BELLINDA menarik lembut lengan Nurjihan dan mematikan langkah gadis itu dari terus berjalan.
"Sekejap, rasa nak pergi toilet la".
Nurjihan mengganguk faham.
"Okay, saya nak ke kedai gadjet depan sana tu tau. Nanti Jasmine pergi sana ye ?".
Bellinda mengangguk laju dan tersenyum
"Okay dear".
****
Setelah keluar dari tandas, Tangannya yang basah di fokus mengelap dengan tisu itu terhenti. Bellinda terbau sesuatu yang melintasi rongga hidungnya. Bau yang wangi, dan menjadi kesukaannya. Dia kenal bau ini. Tersangatlah kenal !
Dia melangkah lagi mencari kelibat yang memakai wangian itu. Wangian yang dahulunya yang selalu di cari-cari bila di pakai oleh seseorang menandakan orang itu hadir berhampiran dengan dirinya.
Kepala dan matanya liar mencari gerangan yang memakai bauan itu. Hidungnya tidak salah dalam mengenal jenis bauan ini. Manusia yang lalu lalang di sekelilingnya di dalam pusat membeli-belah ini tidak kelihatan seperti yang di cari. Dia Berlari-lari mencari setiap pelusuk kedai. mengejar langkah bauan ini.
"Jasmine ?". Tingkahnya terhenti bila Nurjihan menegurnya.
"Cari apa ?" Tanya Nurjihan.
Bellinda meraup wajahnya. Tidak mungkin dia. Bau ini mungkin di pakai oleh manusia lain. Mungkin itu juga hanya menjadi mainan perasaannya. Dia menggeleng perlahan.
"Ngak ada apa-apa. Perasaan saya je. Macam ada orang yang saya kenal lalu tadi."
Nurjihan mengehela nafas lega. Dia juga kerisauan melihat riak wajah Jasmine yang ibarat kekalutan mencari sesuatu yang hilang.
"Jom balik, Hawa dah tunggu dekat rumah tu. Dia nak makan sama-sama."
"Ouh, Hawa sudah pulang kerja ? Jom " Bellinda tersenyum senang dan dia mencapai lengan Nurjihan riang. Dia cuba menghapuskan kekeliruan yang mengganggu fikirannya saat ini.
ISI di dalam beg sandangnya di raba-raba mencari di mana kunci motorsikalnya yang tenggelam bersama barangan yang lain.
"Huishh mana kunci motor ni ? takkan la tinggal dekat motor..haih" Hawa merungut sendiri lalu dia kembali ke arah tempat letak motorsikal.
Huh ? tak ada ?
Tempat memasukkan kunci itu kosong. Tiada gantungan kunci di situ. Bermakna dia sudah mencabut kunci itu tadi. Di gali-gali semula, akhirnya dia terjumpa. Kepalanya di angkat sekilas dan melihat ada sesuatu yang menyakitkan pandangan matanya.
Huh ? what the heck ?
Ada sekeping nota yang di tampalkan pada papan plat nombor pendaftaran di belakang . Matanya meliar memerhati keadaan sekeliling mencari kelibat yang mencurigakan, namun tiada sesiapapun di kawasan perumahan flat itu. Penuh dengan perasaan yang tidak sebati itu, terus dia mencabut sekeping nota yang berlipat itu dan di buka lipatan itu satu persatu.
Bulat matanya bila terbacakan isi nota yang di tulis dengan menggunakan pen marker berwarna merah dan di sertakan dengan gambarnya bersama Rizal.
PUTUS ATAU MATI !!
Tulisan amaran itu merujuk kepadanya dan teman lelakinya, Rizal. Si pemberi misteri itu memangkah wajah Hawa yang berada di sisi Rizal itu dan di sertakan dengan garis retak yang memisahkan kedudukan mereka berdua di dalam gambar itu.
Kertas itu di renyuk kuat !
Siapa yang berani-berani ugut aku ni ?
Amarah dalam dirinya telah meledak di pagi hari angkara 'sekeping nota' yang di tinggalkan ini.
Kertas itu lalu di renyuk dalam genggaman.
"Siapa kau ? kalau berani keluar la. Jangan nak jadi pengecut dengan bagi surat layang macam ni. Keluar !!" Paggil Hawa kepada sesiapapun yang ada di kawasan itu yang merasa dirinya itu terlibat dengan ugutan ini.
Siapa ni ? takkan la kak Rania kot ? ke....Shera ?
Sepi...tiada siapa di situ.
Ya..Shera..dia kenal dengan perempuan itu. Dari awal semester dia sangat tergila-gilakan Rizal. Senior yang satu itu sangatlah menjengkelkan. Tambahan pula celah mana dia boleh berkawan baik dengan Rania...Hawa sendiri tidak pasti.
"Aku !"
Pantas kepalanya berpusing ke arah suara di belakang bangunan rumah flat itu.
Kak Rania ?
Tepat tekaannya...
"Kenapa susah sangat Kak Rania nak terima Hawa ? Sudah-sudahlah akak...Hawa sayangkan Rizal seikhlas hati. Tolong jangan halang hubungan kami.". Rayu Hawa.
"Huh, aku tetap tak suka kau. Jauhkan diri kau dari Rizal. Kalau tak aku .....arghh !".
"Hoii !!!" Jerit Hawa. Lalu dengan pantas dia mendapatkan Rania yang berlumuran darah di itu.
Terkesima Hawa bila melihat Rania yang jatuh tersungkur dan terseret kerana beg tangannya di ragut oleh sebuah motorsikal yang di bonceng oleh dua orang lelaki.
Menggigil tangan dia menghubunginya talian kecemasan.
"Sabar Kak Rania..Tahan sikit."
Hawa memapah kepala Rania di atas pangkuannya. Saat ini tidak sedar akan air mata yang mengalir kerana ketakutan dan terkejut dengan apa yang terjadi di hadapan matanya.
Telefon berbunyi dan di angkat.
"Bie..." bagai tidak terkeluar suaranya Hawa di hujung talian itu.
PINTU pejabat di ketuk. Dan terpancul wajah Ruslan di muka pintu.
"Masuk Ruslan".
Sepantas kilat dia menerpa masuk dan duduk di hadapan Megat Haider.
"Encik Haider, kita dalam masalah ni."
Kata-kata dari Ruslan itu menghentikan gerakan tangan yang sedang menari-nari di papan kekunci komputer.
"Masalah apa pulak ni ?".
Megat Haider mula membetulkan kedudukan di atas kerusi itu dan memandang Ruslan.
"Sebahagian daripada binaan projek Genting tu dah roboh. Tak tahu la apa punca dia. Kita dah tukar semua materials baru dan ganti yang tak tahan haritu."
"Macam mana boleh jadi macam ni ? Lepas satu...satu la masalah." Kepalanya yang terasa berdenyut-denyut itu di picit.
"Kenapa projek Genting ni banyak sangat masalah ? Kau buat kerja ke tak ni ?"
"Papa !". Kata Megat Haider sejurus terlihat Megat Rusydi yang muncul di muka pintu itu yang kelihatan sedikit tegang.
"Sejak papa tak ada dekat pejabat ni macam-macam masalah yang jadi. Client pun dah berkurangan sekarang katanya kualiti kerja pembinaan dari company ni dah tak bermutu. Apa ni haider ? Ruslan ?". Marah Megat Rusydi ke arah dua orang pemuda yang hanya tunduk meneku lantai saat ini.
"Kami tengah siasat Dato' " Jawab Ruslan perlahan.
"Siasat.. siasat ! berapa lama dah benda ni jadi. Hasil siasatan tu tak ada lagi pun."
"Sekarang ni saya nak awak dengan Haider pergi ke site di Genting dah tengok apa punca masalah yang jadi ni. Now !"
Suara tengkingan dari Megat Rusydi yang mengegarkan seluruh pejabat itu. Kekalutan mereka mencapai topi keselamatan masing-masing dan bergerak pergi dari pejabat itu.
Megat Rusydi mengurut-urut dadanya. Sesak nafas di buatnya bila melihat perkembangan syarikat MR Holdings sekarang ini.
Di manakah silapnya ?
DARI tadi Nurjihan hanya berdiri menunggu Benjamin yang sudah makan masa 1 jam membelek minyak wangi di kedai itu.
"Haih... lama-lama tunggu dia ni boleh krem kaki aku."
Lalu dia pergi menghampiri Benjamin yang sedang berada di hadapan rak minyak wangi.
"Confius ke nak pilih mana satu ?". Nurjihan kini berdiri di sebelah Benjamin.
Benjamin mengganguk dan menggaru-garu kepalanya. Niatnya yang hanya ingin menemani Nurjihan membeli barangan dapur, tetapi dia pulak yang tersangkut di kedai minyak wangi ni.
"Hehe..ye Cik Nurjihan. Saya confius nak pilih yang mana satu ni. Semua wangi..saya suka bau dia."
Nurjihan tersengih. Lalu dia menarik keluar sample dari minyak wangi Tom Ford Mandarino di Almafi dan sauvage dior.
"Try bau yang saya pilih ni pulak." Lalu di hulurkan pada Benjamin sample kertas yang di semburkan minyak wangi itu.
Benjamin menggaru-garu kepalanya lagi.
"Dua-dua wangi ni. Erm, kalau Cik Nurjihan la kan... rasa-rasa nak pilih yang mana ? yang paling Cik Nurjihan suka bau ?".
Nurjihan menggaru-garu bawah dagunya.
"Saya suka yang Mandarino di Almafi ni sebab bau yang fresh and bau mahal. So limited ! Tapi harga dia...erm boleh pengsan jugak bila tengok."
Ewah Jihan ! sejak jadi Karlisa banyak benda mahal yang dia mula kenal.
Benjamin tergelak mendengarkan pendapat dari Nurjihan itu.
"Kalau dah bau mahal, harga pun mahal Cik Nurjihan oiii".
"Itulah kan." Nurjihan juga bersetuju.
Benjamin mengganguk setuju dengan kata-kata Nurjihan. Benarlah memang mahal harga yang mencecah RM 1300 itu dengan 50ml isi padu boleh di samakan dengan membeli sebiji telefon pintar yang canggih fungsinya.
"So awak pilih yang mana ?".
Nurjihan masih menanti pilihan daripada Benjamin. Namun dia keliru bila Benjamin mula bergerak keluar kedai dan menolak semula troli penuh dengan barang yang mereka beli tadi.
"Tak jadi la Cik Jihan, saya beli yang copy ori dekat shopee jela".
"Heii !".
Geram je Nurjihan bila mendengarkan keputusan Benjamin itu. Buang masa je aku tunggu kau satu jam lebih dekat kedai tu.
cis berdebah !
"JIHAN, kita makan kejap lagi tau, tunggu Iq sampai." Pesan Puan Diana yang mengejutkan Nurjihan.
Eh ? dia nak datang makan sini ?
"Hah, okay Aunty."
Tidak mahu kelihatan aneh. Nurjihan laju-laju menghapus dialog di antara diri sendiri. Sup ayam di dalam periuk di sambung ceduk untuk di pindahkan ke dalam mangkuk.
****
"Business Iq macam mana sekarang ? okay ke ?" Tanya Puan Diana kepada anak kesayangannya itu.
"Alhamdulillah, smooth je ami. Tak ada masalah setakat ni."
Balas Tuan Syed Iqwal sesekali ekor matanya mengintai ke arah Nurjihan yang hanya mendiamkan diri.
"Good.. Alhamdulillah, Itu semua usaha Iq yang bekerja keras selama ni." Puan Diana tersenyum manis ke arah Tuan Syed Iqwal.
"Berkat sokongan daripada ami jugak."
Puan Diana hairan melihat Nurjihan yang kelihatan tidak bermaya itu.
"Jihan ? kenapa makan sikit sangat tu ? Tambah nasi lagi. Makan kenyang-kenyang "
"ha..ye aunty." Anggukan laju di berikan pada Puan Diana.
Nurjihan malu bila di tegur oleh Puan Diana. Lalu dia mengambil mangkuk berisi nasi putih itu dan di tambah lagi.
Bukan apa kerana dia gugup juga bila dirinya di tenung rapat oleh lelaki di meja makan itu. Bukannya dia tak nampak !
Puan Diana menepuk dahi. "Ouh..i forgot something."
"Apa ami ?". Tanya Tuan Syed Iqwal.
"Ami lupa yang ami nak invite Anas datang sini this weekend."
"Buat apa invite dia datang sini. Kenapa tak jumpa dia dekat office dia je ?"
Puan Diana mengeluh.
"Ala, ami nak ajak dia makan malam sekali, alang-alang tu ami rasa nak kenalkan dengan Jihan la. Macam sesuai je diorang...Iq rasa okay tak macam tu ?".
"Uhuk ! uhuk !" Terus dia tersedak kuat. Terasa makanan yang masuk ke dalam tekak itu tersekat kuat.
"Eh, Iq kenapa ?"
Puan Diana segera mencapai gelas yang berisi air sejuk itu lalu di hulurkan pada Tuan Syed Iqwal.
"Pedas."
"Ish, takkan la sambal belacan yang selalu Iq suka makan tu pedas ? ami buat macam biasa je." Hairan Puan Diana jadinya.
Nurjihan tersenyum kecil. Di tahan geli hatinya melihat muka menahan tersedak makan oleh suaminya itu. Lucu !
"Ami ni memandai-mandai je nak jodohkan orang. Entah Anas tu suka ke tidak kita tak tahu." Kata Tuan Syed Iqwal.
"Eh, suka la kot. Hari tu Ami terjumpa dia dekat luar. Masa tu Jihan ada sekali. Anas okay je bersembang dengan Jihan. kan Jihan ?".
Terkejut Nurjihan bila Puan Diana mengaitkan dirinya pula saat ini.
Dia hanya mengangguk janggal mengiakan kata-kata Puan Diana terpaksa !
"Suka hati ami la." Tuan Syed Iqwal menjeling sambil meminum air. Di habiskan air itu dengan sekali teguk.
Panas hatinya membayangkan wajah si Anas iaitu sepupunya, bersama Nurjihan ? tidak sepadan !
******
Lampu bilik air di buka, lalu dia menunduk menyinting kaki seluar palazo yang sedikit labuh itu agar tidak terkena air pada permukaan lantai tandas.
"Mak !"
terkejut Nurjihan bila dia terasa ada tangan yang menariknya kuat dan sepantas kilat kini dia berada di dalam bilik Tuan Syed Iqwal.
"Tuan Syed kenapa tarik saya masuk sini ? Mak Tuan Syed nampak nanti."
Nurjihan berbisik keras ke arah Tuan Syed Iqwal yang menghimpitnya rapat ke belakang pintu.
"Biarlah, awak yang saja cabar kesabaran saya. so awak tanggungjawab la." Tajam matanya merenung ke arah Nurjihan.
"Bila masa saya cabar Tuan Syed?"
Nurjihan buntu. Dia belum lagi sempat berbual sepatah apa pun dengan lelaki ini hari ini. Mana mungkin dia ada tersilap cakap sehingga di dakwa mencabar Tuan Syed ?
"Pasal Anas. Awak memang pasrah je kan bila ami nak satukan korang ? Awak suka ke ? jangan lupa yang awak tu my wife."
Sungguh dia rasakan pedih hingga ke ulu hati dengan cadangan ibunya itu.
"Aunty yang cakap. Bukan saya tau. Tuan Syed tak boleh salahkan saya. Saya rasa Aunty saja nak bergurau je. Dia tak maksudkan."
Nurjihan berasa sesak dadanya di kepung oleh lelaki ini.
"Ami tu kalau dia cakap dia akan buat. Jangan nak positive thinking sangat pasal perkara yang macam ni."
"Habistu nak saya buat apa ?"
otaknya saat ini tidak berfungsi dengan baik di saat dia kekalutan menepis deruan nafas hangat yang menyapa wajahnya saat ini.
"Cakap dengan ami, awak dah ada buah hati, or anything else yang boleh elakkan awak di jodohkan dengan Anas.. or.....saya kena berterus-terang dekat ami pasal kita." Cadang Tuan Syed Iqwal.
Nurjihan menelan air liur. Dia tidak bersedia berhadapan dengan riaksi Puan Diana. Suka atau tidak yang dia hanya orang biasa bermertuakan wanita korporat seorang usahawan elit yang berjaya.
"Kenapa awak diam ? hmmm." Hidungnya di geselkan perlahan pada hidung comel Nurjihan. Sungguh gadis di hadapannya itu menaikkan nafusnya saat ini.
Kedua-dua tapak tangannya di tekapkan pada dada Tuan Syed Iqwal. Sungguh dia lemas dalam deruan nafas lelaki ini. Namun sedikit sebanyak dia terbuai dengan haruman yang melekat pada leher suaminya.
Eh ? macam pernah bau je ni ? Lantas matanya yang kuyu itu terus segar. pandangan bulat di halakan pada Tuan Syed Iqwal.
"Perfume ni ?...." Tanya Nurjihan ingin meneka.
"Kenapa ? suka ? i know you like it."
Terkejut Nurjihan. Rasanya ini haruman minyak wangi yang di cadangakan pada Benjamin tempoh hari semasa di kedai minyak wangi itu. Ye dia tak salah. Bau Mandarino di Almafi !
"Tapi bukan ke perfume ni.. Benjamin ...".
Tersekat ayatnya bila terasa jari telunjuk lelaki itu tepat berada di atas bibirnya yang mengahalangnya dari meneruskan ayatnya.
"Saya rasa nak tukar perfume. Benjamin cari minyak wangi untuk saya. Bukan untuk dia." Tersenyum sinis Tuan Syed Iqwal berbisik di telinganya Nurjihan.
Patutlah pun Benjamin tak beli...
"Setiap apa yang awak suka..saya tak nak tertinggal sedikit pun. Let me get it for you."
Lembut bibir Nurjihan di paut kemas oleh Tuan Syed Iqwal.
"You love this smell right ? it's yours..." Di sambung lagi menikmati kelembutan belaian bibir isterinya itu.
Nurjihan juga bagai terpaku dengan sentuhan Tuan Syed Iqwal. Tanpa sedar tangannya di lingkarkan pada leher suaminya.
Sungguh tidak di nafikan yang dia suka dengan belaian itu. Belaian ikhlas dari seorang suami yang memberikannya pahala yang mengalir bila dia membalasnya.
Share this novel