51

Romance Series 93218

Sejak tadi bibir Harraz langsung tidak lekang dari mengukir senyuman. Fikirannya hanya asyik terbayangkan raut wajah isterinya di rumah. Malah sikap kenakalan Aayra itu tadi benar - benar mencuit hatinya. Tanpa sedar Harraz tertawa sendiri mengenangkan peristiwa pagi tadi. Sungguh dia terasa bahagia.

“Hai, bukan main happy lagi aku tengok kau sejak dari pagi tadi? Ada apa - apa ke? Jangan - jangan kau nak jadi daddy lagi tak? Share la dengan aku sama!” Sapa Ezmal yang entah dari mana munculnya.

Harraz kembali tersedar dari lamunannya apabila disapa oleh Ezmal. Lelaki itu dilihat begitu teruja memandang ke arahnya. Harraz tertawa kecil lantas kepalanya digeleng laju.

“Ishh, merepek aje kau ni. Nuffan dan Nufael tu kecik lagilah. Bagilah chance diorang bermanja - manja lebih sikit. Lagipun aku pun tak nak lah susahkan Aayra tu lagi. Sakit bersalin hari tu pun tak hilang lagi. So biarlah dia rest puas - puas dulu. In shaa Allah kalau ada rezeki anak lagi, adalah tu nanti.” Balas Harraz tenang. Mana mungkin dia menceritakan apa yang bermain di fikirannya saat ini kepada Ezmal. Ianya terlalu peribadi.

Ezmal tertawa lucu. Sejujurnya dia tidak kisah seandainya Harraz tidak mahu bercerita apa - apa kepadanya kerana fikirnya ianya mungkin terlalu peribadi buat Harraz. Lagi pula tujuannya ke mari bukanlah untuk mengambil tahu akan hal itu sebaliknya ianya lebih kepada ingan meluahkan rasa hatinya tentang apa yang terjadi di dalam kehidupannya kebelakangan ini.

“Yang kau ni, nampak kusut je kenapa? Ada masalah lagi ke dekat rumah tu?” Soal Harraz tiba - tiba.

Keadaan yang sebelumnya kelihatan sedikit santai kini sudah berubah menjadi tegang. Raut wajah Ezmal turut berubah suram. Kini pandangannya jatuh ke lantai. Satu keluhan berat dilepaskan dari bibirnya.

“Entahlah, Raz. Aku tak tahu macam mana nak cerita dengan kau. Serabut aku rasa. Macam - macam benda yang ada dalam fikiran aku sekarang ni. Sampai satu tahap aku sendiri jadi blur. Tak tahu nak settled kan yang mana dulu.” Luah Ezmal bersama nada yang kecewa.

Harraz langsung berdiri lalu langkah kakinya diatur menuju ke arah Ezmal. Bahu jejaka itu dipaut lalu dia mengajak Ezmal duduk di ruangan sofa yang terdapat di dalam biliknya. Timbul perasaan simpati di hatinya saat melihat raut wajah Ezmal yang kusut itu. Sedikit sebanyak Harraz sudah dapat mengagak punca sebenar permasalahan ini.

“Ok sekarang kau cerita dengan aku, apa yang mengusutkan kepala kau sangat ni? Ada kaitan dengan Maryam ke? Atau Yasir ada buat masalah lagi?” Soal Harraz prihatin.

Ezmal diam tidak berkutik. Pandangannya jauh merenung ke hadapan. Lama dia berkeadaan begitu sebelum Ezmal meraup wajahnya kasar. Keluhan demi keluhan terbit dari bibirnya. Ternyata masalah yang ditanggungnya sangat berat baginya. Belum pernah Harraz melihat Ezmal berada dalam situasi yang sekusut itu.

“Aku tak tahu sampai bila dia nak jadi macam tu. Berkurung dalam bilik sepanjang hari. Langsung tak ada rasa tanggungjawab terhadap si Maryam tu. Kalau betul sekali pun Maryam tu bukan anak kandung dia, tapi kau tunjuk la sikit belas ehsan kau dekat budak kecik tu. Ini tak. Pandang pun tak nak. Sentuh apatah lagi. Jijik sangat agaknya dengan si Maryam tu. Padahal budak tu tak berdosa pun.” Luah Ezmal akhirnya.

“Maksud kau, Yasir la sekarang ni ye?” Soal Harraz lagi.

Ezmal mengangguk perlahan. Bagi Ezmal, Yasir lah punca permasalahannya ketika ini. Setiap kali memikirkan tentang adiknya itu, Ezmal pasti jiwanya menjadi tertekan. Manakan tidak. Sejak kematian arwah Ramona, semua beban kini terletak di
bahunya. Malah sejak dari kes tempoh hari, hubungan Tan Sri Zamir dan Yasir menjadi semakin tegang. Puas dia memujuk bapanya itu agar memberi ruang kemaafan kepada Yasir. Namun hasilnya tetap sama.

“Boleh aku tanya kau sesuatu?” Harraz merenung tepat ke arah anak mata Ezmal. Dia cuba mencari sebuah kebenaran di situ.

“Tanyalah.”

“Kau masih marahkan Yasir ke dengan apa yang terjadi sekarang ni? Atau kau masih belum dapat maafkan dia?” Soal Harraz.
Ezmal tersentak. Pantas wajah Harraz ditatap lama. Entah mengapa dia merasakan soalan itu agak ‘tricky’ baginya untuk menjawab. Sejujurnya Ezmal sendiri tidak pasti apa yang dirasakannya saat ini.

“Kenapa kau tanya aku macam tu?” Soal Ezmal kembali.

Harraz tersenyum kecil lalu dia membetulkan duduknya agar lebih selesa. Wajah sugul Ezmal ditatap lembut.

“Macam ni lah, Ez. Aku tak nak sebelahkan sesiapa dalam hal ni. Baik dari pihak kau, mahupun di pihak Yasir. Bagi aku masing - masing ada salahnya dalam hal ni. Salah kau, ialah kau terlalu mendesak Yasir untuk bertanggungjawab di atas semua perkara. Walhal kita sendiri tahu apa yang terjadi terhadap arwah Ramona selama ini bukan sepenuhnya datang dari kesilapan Yasir. So hal ini mungkin agak membebankan Yasir. Apatah lagi dia masih dalam keadaan trauma dengan apa yang telah menimpa diri arwah Ramona. Untuk dia terus pikul tanggungjawab menjadi bapa kepada Maryam, bukan semudah yang disangka, Ezmal. Nak - nak pulak dia sendiri masih belum bersedia untuk menerima berita ini. So kau rasa, dia mampu ke nak hadap semua masalah ini dalam satu masa?” Harraz cuba untuk berdiskusi dengan Ezmal dalam keadaan yang tenang.

Ezmal terdiam. Lama dia cuba untuk menghadam setiap baris ayat yang keluar dari bibir Harraz itu. Entah mengapa dia seakan terpukul dengan kata - kata Harraz sebentar tadi. Namun Ezmal tidak menyalahkan Harraz. Apa yang diperkatakan oleh sepupunya itu ada benarnya. Selama was yini dia ygy yang tidak terfikir sehingga ke tahap itu. Apa yang Ezmal tahu, dia hanya ingin Yasir bertanggungjawab di atas semua kesalahan yang dilakukannya tanpa memikirkan sedikit pun tentang perasaan adiknya.

“Dan Yasir pula bersalah kerana dia langsung tak nak beri kerjasama dalam menyelesaikan masalah korang ni. Walhal dia sendiri yang cetuskan masalah ini awal - awal dahulu. Sepatutnya bila keadaan dah jadi makin worst macam ni, perkara pertama yang Yasir kena buat adalah dengan memohon kemaafan dari kedua orang tua korang. Pujuk dan rayulah sepuas - puasnya agar hati uncle terbuka untuk memaafkan segala kesilapan dia. Bukannya hanya berkurung dalam bilik macam tu. Percayalah, semua tu tak kan selesaikan apa - apa. Keadaan akan jadi makin teruk lagi adalah. So, apa yang aku boleh rumuskan dekat sini, korang semua kena b. Duduk berbincang sama - sama. Cari apa solution yang terbaik untuk masalah korang ni. Di samping tu, teruslah berdoa kepada Allah agar permudahkan segalanya. Ringankan segala ujian yang DIA beri kepada keluarga korang. In shaa Allah, Ez. Aku yakin semuanya akan selesai dengan cara yang baik.” Tambah Harraz panjang lebar.

Akhirnya Ezmal mengangguk setuju. Benar. Apa yang diperkatakan Harraz itu tadi semuanya benar belaka. Mereka seharusnya bersepakat dalam mencari jalan penyelesaian. Bukannya terus menuding jari di antara satu sama lain seperti itu. Dalam tidak sedar, bibirnya mula menguntum senyum.

“Thanks bro! Thank you so much! Kalau takde kau, aku tak tahu dengan siapa lagi aku nak luahkan semua ni. I’m really appreciated it! In shaa Allah, aku akan ikut nasihat kau tu. Kau doakan semoga semua masalah ni akan selesai dengan cepat ok? Aku betul - betul dah serabut sekarang ni.” Luah Ezmal sambil memaut bahu Harraz mesra.

“Don’t worry, Ez. Kita kan bersaudara. Tak perlu nak ucap terima kasih bagai. Kalau bukan aku, siapa lagi yang nak bantu keluarga kita ni kan? In shaa Allah, apa yang aku boleh tolong, aku tolong. Yang penting kau kena sentiasa berdoa kepada Allah agar permudahkan semuanya. In shaa Allah, ada jalannya tu nanti. Cepat atau lambat sahaja.” Nasihat Harraz lagi.

Ezmal mengangguk faham. Sebelum meminta diri untuk beredar, sekali lagi tubuh sasa Harraz dipeluk erat sebagai tanda berterima kasih dengan segala kata nasihat yang diberikan oleh lelaki itu sebentar tadi. Kini hatinya sudah mula berasa sedikit tenang dan lapang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience