipun dah lama I tak ambil cuti. So, tak salah kan?" Balas Ezmal.

“Orang lain ambil cuti berehat dekat rumah. You ambil cuti, jaga I kat hospital pulak." Ujar Ramona bersama tawa kecil.

Ezmal tersenyum. Namun begitu matanya masih tetap setia memandang ke arah perut Ramona. Nalurinya kuat meminta - minta supaya bertanyakan hal itu kepada Ramona. Namun akalnya melarang. Sebolehnya Ezmal tidak mahu mencetuskan suasana yang janggal di sini. Tetapi jika dia tidak bertanyakan hal itu sekarang, bagaimana dia ingin mencari bapa kepada bayi itu? Lagi pula sudah tidak banyak masa yang tinggal. Jadi Ezma harus menggunakan peluang yang ada itu dengan sebaik - baiknya.

“Mona.." Panggil Ezmal perlahan.
Ramona mengangkat sedikit wajahnya menghadap Ezmal.

“Kalau I nak tanya you sesuatu boleh tak? But it's ok. I tak paksa you untuk jawab. Kalau you sudi nak jawab, I sangat berbesar hati untuk mendengar." Ujar Ezmal lembut.

Pandangan Ezmal dan Ramona bersatu. Entah mengapa Ramona berasa sedikit gementar. Dari riak wajah Ezmal, kelihatan lelaki itu sangat serius pada ketika ini. Tidak ada secalit senyuman pun yang terukir di bibirnya.

“You nak tanya apa? Tanyalah. In shaa Allah, kalau I mampu jawab, I jawab." Balas Ramona ringkas.

Ezmal dilihat menarik nafas panjang sebelum dilepaskannya perlahan - lahan. Pandangan mereka masih bersatu. Ramona semakin cemas. Pelbagai persoalan bermain di mindanya kini.

“Boleh I tahu siapa bapa kepada baby yang you kandungkan sekarang ni?" Soal Ezmal penuh hemah.

Ramona kaget. Dia menelan air liur laju. Sangakanya Ezmal tidak akan pernah ambil tahu tentang hal itu. Apatah lagi bayi yang dikandungkannya itu bukan dari darah dagingnya sendiri. Perlahan - lahan Ramona menundukkan kembali wajahnya ke lantai. Lama dia mendiamkan diri. Dia cuba mencari kekuatan untuk menceritakan segala - galanya kepada Ezmal.

“Baby ni anak Zafriel. You kenal Zafriel kan?" Ramona menjawab perlahan.

“Zafriel? Zafriel pemilik agensi permodelan tu?" Soal Ezmal lagi meminta kepastian.

Ramona mengangguk. Namun tidak sedikit pun dia menoleh ke arah Ezmal. Dia benar - benar malu kepada Ezmal. Selama mereka menjalinkan hubungan, Ezmal tidak pernah sekali pun cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Walaupun dia pernah cuba untuk menggoda lelaki itu, namun Ezmal tetap berpegang teguh dengan pendiriannya. Dia tidak akan sesekali menyentuh mana - mana perempuan selagi gadis itu tidak menjadi miliknya yang sah.
Hal itu jugalah yang membuatkan Ramona semakin mengagumi Ezmal.

“Then, dia tahu tak yang you tengah mengandungkan anak dia ni?"

“Tahu. Lagipun dia sendiri yang minta I gugurkan kandungan ni. He refused to be responsible for this baby." Luah Ramona sayu.

Ezmal mengeluh. Kepalanya digeleng - geleng. Sungguh dia tidak memahami dengan sikap segelintir manusia seperti Zafriel. Sudahlah hidup berlandaskan nafsu semata - mata. Kemudian dengan tanpa rasa berdosa, dimintanya pula Ramona!menggugurkan bayi di dalam kandungannya itu. Dimana letaknya sifat perikemanusiaan di hati lelaki itu? Tidak semena - mena, Ezmal berasa sebak. Sebak memikirkan nasib yang bakal dilalui oleh bayi yang dikandungkan Ramona itu nanti.

“Selama ni kandungan yang you gugurkan tu anak Zafriel juga ke?" Soal Ezmal tidak berpuas hati.

Ramona mengangguk. Wajahnya sudah kemerahan menahan malu. Betapa jahilnya dirinya dirasakan. Melakukan dosa tanpa rasa malu. Selama ini dia hanya memikirkan keseronakan hidup sahaja. Pengakhirannya inilah balasan yang harus ditanggungnya.

“How about you and Yasir? Did Yasir know everything about this? What did his said?" Wajah Ezmal semakin menegang.

Ramona diam tidak berkutik. Tidak sedikit pun dia menunjukkan minat untuk menjawab soalan itu. Baginya Yasir dan Zafriel langsung tiada beza. Kedua - duanya hanya tahu mengambil kesempatan ke atas dirinya demi kepuasan mereka sendiri. Terutamanya Yasir. Lelaki itu terus sahaja menghilang tanpa khabar berita sebaik mengetahui tentang penyakit yang dihidapi Ramona. Lebih menyakitkan hati, dia dibuang bagai sampah yang tidak berguna lagi. Jadi untuk apa lagi dia terus menagih belas kasih dari orang yang membuangnya? Lebih baik dia hidup sendiri walaupun ianya agak menyakitkan.

“It's ok, Ramona. Just forget it. Anggap je I tak tanya apa - apa tentang soal tu. Soal Zafriel tu you jangan risau. Tahulah I macam mana nak settle kan nanti. Sekarang ni, you rehatlah. If you perlukan apa - apa, I ada di sini temankan you, ok?" Ujar Ezmal bernada memujuk.

Sejujurnya dia sudah dapat mengagak akan jawapan untuk soalannya itu. Tiba - tiba hatinya menjadi panas memikirkan perbuatan Zafriel dan Yasir. Namun dia tidak mahu menunjukkan perasaan amarah itu di hadapan Ramona. Biarlah dia selesaikan

dengan caranya sendiri. Apa yang pasti dia akan pastikan Zafriel dan Yasir datang melutut di hadapan Ramona sebelum terlambat. Itu janji Ezmal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience