Chapter 32

Drama Series 633633

“Finally. Come here you cute little bee” tawa Adam bergema pagi itu apabila badannya diagah ke awangan oleh Emir.

Hana Aishah tersenyum sendiri saat mendengar tawa anaknya. Tangannya lincah memasukkan bekalan Adam ke dalam beg susu anaknya.

“I miss you. I miss you. Papa miss you so much” pipi Adam pula menjadi habuan Emir.

Hari itu seperti dijanjikan Adam akan bersiar – siar bersama Emir. Hana Aishah tahu Emir rindukan Adam. Hatinya dipangguk rasa sedih. Scott dan Mikhail hampir setiap hari mahu membuat panggilan video untuk melihat Adam. Ialah , semenjak Adam berada dalam kandungannya mana pernah mereka berpisah.

Hana Aishah tidak tahu bagaimana mahu membalas budi ketiga – tiga lelaki ini. Allah hadirkan mereka di kala dia sehelai sepinggang. Kasih sayang yang mereka curahkan untuk Adam tidak mampu Hana Aishah balas. Sedikit pun mereka tidak pernah melayan Adam seperti orang asing.

“Sayang please” sebelum sempat dia dibuai emosi suara sayu Fakhrul menjengah telinganya.

Seperti semenjak pagi tadi sewaktu dia mengemaskan barang keperluan Adam di dalam beg sandang , Hana Aishah memekakkan telinganya. Mulutnya sudah diherotkan apabila pinggangnya dirangkul Fakhrul daripada belakang.

“I`ll take care of him. Sayang rest je. Abang tak kacau sayang. I`ll bring him to the zoo or something so you can rest. Please don’t send him away” suara sayu Fakhrul merayu lagi. Dagu Fakhrul sudah mendarat di bahu kanannya.

“Sayang. Dengar tak abang cakap ni” Hana Aishah menjarakkan wajahnya saat dia dapat merasakan hembusan nafas Fakhrul yang mengenai pipinya.

“Tengku Fakhrul , you tak nampak ke I tengah buat apa ni?” suara mendatar Hana Aishah bertanya.

“Please don’t send him away. I want to spend time with him. I`ll miss him” rengusan kasar Hana Aishah kedengaran mendengar permohonan Fakhrul.

“Try to put yourself in Em shoe`s. They’ve never been separated since he was in my womb. Imagine how hard it is on him” Hana Aishah membalas selembut yang dia mampu. Giginya diketap mengawal suaranya daripada bercakap kasar.

“Put yourself in my shoe. Abang baru je dapat Adam” Hana Aishah menarik nafas dalam menenangkan hatinya mendengar hujah – hujah lelaki itu.

“Fakhrul. I penat la. I got so many pending things to do. Can you just please let this go” jelas kepenatan di sebalik suara Hana Aishah saat itu.

Hana Aishah ingatkan lelaki itu tidak mahu faham bahasa lagi tetapi jangkaannya salah. Tidak sampai sesaat tubuhnya yang lemas di dalam pelukan Fakhrul itu kembali tenang. Pelukan Fakhrul hilang , yang kedengaran hanyalah bunyi derapan kaki Fakhrul meninggalkan Hana Aishah.

“Faham pun bahasa” Hana Aishah berbisik sendiri saat zip bekas makanan anaknya ditutup.

Senyuman di bibirnya terukir lebar melihat Adam berbaring manja di dada Emir. Anak mata hitam itu bersinar – sinar menunjukkan betapa Adam merindui papa – papanya. Emir jangan dikatalah. Senyuman hingga ke telinga saat itu. Emir sedang mengesekkan pipinya di rambut ikal mayang Adam yang lebat.

“Rindunya dua beranak ni” suara ceria Hana Aishah menegur tetapi Emir dan Adam masih hanyut membuai rindu terhadap satu sama lain.

“Come on both of you. Save the lovey dovey for the day okay” Hana Aishah menepuk punggung Adam yang mengihisap ibu jari kanan anaknya yang montel itu.

“Papa” bibir Adam mengukir senyuman sehinggalah jelas gigi anaknya yang tersusun cantik.

“I know. Im sorry I wasn’t around” rambut Adam dikucup Emir berkali – kali.

Sudah hampir sebulan Emir mahu membawa Adam keluar tetapi ada sahaja halangan kerana itu kali ini Hana Aishah bertegas. Hanya dia tahu betapa lelaki itu berhak ke atas Adam. Tidak terbalas budi Hana Aishah terhadap Emir memikirkan bagaimana Emir menyelamatkan dia dan anaknya satu ketika dahulu.

“You sure you don’t want to come. I want you to rest. You look exhausted” anak mata coklat Emir merenungnya penuh kerisauan.

“No. I need a break from this boy. At this rate I`m gonna need a nipple reconstruction” Hana Aishah mengetap bibirnya geram mengenangkan Adam yang tidak mahu putus susu itu.

Sekarang dari malam sampai ke pagi anaknya menyusu. Bukan lapar pun , saja mahu bermanja. Dengan sakit belakang kerana harus mengiring dan sakit menahan gigitan anaknya sekiranya di tergerak sedikit.

“I know. I mean I`ll drop you at my condo and then I`ll go for boys outing with my man right here” Pipi gebu Adam dikucup Emir sambil. Tersipu – sipu Adam tersenyum apabila dipuji.

“Don’t want. You go la faster” Hana Aishah menolak tubuh Emir keluar.

Dia tidak betah Emir berlama – lama di situ. Teacher Basirah senyum pun tidak apabila Emir memberi salam. Kapten Azam yang sedang bermain dengan Adam terus menuju ke kolam ikannya. Puncanya kerana Emir menarik Hana Aishah kedalam pelukan sewaktu Hana Aishah membuka pintu utama.

Dia hidup dalam dua dunia yang berbeza saat itu. Kehidupan bersama ibu bapanya dan kehidupan dia dengan tiga penyelamatnya. Hana Aishah tidak mahu memilih kerana sayang pada keluarga lama dan barunya tidak mampu dia ungkap. Memikirkan kemungkinan dia akan kehilangan salah satu daripadanya menyebabkan tidur malamnya tidak lena.

“Why are you carrying his bag?” Hana Aishah menggelengkan kepalanya melihat seperti selalu Emir akan memastikan di tangannya tiada satu barangpun.

“You already have Adam. One baggage is enough. I`ll carry the rest” teringat dia dengan bebelan Emir apabila Emir melihat Hana Aishah menarik beg sewaktu percutian mereka di Cuba.

Selesai Emir meletakkan Adam di kerusi bayi di tempat belakang pemandu Hana Aishah terus memeluk Adam erat. Inilah masalah dia. Bila anaknya ada depan mata dia penat tetapi bila anaknya pergi dia rindu.

“Adam behaves ok. Don’t trouble papa. Its you and papa only today” Hana Aishah memesan sebelum mengucup pipi anaknya di kiri dan kanan.

“Tu la , orang ajak tak nak” Emir menarik Hana Aishah menjauhi Adam sebelum pintu belakang Range Rover itu ditutup.

“Don’t make it harder than it already is” Hana Aishah mencebikkan bibirnya sebelum memeluk Emir erat. Haruman minyak wangi Emir yang sudah dia hafal. Yang menenangkan di kala hatinya dilanda emosi yang tidak dapat dia kawal.

“Fine but promise me you`ll rest. You look exhausted” Emir merenggangkan pelukan sebelum matanya merenung tajam ke dalam anak mata Hana Aishah memberi arahan.

“Ok bos” Hana Aishah memberi salutasi ala – ala tentera sebelum tawanya kedengaran pagi itu. Melihat senyuman Hana Aishah , hati Emir tenang sedikit.

“Always smile like this” permintaan ikhlas Emir membuatkan hati Hana Aishah dipangguk rasa sayu.

Kenapa mereka yang sedarah dengan Hana Aishah lebih mementingkan kebahagiaanya daripada keluarga Hana Aishah sendiri? Harapan yang mereka letakkan untuk Hana Aishah sentiasa membuatkan dia mengorbankan keinginan diri.

“Dah, go go” Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum menjarakkan dirinya. Senyuman lebar dihalakan buat Emir supaya lelaki itu akan tenang pergi meninggalkannnya.

Sakitnya ditolak ke lubuk hati yang paling dalam. Emir memandangkan Hana Aishah sejenak sebelum mengeluh berat. Hana Aishah dan kedegilannya memang tidak boleh diubat. Sentiasa mengorbankan dirinya untuk orang sekeliling. Masalahnya kalau bend aitu berbaloi tidak mengapa.

“If you stay so. Take care umi” Hana Aishah menganggukkan kepalanya. Matanya memandang kea rah kereta Emir sehinggalah Range Rover itu hilang daripada pandangan.

Kakinya seperti tidak mahu bergerak masuk kembali ke dalam rumah semi – d milik bapanya. Adam adalah tempat Hana Aishah berpaut selama ini. Hilang punca kekuatannya hari itu. Tetapi dia perlu menghadapi realiti.

“You don’t get to choose your family” kata – kata Sakinah minggu lepas kembali bermain di mindanya.

Hana Aishah melangkah masuk ke dalam rumah. Kapten Azam sedang menapis kotoran di kolam ikannya. Kemesraan bapanya pagi tadi hilang apabila Emir hadir. Hana Aishah mengeluh berat sebelum kakinya diarahkan kea rah Kapten Azam.

“I love you” Hana Aishah berbisik saat tubuh bapanya dipeluk daripada belakang.

Dia menanti balasan daripada bapanya tetapi Kapten Azam masih meneruskan aktivit membersihkan kolam.

“Abah marah adik ke?” Hana Aishah bertanya sebak.

Kapten Azam masih membisu. Hana Aishah menanti sehingga saat Kapten Azam sendiri memisahkan pelukan itu. Hana Aishah merenung belakang baju Kapten Azam yang sudah mulai menyerap peluh yang keluar. Kapten Azam membongkok tubuhnya cuba mencapai daunan kering di sujud hujung kolam ikan itu.

Kaki Hana Aishah tidak mahu bergerak daripada situ walaupun dalam setiap saat yang berlalu hatinya semakin terluka. Dia tahu prinsip Kapten Azam oleh itu dia tidak terkejut cumanya hati Hana Aishah tetap terluka. Sebelum air matanya tumpah , Hana Aishah melangkah pergi.

“Kalau abah tak sayang adik , I would be hugging you back” Hana Aishah mengetap bibirnya saat mendengar kata – kata Kapten Azam. Langkahnya dihentikan.

“I won’t be ok until I get my daughter back” air mata yang ditahan mengalir kembali saat mendengar harapan Kapten Azam.

Hana Aishah melangkah laju menuju ke dalam rumahnya. Mahu melarikan diri daripada terus diburu rasa bersalah kerana melukai hati keluarganya. Geram kerana sehingga saat ini dia masih mahu memikirkan perasaan mereka. Itulah punca segala musnah.

“Bahagia derita itu milik setiap orang. Bukan tanggunjawab kau untuk bahagiakan semua orang yang kau jumpa. Bukan juga salah kau kalau diorang menderita. Itu semua jalan hidup masing – masing” pesanan Mas sebelum mereka berpisah beberapa hari lepas kembali bermain seperti radio rosak.

Kaki Hana Aishah dilajukan menuju ke biliknya kerana saat itu dia mahu bersendirian. Suasana yang sudah mulai bising dengan kehadiran anak – anak saudaranya menyesakkan lagi mindanya yang sedang kusut.

Sesampai di dalam bilik Hana Aishah , tanpa menghiraukan Fakhrul yang sedang duduk di birai katil , Hana Aishah melarikan diri ke bahagian bertentangan. Tubuhnya direbahkan sebelum , matanya dipejam rapat.

Segala macam emosi bermain silih berganti. Emosi yang datang bertubi – tubi tanpa dapat dia kawal membuatkan air matanya semakin lebat. Rasa marah bercampur kecewa mendominasi dirinya. Mengapa sukar sangat untuk mereka memahami keadaan Hana Aishah? Mengapa senang sahaja mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui perkara sebenar?

“Salah siapa Hana Aishah? Salah engkau , masih lagi mahu melindungi segala kejahatan Fakhrul terhadap kau” suara hatinya mengutuk.

“Aib rumah tangga kita jangan di jaja. Whatever it is try to solve between you two. Sedangkan lidah lagi tergigit , jadi adik tak boleh anggap rumah tangga akan selalu sempurna. Kita pun tak sempurna ,mana boleh expect our husband to be perfect” nasihat ibunya malam sebelum dia bernikah kembali.

Tapi perkara yang Fakhrul lakukan kepada dia , adakah perkara seperti itu masih di kira asam garam rumah tangga. Itukah yang ibunya maksudkan sebagai gigitan pada lidah. Luka dibadannya mungkin sudah sembuh tetapi mimpi ngerinya tidak pernah hilang.

Kalau dia beritahu sekalipun , adakah mereka akan mempercayai dia atau masih akan mempertahankan Fakhrul seperti selalu.

“Kita jadi isteri tak boleh ego. I know you adik so mak nak adik berubah. Dengar cakap Fakhrul. Push aside your ego” bibirnya tertawa sinis mengingatkan bebelan ibunya sewaktu kejadian Fakhrul lari meninggalkannya ke Vienna.

“Sayang” suara Fakhrul kedengaran dekat dengan telinganya saat itu. Tangan Fakhrul sudah mendarat di pinggangnya.

Kalau dua hari lepas dia masih mampu memujuk hatinya untuk tidak kasar dengan Fakhrul , saat ini dia tidak mampu. Bencinya membuak – buak. Puncanya lelaki itu. Fakhrul yang meruntuh segalanya. Daripada keluarganya sehinggalah ke kerjayanya segalanya musnah kerana Fakhrul.

“I benci you. I benci you sangat – sangat. Kalau ada pun sayang tu , tak setanding dengan benci yang I rasa right at this moment” penuh bisa Hana Aishah memberitahu.

Nafasnya Hana Aishah semakin pendek menahan sebak dan amarah saat itu. Air mata yang seperti tiada noktah itu membuatkan bencinya bertambah dalam setiap saat yang berlalu.

Dia cuba setiap saat untuk melupakan memori yang lelaki itu corengkan ke dirinya tetapi semakin hari harapan dan impian yang mereka idamkan untuk Hana Aishah dan Fakhrul semakin menyukarkan proses itu.

“I know” Fakhrul berbisik di telinga Hana Aishah. Tangan yang tadi berada di pinggangnya sudah hilang.

Tidak sampai sesaat tubuhnya sudah berada di dalam pelukan Fakhrul. Senang sahaja untuk dia tenggelam di dalam pelukan Fakhrul kerana tubuh lelaki itu yang tinggi dan lebar daripadanya. Hana Aishah mahu lari tetapi tubuh yang sama dia benci itu adalah tubuh yang sama sedang memberinya rasa tenang.

Hana Aishah cuba mematikan setiap derianya. Telinganya cuba dipekakkan supaya tidak mendengar deruan nafas tenang Fakhrul , nafasnya ditahan supaya deria bau Fakhrul yang sedang meredakan degupan jantungnya yang laju itu tidak sampai ke dalam hidungnya dan matanya dibuka luas membuang segala memori yang pernah mereka lalui sebelum ini. Dinding berwarna ungu cair yang sudah bercorak hasil tangan Adam ditenungnya.

“Ya Allah, what are you doing to me?” Hana Aishah merintih pilu. Bingung dia dengan segala rasa yang datang bertubi – tubi.
*******************************************

Troli yang tadi kosong perlahan – lahan sudah mula dipenuhi barangan mentah. Fakhrul memerhatikan gerak tubuh isterinya saat itu. Wajah isterinya yang masih kelihatan sembap sedang dikerutnya meneliti kandungan pek makanan bayi.

“Organic la sangat” Hana Aishah mengomel sebelum diletakkan kembali ke rak makanan.

Fakhrul diam membuntuti isterinya. Kejadian pagi tadi tidak ingin diulanginya. Cukuplah air mata isterinya sudah mengalir pagi tadi. Untuk hari ini, biarlah pagi tadi sahaja Hana Aishah meluahkan kebenciannya.

Sekejap sahaja dia berjaya memeluk Hana Aishah sebelum isterinya pantas bangun mematikan rangkulannya pagi tadi. Lama Hana Aishah beku berteleku di birai katil membelakangi Fakhrul sebelum Hana Aishah mencapai tas tangan isterinya.

Fakhrul membisu dan menjadi bayang – bayang Hana Aishah untuk hari itu. Fakhrul tahu sekiranya dia berbicara yang dia akan lihat hanyalah amarah isterinya. Tetapi itu pun Fakhrul masih mampu terima tetapi dia tidak mahu melihat air mata isterinya lagi.

“Adik nak keluar pergi mana – mana today let Fakhrul take you. I don’t like you taking the public transport” wajah kecewa isterinya apabila dia tengah Kapten Azam dipadamkan daripada memori.

Kalau ikut kedegilan Hana Aishah , memang segalanya dibuat Hana Aishah sendirian. Sudahlah banyak misi isterinya hari itu. Kekecewaan Fakhrul apabila Hana Aishah bertegas mahu membiarkan Emir mengambil Adam sedikit terubat apabila melihat tahap kesibukan isterinya.

Selepas selesai membuka jahitan luka di kepala isterinya , mereka singgah ke pasar basah untuk membeli barangan basah sebelum menuju ke pusat beli belah. Beberapa kali juga Hana Aishah cuba memboloskan diri mahu menaiki kenderaan awam sehingga Fakhrul terpaksa menggunakan bapa mertuanya.

“Sayang cakap dengan abah sendiri. Abah specifically told me to bring you around today. If you don’t want then you tell abah yourself. Abang tak nak tipu abah” jelingan tajam Hana Aishah di lobi hospital masih terbayang di mindanya.

Oleh itu untuk tidak mengeruhkan keadaan Fakhrul diam membisu dan menurut sahaja rentak isterinya. Trolinya dihalakan ke bahagian daging dan ayam.

“Excuse me. This minced beef is it processed one?” Fakhrul melihat wajah pekerja warga asing yang terpinga – pinga mendengar persoalan isterinya.

“Yang, abang rasa he couldn’t understand English and I don’t think he knows the origin of the meat” Fakhrul menyampuk.

“Mana boleh tak tahu. Ishh. At London it was so easy to get organic foods” Hana Aishah mengerutkan wajahnya mengomel. Bibir Fakhrul mengukir senyuman melihat raut wajah Hana Aishah.

“Bukan tak ada , tempat sayang cari salah lah” Fakhrul membalas.

“Barang bukan main mahal dekat supermarket ni, mestilah fresh and organic” Hana Aishah sudah bercekak pinggang mahu berdebat dengan Fakhrul. Fakhrul menahan tawanya melihat Hana Aishah yang dahulu muncul. Kalau dahulu laju sahaja mulut itu mahu melawan segala kata – katanya.

Tangannya digenggam daripada menarik Hana Aishah ke dalam pelukan di tempat awam. Bukan sebab bimbang dengan pandangan orang , tapi bimbang Hana Aishah akan bertambah marah. Melihat wajah tidak puas hati Hana Aishah , lagilah geram dia mahu terus mengusik.

“If I can bring you to a fresh and organic store, you have to let me follow you everywhere today. Deal?” kening sebelah kiri isterinya naik sebelah. Bibir nipis itu digigit perlahan menunjukkan betapa fokusnya Hana Aishah sedang mencuba membuat keputusan yang bijak.

“Ermmmm” melihat ketidak sediaan Hana Aishah , Fakhrul terus merangka rencana lain.

“Its ok. Sayang belilah from here. I`m sure this is your level of freshness for our baby kan” Fakhrul menolak troli pergi selepas membuat kenyataan yang dia amat pasti akan membuatkan Hana Aishah dapat membuat keputusan dalam sesaat.

“Excuse me. I elok je jaga anak I ye selama ni. Suka hati you je tuduh – tuduh” Fakhrul meneruskan perjalanannya manakala Hana Aishah meneruskan bebelannya.

“You jangan cari pasal dengan I Tengku Fakhrul. Eeee tunggu la…” derapan langkah Hana Aishah semakin dekat sebelum lengan tangan kanan Fakhrul disentap. Wajah Hana Aishah sudah menyinga memandang Fakhrul.

“You take back what you said?” Fakhrul masih berwajah selamba merenung kea rah isterinya.

“Take what back? Abang tak cakap apa pun” wajah tidak bersalah Fakhrul membuatkan Hana Aishah semakin marah.

“Dah la I kena hadap muka you sepanjang hari ni and then you nak buat drama dengan I. You ingat I tak tahu ke you hinting apa. You nak cakap I tak reti jaga Adam kan. You nak cakap I ni mak tak guna kan. You…” kata – kata Hana Aishah terhenti saat Fakhrul memaut kedua belah pipinya. Terdiam terus mulut isterinya saat itu.

“You are a great mother. I will never question that. I`m sorry if you feel that’s what I meant” suara Fakhrul lembut memohon maaf sambil menjelaskan keadaan. Hana Aishah terkebil – kebil merenung kea rah anak mata hitam yang merenungnya penuh emosi.

Anak mata hitam yang sentiasa beku tanpa rasa. Anak mata yang dia tahu semenjak dahulu memikul seribu emosi dan memori duka tetapi tidak mahu ditunjukkan kepada Hana Aishah. Bibirnya yang tadi laju mahu memarahi Fakhrul menjadi kelu.

“You are the best mother to our babies. Don’t even for a second doubt that. Ok sayang?” Fakhrul tersenyum manis sebelum tangannya menyeka air mata yang sudah membanjiri wajah isterinya.

“Sayang cari dry foods that you want and then we`ll head to another store for fresh meats” Fakhrul merangkul pinggang Hana Aishah sebelum meneruskan misi isterinya yang sudah tergendala.

Hana Aishah diam membisu di sebelah Fakhrul. Sekiranya tadi Hana Aishah yang kelihatan sibuk memilih sekarang senarai di diari kecil miliknya diambil Fakhrul. Matanya memerhatikan gerak geri Fakhrul yang tenang menguruskan segalanya.

Hari – harinya berlalu seperti itu. Dia mahu membenci Fakhrul atas setiap kesakitan yang dia terima. Atas setiap tidur malamnya yang tidak pernah lena tetapi setiap kali itu dia diasak dengan perasaan bersalah yang hadir tanpa dipinta.

“Tak pe , I bayar sendiri” Hana Aishah laju memotong saat Fakhrul menghulurkan kad lelaki itu.

“Sayang…..” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju apabila Fakhrul mahu menggunakan kata – katanya untuk memanipulasi Hana Aishah lagi.

Beberapa keping not biru diambil daripada dompetnya sebelum dihulurkan kepada jurujual yang kelihatan serba salah memandang kea rah Fakhrul.

“Take the money” setegas mungkin suaranya memberitahu. Dia tidak mahu bergantung harap dengan Fakhrul.
**********************************************************

“You remember this place” Fakhrul bertanya dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibirnya. Tangannya memaut tangan kanan Hana Aishah dan diusap lembut. Wajah isterinya seperti 5 tahun lepas terpaut pada dua pohon gergasi yang menyamankan suasana di restoran makan mewah di Kuala Selangor itu.

“I can still remember the happiness in your face when I first brought you here for our first date” wajah isterinya kelihatan tenang merenung ke arah sepasang pasangan yang sedang menari di bawah rimbunan pohon diiringi muzik jaz yang berkumandang.

“You were smiling through your eyes and honestly that was the first time I ever you saw it light so happily because of me” Fakhrul menyambung bicaranya. Hatinya dipangguk rasa penyesalan kerana kebodohan dia. Dia sendiri menghancurkan kebahagian yang sebenarnya sudah hadir di dalam keluar kecilnya.

Usai urusan mereka siang tadi , Fakhrul membawa Hana Aishah ke sini. Niatnya untuk mengingatkan kembali isterinya dengan memori indah mereka yang sudah ditenggelami segala memori pahit yang dia beri. Hana Aishah yang diam membisu semenjak kejadian di pusat beli belah tadi hanya menurut.

“I miss us” Hana Aishah masih diam tidak mahu merenung ke arahnya.

Fakhrul mengawal perasaanya supaya tidak kelihatan mendesak tetapi rindunya semakin hari semakin menjadi – jadi. Segala rindu yang terpendam selama ketiadaan isterinya kembali dan semakin hari semakin kuat.

Usai solat asar mereka terus menuju ke tempat pertama yang membawa pelbagai memori manis bagi mereka berdua. Walaupun awalnya dia memandang remeh akan permintaan isterinya tetapi saat ini barulah dia benar – benar faham kepentingan adanya saat manis mereka bersama seperti ini.

Laju Hana Aishah memboloskan tangannya keluar daripada genggaman Fakhrul apabila pelayan sampai untuk menghantar makanan. Geram pula Fakhrul tetapi memikirkan mereka yang sedang kelaparan itu dia telan sahaja.

“After this we go and fetch Adam ya” Fakhrul memecahkan kesunyian mereka.

“No” sepatah perkataan yang mematikan selera Fakhrul. Mindanya pusing cuba memikirkan cara untuk tidak menaikkan marah isterinya tetapi dalam masa yang sama dapat membawa Adam pulang.

“Adam normally feed directly when he sleeps. Kesian Adam sayang” Fakhrul berbicara dengan berhati – hati.

“Its fine. Emir practically raised Adam up and Adam knows the drill. It`ll be like when I`m oncall” Fakhrul tidak dapat membendung kekecewaannya saat mendengar kata putus Hana Aishah. 24 jam tanpa Adam yang tidak dapat dia bayangkan penyeksaanya.

Hana Aishah melicinkan pinggannya manakala Fakhrul terus mati seleranya. Wajah isterinya yang tenang tanpa perasaan itu ditenung Fakhrul kerana dia perlukan ubatnya. Ubat pertama adalah Hana Aishah dan ubat keduanya adalah Adam.

“You habiskan your food. I nak pergi dekat swing tu” Hana Aishah memberitahu sebelum melangkah meninggalkan Fakhrul yang sudah terpinga – pinga.
**********************************************************

“Its almost midnight. Terangnya rumah” omelan Hana Aishah kedengaran saat Fakhrul memberhentikan kereta di simpang berdekatan dengan rumahnya. Selalunya Fakhrul akan meletakkan keretanya di hadapan pintu pagar rumah Kapten Azam tetapi malam itu tempat itu sudah dipenuhi 2 buah kereta lain.

“Ada orang datang melawat mak lagi I think” Fakhrul membalas apabila enjin keretanya dimatikan.

“Sayang go first. Abang angkat barang – barang” Fakhrul memesan awal – awal lagi supaya Hana Aishah tidak mengangkut semua barangan seperti selalu. Geram dia dengan kedegilan Hana Aishah.

“It’s a lot of bags. Nanti you kena angkat few trips” Hana Aishah membantah sambil matanya cuba memerhatikan plat no kereta yang diparkir di hadapan rumahnya.

“Abang tak kisah. Nanti sayang sakit pinggang angkat barang – barang tu. Please sayang. Abang boleh angkat” Fakhrul memujuk.

“You ni kan drama betul lah. Anak you yang 20 kilo tu I angkat elok je. Ish siapa pulak datang sampai tengah malam ni. Mak ni hari – hari layan tetamu , rehat apa nya” Hana Aishah membebel lagi. Pintu kereta dibukanya. Sebelum tubuhnya membolos keluar.

“Adam pun abang tak nak sayang angkat. Sayang yang degil” Fakhrul yang sedang membuka bonet kereta itu membalas.

“Ya Allah cuba you jangan over sangat. Rimaslah dengan this overbearing version of you. Cuba jadi selfish macam dulu. Dengan perut boyot I tu, I pergi grocery shopping sendiri , I masak sendiri , uruskan rumah sendiri. Time tu you tak kisah pulak. Sekarang nak menunjuk over caring. Rimas tau tak” Hana Aishah membebel sambil menarik beberapa beg plastik mendekatinya.

Suasana menjadi sunyi seketika. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik dan plastik. Hana Aishah meneruskan tugasannya tanpa mengendahkan Fakhrul yang tersentak mendengar bebelan isterinya.

“Cepatlah angkat. Tadi sibuk sangat nak angkat. I angkat yang ringan je ni semua. I angkat sayur – sayur je. Tengok ni” Hana Aishah mengangkat kedua – dua belah tangannya yang masing – masing memegang 2 beg plastik.

Wajah Fakhrul yang kelihatan sedih itu ditenungnya seketika mengharapkan reaksi tetapi yang dapat Hana Aishah lihat hanyalah kedukaan. Keluhan berat dia lepaskan sebelum plastik yang dipegangnnya diletakkan semula di but kereta. Punggungnya dilabuhkan di but kereta.

“Fakhrul. I…. I…” Hana Aishah mengigit bibirnya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan dirinya.

“Can you not make a drama tonight. I penat sangat. I ikut je semua benda yang you nak hari ni. I`m trying so damn hard to compensate you. You cannot expect to be ok with you for 24/7” Hana Aishah mengigit bibirnya daripada meneruskan ayat yang dia tahu akan menyakiti lagi hati Fakhrul.

“Sorry sayang. Abang tak ada niat nak susahkan sayang today. I just want to help you” Fakhrul merapati Hana Aishah sebelum kedua – dua belah tangan isterinya dipaut.

“I`m so sorry for everything that I did. I want to turn back the time. Abang nak jaga sayang , abang nak jaga Adam… I failed both of you…” Fakhrul duduk mencangkung di hadapan isterinya. Wajahnya disembamkan di paha Hana Aishah saat itu.

Ketenangan yang sama dirasai beberapa hari lepas saat dapat melelapkan mata di riba Hana Aishah kembali. Hatinya yang tadi seperti dihiris berkali – kali perlahan – lahan pergi.

“Just let me take care of both of you now” Hana Aishah mengigit bibirnya menahan sebak. Matanya dipalingkan kea rah rumahnya yang masih terang benderang. Air mata sudah bertakung di bibirnya.

“Kita semua pendosa tapi kenapa kita rasa kita hebat sangat untuk menjadi hakim” air matanya mengalir laju mengingatkan pertelingkahan dengan Hana Azuwa dua minggu lepas.

“Just bear with me. Its so hard because the bad memories are already apart of me” Hana Aishah berbisik sebelum tangannya turun mengusap rambut ikal mayang Fakhrul.

“Baby step ok” Fakhrul merenung ke dalam anak mata isterinya yang penuh dengan ketidakpastian saat itu.

“Lets go inside. Adam will arrive anytime soon. I want to take bath first” Hana Aishah meminta sebelum Fakhrul berdiri.

“Abang ingat sayang tak balik. Thank you” tidak semena tubuh dipeluk sebelum pipinya dikucup Fakhrul.

“Ini lebih lah Fakhrul. Kata baby step” Hana Aishah mengomel sebelum bibirnya diherotkan.

“Ok sorry” lagilah Hana Aishah menyampah melihat wajah tidak bersalah Fakhrul.

“Jom sayang” Hana Aishah menahan dirinya daripada membebel melihat plastik beg yang sudah berada di kedua – dua belah tangan Fakhrul. Cepat betul lelaki itu bertindak.

“Sayang ambikkan kunci kereta. Its in my left pocket. Please” lagilah herot bibirnya melihat lelaki itu mengambil kesempatan.

“Macamlah tak boleh letak dulu beg plastik tu” Hana Aishah mengomel sebelum tangannya dimasukkan ke poket kiri Fakhrul. Punyalah dia godek tidak jumpa sehinggalah wajahnya merenung kea rah Fakhrul yang sedang menikmati saat yang manis.

“Yang. Tu sebelah kanan. I know you miss me but can we wait till we reach the bedroom” Hana Aishah memejamkan matanya rapat menyembunyikan malunya saat itu.

“I mean we can but maybe inside the car. Remember that time when we came back for our 3rd date. We were at the porch. I miss your….” Kata – kata Fakhrul dipotong laju sepantas tangannya ditarik keluar daripada poket seluar suaminya.

“Just shut up ok. You tutuplah kereta tu sendiri. Eeee benci” Hana Aishah membentak sebelum kakinya melangkah meninggalkan Fakhrul yang sedang menertawakan dia.

“Ya Allah Hana Aishah. What rasuk you girl? Kenapa la kau tak check kanan kiri” Hana Aishah membebel memarahi dirinya yang sememangnya dari dahulu sukar membezakan kiri dan kanan.

Langkah Hana Aishah dipercepatkan memasuki pengkarangan rumah keluarganya. Malunya bukan kepalang waktu itu. Habislah Fakhrul akan mengusiknya agaknya sampai ke esok.

“Assalamualaikum. Adik dah balik. Mak….” Kata – kata Hana Aishah tersekat di situ saat dia melihat kaum kerabat ibunya yang sudah hampir dua bulan dia nantikan.

“Omg. Nenek is here. Nek! Adik dah balik” Hana Aishah mencicit ke dapur mencari neneknya. Gembiranya bukan kepalang sampaikan mak cik dan pak ciknya tidak disalami.

“Ya Allah. Adik” tubuh Hana Aishah terus ditarik ke dalam pelukan Mami Baizura, adik bongsu ibunya memeluk Hana Aishah erat. Hana Aishah amat rapat dengan mak ciknya yang satu ini kerana Mami Baizura memang tinggal di rumah neneknya semenjak sebelum kawin sehingga sudah beranak cucu ini.

“Mami. Adik rindu mami. Sorry I left” berjujuran air mata Hana Aishah memohon maaf. Sebelum dia bernikah dengan Fakhrul dia selalu menghabiskan masa cutinya sekurang – kurangnya seminggu di kampung. Rutin itu hilang semenjak dia bergelar isteri Fakhrul.

“Adik pergi mana. Merajuk lah ni” Hana Aishah mencebikkan bibirnya sambil menganggukkan kepalanya. Wajah ibu saudaranya yang sudah dibanjiri dengan air mata itu tersenyum melihat kemanjaan anak saudara kesayangannya.

“Lain kali merajuk , balik kampung. Mami kan dah janji mami tak bagi tau mak kalau adik sorok dekat rumah nenek” lagilah lebat air mata Hana Aishah saat teringat Pakatan yang dia buat dengan Mami Baizura sewaktu dia darjah dua. Puncanya kerana dia tidak mahu pulang ke bandar. Hana Aishah mahu bersekolah di kampung bersama sepupu – sepupunya.

“Nenek mana? Nenek marah adik ke?” Hana Aishah bertanya sebak.

“Adik dah laung kuat macam selalu. Selalu kalau dekat simpang tiga adik laung nenek dah tunggu depan pintu rumah” Hana Aishah meluahkan kesedihannya saat dia masih tidak dapat melihat kelibat neneknya.

“Adik….” Hana Aishah terus melepaskan pelukan Mami Baizura saat itu. Kepalanya digeleng laju. Tona itu dan renungan bersalut duka itu.

“No. Nenek tak ikut. Nenek …. Nenek… nenek ada dekat kampung kan” Hana Aishah berundur menjauhi Mami Bazirah saat itu. Realiti yang cuba mereka sampaikan itu tidak akan dia terima. Kenyataan yang bakal mereka katakan itu tidak benar.

Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju sebelum tubuhnya dipalingkan. Dia tidak mahu memandang wajah seisi rumah saat itu. Renungan mereka akan menjadikan angapannya realiti.

“No. Adik nak balik kampung. Nenek tunggu adik. Nenek janji… adik janji” berterabur kata – kata Hana Aishah saat itu. Seperti mana berterabur segala emosi dan fikirannya.

Sebelum Hana Aishah sempat sampai di pintu masuk rumah, Kapten Azam muncul. Entah dari mana bapanya datang menghentikan langkah Hana Aishah. Hana Aishah merenung wajah bapanya pilu.

Kerana itukah semua orang mengelak setiap kali dia menyoal kenapa nenek dan mak cik pakciknya tidak datang melawat walhal dia tahu betapa eratnya mereka sekeluarga. Kalau seorang ditimpa musibah atau sakit, akan berkampunglah mereka sekeluarga di rumah orang tersebut.

“No abah. No” Hana Aishah mengongoi saat tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Kapten Azam.

“Adik mengucap sayang. Kesian nenek dekat sana” raungan Hana Aishah bertambah kuat saat mendengar kata – kata Kapten Azam.

“Nenek janji. Nenek janji nenek tak tinggal adik. She promised me” kakinya terasa longlai saat itu. Dadanya terasa sempit dan nafas yang diambil terasa terlalu pendek. Mata Hana Aishah merenung ke dalam mata Kapten Azam saat pandangannya menjadi semakin kelam.

“No. Abah tipu. Abah tipu …. Abah…” saat pandangannya menjadi hitam , Hana Aishah menyambut kegelapan itu kerana kegelapan itu akan membawa dia jauh daripada realiti pahit ini.

“Shit. Hana!”

“Sayang!”

“Adik!”

Tiga suara yang menjerit memanggilnya tetapi Hana Aishah tetap mahu terus pergi meninggalkan segala kesakitannya saat itu. Perkara yang paling dia takuti telah berlaku. Pemergian di kala dia jauh membawa diri telah terjadi. Insan yang terlalu dia sayang pergi di saat dia tiada di sisi. Itukah sakit yang patut dia rasai sewaktu permergian anak sulungnya. Sebegini sakitkah dia patut rasai. Kerana saat itu sakitnya tidak terperi.
*************************************************

Mata Felisha melihat beberapa botol pil yang terdampar di atas katilnya. Baju tidur satin bertali halus yang dipakainya untuk mengurangkan bahang yang dirasai tubuh Felisha digenggam kuat. Apabila jarinya terasa kebas , genggamnnya dilonggarkan.

Saat itu seperti ada suatu bom jangka masa sedang berdetak di dalam kepalanya. Denyutan itu tidak berhenti semenjak beberapa hari lepas. Segala macam cara Felisha gunakan untuk melelapkan mata tetapi setiap kali matanya ditutup bayangan yang menghantuinya semenjak 4 tahun lepas kembali.

Kalau dahulu dia masih mampu tidur kerana tidak sekuat itu memori itu menyesakkan mindanya. Semenjak beberapa bulan ini , memori itu diselang selikan dengan kejadian malam yang merubah segalanya bersilih ganti.

“Just take this girl. Trust me , you`ll sleep like a baby” pesanan Adira teman semenjak zaman universitinya kembali bermain di minda.

Selalunya kalau dia tidak tenang sebegitu Felisha akan pulang ke rumah papanya tetapi semenjak amukannya , Puan Sri Maria tidak semesra dahulu. Pelukannya tidak berbalas dan dengan kehadiran insan yang dinantikan mamanya , memang dia tidak dilayan.

Tetapi yang betul – betul membuatkan dia tidak mahu pulang adalah kerana satu insan yang Felisha tidak mahu bertembung. Insan yang menyebabkan bayangan wajah yang menjadi igauannya kembali mengasak.

Tubuhnya yang sedang duduk itu dibaringkan. Matanya berkedip melihat ke siling plaster yang bercorak moden itu. Renungan mata yang sama , hidung yang sama , bibir yang sama , bentuk muka yang sama. Bezanya hanya satu. Anak mata yang menggangu tidurnya berwarna coklat bukan hitam.

Biarpun berbeza saiz tubuh , sepuluh kali dia cuba tenung pun raut wajah yang sudah dia hafal itu sama seperti kembar seiras. Debaran di dadanya kembali. Tekak yang tadi terasa kering sekarang semakin perit kerana Felisha dapat merasakan asid yang mulai naik menyerbu.

Tubuhnya digerakkan secepat mungkin tetapi pergerakan secara tiba – tiba itu membuatkan dunianya berpusing. Felisha menutup matanya rapat cuba menghilang rasa yang menjadi penemannya semenjak dua bulan ini.

Isi perutnya sudah berada di pangkal tekaknya. Felisha menutup mulutnya rapat cuba menahan isi perutnya tetapi terkeluar jua cecair berbau hanyir itu. Air matanya Felisha jatuh berjujuran seiring dengan bendalir yang sudah membanjiri selimut tebalnya.

Saat selesai segala isi perutnya keluar tubuhnya ditelentangkan kebelakang. Tangan Felisha turun memeluk perutnya mahu menghilangkan gelodak. Hatinya semakin pedih saat menyedari punca muntah yang menjadi penemannya saat itu.

“Tahniah Puan. Is this your first baby?” kata – kata yang menggelapkan dunianya.

Tujuan dia menemui doktor adalah kerana muntahnya yang tidak berhenti selama seminggu. Sangkanya kerana masalah gastrik yang kembali kerana selera makannya yang sudah hampir sebulan hilang.

“Mama. Baby takut. Baby nak mama” Felisha berbisik di dalam sendunya. Kesunyian yang menyelubungi hari – harinya semakin menyesakkan. Felisha buntu mahu memohon bantuan siapa.

Dia tahu apa yang akan jadi sekiranya Tan Sri Fadhil mengetahui tentang kandungannya. Bibirnya bergetar hanya memikirkan hukuman yang bakal dia hadapi sekiranya berita ini sampai ke Tan Sri Fadhil. Nasib baiklah hari itu kerana tidak larat sangat dia pergi ke klinik di bawah. Kalau dia pergi ke klinik doktor peribadi Tan Sri Fadhil , dia pasti papanya tidak akan berdiam diri.

Dia tidak mahu anak ini. Anak yang menjadi bukti perbuatan jahat lelaki itu. Sampai hati Puteri melukakan hatinya sebegitu. Setelah segala yang dia lakukan untuk memastikan Fakhrul menjadi milik Puteri , ini balasan yang dia terima.

Bayangan malam itu , kesakitan yang terpaksa dia hadapi kerana keputusan bodohnya mengikut Puteri ke Cuba untuk bercuti rupanya hanyalah sebagai kambing hitam untuk dikorbankan.

Suara – suara lelaki itu dan tawa Puteri bersilih ganti datang. Bayangan Adam dengan anak mata coklat , renungan anak abangnya sewaktu dia melihat bayi yang cuba dia sakiti itu pula menggantikan renungan itu.

“Mama. Mama tolong baby” air mata Felisha mengalir laju sambil dia mengongoi memanggil ibunya.

Penyesalannya berbuku – buku. Sakitnya tidak tertanggung saat itu. Tetapi kesakitan yang sedang dia rasai hanyalah sedikit hendak dibandingkan dengan penyeksaan yang dilalui Hana Aishah.
*************************************************************

“I`m here for baby Tengku Fakhrul” Felisha memberitahu petugas kesihatan yang menjaga pintu masuk NICU itu.

“Puan ni siapa ye?” petugas Wanita itu bertanya dan hasilnya berlaku pertelagahan kerana staf itu tidak memberi keizinan untuk dia masuk melawat anak saudaranya.

“You panggil your bos. I ni anak Tan Sri Fadhil aka Dr Tengku Fakhrul`s sister. Get that into your head” selepas beberapa minit dan beberapa pakar terlibat , Felisha berjaya memasuki NICU.

Dia diiringi seorang staf dan diarahkan untuk memekai beberapa pakaian khas sebelum dibawa menuju ke incubator yang didiami anak Tengku Fakhrul. Tanpa mengucapkan terima kasih dia mengarahkan staf itu untuk dengan isyarat tangan.

Matanya melihat kea rah bayi yang berselirat dengan segala jenis wayar saat itu. Mata bayi yang kembar dengan Fakhrul itu tertutup rapat tetapi dada itu berdegup kencang.

Hati Felisha didatangi suatu perasaan yang tidak dapat dia ungkap. Disebalik kebencian yang dia bawa selama ini terselit satu perasaan aneh. Tangan kanannya naik mengusap dadanya menghilangkan debaran yang tiba – tiba hadir.

“What the hell is happening to me?” Felisha berbisik sendirian.

Matanya melihat ke arah dua lubang yang kelihatan seperti tingkap. Tingkap yang berdekatan dengan kepala bayi itu terbuka manakala yang berdekatan dengan kaki halus bayi itu tertutup.

Entah apa yang merasuknya, tangan Felisha yang cantik memakai pewarna itu masuk mengelus pipi bayi kelihatan merah dan menggelupas itu. Tidak sampai sesaat kelopak mata yang tertutup rapat itu terbuka luas.

Anak mata itu seperti terus mencari dia. Mata mereka bertaut. Anak mata hitam Felisha dan anak mata coklat itu bersabung. Felisha tergamam melihat sinar di sebalik anak mata coklat itu.

“Hey” bibirnya mengukir bicara tanpa dapat dia kawal. Sebagai balasan , bibir yang sudah terlari daripada mask itu mengukir senyuman. Senyuman milik Fakhrul. Dada Felisha yang tadi berdebar kuat terasa sesak secara tiba – tiba.

“Budak cerdik ni, tak nak pakai mask. Macam mana nak dapat oxygen sayang. Nakal macam umi dia” momen itu terhenti saat dia dapat mendengar bebelan staf yang datang dan membuka bumbung incubator itu.

Felisha terus menarik tangannya keluar dan meninggalkan incubator tu. Tangisan yang dia yakin milik anak abangnya kedengaran dari kejauhan. Tanpa membuka sut yang dipakai, Felisha terus meluru menuju ke keretanya.

“Liat betullah budak ni nak mati. Macam mak dia. I think I need to end it myself” janjinya pada Puteri dua hari lepas tidak mampu dia tunaikan. Perasaan yang datang menyerangnya saat itu tidak mahu pergi.

Bagaimana dia mahu mematikan renungan mata itu, senyuman manis itu. Darah yang mengalir dalam badan mereka adalah sama. Penyesalan mulai terbit di dalam hati Felisha saat mengingatkan punca kenapa Hana Aishah dan anaknya berada di hospital saat itu.

“Shit, what have I done?” stereng keretanya ditumbuk berkali – kali saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience