- Bab 2 -

Drama Series 5663

" Apa maksud Sera yang abah tak lagi nak jadi atok, betul ke perempuan dalam gambar mengandungkan anak Daniel ?".

" Memang betul semalam Nadia jumpa dengan Daniel sebab Nadia dah mengandungkan anak Daniel 2 minggu, tapi Daniel langsung tak tahu yang ada mata-mata mengikut Daniel.".

" Nadia ?, Itu bukan kekasih Daniel semasa dekat universiti dulu, jadi selama ini hubungan Daniel dengan Nadia tak pernah berakhir ?"

" Daniel tak dapat nak lupakan Nadia walaupun dah berkahwin dengan Sera, dan Daniel jujur yang Daniel tak pernah sentuh Sera selama kami berkahwin, sebab Daniel tak nak Sera mengandungkan anak Sera, Daniel masih sayangkan Nadia dari dulu sampai sekarang."

PANG ! Tangan Tengku Hasan singgah di muka Daniel. Daniel terkejut dengan perbuatan abahnya.

" Percuma aku besarkan kau kalau kau hanya menyusahkan aku, disebabkan perbuatan bodoh kau tu menyebabkan kau sendiri yang hilang saham dalam syarikat ni." Marah Tengku Hasan.

" Kalau kau nak tahu dalam perjanjian tu, tertulis perjanjian tu akan terbatal jika salah seorang daripada kamu curang dengan pasangan dan kena membayar ganti rugi. Abah sengaja buat syarat tu sebab abah tahu yang Sera tak akan melahirkan zuriat Daniel, abah nak perangkap Sera supaya Sera yang menganti rugi dengan memberi saham syarikatnya kepada kita, tapi lihat sekarang, abah yang jatuh dalam perangkap sendiri akibat tindakan bodoh kau daniel."

Daniel terdiam mendengar kata-kata abahnya itu, dan tidak menyangka perbuatannya membawa dia sendiri jatuh.

' Ini semua salah kau Sera, kau telah rancang dari awal lagi semua ini, aku tak akan maafkan kau Sera Amani. ' marah Daniel dalam hati.

-----------------------------------------------------------------------

SYARIKAT QS

" Puan Sera, Dato Ahmad dan Datin Suraya menunggu puan di bilik pejabat puan dari pagi lagi." Kata Yasmin PA Sera.

Sera hanya mengangguk tanda ya dan memberitahu kepada Yasmin untuk batalkan segala mesyuarat hari ini. Sera masuk ke dalam pejabat nya dan melihat ayah dan ibu angkat nya telah menunggu kedatangan dirinya.

"Maaf ayah, ibu Sera lambat, Sera baru lepas balik dari....." Kata Sera dipotong dengan cakap Datin Suraya

"Baru memegang jawatan Director Designer dah besar kepala, entah kalau kau jadi CEO,mesti kau berlagak jadi Datin."
"Ibu, Sera tak sengaja lambat lagipun Sera nak uruskan penceraian Sera dengan Daniel secepat mungkin."

"WHAT, KAU NI GILA APA, KENAPA KAU MAU BERCERAI DENGAN DANIEL, DAH BANYAK DUIT KAU NAK BAYAR GANTI RUGI DENGAN TENGKU HASAN ?!"

"Sera tak akan tuntut cerai jika tidak bersebab, Daniel sendiri yang langgar perjanjian tu, ibu dan ayah sendiri dah tahu apa isu yang tersebar tentang Daniel sekarang."

"KAU SENANG LA CAKAP BUKAN NAMA KAU YANG BURUK, NAMA SYARIKAT DAN NAMA KELUARGA AKU YANG BURUK, DASAR ANAK PUNGUT TAK TAHU DIRI !!" Datin Suraya mengangkat tangannya untuk menampar Sera ditahan oleh Dato Ahmad.

"Kenapa pulak abang nak tahan Su tampar budak pungut ni hah, abang pun nak menyebelahi dia ke ?!"

"Su, perjanjian tu dah terbatal, Daniel dah curang dengan Sera, Sera tak bersalah dan dia layak untuk menuntut perceraian daripada Daniel, lagipun awak yang beriya nak Sera nikah dengan Daniel dan terbukti yang Daniel tu bukan lelaki
yang baik." Kata Dato Ahmad.

"Sera, ayah nak kamu hubungi peguam syarikat kita untuk selesaikan perkara ini dengan cepat."

Itu sahaja kata Dato Ahmad kepada Sera sebelum keluar dari pejabat Sera bersama Datin Suraya. Sera hanya mengangguk tanda Ya kepada ayahnya itu.

-----------------------------------------------------------------------

Rumah Sera dan Daniel

Sera tiba di rumah pada malam hari dan melihat rumahnya masih gelap gelita.

'Daniel belum balik ke ?'

Sera membuka suis lampu dan terkejut melihat sok-sok tubuh Daniel yang berada di ruang tamu, duduk d sofa pakaian terbuka.

Sera yang melihat keadaan Daniel itu hanya lalu kerana dia tidak ingin masuk campur hal Daniel kerana bagi Sera dia telah menganggap yang mereka tiada hubungan apa-apa lagi, bukan lagi suami isteri.

"Mesti kau gembira sekarang sebab rancangan kau telah berjaya untuk lepas dari perkahwinan ni tanpa membayar ganti rugi malah aku yang terpaksa bagi saham aku kepada kau." Sindir Daniel.

Sera menjawab, "Aku rasa doa aku dimakbulkan oleh Allah untuk tidak bersama dengan kau, sebab Allah tahu yang kau akan memegang tanggungjawab besar kelak nanti."

"Sejak bila kau tahu hubungan aku dengan Nadia ?"

"Aku dah lama tahu hubungan kamu, dan aku tidak salahkan kau sebab kamu memang dah lama bercinta tapi tidak kesampaian hingga ke pelamin, jadi aku sekarang memberi status 'isteri' yang aku pegang ni kepada Nadia, kau tak nak berterima kasih ke kepada aku sebab dah tolong kau kahwin dengan Nadia ?."

Daniel merasakan yang Sera sedang memerli dia, dengan kasar Daniel memegang bahu Sera dan menolak badan Sera ke dinding,

"JADI KAU LAH YANG SEBARKAN GAMBAR AKU DENGAN NADIA TU HUH ?!".

"Sepatutnya soalan ni kau sendiri yang kena tanya dengan buah hati kau, kenapa dia yang sebarkan gambar kamu."

"Kau tipu, kenapa Nadia nak sebarkan gambar sendiri, orang bodoh je akan buat macam tu."

"Orang bodoh tu buah hati kau lah, kenapa dia nak sebarkan gambar sendiri kan, aku pun pelik." Sindir Sera.

"Percaya atau tak, kau sendiri boleh tengok isi kandungan dalam sampul ni." Sera memberikan sampul itu kepada Daniel.

Daniel membuka isi kandungan sampul itu dan melihat segala bukti yang menunjukkan Nadia lah yang menyebarkan gambar mereka sendiri.

"Aku akan hantar surat penceraian kepada kau secepat mungkin." Itu akhir kata Sera sebelum berlalu pergi ke bilik nya.

Sera mendengar bunyi hentakan pintu yang kuat dan Sera melihat Daniel melalui tingkap memandu keretanya keluar dari halaman rumahnya.

"Encik Zain, sediakan fail proses penceraian saya secepat mungkin."

Inshallah saya akan update new chapter setiap hari

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience