Bab 6

Humor Series 30996

Semenjak dari itu, kekerapan Azlan untuk datang ke kedai buku itu meningkat secara mendadak. Kalau sebelum ini cuma diwaktu rehat, Azlan membuat keputusan untuk datang sebelum dia masuk kerja, waktu rehat, dan sebelum dia pulang dari kerja.

Namun, apa yang Azlan dapat cumalah kehampaan yang terus menerus.

Mengapa?

Kelibat Lisa semakin tidak kelihatan di mana-mana sudut dalam kedai buku ini. Di kaunter, di rak buku, atau di mana mana sahaja (kecuali stor walaupun Azlan pernah cuba masuk tapi selepas itu dimarah oleh pekerja yang berbadan sado. Terus Azlan insaf dan bertaubat). Sudah dua minggu berlalu dan keadaan ini masih berterusan.

Terfikir akan Azlan beberapa kemungkinan yang berlaku.

Adakah Lisa sudah berhenti kerja?

Adakah Lisa mula berasa takut kerana sedar akan kehadiran dirinya yang terlalu kerap di kedai buku tersebut?

Adakah Lisa sudah mula membencikan dia?

Ini menyedihkan Azlan. Sungguh.

Ditambah pula dengan suasansa tempat kerja yang lansung tidak menggembirakan dirinya, dirasakan amatlah perlu sekurangnya dia mencari satu dua punca untuk dia berasa gembira. Silap Azlan juga memilih salah satu dari kaedah itu adalah dengan mencuri lihat gadis bidadari.

Kalau 2 minggu lepas, Azlan akan tersenyum lebar setiap kali keluar dari kedai buku.

Namun, tidak untuk hari ini dan mungkin, hari seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience