Masalah Amanda belum selesai, ditambah pula dengan kedatangan Farhanis secara tiba-tiba di pejabatnya.
"Hanis nak apa lagi jumpa abang? Cukuplah Hanis, dah bertahun benda tu berlalu. Abang ingat Hanis dah lupakan semua tu." keluh Darris.
"Kenapa Amanda? Dia bukannya baik pun."
"Apa maksud Hanis?"
Dahi Darris berkerut cuba menangkap apa yang cuba disampaikan oleh sepupunya.
"Abang tak payah nak tipu Hanis lah. Hanis ni bukan budak-budak lagi. Ingat Hanis tak tau ke?"
"Cuba Hanis terus terang. Abang tak faham."
Kedua-dua belah tangan Darris dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Tubuh disandarkan pada meja dan matanya merenung wajah Farhanis.
"Dua hari lepas abang ada keluar dengan Kak Amanda pergi McD kan?"
Darris angguk. Dalam masa yang sama dia rasa pelik bagaimana Hanis boleh tahu. Dia menanti dengan sabar apa yang hendak disampaikan gadis itu.
"Kenapa Kak Amanda yang Hanis jumpa hari tu berbeza dengan yang Hanis jumpa di rumah abang? Siapa dia sebenarnya?"
"Siapa pun dia, Hanis tak perlu tau. Apa yang Hanis perlu tau adalah dia isteri abang dan abang sayangkan dia."
Tegas kata-kata Darris. Dia tidak suka jika orang lain sibuk ambil tahu tentang isterinya. Terutamanya Farhanis, yang selalu menjadi punca perbalahan mereka.
"Salah ke Hanis nak tau?"
"Tak salah kalau niat Hanis tu baik."
"Abang hina Hanis?" suara Hanis naik seoktaf.
Mungkin emosinya tercalar dengan tuduhab yang cuba dilemparkan oleh abang sepupunya. Walaupun hakikatnya dia memang mempunyai niat yang songsang.
"Bukan itu maksud abang, cuma..."
"Hanis cuma fikirkan abang. Macam mana kalau auntie tau perangai Kak Amanda sebenarnya? Selama ni auntie fikir Kak Amanda tutup aurat dengan baik tapi rupanya tak."
"Mama takkan taulah kalau kita tak bagitau dia."
"Abang, tak semua benda akan jadi rahsia."
"Habis tu?"
"Abang kena juga bagitau auntie perkara sebenar."
Darris kenal benar dengan perangai maknya yang sangat mementingkan agama terutama sekali perempuan. Sudah pasti maknya tidak akan merestui hubungannya jika tahu perangai Amanda yang sebenar.
Walaupun dia memang tahu sikap sebenar Nuhayra. Namun kerana masa silamnya membuatkan Nuhayra berubah menjadi Amanda.
Dia sudah kehilangan Nuhayra yang dulu. Sekarang dia tidak mahu lagi gadis itu meninggalkan dirinya seperti sebelum ini. Amanda berbeza berbanding Nuhayra yang dulu.
"Abang tau apa yang abang buat. Jadi tolong jangan masuk campur."
Walaupun geram tetapi hati Farhanis perlu dijaga kerana mereka mempunyai pertalian darah.
"Hanis bukan nak masuk campur tapi apa yang abang buat ni semuanya salah."
"Abang taulah, Nis. Jangan sesekali kau nak ajar aku."
"Abang tinggalkan Amanda. Kalau auntie tau mesti dia tak akan biarkan abang dengan Kak Amanda."
"Keluar! Aku cakap kau keluar! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Jangan pernah sesekali lagi kau tunjuk muka kau depan aku!"
Panas telinga Darris jika berterusan mendengar nasihat tak berbayar daripada Farhanis.
Bukan Darris tidak tahu tujuan asal gadis itu. Dia hanya ingin memecahbelahkan hubungannya dengan Amanda kemudian, baru dia puas hati.
segalanya akan terlerai
Share this novel