BAB 2

Horror & Thriller Completed 5896

Setelah dua bulan saling berkenalan, kami bertujuh di rumah ini sudah semakin rapat. Setiap hari ada saja cerita yang akan dikongsikan. Masuk bulan ketiga, masing-masing dah pakat nak bercerita hal misteri pula kat tempat kerja tu.

Jadi, pada satu malam Sabtu, kami berkumpul kecuali Said, kerana dia balik kampung. Aku siap-siap memberitahu semua untuk jadi orang yang terakhir yang bercerita. Ini kerana sebenarnya, pejabat aku tu, walaupun dah tiga bulan diduduki, tak ada apa yang berlaku pun.

Tak ada kisah seram tapi sebab yang lain-lain bercerita macam nak rak fasal pejabat masing-masing, aku pun tak nak lah ketinggalan. Aku buat keputusan nak reka cerita supaya semua orang terhiburlah dengar kisah seram masing-masing. Cerita kawan-kawan aku semuanya tak adalah menakutkan sangat pun.

Sampai giliran aku, aku pun ceritalah.

"Bos aku ni sempoi orangnya, sebab kami semua dapat PC yang power. Kiranya kalau nak main game yang terbaru tu memang best la. Bos kami benarkan install dan main game, asalkan kerja untuk hari tu siap. Kalau dah siap kerje, mainlah sampai esok pun.

Satu malam tu aku duduk la di pejabat sendirian. Yang lain dah balik jam enam lagi. Leka sangat main game, tak sedar dah pukul 11 malam. Mase tu aku dah rancang nak balik pukul 12.30, habiskan sikit saja lagi game tu.

Sedang aku main, aku rasa haus dan terfikir nak buat milo.

Aku ni fikir je masa tu tapi aku tak bergerak pun dari tempat duduk. Sedar-sedar dah pukul 12.45 malam. Aku tak perasan dah lebih masa aku duduk situ.

Aku pun berhenti la main sebab nak balik. Sambil tunggu PC shutdown tu, tetiba aku terdengar bunyi dari pantry.

Pantry kat pejabat aku ni macam bilik, nak masuk kena buka pintu. Aku dengar dari dalam pantry tu, sebab mase tu sunyi, memang jelaslah bunyi seperti ada orang buat air!

Dengar bunyi dia tuang air dalam cawan, pastu kacau air minuman menggunakan sudu. Aku jadi cuak. Tapi aku nak tahu siapa yang ada di situ ketika itu, aku pun memberanikan diri membuka pintu pantry.

Aku nampak seorang perempuan, rambut panjang sampai ke lantai, tak berkaki, terapung-apung, tangan tengah kacau air, die buat air milo la… sebab aku boleh bau aroma milo panas tu sebab jarak yang dekat kot.

Ha aku mintak tadi kot… apelagi, aku pun bukak langkah seribu…Lari terus dari pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience