BaB 1

Romance Series 1464

"hai ma" sapa amiey setelah bangkit daripada tidur.Lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan ibunya.
"hai syg,awal anak mama harini bangun?" tanya puan Laila dengan anak bongsunnye itu.
Puan Laila merupakan seorang ibu yang sangat penyayang.Malah bukan itu sahaja,puan Laila juga seorang wanita yang berkerjaya dan disebabkan itu mereka bukanlah calang-calang orang.Tambahan pula suami puan laila juga merupakan seorang jejaka yang tampan.
"alaaaa mama ni.Miey bangun awal salah.BAngun lewat salah.Majuk la camni" jawab amiy seakan berpura-pura tarik muka.
"haaa mula la tu buat perangai.Tak kuasa mama nak layan.Nak merajuk pergi merajuk dengan abang kamu tu" jawab mama seakan malas hendal melayan perangai anak bongsunye yang terlebih manja itu.
"eeeee...tak kuasa adik nak merajuk nan abang.Haritu merajuk pun taknak pujuk adik.Tak romantik langsung la abang tu" jawab adik selamba tanpa menoleh kiri dan kanan.Tiba-tiba amiey merasakan bahawa telinganye dipiat.
"aduhhh...!!" adu amiey sambil memegang telinganya yang dipiat itu.Sambil menoleh,rupa-rupanya abangnya yang memiat telinga adiknye.
"abang!!apa ni sakit la" marah amiey.
"haaa tahu pun sakit.Da tu apa awak cakap tadi ingat abang tak dengar ap? Agak sikit ea..abang ni abang adik yang paling sweet tau.Kalau tak.tak adanya orang nak terpikat dengan abang." jawab shah kepada adiknya seakan membangga diri.
"elehhhhh setakat beberapa je yang terpikat.Bukan semua pun.Tapi ap yang penting adil tahu abang tak hebat.Mengayat perempuan pandai...tapi bila heartbroken..giler ar.Buruk giler muka abang.hahaha kejantanan terus bertukar kepondanan" jawab amiey sambil bergelak tawa bersama puan Laila.
ehhh jap!ada ke bahasa kepondanan? haha lantak la.yang penting aku dapat kenekan abang shah aku ni.Dia ni tahu nak menang je.Abang shah ni merupakan satu-satunye abang yang aku ada.Walaupun perangainye kekadang mengalahlan syaitan.Tapi kepala kami boleh dikirakan sepakat la jugak.Memandangkan jarak umur kami tiadalah banyak bezanya.
"hamboi..hamboi...hamboiii sedap je mulut mengata abang camtu ea.Tak pe harini hari adik...esok lusa hari abang.Tunggu la adik heartbroken satu hari nanti.Konfem muka adik lagi buruk.Da la muka buruk..heartbroken mesti lagi buruk.hahaha" jawab abang shah seakam memerli amiey dan menambahkan lagi kemarahan adiknya itu.
"mama!!! tengok abang ni.,dia kata muka adik buruk!" adu amiey sambil memukul badan abangnya.Namun shah sempat mengelak daripada tangan adiknya yang macam jantan itu hinggap di badannya.Amiey terus mengejar abangnya agar dia dapat memukul abang nya itu.
Sambil mereka berkejaran keliling meja makan,mama hanya memerhatikan sahaja gelagat kami berdua.Saat amiey mengejar shah tadi.Tiba-tiba amiey tersadung kaki meja lalu terjatuk terjelopok di atas lantai.
"aduh!" setelah mukanya terkena pada permukaan lantai.
Abang shah terus membantu mengangkat adiknya yang jatuh itu.Alhamdulillah tiada kesan darah dimana-mana permukaan muka amiey.
"haaa padan muka,kejar abang lagi" kata abang shah.
"hei apa kamu ni abang.Tolong la angkat adik kamu tu." marah puan Laila.
"tak nak la angkat dia.Kalau nak abang angkat mintak maaf dengan abang dulu,lepastu cium pipi abang" arah abang shah kepada adiknya sambil meletakkan jari telunjuk ke arah pipinya.
"eeeee mintak maaf dengan abang? memang tak la.Salah abang kot.Apalak adik yang kene mintak maaf.Satu lagi,adik xnk cium abang.wuek" marah amiy sambil menumbuk paha abangnya.
"ehhh takda.Abang tak kira.Kalau nak abng angkat.Cium abang dan mintak maaf dulu" arah abang shah sekali lagi.Dia bukan sengaja ingin adiknya meminta maaf.Namun amiey ini boleh dikirakan kategori degil jugak la untuk meminta maaf.Memang ramai yang mengatakan bahawa ungkapan maaf ini mudah untuk diungkapkan.Namun ia tak semudah itu sebnarnya.
"alaaaaa abang...angkat la adik plissssss" jawab amiey sambil melentok lentokkan kepalananya di bahu abang shah.
Haaa mula la tu tunjuk perangai manja dia.Apa ingat abang dia yang sado ni cepat lemah ke? ehh tak da,tak da.Kalau nak tahu,tu la satu-satunya tektik amiey supaya abangnya cepat lah dengan rayuan manja dia.
"alaa ok la ok.adik mintak maaf" kata amiy setelah perasan yang tektik dia tidak menjadi.ish! takle jadi ni.kena tukar tektik lain.
"ehh mintak maaf je? ni?" kata abang shah seraya menunjukkan jari ke arah pipinya.
"muahhhh,ha da!" terpaksa lakukan.
"sebelah pulak" kata abang shah seakan mahu mengenekan adik kesayangannya itu.
"mama!!!tengok la abang ni.Suka kenekjan adik." adu amiey kepada puan Laila yang sedang membasuh pinggan itu.
Mama hanya memerhatikan sahaja.Langsung tidak endah dengan aduan amiey sebentar tadi.Bukan tidak mahu melayan.Tetapi takut menjadi-jadi pulak perangai manja ank bongsunya ini.Lalu abang shah hanya mentertawakan adiknya sahaja.Selepas melihat wajah cemberut adiknya itu.Abang shah terus mengangkat adiknya lalu diletakkan di atas sofa bersebelahan dengan televisyen.
"terima kasih" ucap amiey setelah punggungnya mencecah ke sofa tersebut.Sekali lagi amiey menghadiahkan sebuah kucupan kepada pipi abangnya itu.Lalu abang shah berlalu ke dapur dan mengukirkan senyuman dan mencuit hidung adiknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience