BAB 24

Drama Completed 44039

(malamnya)

Nabilla mengemas ruang tamu yang telah digunakan.Dia menarik nafas panjang.Teringat pula kejadian di petang tadi membuatkan dia tersenyum.

"Erm!Sedapnya laksa ni!"puji Irwan dan itu membuatkan Nabilla tersenyum.

"Sedap kan?Paksu masak,"

"Paksu?!Serius la?"terkejut Irwan apabila melihat Iskandar merenungnya tajam.

"Haiwat?"

"Takdak pa.Sedap,"

"Herm,"

"Dahlah hensem,pandai masak pulak tu.Kan?"kata Nabilla.Iskandar mendiamkan dirinya.Dalam hatinya sudah berbunga-bunga ingin menjerit apabila dipuji oleh Nabilla.

Suara ketawa memecahkan kesunyian malam.Nabilla yang mendengar hanya mengikuti suara tersebut.Dapat dia melihat Iskandar,Irwan,Irdina dan Ikbal bermain air di luar.Terkejutnya dia apabila sebaldi air terkena badannya.

"Kak bell,"terkejut mereka melihat Nabilla mencengkak pinggang.

"Hangpa buat apa ni?"tanya Nabilla.Masing-masing menunduk.Takut melihat tatapan itu.

"Kak bell taknak tau siapa yang start dulu.Hangpa semua kemas balik bagi kering.Kak bell taknak tengok setitik air pun.FAHAM?!"laju mereka mengangguk.Nabilla menghembus nafas panjang.

"Basah basah ni ada baju ka tak?"masing-masing terdiam.

"Pandai pandailah hangpa,"Nabilla pun pergi.Mereka saling berpandangan.Irwan membuat muka kepada Iskandar.Iskandar yang geram pun membasahi Irwan dengan sebaldi air."PAKSU!"

"HAA TAK HABIS LAGI KA?!"mereka pun laju mengemas mendengar jeritan Nabilla.Sungguh,gadis manis seperti itu sungguh menyeramkan apabila marah.Tetapi bagi Iskandar,Nabilla terlihat seksi.

Beberapa minit kemudian,Iskandar pun keluar daripada bilik air.Dia menggosok sedikit bajunya yang terkena air.Apabila dia melihat ke ruang tamu,terkejutnya dia apabila melihat keadaan yang gelap.Dapat dia melihat Irwan dan Irdina tertidur di ruang tamu dengan televisyen terbuka.

Dia mencari-cari Nabilla.Rupanya Nabilla berada di luar bersama Ikbal.Perlahan-lahan dia mendekati.Nabilla sedang duduk di kerusi goyang sambil mendodoikan Ikbal.Dia tersenyum seketika.Gadis yang dia minati sejak kecil itu sungguh anggun dan menawan.Suara yang merdu membuatkan hatinya candu.

"Paksu?"terkejutnya dia apabila dia ditegur oleh Nabilla."Paksu nak tidur?"Iskandar menelan liurnya.Dia pun duduk di kerusi yang sedikit jauh daripada Nabilla.

"Takdakla.Aku tak ngantuk,"kata Iskandar.Nabilla tersenyum dan mengangguk."Hang tak ngantuk ka?"

"Tak.Bosan sebenarnya,"

"Hmm,"

"Terima kasih masak laksa,"

"Sedap kan?Tulah,tak caya,"kata Iskandar.Nabilla tersenyum manis.Iskandar memandang Nabilla seketika.Dia menarik nafasnya.Sungguh,dia perlukan gadis itu dalam hidupnya!

"Hang takmau fikir pasal kita ka?"Nabilla memandang Iskandar.Pelik.

"Pasal kita?"

"Aku suka hang.Aku nak jadi suami hang.Aku nak menua dengan hang.Aku nak kongsi dan selesaikan semua masalah hang.Bagilah aku peluang Nabilla,"kata Iskandar.Nabilla terkejut.

"Paksu biar betul?Kak bell takdek apa-apa tau.Kak bell tak boleh mengandung,"

"Jadi?Apa masalahnya?Apa yang aku nak adalah hang.Aku nak hang Nabilla,"Nabilla menelan liurnya.Apa yang Iskandar cakap ni memang sama dengan apa yang pernah Thaqif ungkapkan.Keadaan menjadi senyap seketika.Nabilla mengumpulkan kekuatannya untuk memberikan jawapan.Kalaulah Iskandar pun tahu bahawa dirinya sudah menjerit mengatakan 'YES'!

"Paksu nampak comel bila serius,"

"Ha,mulalah meroyan.Cepatlah.Aku nak jawapan,"

"Okay fine!Kak bell mau!"Iskandar terkejut.Dia menarik nafasnya.Betul ke?

"Haa apa dia?Tak dengar?"

"Kak bell mauu!"Iskandar tersenyum luas."Serius?!"

"Ha!"

"Yeayy!!Alhamdulillah!Nabilla milik aku!!NABILLA MILIK AKU!!"Nabilla ketawa sambil menggeleng-geleng.

"Paksu,malulah jiran!"kata Nabilla,ketawa.

"Aku taknak jiran ja tau!Aku nak satu dunia tahu!"

"Haa mulalah gila dia,"

"Kalaulah hang tahu aku memag gila disebabkan hang,"

"Kalaulah paksu tahu yang kak bell pun tergila-gilakan paksu,"Iskandar tersenyum.Dia terasa lega apabila mendengar jawapan itu.Dia berasa sungguh gembira.Akhirnya,cinta dia untuk Nabilla sejak kecil menjadi kenyataan!

"We will make it work?"tanya Iskandar.Nabilla tersenyum dan mengangguk-angguk.

"Until Jannah we will make it,"Iskandar tersenyum bahagia.Ini yang dia mahukan.Inilah impian hidupnya!Menjadikan dirinya milik Nabilla dan Nabilla miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience