BAB 3

Drama Completed 66585

Mata helangnya melirik jam di dinding.Hampir pukul satu pagi namun kelibat wanita itu masih tidak kelihatan.Hujung jari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja.Batang tubuhnya disandarkan di dada kerusi.Kini matanya tunak memandang ke arah pintu.Menunggu kepulangan isteri yang sudah dinikahi lebih dari tiga belas tahun.

Pintu ditolak.Kakinya melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam rumah.Baru sahaja tubuhnya ingin berpaling menutup pintu,cahaya lampu terus menerangi segenap ruang.Jasmin tergamam.Langkahnya terkunci.Debaran di dada kian berentak laju.

"Baru balik?"

Jasmin menoleh ke arah gerangan yang bersuara.Air liur ditelan perit.Suaranya ibarat tersekat di kerongkong.Otaknya ligat mencipta alasan.Lalu bibirnya melengkung senyum.

"B,you dah balik?Bukan you sepatutnya balik esok ke?"

Jasmin cuba mengawal riak wajahnya.

"Kerja I dah selesai.So I balik awal.I ingat wife I adalah tunggu I dekat rumah.Tak sangka pula I yang kena tunggu you pula."

Matanya tajam menatap wajah isterinya yang tegak berdiri di hadapan pintu.

"Lewat you sampai rumah?You pergi mana?I tengok handphone I,tapi you tak mesej I pula.I thought I didn't notice your incoming message."

Jasmin membetulkan kotak suaranya.Langkahnya diatur ke arah suaminya.

"I pergi jumpa kawan-kawan I.Kitorang berborak sakan sampai tak perasan langsung hari dah lewat."

Luth Wafiy menaikkan sebelah keningnya.Bibirnya tersenyum sumbing.

"Kawan?Kawan yang mana?I kenal ke?"

"Ooh...you tak kenal.Kawan baru.Ala...Esok jelah kita cerita pasal ni.I tahu you mesti penat.You dah makan?Kalau belum,I suruh Mak Leha panaskan makanan."

"It's one o'clock,Jasmin.Mak Leha is already asleep.You tak payah nak susahkan dia.Apa guna I ada isteri,kalau isteri I tak boleh sediakan makanan untuk I?"

"Tapi B,I penat.I letih.Kalau you lapar juga you kena tunggu I mandi dululah.Nanti I sediakan makanan untuk you,boleh?"

"Tak apalah.I tak lapar.Nasib baik I dah makan.Kalau tak,I mati kebulur tunggu you."

Jasmin menghela nafas lega.Riak wajahnya dimaniskan sebaik mungkin.

"Kalau macam tu,jom kita naik ke bilik.Badan I dah melekit-lekit ni.Tak selesa.I nak mandi nak bersihkan diri.You pun boleh berehat."

"Tak apalah.You naiklah dulu.I ada kerja sikit nak buat."

"Kerja?You baru je balik dari outstation.Sekarang dah larut malam macam ni pun you masih dengan kerja you.You know what,I dah bosan dengan sikap you ni.You terlalu pentingkan kerja you.You abaikan I !"

Luth Wafiy bangun dari duduknya.Matanya mencerlung memandang Jasmin.Tanpa diduga,isterinya yang sentiasa menjaga nada percakapannya kini sudah berani meninggikan suara.

"Kenapa you tiba-tiba nak meninggikan suara you ni?I'm your husband!Please respect me."

"So,kalau you husband you boleh buat apa-apa sahaja.I ni wife you,just duduk rumah tunggu you.I tak boleh nak keluar,nak berseronok.Macam tu ke,Luth Wafiy?"

Luth Wafiy menahan sabar.Jari-jemarinya digenggam kuat.

"I tak cakap pun you tak boleh keluar.Tapi kenapa you nak pertikaikan kerja I?I kerja kuat pun untuk you,untuk Ariana.For our family!"

Jasmin memalingkan wajahnya sambil berpeluk tubuh.

"I mengaku kesenangan hidup itu penting,tapi jangan sampai abaikan tanggungjawab you pada I dan Ariana.I boleh kira dengan jari I,berapa kali yang kita habiskan masa bersama.Berapa kali you layan I.I'm your wife.I perlukan belaian daripada seorang suami.Tapi you,asyik kerja,kerja,kerja.Hidup you ni terlalu bosan.I dah fed up dengan you!"

"So,you dah bosan hidup dengan I?Kenapa?You dah jumpa lelaki yang boleh layan you,belai you.Macam tu ke,Jasmin?"

Jasmin terpempan.Riak wajahnya berubah.Dia mengerling wajah suaminya.Takkan suaminya sudah tahu tembelangnya?Atau sekadar serkap jarang untuk memerangkap dirinya?

"You cakap apa ni?I cakap pasal you,sekarang you nak tuduh I curang pula?You sebenarnya dah tak ada modal nak berlawan dengan I kan?Dahlah,Luth.I penat.I nak mandi,I nak tidur.I malas nak bertekak dengan you malam-malam buta ni."

Jasmin terus membawa langkahnya menaiki anak tangga.Panggilan Luth Wafiy langsung tidak diendahkan.

Luth Wafiy mengaup kasar wajahnya.Punggungnya dihenyak di atas kerusi.Cuba menenangkan amarahnya.Telefon bimbitnya dicapai,lalu nombor telefon seseorang dihubungi.

"Hello,boss."

"Kau dah dapat apa yang aku nak?"

"Mm...Dah boss.Boss nak tengok ke gambar tu semua?"

"Aku nak esok pagi kau datang pejabat.Bawa semua bukti."

"Baik,boss.Ada apa-apa lagi ke boss?"

"So far,itu sahaja.Jumpa esok."

"Baik,boss."

Talian ditamatkan.Luth Wafiy meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja.Kepalanya disandarkan di sofa sambil tangan kanan mengurut lembut pelipisnya.

"Papa,is everything ok?"

Ariana yang menyedari kelibat bapanya berada di ruang tamu terus datang menyapa.

Luth Wafiy menoleh ke arah Ariana.Senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Ariana tak tidur lagi?Kan dah lewat ni.Esok dah nak balik asramakan?"

Ariana menganggukkan kepalanya.Dia mengambil tempat di sebelah Luth Wafiy.

"Yup.Ariana turun nak minum air tadi.Lepas tu nampak papa dekat sini.Why are you sitting here alone?Are you sick,papa?Muka papa pucat."

Belakang tapak tangannya dibawa melekap di dahi bapanya.Luth Wafiy menyentuh tangan anak perempuannya.Jari-jemari Ariana digenggam kemas.

"Tak adalah.Papa ok.I'm a little bit tired.Papakan baru balik dari outstation.Jangan risau.Papa sihat.Ariana pergilah tidur.Esok papa hantar Ariana balik asrama,ok?"

"Ok,papa.Mm...Can I ask you something,pa?

"What is it?Ariana nak tanya apa?"

"Papa gaduh dengan mama ke?"

Luth Wafiy mengerutkan keningnya.

"Kenapa Ariana cakap macam tu?"

"Ariana macam dengar suara orang bertengkar tadi.Papa dengan mama,ok ke?"

"Ooh...papa dengan mama bukan bergaduh pun.Cuma salah faham sikit je.Tak ada yang serius pun."

Wajah Luth Wafiy disentuh lembut.Mata bundarnya menatap wajah bapanya dengan pandangan yang redup.

"But,you look sad.Papa,Ariana nak papa tahu yang Ariana sayangkan papa.Apa pun yang terjadi Ariana akan sentiasa sokong papa."

Rambut panjang Ariana diulus lembut.Bibirnya dilabuhkan di dahi Ariana.

"Papa pun sayangkan anak papa ni.Ariana jangan fikirkan hal papa.Tumpukan pada pelajaran.Hal lain biar papa yang uruskan.Dah lewat ni.Ariana pergilah masuk tidur."

"Papa?Papa tak nak tidur ke?"

Luth Wafiy senyum segaris.

"Ariana masuk tidur dulu.Kejap lagi papa naik tidur.Papa ada kerja sikit yang nak kena siapkan."

"Ok,papa.But please papa,don't work too hard.Adriana tak nak papa sakit.Ariana masuk tidur dulu.Good night,papa.Assalamualaikum.I love you."

Kedua pipi Luth Wafiy dikucup lembut.Tangan Luth Wafiy dicapai.Lalu kekura tangan bapanya turut dikucup.

"I love you too.Good night,dear.Wa'alaikumussalam."

Ariana mengatur langkah menaiki anak tangga,meninggalkan Luth Wafiy sendirian.Luth Wafiy hanya melihat langkah anaknya sehingga hilang dari pandangan mata.Terbit keluhan berat di bibir Luth Wafiy.Dia kembali menyandarkan kepalanya.

Luth Wafiy mula berfikir.Sampai bila dia harus bersabar dan mempertahankan rumah tangganya ini?Ibarat retak menanti belah.Bila-bila sahaja dia boleh melepaskan isterinya serta membongkarkan segala perbuatan Jasmin di belakangnya.Namun,kerana memikirkan perasaan anak perempuannya,dia terpaksa bersabar.Menelan segala kepahitan dan membutakan mata dengan setiap tingkah laku isterinya.

Luth Wafiy menghela nafas panjang.Fikirannya yang semakin kusut menyesakkan kepalanya.Dia mengatur langkah ke arah dapur.Panadol di cari di dalam peti kecemasan.Lalu dua biji panadol ditelan bersama segelas air.Setelah itu bilik tetamu dituju.Matanya kian memberat.Kelopak matanya ditutup sehingga dia dibawa lena.

Share this novel

jiwatenang
2023-08-16 11:21:38 

Penceritaan dari kacamata kehidupan sebenar


NovelPlus Premium

The best ads free experience