Bab 5

Humor Series 9625

Rambut panjang aku yang sentiasa diikat kuda di kemaskan.Bosan betulah.Nasib aku dah mesej Natalein nak outing kat sebuah shopping kompleks.Bala turun bila aku dapat tahu yang nanti geng si Firash pon ada kat situ jugak.Haih
Aku suruh Idlan promise dengan aku supaya kiteorang tak bertembung.Idlan pulak tak janji lah.. katanya jodoh dan PERTEMUAN itu takdir tuhan.Oh pandai eh kau.

Aku dengan Natalein jalan2 dan masuk ke dalam sebuah kedai buku.Macam biasalah,kalau perempuan masuk kedai buku tujuan dia tak lain tak bukan nak tengok novel baru lah tu.

"Hayla,cuba kau tengok ni."ujar Natalein sambil menunjukkan aku tajuk muka buku tersebut.

"1001 CARA MEMIKAT HATI"dengan perlahan aku membaca tajuk itu.

"Peliknya buku ni"lantas buku tersebut bertukar tangan.Aku membaca sipnosis buku itu.
_____________
"Anda kesunyian?"
"Inginkan peneman?"

"Kini,Anda boleh memilikinya!"
"Buku ini akan memimpin anda supaya mendapatkan teman yang istimewa di hati anda supaya tiada lagi masalah kesunyian"
"Tunggu apa lagi?Just grab,buy and read it!"
_____________

Aku memandang kearah Natalein dan mengangkat kening.Macam best je nih.

"Kau jangan buat lawak eh.Jangan nak bazirkan duit semata2 nak beli buku bodoh tu.Dah cepat pilih buku"ujarnya kembali menilik novel yang hendak dibeli.

Eleh tak bagi aku beli tapi gi tunjukkan buku ni dekat aku.Cis.

Dalam diam aku memasukkan buku pelik itu kedalam bakul aku.Dan berlalu pergi ke tempat lain untuk mencari buku yang lebih menarik

***
Usai buat pembayaran,kami turun untuk menuju ke sebuah restaurant.

Nak tahu macam mana aku cover buku pelik tu masa buat pembayaran?Simple je.Masa buku pelik tu nak di scan,cepat2 aku alihkan perhatian Natalein dengan tunjuk dia video lawak dari youtube.Senang jekan?Kah aku memang genius!

Ok,kami masuk ke dalam restaurant sebab nak makan tengah hari.Lepas makan semua,perut pun dah kenyang..Time to go home lah.

Dipendekkan cerita,aku dengan Natalein tunggu di luar mall.Tadi dah call driver aku suruh ambik.Ni tengah tunggu dia jelah ni.

Kau boleh bayangkan tak,orang tengok kami ni pelik.Yalah sebabnya,sorang pakai macam tomboy dan yang lagi sorang pakai ayu2 gituhh.Mesti orang tengok pun macam lesbian.Euuu pelik heh akak2 makcik2 saya ni walaupun tengok macam tomboy and lesbian,tapi ni bukan seperti yang dikatakan ye.

Aku membuka cap dan mengemaskan rambut lalu memakainya secara terbalik ke belakang.
Baju denim warna biru cair dipadankan dengan T shirt putih,seluar warna hitam dan juga sneaker adidas kesayangan aku.Beg galas kecil jenama Lv disandang.Sayang aku kat beg ni.Pemberian ayah kott.Lagipun beg ni memang jenis branded di beli di luar negara masa ayah outstation.

Tengah syok2 aku jalan atas satu penghadang yang pendek sambil seimbangkan badan aku..Boleh pulak aku terpandang sesuatu.

"Halamak aihh..time ni jugak bertembung dari jauh"ujar aku.Mula tak puas hati.

Natalein yang duduk diatas penghadang itu mendongak keatas.
"Siapa?"
"Tuu"mulut aku dimuncungkan kearah satu kumpulan yang cukup famous amous di sek.Aku nampak Idlan dan mukanya yang sebersalah kemudian tersengih kearah aku.

Diorang pun tunggu mak bapak diorang kut.Teka aku.

Tidak semena2 aku rasa beg kesayangan aku ni ditarik kuat oleh seseorang membuatkan aku terus jatuh rebah ke lantai.

Aku menoleh kehadapan dengan pantas,lalu kelihatan seseorang sedang berlari sambil memegang beg aku!Apa ni!Oit tak guna!Jangan ragut beg akuuuuu!

Idlan dan geng Firash serta orang disekeliling aku kelihatan terkejut dengan situasi tersebut.

"Hayla!Kau ok tak?!"cemas Natalein.
Gila tak sakit!Aku rasa kaki aku terseliuh sebab aku landing tak betul tadi.Tapi beg kesayangan aku lagi penting!
"Arrrgggg!"jerit aku terus bangun dan berlari mengejar lelaki tak guna itu.Sakit pun sakitlah!

Bila nampak aku mengejar lelaki itu,Idlan terus memulakan langkah untuk membantu aku.Firash pula mengejar Idlan dari belakang.Haa barulah satu squad bergerak bila ketua dah mainkan peranan.

"Oi tak guna kau berhenti sekarang!Aku bagi kau amaran!Kalau tak kau akan menyesal!!"jerit aku sambil mengejarnya dari belakang.Aku ni sejenis kuat berlari.Memang mudah sangatlah nak kejar laki tak guna ni.

Aku hampir2 mencapai jaket lelaki tersebut.Lagi sikit..lagi sikit...ok dapat!

Dengan pantas,belakangnya aku pijak lalu aku terus naik dan duduk diatas bahunya.Lelaki tersebut meronta2 tatkala aku berada diatas bahunya.
Lebih sadis bila aku menutup matanya.Lagilah dia meronta2 dengan lebih kuat.

Idlan berhenti apabila sampai disitu.Dia hanya melihat aku menyelesaikan masalah aku sendiri.Tahu benar perangai aku dan apa langkah yang akan aku buat.Mesti dia datang pun sebab akan tahan aku daripada terlebih2 pukul orang sampai lunyai.

Firash dan gengnya yang sedang berlari berhenti di belakang Idlan.Mereka hanya melihat situasi tersebut dengan perasaan agak kagum.

Firash mara setapak kehadapan.Lalu tangan Idlan menghalangnya daripada berbuat demikian.

"Biar dia settel sendiri"ujar Idlan.
Firash mengangguk faham.

Dalam keadaan meronta2 tu,dengan sekuat hati aku menjatuhkan diri kehadapan agar lelaki tersebut jatuh sekali ke lantai.

"Haiyaahhh!!"
Gedebuk!Lelaki itu jatuh.Lalu aku naik keatas badan lelaki tersebut dan menumbuk mukanya beberapa kali.

"Tak guna!ambik ni!"Satu penumbuk di tumbuk di pipi kirinya

"Kurang ajar!"satu lagi penumbuk di hadiahkan di pipi kananya.

"Aaaaaarrgggggg!"Tangan aku diangkat setinggi2 untuk melepaskan tumbukan seterusnya namun hampa apabila ditegah oleh seseorang.

"Ila,dahlah tu..hampir lunyai dia ni"ujar Idlan lembut sambil menatap lembut mata aku.

Memang selalu macam ni..Tiap kali hati aku panas dan buat hal..mesti Idlan akan tenangkan aku dengan cara lembut dia.Mata lembut dia mesti akan dapat sejukkan hati aku yang panas ni.

Aku merentap beg kesayangan aku lalu sebuah tendangan di hadiahkan kepada perut lelaki itu.Lelaki itu mrngerang kesakitan.Huh!Lembik!Sapa suruh cari pasal kan?

"Ilaa!"marah Idlan.

Aku membuat muka tak puas hati kepada Idlan.Kemudian berpaling kearah rakan2nya dibelakang.
"Apa tengok2?!Ada hutang ke!"ujar aku kepada Firash dan gengnya di belakang Idlan.
Nampak gayanya mereka agak terkejut dengan perlakuan aku sebentar tadi.Dasyat woo..

Kemudian,aku terus blah dari situ dan menuju ke sebuah kereta yang aku kenal.Lalu mengajak Natalein masuk kedalam perut kereta dan bergerak meninggalkan perkarangan mall.

"Dasyatnya.."ujar Firash.sambil menatap kereta yang di naiki oleh aku dari belakang.
"Tapi garang sangatlah beb,takot aku..kalah laki oi"ujar Rafiq pula.Mukanya menahan kerut kerana menanggung berat apabila memapah lelaki itu.

"Firash dengan Rafiq..kau papah betul2 sikit.Laki ni nak jatuh lah and badan dia senget sikit belah Rafiq!"ujar Khai di belakang memerhatikan kedua2 kawanya itu memapah lelaki yang telah selamat di kerjakan oleh Hayla.

"Kalau tengok body laki ni..memang mustahil seorang perempuan boleh tewaskan..mustahil betul..Atau dia ni ada amalkan..."

"Jangan nak mengarut kat sini"pintas Idlan..sungguh panas telinganya apabila mendegar cerita yang kurang baik tentang Kakak tirinya itu.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience