Bab 2

Humor Completed 28838

(Day 1)

"Cik, bangun cik. Bangun!"

Dhia terbatuk-batuk sambil mengeluarkan air yang berlebihan di dalam paru-parunya. Dia rasa lega kerana dapat kembali bernafas. Namun begitu, nafasnya masih tersekat-sekat. Dia memandang sekeliling. Buat seketika, dia terlupa di mana dia berada. Kemudian, apabila pandangan matanya sudah mula menyesuaikan diri, dia kembali mengingati semuanya. Dia juga ingat yang dia hampir lemas.

'Siapa yang selamatkan aku?'

"Cik tak apa-apakah?" tanya suatu suara. Dhia memerhatikan lelaki dihadapannya itu. Baju lelaki itu lencun kebasahan. Rambutnya juga basah. Dia kelihatan risau. Dalam keadaannya begitupun dia kelihatan menarik. Mukanya persis wajah Fizo Omar.

'Ish gatal!' Marah Dhia.

"Cik, tak apa-apa?" tanya lelaki itu lagi.

"Awak yang selamatkan saya?" tanya Dhia. Lelaki itu menganggukkan kepalanya. Dhia tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.

"Macam mana cik boleh jatuh dalam kolam tadi?" tanya lelaki yang belum diketahui namanya lagi.

"Saya kena tolak." Jawab Dhia dengan pendek.

Keadaannya yang basah serta letih itu membuatkan dia kurang bercakap, tetapi nafasnya sudah kembali normal.

Lelaki itu seperti memahami keadaannya terus berkata, "Kalau cik tak apa-apa, mari saya hantar ke bilik hotel cik."

Dhia menggelengkan kepalanya. "Tak apa, saya boleh jalan sendiri. Boleh saya tahu nama penyelamat saya?"

Lelaki itu tersenyum sambil berkata, "Faiz. Faiz Izuddin. Lifeguard di sini."

"Dhia Arifah. Panggil Dhia aja. Terima kasih ya Faiz." Ujar Dhia sambil berlalu. Faiz melihat kelibat Dhia menghilang.

--

"Sayang, nah kopi, I buatkan." Ujar Rafidah sambil tersenyum ke arah tunangnya, Hafizul.

Hafizul menghirup kopi itu dengan perlahan.

"Dear, I dah tak sabar nak sehidup semati dengan you. I selalu berangan, bila I bangun pagi, you yang kejut. Tidur, you yang dodoikan. Dear, I really really love you." Ujar Hafizul. Sudah berkali-kali dia mengulangi kata-kata cinta itu namun dia tidak jelak. Sememang hatinya hanya milik seorang wanita yang berada di hadapannya. Rafidah tersenyum. Tipulah kalau dia kata dia tidak terharu dengan kata-kata manis tunangnya itu. Namun, hatinya bimbang. Tiada siapa tahu apa yang akan terjadi esok hari. Bah kata pepatah, kita boleh merancang, Tuhan yang menentukan.

"Sayang, I pun. Sabarlah. Tak lama. Lagi 5 bulan sayang." Kata Rafidah akhirnya.

Hafizul memandang wajah tunangannya. Hatinya damai tatkala melihat wajah Rafidah. Tiada kata dapat menerangkan betapa kasihnya dia.

"Kak Idah! Abang Zul! Ish. Mana boleh duduk berdua-duaan kat dalam bilik ni? Boleh kena tangkap khalwat tau!" tegur Dhia yang baru sahaja masuk dalam bilik. Dia tahu, Radiah berada di dalam bilik air, namun dia sengaja mahu mengusik.

"Eh, Dhia. Masuk tak bersalam, dosa tau. Radiah ada dalam bilik air tuh. Mana ada kita berdua-duaan kan Sayang?" bantah Rafidah. Hafizul hanya tersenyum. Dhia mencebik tanda meluat.

"Yang kau basah ni kenapa? Dari mana?" tanya Rafidah dengan hairan.

"Orang dari kolam renang tuh." Jawab Dhia pendek. Dia mahu segera tukar bajunya yang basah.

"Dhia berenang pakai baju ni? Bolehkah?" tanya Hafizul pula.

"Jap, kau mana tahu berenang Dhia," bantah Rafidah.

Dhia hanya tersengih dan terus masuk kedalam bilik air apabila Radiah keluar. "Kenapa dengan Dhia?" tanya Radiah pula.

--

Dhia keluar dari bilik air. Dia bingit kerana ditinggalkan sepupunya.

'Orang dah suruh tunggu. Tsk. Tak sabar!' Rungut Dhia. Dia mengerling ke jam tangannya. Waktu sudah berdetik pukul 6 petang. Perutnya sudah bermain lagu keroncong. Dia bersiap ala-kadar dah melangkah keluar dari biliknya. Kerana ini hari pertamanya di Kuala Lumpur, Dhia bercadang untuk makan malam di hotel sahaja. Dia pun menuju ke restoran yang ada.

--

"Zaiful, kenapa awak hendak jumpa saya?" tanya Radiah. Dia memerhatikan wajah jejaka yang telah mencuri hatinya. Dia mengeluh. Entahlah, dia sendiri hairan dengan perubahan hubungannya.

"Radiah, saya nak minta maaf. Saya sedar, sejak dua menjak ini, saya sering marah-marah dengan awak. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa. Tapi saya harap awak faham dan beri saya masa. Percayalah, saya masih sayangkan hubungan kita," pinta Zaiful dengan tenang. Dia merenung wajah wanita yang berada dihadapannya. Walaupun usianya baru menjangkau 25 tahun, wanita itu sudah mempunyai kerjaya yang stabil. Keyakinannya yang tinggi serta sikapnya yang sopan santun itu mencuri hatinya. Malah disenangi semua. Ditambahkan dengan wajahnya yang mempunyai natural beauty, sememangnya dia beruntung dapat memiliki wanita ini.

"Awak, saya juga sayangkan hubungan ini. Tapi, janganlah awak dingin aja dengan saya. Kitakan ke mari untuk bergembira. Semua sedar tentang hubungan dingin kita. Semua risau. Saya harap, awak janganlah tunjukkan sikap dingin awak depan mereka. Sungguhpun awak dingin dengan saya, janganlah awak libatkan mereka. Mereka tak salah apa-apa." Pinta Radiah. Mereka yang dimaksudkan adalah keluarganya. Zaiful mengangguk.

"Terima kasih. Jomlah makan." Ajak Zaiful.

Radiah menggelengkan kepala. "Saya tak lapar. Awak sajalah makan. Saya nak balik bilik. Assalamuailaikum."

Zaiful hanya mengangguk sambil melihat Radiah berlalu. Dia mengeluh lagi.

--

"Lady."

Dhia yang baru hendak mulakan suapannya terhenti. Dia mendongak. Dahinya berkerut.

"Lady, may I sit down?"

Dahinya semakin berkerut. Dia memandang restoran itu. Kelihatan banyak lagi tempat duduk kosong.

"I just want to talk to you. For awhile."

Nada suara lembut lelaki itu membuatnya semakin pelik. 'Tadi petang kemain lantang lagi suara. Kenapa pulak sekarang suara macam budak lelaki belum pecah suara lagi. Lembut semacam.' Fikir Dhia.

Dhia hanya mengangguk. Lelaki itu menarik kerusi di hadapannya lalu melambuh punggung.

"So?" tanya Dhia. Perutnya yang berkeroncong meminta makan terpaksa dia tangguh dulu. Dia tidak selesa hendak makan di hadapan lelaki itu.

"Well, I want to say I'm sorry. For this afternoon."

"Sorry? Lepas awak sengaja tolak saya, sorry je yang awak mampu buat? Eh, Encik, for your information, saya hampir lemas tau!" marah Dhia. Hatinya kembali panas mengingati kejadian tadi. Semenangnya dia berhasrat untuk mencari lelaki ini dan memarahinya.

"Saya minta maaf. Manalah saya tahu awak tak boleh berenang. Awak tak bilang saya pun."

"Habis, takkan saya nak letak sign kat kepala yang mengatakan saya tidak tahu berenang. It's basic manner, not to push anyone in the pool. Or anywhere, in that matter of fact, dude." Tempelek Dhia.

"Well, that would be hilarious. Again, saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut tolak awak. But seriously, umur awak dah berapa masih tak tahu berenang?"

Mata Dhia mencerlung memandang lelaki itu. Kalau boleh, nak aja dia telan hidup-hidup lelaki kerek ni.

"Suka hati akulah nak tahu berenang tidak." Gumam Dhia dengan perlahan. Walaupun begitu, kata-katanya didengari lelaki itu.

"Saya Khairun Iqbal." Lelaki itu berkata sambil ketawa.

"Tak tanya pun." Jawab Dhia dengan nada mengejek. Hatinya masih sakit. Sekali lagi lelaki yang bernama Iqbal itu tertawa.

"Why do you look so amused?" marah Dhia.

"Awak kelakar. Macam budak-budak. Siapa nama awak?" tanya Iqbal.

"Hello, saya masih budak-budak. It's called young at heart. Apa yang awak tahu? Asyik nak marah aja. Nama saya Dhia Arifah. Panggil Dhia for short."

Ketawa Iqbal sekali lagi meletus. "Young at heart? Umur awak sebenarnya berapa?"

"Eh, tak ada orang bilang awak eh Encik Khairul, jangan tanya perempuan berapa umur mereka. It's a sensitive question."

"Kata masih budak-budak, mana awak tahu itu sensitive question? By the way, nama saya Khairun Iqbal. With an N. Bukan L. But saya prefer orang panggil saya Iqbal." Senyuman Iqbal melekat di muka. Dia rasa seronok berbual dengan wanita di hadapannya.

"Ish, saya berumur 22 tahun lah! Dah, shoo. Saya nak makan, boleh tak awak belah?" marah Dhia. Perutnya yang sudah lapar tidak boleh ditahan lagi.

"Oklah fine. Saya 25. Jadi tak jauh lah umur awak dengan saya. Tapi mengapa perangai awak macam budak-budak eh?"

"Kan saya dah kata saya masih budak-budak!" bentak Dhia. Ketawa Iqbal meletus lagi. Tawanya yang kuat membuat pengunjung-pengunjung bersebelahan mereka menoleh.

"Diamlah, tak malu ke ketawa kuat-kuat? Boleh tak awak pergi? Saya nak makan. Saya dah lapar. Kalau lagi lama saya kena tunggu saya boleh makan meja sekali!" marah Dhia.

"Ok saya akan pergi. But saya nak tahu, awak maafkan sayakan?"

"Tak. Siapa kata saya maafkan awak?"

"Tapi..."

"Saya cuma maafkan awak bila saya dapat tolak awak ke dalam kolam renang."

"Or dinner? Saya belanja awak dinner, awak maafkan saya. Macam mana?" cadang Iqbal.

Dhia memandang Iqbal sambil mengerut dahi. "Dinner? Hello, kan saya kata, saya hampir lemas. Saya hampir hilang nyawa saya tau. Nyawa saya lebih berharga dari dinner."

"Fine, bila-bila awak nak, awak boleh tolak saya dalam kolam. Bukannya saya tidak tahu berenang pun. But I'll still take you out for dinner? Besok, pukul 6.30pm saya tunggu awak kat lobi." Ujar Iqbal. Dia tidak menunggu lama. Dia terus bereda.

'Aik, aku tak cakap pun aku setuju.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience