BAB 15

Humor Completed 9296

Izzat masuk ke dalam bilik setelah dihalau oleh ahli keluarga yang lain yang masih berada di ruang tamu. Keluarganya juga bermalam di sini pada malam ini. Masing-masing masih rancak berbual di bawah walaupun masih penat dengan majlis yang berlangsung pada hari ini. Iman Soraya dilihatnya sedang duduk di birai katil seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

“My Pearl, tak tidur lagi?” macam kurang bijak pula tanya soalan ni bila sudah terang-terang nampak isterinya itu masih berjaga tetapi dia bertanya juga untuk memecahkan kesunyian.

“Abang, Iman minta maaf pasal petang tadi. Benda tu di luar kawalan Iman. It just blurted out of nowhere. But one thing for sure is that he is not my ex.” Macam mana nak jadi ex kalau berkasih sayang pun tak pernah. Kasihan tu adalah sebab dia pergi pada usia yang muda. Izzat mendiamkan diri. Iman Soraya menyambung bicara.

“Abang, may I ask you one question?”

“Yes, my Pearl, you may.” Jawab Izzat kepada pertanyaan isterinya.

“Abang ada kembar?” akhirnya keluar juga soalan yang sejak sesi membatalkan air sembahyang tadi ingin ditanya kepada suaminya.

“And may I know why you are asking me like that?” tanya si suami kembali.

“Because you look so much like him. So much to the point that I will believe you even if you say that you are him. Walaupun Iman dah lama tak jumpa dia tapi Iman masih ingat lagi.” Kata Iman Soraya. Biarlah semua kekusutan ini terlerai malam ini juga.

“Jadi betullah he’s your ex? My Pearl tak dapat lupakan dia?” masih lagi soalan yang keluar dari mulut Izzat.

“No, abang, he’s not my ex. I don’t know how to explain it to you. It’s a long story. But you look so much like Aidil.”

“Because I am Aidil.” Balas Izzat.

“I know your name is Izzat Aidil. Iman dengar masa akad tadi. But my Aidil is dead. Sebab itulah Iman tanya abang ada kembar tak? Your name is Izzat Aidil then maybe kembar abang nama dia Aizat Aidil and he is the ‘Aidil’ that I’m talking about.” Jelas Iman Soraya panjang lebar.

“My Pearl, bawa bertenang okey. Meh sini ikut abang.” Kata Izzat sambil memegang tangan Iman Soraya dan dibawa Iman Soraya untuk separuh baring dan bersandar pada bantal. Kemudian dia mengambil tempat di sisi isterinya itu.

“Meh lah sini sikit. Kenapa jauh sangat? Abang tak makan oranglah.” Kata Izzat kepada isterinya. Iman Soraya teragak-agak tetapi didekatkan juga dirinya dengan suaminya itu. Izzat meletakkan tangannya di belakang kepala isterinya dan mendaratkan tangannya di bahu isterinya. Sejurus itu ditarik isterinya untuk lebih dekat dengannya.

Dah macam sesi pillow talk dengan mummy pula. Tapi pillow talk dengan mummy bersandar pada bantal je. Ini sudahlah bersandar pada bantal, encik suami tambah pula tangan jadi extra bantal. Yang pasti kalau pillow talk dengan mummy bukan sampai tertidur tapi kalau pillow talk dengan encik suami ni memang sampai tertidurlah kot. Okey fokus Iman, fokus! Kau nak tahu pasal kembar Izzat ni. Iman Soraya bermonolog dalam hati.

“Abang, please say that you have a twin.” Kata Iman Soraya seperti separuh merayu. Dah tu kalau betul laki kau ada kembar kau nak buat apa Iman? Nak tahu macam mana Aidil meninggal dunia? Macam tu? Iman Soraya berperang dengan diri sendiri.

“I have a twin.”

“See! Maknanya betullah Aidil tu kembar abang?” soal Iman Soraya yang secara automatik kembali duduk dan berpaling kepada suaminya yang masih bersandar.

“Tak lah sayang. Abang mana ada kembar.” Kata Izzat kembali.

“Abang, mana satu ni? Tadi cakap ada kembar, sekarang takde pula? I’m dying to know here, abang.” Iman Soraya sudah berkerut-kerut dahi masih memandang suaminya. Izzat duduk menyertai isterinya.

“That was because just now you said ‘abang, please say that you have a twin’, so I said ‘I have a twin’. Betullah kan?” ujar Izzat kepada isterinya. Iman Soraya sudah menepuk dahi. Mukanya masam mencuka.

“No, my Pearl. I don’t have a twin but I have a good news. I am Aidil. By Aidil here I mean I am your Aidil. The ‘Aidil’ that you are talking about.” Izzat memegang kedua-dua belah tangan isterinya. Dahi Iman Soraya makin berkerut.

“Tak! Abang tipu! My Aidil is dead.” Iman Soraya sudah mengalirkan air mata. Izzat mengesat air mata di pipi isterinya.

“No, my Pearl. I’m here. I’m your Aidil. Tak mau menangis, meh sini abang ceritakan semua.” Izzat membawa Iman Soraya untuk berbaring dan bersandar seperti tadi. Dia membawa isterinya dekat dengannya dan mendaratkan tangannya di bahu isterinya sambil membetulkan kedudukan supaya isterinya dapat bersandar dengan selesa.

“Pertama sekali abang nak minta maaf sangat-sangat kalau abang dah tipu Pearl. Abang adalah Aidil yang sama yang Pearl jumpa masa dalam lif di fakulti. Siap kaji lagi lif mana yang Pearl selalu guna and luckily masa hari kejadian, lagi dua lif rosak so memudahkan abang tunggu Pearl dekat satu lif je. Abang minta tolong kawan abang untuk tolong buatkan nampak real dan terbukti Pearl percaya. Dari situ abang boleh mendekati Pearl dan tahu apa sebenarnya dalam hati Pearl. Percayalah Pearl, bukan abang nak menipu tapi dengan cara itu aje abang dapat mendekati Pearl. Abang tahu Pearl bukan jenis melayan lelaki jadi dengan cara tu abang boleh selami hati Pearl. Abang boleh heart-to-heart talk dengan Pearl. Abang cakap pada Pearl abang ada masa sebulan je sebab masa tu abang dah final year dan nak dekat final exam jadi abang perlu fokus pada pelajaran.”

“Abang jahat!! Kenapa abang buat macam tu?” soal Iman Soraya. Perlahan-lahan air matanya kembali mengalir.

“Itu je pilihan yang abang ada my Pearl. Masa pertama kali abang nampak Pearl waktu aktiviti di fakulti, there’s something about you yang membuatkan abang tertarik. Tapi kawan abang tak setuju just because waktu tu Pearl belum berhijab. Kawan abang cakap kalau nak buat bini pilihlah yang berhijab dan baik agamanya supaya nanti dah kurang susah untuk dididik bila dah berkahwin dan senang nak didik anak-anak. Abang faham apa yang kawan abang cakap tu sebab dia kawan baik abang. Jadi abang buat plan tu untuk cuba ubah Pearl walaupun abang tahu Allah yang memegang hati-hati kita tapi abang sentiasa berdoa supaya Pearl terbuka untuk betul-betul kembali dan mengamalkan Islam dalam kehidupan. Alhamdulillah sedikit demi sedikit abang nampak perubahan Pearl. Tapi abang tak nak Pearl berubah sebab abang, abang nak Pearl berubah sebab Allah. Jadi abang hilangkan diri bila dah cukup sebulan dan kebetulan final exam jadi abang fokus untuk final exam.” Jelas Izzat Aidil panjang lebar. Iman Soraya yang mendengar sudah terharu. Air mata masih mengalir di pipi. Lidahnya kelu untuk bersuara. Izzat Aidil meneruskan kata.

“Walaupun lepas tu abang dah habis belajar, tapi abang akan datang juga universiti kita untuk tengok perkembangan Pearl dari jauh. Alhamdulillah abang tengok Pearl istiqamah malah bertambah baik. Untungnya jadi pelajar yang ‘biasa-biasa’ je dekat universiti jadi yang kenal cuma kawan-kawan sekelas, pensyarah dan beberapa orang lain so memang senang untuk abang jadi ‘hantu’” Izzat Aidil sudah sengih.

“Sampai hati abang buat Iman macam tu. Tapi Iman perlu berterima kasih pada abang sebab membuka jalan untuk Iman kenal Tuhan. Ya Allah, mati-mati Iman ingatkan Aidil tu memang dah takde kat dunia ni. Maknanya lelaki yang Iman nampak tengah turun eskalator masa nak shopping barang-barang dengan mummy and ummi tu abang lah ye?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience